Jumaat, 28 Mac 2008

Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya (renungan juga buat para pendakwah)

Oleh

Assalam
ualaikum WBT.

Okey selalunya kan kita baca orang akan tulis tentang method dakwah yang betul, bagaimana nak menghadapai orang-orang kena dakwah atau dengan perkataan femesnya Mad;u. Selalulah digarap hal-hal yang perlu dilakukan pendakwah atau kata femesnya dai'e. Antara perkataan yang selalu diguna kena berhikmah, kenal dulu siapa orang yang kita nak dakwah dan lain-lain. Tapi jarang atau senang kata tak pernah lagi aku jumpa tulisan atau ceramah sebut tentang method orang yang didakwah. Macam mana cara nak terima dakwah dari pendakwah.


Okey, maka dengan sedikit pengalaman aku sebagai orang yang selalu kena dakwah dan adalah sikit-sikit berdakwah, maka aku nak simpulan beberapa tips yang patut aku dan anda sekalian amalkan apabila seorang saudara atau saudari kita ataupun dengan perkataan yang femes dikalangan budak-budak Islamis iaitu Ikhwah dan Akhawat. Apakah tips-tips itu? Mari kita saksikan.


Sebelum aku nak bagi tips-tips ini kepada diri aku dan pembaca sekalian. Maka aku juga ingin
mengajak aku dan pembaca-pembaca (macam ramai je hek!) untuk meneliti sedikit method yang lurus apabila membaca topik ini. Apakah itu method atau jalan yang lurus ataupun Sirothul Mustaqim apabila membaca topik ini. Inilah dia jalan yang lurus itu:


1) Letakkan diri kita sebagai seorang manusia yang kena dakwah dan bukannya sebagai seorang pendakwah.


2) Lupakan tentang orang lain apabila membaca tulisan ini. Ingat tentang diri kita dahulu.


3) Lupakan segala pengalaman kita berdakwah. Sebaliknya ingatlah pengalaman-pengalaman kita apabila di dakwah.


Okey mari kita check satu persatu.


Tips-tipsnya ialah:


1
) Lihat apa yang dikata, jangan lihat pada siapa yang berkata- Sekiranya kita adalah seorang lelaki yang malas nak pergi solat Jemaah di surau ataupun masjid. Kita ni budak yang rajin pergi kelas, tiba-tiba datanglah seorang mamat ni. Dia ni boleh tahan rajin solat jemaah, tetapi malas sikit dalam belajar. Dia ajak kita pergi solat jemaah. Apakah respond kita?


Mungkin kita akan cakap "Elleh, kau selalu 'tuang' kelas, tunjuk bagus nak ajak aku solat, blahlah oi".


Mungkin juga kita akan cakap "Kau sebelum nak nasihat aku, naikkan dulu pointer kau tu, takat rajin solat tapi pointer rendah buat apa!". Dan mungkin banyak lagi.


Yang sepatutnya kita buat ialah menerima apa sahaja nasihat tak kira dari siapa pun yang datang memberikannya. Hatta kalau orang bukan Islam suruh kita buat baik, kita mesti terima nasihat itu. Jangan gatal-gatal mulut sebut "Oi kau kapir, apa kau tahu!".


2)
Lupakan kejahatan si pendakwah- Mungkin si pendakwah ini ada sedikit kecacatan moral. Contoh kita ni rajin sangat solat, tapi pakai baju ketat-ketat. Lepas tu datanglah seorang minah bertudung labuh ajak kita menutup aurat dengan sempurna. Malangnya minah bertudung labuh ini terkenal dengan mulut lasernya suka mengumpat dan menjadi CNN di kalangan teman-teman hostel.


Apa reaksi kita? Mungkin kita akan kata: "Pakai je tudung labuh, tapi hati busuk buat apa". Ataupun "Kau tak tengokke dalam internet tu, minah-minah yang dok ringan-ringan dengan balak diorang pun pakai tudung gak."


Atau mungkin yang lagi laser akan jawab: "Elleh, aku tak nak jadi macam kau, pakai je tutup aurat, mulut macam mangkuk jamban."


Cara yang betul ialah mengucapkan terima kasih kepad si pendakwah kerana mengajak kita kepada kebaikan. Jangan hiraukan kejahatan si pendakwah, ingatlah kebaikan di dalam apa yang dia ajak.


