Khamis, 8 Disember 2011

Sahabat Melayu-Singapura yang saya kenal

Zon Sifar Sampah di Kuantan, kalau di Singapura, kena denda siapa yang buang sampah


my lappy


Bismillah,

"Diorang memang pandai, sebab tu diorang selalu dapat dekan tiap-tiap semester" luah seorang kawan saya.

"Budak Singapura ni memang dasat la..beruntung sape dapat kahwin dengan diorang" ujar kawan saya yang lain

saya tersenyum..

Saya sangat mengkagumi cara belajar orang melayu singapura, sejujurnya, mereka sangat cepat respon kepada apa yang mereka belajar dan apa yang di suruh oleh pensyarah-pensyarah, bahasa Inggeris mereka adalah baik, bahasa Arab juga baik, satu kelebihan buat bangsa Melayu- Singapura yang saya kenal.

Teringat saya sewaktu belajar dahulu, saya punya dua orang kawan dari Singapura yang sangat baik, iaitu Ani dan Ada, dua-dua di bidang yang sama, sentiasa memperoleh anugerah dekan setiap semester, dan sentiasa menjadi bualan pensyarah akan prestasi mereka.

Setakat yang saya kenal dan jumpa, Melayu Singapura ini sangat pemurah dengan ilmu, apa sahaja yang saya tanya pasti akan cuba di jawab dengan baik, paling penting, penerangan mereka berdua sangat mudah di fahami, hatta pensyarah pun saya tak faham, tapi mereka berdua ini pernah memahamkan saya dengan baik apa yang di pelajari!

Sebab itu sewaktu saya belajar dahulu, jika mahukan nota, atau assignment subjek, pastinya perbincangan dengan pelajar dari Singapura ini saya akan dapatkan, sebab perbincangan dengan mereka selalu bermanfaat, tidak membuang masa begitu sahaja, mereka amat serius dengan pelajaran.

Satu perkara yang saya selalu perhatikan ialah, saya tidak pernah melihat Ani atau Ada ini lewat ke kelas, sentiasa on-time, walaupun kelas di waktu kritikal, tidak juga memonteng kelas, seperti kebanyakkan pelajar-pelajar melayu dari Malaysia! huhu

Saya tertarik dengan sistem pendidikan di sana, mereka dapat menguasai bahasa dengan baik, boleh dikatakan, setiap kali saya berjumpa dengan pelajar Melayu-Singapura ini, saya pasti mereka boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan baik! Cumanya mengapa negara tidak begitu?

Lihat sahaja tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan Pelajar Melayu, kita sangat jauh ketinggalan berbanding bangsa Cina, saya tidak kita pelajar Melayu kita tidak pandai langsung berbahasa Inggeris dan Arab, yang saya maksudkan, bukan majoriti yang berjaya kita hasilkan setiap tahun hasil dari pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Saya masih ingat lagi bagaimana seorang Ustaz yang menghantar anaknya yang masih sekolah rendah ke Smart Reader semata-mata mahu anaknya menguasai bahasa inggeris dengan baik, yurannya sahaja sudah pasti mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu membayarnya, jadilah terus anak orang susah terus menerus ketinggalan, padahal sepatutnya sistem pendidikan kita sudah mampu membuatkan pelajar-pelajar kita mahir berbahasa inggeris, terutama dari luar bandar.

Tidak lah saya katakan yang anak orang susah langsung tidak berjaya menguasai bahasa inggeris dan arab dengan baik, cumanya bilangan yang berjaya dalam hal ini adalah minoriti, bukan majoriti, kalau tak percaya, sila ke IPT, dan tanya mereka, berapa gaji ayah dan ibu sebulan, kurang dari RM1000 adalah sangat minoriti!

Saya rasa kita perlukan satu kajian baru terhadap keberkesanan penguasaan bahasa di kalangan bangsa Melayu, mengapa Melayu?kerana kita bangsa yang agak kurang menyerlah jika di kaji mengikut peratusan, padahal kita bangsa yang ramai dan majoriti di Malaysia, tapi bangsa yang tidak majoriti pula yang menyerlah.

Lihat di Singapura, atau di Kemboja, kawan-kawan saya yang datang dari dua negara ini menguasai bahasa Arab dengan baik, tapi negara kita?belum tentu! Sepatutnya kita mengkaji bagaimana pelajar-pelajar di sana dapat menguasai bahasa Arab ini dengan baik, Kementerian pendidikan jangan hanya suka buat lawatan ke negara maju sahaja untuk lihat dasar pendidikan negara mereka, dalam soal bahasa, negara maju sangat mangutamakan bahasa ibunda mereka seperti Amerika, Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain. Jadi soal kelemahan penguasaan bahasa asing di kalangan rakyat mereka tidak timbul. Dari aspek teknologi mungkin boleh kita lihat mereka. Tapi dalam bab penguasaan bahasa asing, perlu sesekali menoleh ke Singapura, ini pandangan saya.

Apa pun, mentaliti orang kita berbeza dengan mereka,setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebagai orang biasa, saya amat mengkagumi cara belajar pelajar Melayu Singapura yang saya kenal. Mereka sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu kejayaan yang mereka inginkan, berusaha sehabis daya, walaupun orang lain cakap tak boleh, sangat mengisprirasikan saya. Yang baik kita ambil, yang buruk jadikan sempadan, sebagai muslim, kita wajib buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, Wallahu'alam.

Khamis, 27 Oktober 2011

Aku tak ingat kat mana aku tangkap gambar ni, tapi yang pastinya di Kelantan!


Bismillah

"berapa harga makanan ni kak?" tanya saya

"RM15.70 dik.." balas taukeh kedai makan tomyam tersebut

sambil mengira-gira wang untuk di bayar, saya buat-buat tanya...

"bukan rm15 je ke?" tanya saya

"ape die dik? jawab taukeh kedai makanan tersebut yang merupakan seorang wanita.

saya mengharapkan tak perlu bayar lagi 70 sen lagi

"RM15.70.." tiba-tiba dia membalas lagi

"ingatkan nak bagi saya rm15 je.." balas saya sambil tersenyum mengusik taukeh tadi

"ngeee...tak dik" beliau hanya tersengih


ini kisah saya di sebuah restoran tomyam di Kuantan, Pahang

zaman sekarang ni, 70 sen pun kena kira, sebab semuanya mahal..kan3?

tapi masa saya makan di Temerloh, Pahang..juga restoran Tomyam

"Berapa kami makan tadi bang?" tanya saya kepada taukeh kedai, seorang lelaki

"meja berapa tadi dik?" tanya beliau pula

"yang depan sekali tu bang" jawab saya

"ouh yang tu...mmm..RM20.10 dik" balas si taukeh

"bukan RM21 ke bang?" tanya saya sambil tersenyum

"bukan dik.." jawab taukeh tersebut dengan sangat tegas!




mungkin ada yang akan berkata "10 sen pun berkira?" ada benarnya juga, takkan lah 10sen pun nak berkira, betul tak?hehe..betul juga, tapi dah hak dia, bayar jelah, mungkin dia memang banyak tanggungan atau banyak benda dia nak bayar, sangka baik aje lah, kan senang. :), tapi tak rugi kalau kita banyak bersedeqah, lagi nabi s.a.w sangat suka bersedeqah, sangat pemurah. Bersedeqah tidak akan pernah membuat kita sempit rezeki. Malah akan membuatkan kita lebih 'Berezeki' daripada sebelumnya, cubalah kalau tak percaya! Insyallah..sekian untuk hari ini. salam!





Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1432 H

Saya dan semua ahli keluarga saya mengucapkan selamat menyambut ramadan al-Mubarak 1432 Hijrah (2011 Masihi) kepada seluruh umat islam terutama pengunjung blog ini.... Semoga Ramadan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya menjadi ramadan yang paling bermakna dalam hidup kita sebagai hamba Allah yang beriman.

Petikan sabda Nabi s.a.w. tentang kelebihan Ramadhan dan puasa:
1. Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu surga dibuka". (HR al-Bukhari)


2. Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu; Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Puasa itu benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan jangan pula berbuat bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang berpuasa (ia mengulang ucapannya dua kali). Dan demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah Ta'ala daripada harumnya minyak kasturi, karena dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya karena Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa". (HR al-Bukhari)

Matan Hadis:
1. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ 2. حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

Rabu, 27 Julai 2011

Penjawat awam suka bertangguh!

"Ana sakit hati betul kalau buat urusan dengan pejabat agama ni" Luah seorang ustaz adik saya, beliau juga adalah sahabat saya ketika bertandang ke rumah saya tempoh hari

"Mungkin mereka sibuk dan tak cukup kakitangan kot" balas saya, walaupun hakikatnya saya cukup mengerti dengan sikap pekerja-pekerja di jabatan agama.

"tak cukup hape! tak mesra pelanggan, ana hantar borang mohon daftar surau sekolah ana awal tahun ni, sampai sekarang tak ada jawapan, baru-baru ni bila tanya orang pejabat jawab borang hilang! sakit betul hati!" marah beliau.

Itu antara dilema pengurusan pejabat agama, lembab dan sangat mengecewakan walaupun tidak semuanya begitu.