Benda ini juga patut diaplikasi jika kita ni seorang yang tutup aurat, ala-ala gadis muslimah terakhirlah. Tiba-tiba datang minah pakai baju ketat dengan seluar jeans ajak kita pergi solat jemaah di surau. Janganlah kita tunjuk handal mengungkit tentang pakaiannya, sebaliknya hargailah ajakan dia.


3) Jangan selidiki pendakwah- mungkin kita akan didatangi oleh seseorang yang pandai mengajak orang tetapi dia sendiri tak buat apa yang dia cakap. Dia ajak kita solat jemaah tetapi dia sendiri solat di bilik. Dia ajak kita jangan buang masa duduk chatting-chatting, tapi dia ni dekat bilik kaki main game FIFA.


Te
rima nasihat dia. Tidak perli sibuk-sibuk menjadi ejen FBI mahupun CIA untuk menyiasat sama ada si pendakwah ini melakukan apa yang dia dakwah.


4
) Lupakan kebaikan kita- mungkin si pendakwah ini adalah orang yang pernah kita bantu. Maka lupakan segala kebaikan kita kepada pendakwah itu. Contohnya seorang budak lelaki ini dulu ada pinjam duit kita waktu dia susah, kita selalu belanja dia makan dan minum sebab waktu tu dia tak ada duit. Satu hari kita berbelanja sakan, tiba-tiba kawan kita itu kata kat kita, "Tak elok membazir, kan elok jimat cermat".


Apa jawapan kita. Mungkin waktu itu dalam kelajuan 10MB sesaat, memori kita terus memproses segala duit-duit yang kita laburkan untuk sedekah kat kawan kita. Hasil pemprosesan itu mungkin kita akan menjawab "Oi, kau tak sedar diri ke, dengan duit akulah kau dapat survive sampai sekarang. Yang kau sibuk-sibuk apahal!".


Maka lupakan segala kebaikan kita kepada si pendakwah. Ambiklah kebaikan daripada nasihat si pendakwah.


5) Jangan beri alasan- Jika kita disuruh menutup aurat, jangan beri alasan panas, jika disuruh ke masjid jangan cakap sibuk. Paling kurang sebutlah "Terima kasih, Insya-Allah saya akan buat."


6) Carilah pendakwah- Kita mesti mencari orang yang boleh mendakwahkan kita. Jangan kita hanya menunggu-nunggu. Tempat yang sesuai mencari pendakwah-pendakwah ialah di masjid atau di kuliah-kuliah. Jika kita masuk ke masjid, dan melihat ada sekelompok manusia yang sedang berkumpul, bercerita tentang isu-isu agama, membuat usrah dan lain-lain pergilah kepada mereka.


7) Jalinkan hubungan mesra- rapat-rapatlah dengan si pendakwah. Jadikan mereka rakan kita. Belanja mereka makan dan minum, ajak mereka borak-borak ke, jalan-jalan ke. Ataupun bantu mereka. Contohnya kalau kita ni jaguh dalam matematik ke, B. Inggeriske, bolehlah kita tolong semakkan assignment-assignment pen
dakwah kita.


Sekian lah 7 tips menjadi orang didakwah yang berjaya. Sebelum mengundur diri aku ingin mengingatkan larangan apabila membaca topik ini:




1) Jangan baca topik ini dari kacamata seorang pendakwah kerana kita akan mencari-cari alasan untuk menjawab topik ini.


2) Jangan berfikir tentang rakan-rakan kita yang menjadi orang yang didakwah kerana nanti kita akan asyik mencari-cari kesalahan mereka sebagaimana yang tertulis dalam tips-tips di atas.


3) Jangan menjadikan tulisan ini sebagai satu teori untuk dibahas dan didebatkan, sebaliknya jadikan ia satu benda untuk diamalkan.


Ditakuti dengan melakukan larangan-larangan di atas, ia akan menjerumuskan kita ke jalan yang bengkok dan bukan lagi jalan yang lurus. Silap-silap jalan yang bengkang-bengkok itu akan membawa kita ke lembah gaung yang tak diketahui dalamnya.


Maka, aku ingin mengingatkan diri aku dan diri-diri pembaca sekalian. Apa yang aku tulis ini hanyalah apa yang aku rasa dan alami apabila menjadi seorang manusia yang didakwah. Maka, tulisan ini adalah nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Dengan menasihati orang lain, kita sebenarnya menasihati diri sendiri.


Apabila kita mengajak manusia bersolat jemaah sedangkan diri kita sendiri selalu solat seorang diri di dalam bilik, lama kelamaan nasihat kita akan memberi kesan kepada diri kita. Kita akan asyik teringat apa yang kita ajari dan lama-kelamaan kita akan memegang apa yang kita ajari walaupun mungkin sebelum ini kita ialah manusia yang cakap tak serupa bikin.


Sekian Wallahu'alam.

Khamis, 20 Mac 2008

Negara Kebajikan vs Masyarakat Kebajikan

Kemenangan Pembangkang di banyak kerusi sehingga menguasai lima negeri di semenanjung adalah satu keputusan di luar jangkaan ramai orang termasuk saya sendiri,melihatkan keadaan ini lahir rasa syukur pada Allah dan kemenangan itu hanya milik ALLAH.

Mentaliti

Jika di lihatkan senario politik dan juga trend masyarakat pada hari ini,mereka tidaklah terlalu inginkan Islam itu sebagai sebuah Negara yang akan di daulatkan tetapi mereka hanyalah mahukan perubahan yang mana selama ini banyak menyeksa mereka sendiri,seperti isu kenaikan harga minyak,harga barang keperluan,isu rasuah,isu kronisme dan sebagainya, BN telah terlalu lama memerintah,jadi rakyat mahu “selera baru” yang mana mereka dapat bersuara dalam pelbagai hal yang jika timbul rasa ketidakpuasan di hati rakyat,”kuasa di tangan rakyat”!

Pelbagai janji manifesto yang di taburkan oleh kedua-dua pakatan,baik dari parti pemerintah ataupun dari parti pembangkang kepada rakyat, dan sekarang perubahan yang telah di pilih oleh rakyat,mereka mahukan pemimpin yang mereka pilih melaksanakan semua yang telah mereka janjikan dalam manifesto yang telah di war-warkan.

Inginkan Perubahan

“Baiklah, kita akan beri peluang kepada pembangkang. Kita tukar undi dan kita tengok pembangkang boleh atau tidak menunaikan janji-janjinya”, kata seorang pengundi.

Idea ini ada asasnya,rakyatkan mahukan nasib mereka ini terbela kerana telah banyak penyelewangan yang berlaku dari pemerintah.

Idea Pemusnah

Hakikatnya, idea sebegitu bukanlah idea yang boleh mengubah negara. Ia adalah minda pemusnah. Sesiapa sahaja yang memerintah, jika rakyat bermentalitikan ‘kita sudah undi, sekarang tunaikanlah janji!”, maka tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Mungkin kerana itu timbulnya asas perdebatan di antara kewajaran Negara Berkebajikan vs. Masyarakat Berkebajikan. Atau boleh disebut sebagai Welfare State vs. Welfare Society.

Negara Berkebajikan bercorakkan kebajikan yang diserahkan tanggungjawabnya kepada negara, dan rakyat menganga menanti subsidi. Sama ada mampu atau tidak mampu, menyerahkan urusan kebajikan rakyat untuk diuruskan oleh kuasa politik secara mutlak, mempunyai kesan jangka panjang kepada sikap dan kompetensi masyarakat.

Apa pula peranan rakyat? Masyarakat?

Apakah perubahan terhasil hanya dengan mengubah pemerintah dan pemerintahan, sedangkan masyarakat kekal dengan sikap yang sama?

Bolehkah perubahan dilakukan???? Perubahan itu bagi saya memang ada,tetapi tidaklah dari sudut keseluruhan,perubahan dari sudut aspek pemerintahan itu mungkin berlaku,namun adakah perubuhan yang secara keseluruhan akan berlaku??

Malaysia hanya mampu mengecapi perubahan sebenar, jika perubahan tersebut merupakan perubahan bersinergi antara pemerintah dan golongan yang diperintah. Masing-masing ada tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan. Kontrak sosial yang jelas antara keduanya.

“Kami tukar undi dan kami nak tengok sejauh mana kerajaan baru boleh tunaikan janji!”, kata pengundi.

Lupakan sahaja. Jika ada perubahan sekali pun, mungkin tidak lama kerana demand and delivery yang tidak seimbang. Rakyat hanya tahu demand dan demand, manakala ahli politik menari mengikut rentak yang sama dengan menabur janji dan janji dan janji.

Sedangkan hukum alam memberitahu satu peraturan penting iaitu NO PAIN NO GAIN!