Di Pejabat saya

"Fail ni minggu depan boleh buat, sebab banyak lagi masa" ujar seorang pekerja bahagian pengurusan di pejabat saya.

saya sudah malas lagi mahu memaksa, paksa atau tak, tekan atau tak, mentalitinya masih tetap begitu, tidak berubah, suka bertangguh, usahkan fail, ketika saya baru mula-mula masuk pejabat untuk mula bertugas, kerusi dan meja saya tiada, bila di minta kepada bahagian yang berkenaan, 2 minggu masih belum ada apa tindakan, sudahnya saya terpaksa mengangkat kerusi dan meja sendiri bila orang bawah tidak endah peduli apa yang kita minta.
Bold
Sikap suka bertangguh

saya tak tahu di mana silapnya, tapi sikap ini sering di praktikkan oleh ramai orang di jabatan kerajaan, entah kerana apa, mungkin tak cukup iman barangkali! penjawat awam saya kira ramai juga yang begini.

berbeza dengan tugas seorang guru di sekolah. Saya pernah menjadi guru sebentar, dan saya rasa guru lebih berdisplin dalam hal ini berbanding dengan penjawat awam di pejabat tanah, atau pejabat agama! Sebab itu jika seorang guru, apabila anda jalan keluar, orang boleh menilai dan membezakan bahawa anda seorang guru atau tidak, sampai ke tahap itu sekali! umpama orang boleh menilai anda seorang askar atau tidak hanya dengan melihat fizikal tubuh anda!

sampai hari ini saya masih tidak faham kenapa ramai yang suka monteng kerja, buat kerja lembab, sambil lewa atau suka menangguh kerja di pejabat? ada solusi terbaik? anda tentukan!

Rabu, 8 Jun 2011

Sedikit hal di tempat kerja baru


arnab yang tabah! haha


mamat neyh suka loyar buruk...:P


aku suka betul gambar nih..haha


gambar budak debab main salji...wuwu~~ lokasi: belakang rumah aku..haha


Bismillah,

"Aok suseyn fael neyh..pahteh...aok buek ikut namer-namer deme ni" (awak susun fail ini, lepas itu awak ikut nama-nama ini),

kata Ustaz Amni, dengan dialek pahang yang pekat rakan sejawatan aku.

"ok..." jawab aku tanpa banyak bertanya...biasalah..orang baru kat pejabat

sepanjang aku masuk kerja kat pejabat ini, memang tak tau nak buat apa, aku tengok orang bawah aku, diorang pun santai je bila takda kerja nak di buat, main game di komputer, sampai ke satu tahap, diorang berkumpul sambil termenung memandang wajah antara satu sama lain tanpa ada suara! haha...tak tau nak buat apa

Apa pun, ini satu rahmat bagi aku, kerana hobi aku yang suka membaca, masa yang banyak kosong aku baca banyak buku..alhamdulillah, sangat bermanfaat

Buang masa

"moh belakang jak" (jom pergi belakang sekejap) ujar seorang staff lelaki kepada staff laki yang lain

"moh..." (jom)jawab yang lain,

maka dengan berjemaahnya mereka ke belakang, kecuali seorang staff lelaki bernama Rizuan.

rupa-rupanya mereka merokok beramai-ramai...melepaskan rasa blur di hati mungkin...Allah.

itu kisah staff lelaki

staff perempuan pula, kalau tiada kerja, pasti menonton rancangan-rancangan bersiri di Televisyen yang terdapat di pejabat, siap ada Astro lagi, memang sedap la diorang tengok, aku geleng kepala, aku layan jugak, tapi tak boleh lama-lama, sebab aku rasa tak seronok langsung, lagi best baca buku, atau menghadap majalah Solusi, PC, Digital Camera dan I-Sihat, huhu

Apa pun jangan buang masa, ambil tahu isu semasa, bukan setakat politik je, tapi isu-isu sekeliling, isu agama, isu masyarakat, kalau kat pejabat ni, orang salu cakap isu politik atau sukan je, isu lain..tiada! huhu...isu ngumpat tu biasa la..huhu

Aku ada kawan orang Singapura, dia kalau ada waktu terluang je..mesti baca buku, sampaikan dia tau banyak benda, hormat sungguh aku kat dia..tapi orang kita, cuba korang tanya isu selain dari politik dan sukan, boleh jawab dengan baik ke tak..ntahla.....sampai bila staff kerajaan ini akan dapat di tingkatkan minda mereka agar seiring dengan minda pekerja negara maju..entahla..~~


Selasa, 19 April 2011

Abi & Umi (bahagian penat mengajar budak-budak)

Jam menunjukkan pukul lima petang, waktu habis kerja mengajar bagi guru-guru di Sekolah menegah al-Syddiq di Simpang Renggam, Johor. Sudah menjadi kebiasaan abi menjemput umi di tempat kerja di waktu begini kecuali hari sabtu dan ahad.