Jika mahukan perubahan, bersediakah kita untuk berkorban? Berkorban keselesaan untuk pergi ke zon cabaran?

KENAPA PERLU BERUBAH?

Rakyat harus bertanya kembali, perlukah mereka kepada perubahan?

Perubahan apakah yang mereka mahukan?

Menaikkan upaya beli rakyat, mengawal kenaikan harga keperluan asas, peluang perniagaan, pendidikan, kesihatan dan segala kualiti fizikal dan material… itukah yang kita mahukan?

Tentu sekali… tentu itu yang kita mahu. Kalau boleh kita mahu semua itu percuma. Dan jangan terkejut jika ada ahli politik yang berani menawarkan janji ke arah membanyakkan percuma.

Tetapi nilaikan kembali, berapa banyak duit yang pemerintah dan rakyat belanjakan kerana melihat hidup ini pada keperluan fizikal dan material sahaja?

Bagi yang Muslim, masihkah Islam menjadi rujukan nilai dan moral mereka? Masihkah akhlak ada tempat dalam kehidupan?

Bagi yang non Muslim, apakah sumber rujukan nilai dan tingkah laku mereka? Membelakangkan soal agama, bukan hanya mengundang bencana di Akhirat (yang tiada tempat dalam bahasa dan sentimen pilihanraya), tetapi ia juga menjahanamkan kualiti hidup kita di SINI.

Itu bahasa dunia untuk menjelaskan fungsi agama.

Sebagai contoh,jika dilihat dari aspek kesihatan,kerana membelakangkan agama dan rujukan moral, berapakah jumlah wang yang terpaksa dibelanjakan oleh rakyat dan kerajaan untuk menangani kesan daripadanya? Berapa banyak kes di hospital yang berpunca dari arak, rokok, seks bebas, dan tekanan mental yang menghilangkan kewarasan? Jangan bincangkan soal Akhirat kerana bahasa pilihanraya tidak mempunyai perkataan untuknya. Tetapi bincangkan jumlah duit beli ubat dan duit bagi ubat, oleh kerajaan dan rakyat, atas penyakit yang sengaja dicari ini.

Mampukah perubahan dilakukan dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, jika rakyat terus menerus patah kaki tangan, cedera parah dan menjadi OKU kesan memandu dalam keadaan mabuk? Iaitu manifestasi kehidupan yang membelakangkan agama dan mementingkan diri sendiri.

Kerana arak, penyakit hati dan pelbagai lagi penyakit lain bertambah-tambah dan tidak pernah berkurang. Pemerintah penggal akan datang didesak menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik tetapi bagaimana dengan rakyat yang sengaja mencari penyakit, kerana membelakangkan kehidupan beragama, beretika dan bermoral? Dan pedulikah pemerintah dengan berleluasanya konsumer arak di dalam masyarakat hari ini?

Seks bebas… berapakah belanja rakyat dan belanja kerajaan menangani Sexual Transmitted Disease (STD)? Berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan dan dicampak merata-rata? Selain mencalarkan imej negara, berapa ramai mereka yang terselamat ini menjadi beban kepada kerajaan untuk menanggungnya?

Rakyat demand ahli politik perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, murah atau kalau boleh percuma, tetapi bagaimana dengan penyakit-penyakit yang sengaja dicari ini?

Mujur juga Menteri yang mengamalkan seks bebas itu tersingkir. Moralnya entah di mana, profesionalismanya pun tidak keruan.

Tegasnya, pembaikpulih terhadap perkhidmatan kesihatan di negara kita harus membabitkan kedua belah pihak. Selain berusaha mencari formula untuk mengawal harga perkhidmatan, usaha mengubah cara hidup rakyat juga mesti diambil kira.


Sikap Meterial

Tentu sahaja, pilihanraya merupakan senjata utama untuk rakyat mendesak gaji yang lebih baik, harga barang yang lebih masuk akal dan taraf hidup yang kelas satu.

Saya yakin ada banyak perubahan yang diperlukan untuk mengatur dan mengagihkan pendapatan negara secara bijaksana dan adil.

Tetapi bagaimana pula dengan sikap rakyat dalam berbelanja?

Tujuan

Maka perubahan yang ingin dijana bukan hanya pada permainan angka untuk melihat siapakah yang lebih berbakat dalam menabur JANJI MANISMU, tetapi rakyat juga harus sedar bahawa perubahan tidak hanya terjustifikasi dengan mengubah-ubah pangkah di atas kertas undi, tetapi kesediaan untuk mengubah cara hidup yang lebih bermaruah, bijaksana dan berteraskan nilai.

ubah.gif
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Raad : 11

Kembalilah kepada agama kerana agama mengajar manusia hidup dengan nilai, peka dan bermaruah… dan bukan penghukum seperti yang disangka.

Namun jika kita enggan berubah, sama ada anda memilih agama atau tidak, kita semua pasti dihukum.

Kematian Nurin dan kehilangan Sharlinie, pembunuhan setiap hari, ragut dan rompak bersenjata setiap masa, dan tidur setiap malam yang tidak lena kerana keselamatan yang sudah hilang dari kehidupan… memahamkan kita bahawa kita sedang menjalani hukuman.

Hukuman dunia kerana membelakangkan agama dan moral. Bersama kita renugkan semula erti perubahan yang kita semua inginkan ini!

Sumber rujukan artikel,pemikiran dan kerangka penulisan: www.saifulislam.com

penulisan semula: www.drbusyro.blogspot.com


Rabu, 19 Mac 2008

Kisah Orang Cina yang tolong Orang Melayu dalam perniagaan

Di sini saya ingin bawakan dua kisah pengalaman mereka yang di bantu oleh Orang Cina yang mana membuktikan Orang Cina ada membantu Orang Melayu

1)Pengalaman Syarikat PTS sendiri

Berdasarkan pengalaman PTS ditolong oleh begitu banyak individu-individu Cina semenjak ia memulakan bisnesnya 7 tahun yang lalu sehingga saat ini, kita yakin Cina memang mahu menolong Melayu berniaga sehingga berjaya.

Demi menjaga kepentingan ekonomi Cina sendiri, mereka tahu mereka terpaksa menolong Melayu, sebab apabila orang Melayu tidak puas hati dan cemburu melihat kekayaan orang Cina, keadaan itu sangat membahayakan kestabilan politik, suatu perkara yang amat digeruni oleh peniaga-peniaga Cina.

Jadi, pemimpin politik Cina pun tahu mereka mesti menolong orang Melayu berniaga. Isunya adalah jumlah bisnesman Melayu yang layak mereka tolong amat sedikit. Senang cakap, bisnesman Melayu yang patut ditolong tidak ada.

Sewaktu kedai buku elit BORDERS yang dimiliki oleh BERJAYA dibuka, pengurusan Cina kedai itu memberitahu PTS mereka mahukan 10 ribu judul buku Melayu. Bukan 'buku' tetapi 'judul'.

Dalam rancangan asalnya, BORDERS memperuntukkan 10 ribu kaki persegi untuk mempamerkan buku-buku Melayu. Ia adalah peluang perniagaan yang sangat baik, tetapi malangnya jumlah itu tidak dapat dibekalkan oleh PTS, ataupun mana-mana penerbit buku Melayu, sudah tentu termasuk DBP.

Pada masa ini, rangkaian kedai buku yang paling agresif melebarkan sayapnya ke seluruh negara adalah POPULAR, sebuah syarikat milik penuh Cina Singapura. POPULAR adalah klien PTS yang terbesar saat ini.

POPULAR Malaysia sekarang menjual lebih 20% nilai buku-buku PTS. Dengan jumlah sebesar itu, jika POPULAR berhenti memesan buku-buku PTS, dalam sekelip mata PTS dapat 'dilingkupkan', tetapi tidak, sebaliknya pengurusan tertinggi POPULAR memanggil pengurusan tertinggi PTS meminta komitmen PTS supaya terus membekalkan judul-judul Melayu yang disukai oleh pengunjungnya.

Seluruh pengurusan tertinggi MPH masih dalam tangan profesional Cina walaupun saham terbesar syarikat itu telah dibeli oleh Syed Mukhtar al-Bukhari. Jika pengurusan Cina MPH mahu mensabotaj kepentingan penerbit buku-buku Melayu, dalam sekelip mata mereka dapat melakukannya. Tetapi sebaliknya mereka sekarang sudah meletakkan rak-rak buku Melayu berdekatan dengan pintu-pintu masuk kedai buku MPH.

Jadi, sebagai penerbit buku Melayu, pengalaman kita membuktikan bahawa Cina-Cina dalam industri buku mahu menolong penerbit Melayu berjaya dalam bisnes. Kita yakin, dalam industri lain pun trend positif ini berlaku.

Tetapi, mengapakah masih banyak bisnesman Melayu bercakap Cina tidak mahu menolong mereka berjaya?

Isunya adalah, majoriti Melayu yang berlagak bisnesman sebenarnya adalah kontraktor-penyamun yang memakai baju mahal dan memandu kereta mahal. Rakan-samun mereka adalah orang-orang politik dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beberapa tahun yang lalu, Sifu pernah mendapat mesej daripada seorang yang mempunyai kabel dengan sebuah jabatan kerajaan. Beliau memberitahu, dalam sebuah mesyuarat, ketua pengarah jabatan itu (yang dilantik kerana dia penyokong kuat BN) mengarahkan pegawai-pegawainya supaya jangan pilih buku-buku PTS untuk kontrak pembelian buku bagi tahun tersebut. Alasan yang diberikan oleh ketua pengarah itu adalah kerana Penasihat PTS menentang dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik.

Sesungguhnya, bisnes PTS survive dan membesar kerana ditolong oleh banyak pemain Cina dalam industri buku. Tentu sekali, itu berlaku dengan izin Tuhan yang maha penolong.


2)Pengalaman Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pengasas Motivasi Alihan Pelajar)


Assalamualaikum Puan Sifu dan semua rakan penulis PTS,

Sejak beberapa hari yang lalu saya begitu tertarik membaca kisah-kisah peniaga Cina yang menolong Melayu untuk maju dalam perniagaannya.

Alhamdulillah syarikat training saya juga tidak terkecuali. Segala modul dan kerja-kerja percetakan untuk syarikat saya disediakan oleh syarikat Cina sejak dulu sebab mereka begitu percayakan bahawa perniagaan saya boleh maju.

Dulu, sewaktu saya mahu membeli bangunan pejabat di Ipoh, saya telah berhubung dengan beberapa pegawai bank Melayu tetapi tidak seorang pun yang benar-benar serius mahu membantu. Tetapi apabila seorang Pengurus Bank Cina dari sebuah syarikat bank yang juga dimiliki oleh Cina datang ke pejabat saya, hari itu juga dia berikan kelulusannya.

Kita ini terlalu disogokkan agar takutkan orang Cina walhal tidak semua Cina itu seprti sangkaan-sangkaan kita. Begitu ramai yang boleh dibuat kawan dalam menjayakan perniagaan.

Bercakap tentang Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, saya secara peribadi dari awal lagi memang tidak bersetuju. Anak-anak saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan sistem pembelajaran baru ini sebab penguasaan Bahasa Inggeris mereka memang sangat baik.

Tetapi ramai lagi anak-anak bangsa saya di luar bandar dan di kampung-kampung menjadi mangsa dan setiap kali saya menjalankan program motivasi untuk mereka hati saya memang sayu melihat mereka menjadi mangsa kepada sistem yang tidak boleh dipakai ini.

Semalam saya telah menjemput Dato’ Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid, seorang Tokoh Seni, ke program Dimensi Diri di Radio24. Sempat saya meminta pandangan beliau tentang isu ini. Katanya dia antara yang terlibat sejak dulu mencari istilah-istilah dalam Bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik. Begitu banyak tenaga yang dicurahkan, otak yang diperah, wang yang dilaburkan dan masa yang diperuntukkan. Semua ini habis begitu sahaja dan dia rasa sangat kecewa dan hampa.

Harapan saya, mesej rakyat dalam PRU12 membuka mata kerajaan untuk kembali memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik ini.

Masa Mula Berubah. smile


Sumber:
http://universitipts.com/index.php/site/comments/mengapa_cina_memang_mahu_menolong_melayu_berjaya_dalam_bisnes/


Isnin, 17 Mac 2008

Tsunami Kelantan



Oleh kerana Kelantan menang besar dlm PRU-12 baru-baru ini,entah macam mana kawan-kawanku yang dari singapura tak suke sangat dengar dialek kelantan dah mula sikit-sikit nak ckp kelantan....peduli?ha..ha..ha..

Ahad, 9 Mac 2008

Abdullah patut berundur! Anda bersetuju???


KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.


"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.
"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.
"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.
Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.
"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.
Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).
"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Dato' Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.
"Dato' Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.
Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.
Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.
Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.
Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu.
Mengenai kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.
Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.
"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.
Mengenai kemenangan anaknya Dato' Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.