Abi sampai di perkarangan sekolah, dengan memandu Toyota Vios hitam, umi telah sedia menunggu, tapi kelihatan wajah umi begitu sugul, abi keluar dari kereta mendapatkan umi. Ramai kakitangan sekolah hampir semuanya telah pulang

"sorry sayang lambat hari ni, tadi isi minyak kereta,sayang kenapa..nampak moyok je?kan abang da datang ni" tanya abi pada umi

"penat bang..ayang penat ajar budak-budak ni..jerit-jerit, ayang tak boleh jerit-jerit..." umi berwajah sayu meluah rasa pada suami tercinta.

"sayang...." abi gengam tangan umi

"sabarlah sayang..budak-budak sekolah rendah memang macam tu..ayang bawak rotan tak masuk kelas?" tanya abi..

"bawak..." jawab umi acuh tak acuh..

"ni mesti bawak je..tapi tak guna..macam mana budak nak diam.." abi ketawa kecil sambil mencuit hidung umi

"ala abang ni..takkan nak rotan ngamuk-ngamuk..abang tak rasa" umi memandang wajah abi..abi hanya tersenyum, abi merangkul umi, dipeluk dengan begitu erat sekali kemudian berbisik di telinga umi.

"abang rasa apa yang ayang rasa..budak-budak memang nakal, tapi itu amanah dari ALLAH untuk kita tarbiah mereka sayang..abang sentiasa ada kalau ayang perlukan semangat, tapi kalau ayang tak tahan dan nak kerja lain..kita boleh carikan sama-sama..boleh sayang?" bisik abi di telinga umi, lembut..lembut kata-kata abi, menyentuh hati umi yang sedang berkecamuk kegelisahan dengan kerenah anak didiknya yang nakal.

satu kucupan di pipi umi tanda sokongan abi pada umi

"abang...." umi tiba-tiba terharu

"ye sayang..." abi masih memeluk umi dengan erat..

"kite ni tak balik rumah lagi sayang..kt sekolah lagi ni..ada budak-budak tengok" kata umi..

"oh..yeke?ingatkan kat bilik rumah kita tadi.." abi jawab dengan selamba..

"jom sayang..kita pergi Kluang, abang belanja RFC rini.." pelawa abi pada umi

"yeay! yeay! yeay! jom!" wajah umi berubah keriangan, mereka berdua beringan ke kereta untuk ke Kluang

Isnin, 14 Mac 2011

Bila gambar berbicara, lidah kelu untuk berkata, hanya hati melafazkan pujian pada yang Esa










Ini semua gambar-gambar hasil dari sahabat-sahabat di geng Digitalmukmin.com kelolaan Ustaz Azhar Idrus, menarik bukan, itu hasil mereka, saya suka! Subhanallah, yang bawah ni pula, gambar yang saya ambil pula..hehe




makhluk asing berbaju Oren

Hp beliau yang juga turut hilang

seorang pesakit jantung berlubang, semoga terus tabah!


Rabu, 9 Mac 2011

Buku Baru Tun Dr. Mahathir

buku terbaru Tun

Bismillah,

Time aku kecil-kecil dulu, banyak aku dengar cerita pasal Tun Dr. Mahathir ni, ada yang ok, dan ada yang tak ok, biasalah tu..


Bila aku dah besar, aku malas sangat nak dengar cerita-cerita peribadi pasal Tun ini, ada yang bagitau aku, Tun ni kebanyakkan punya ramai kawan yang mahir bab ekonomi dan strategi politik, sebab itu dia nampak ada power zaman dia, siapa berani angkat muka zaman dia?hahaha..diktator terpimpin kata sesetengah orang, whatever la..


Cuma, masa aku baca buku dia The Malay Dilemma, kritikan-kritikan dia yang tajam kepada orang Melayu, adalah bukti yang menunjukkan Tun seorang yang sangat tinggi semangat nasionalisme dia..kalaulah bijaksana dia tu di gunakan untuk perkasakan orang Islam, tidak terhenti Melayu sahaja, aku rasa Malaysia memang meletop! ngeh3

yang terbaru buku dia A Doctor In The House, aku tunggu ada duit, aku nak baca, pada aku, elok baca semua, maksud aku, UMNO pun kita baca, PAS pun kita baca juga, supaya kita boleh jadi pendakwah yang berfikiran terbuka dan kritis terhadap sesuatu fakta yang diterima..wokeh!

Selasa, 8 Mac 2011

TELEFON BIMBIT HILANG LAGI

Bismillah,


Telefon bimbit saya telah hilang,

beberapa hari yang lalu

semua nombor di dalam simpanan juga turut terkubur

sila sertakan nama anda jika anda mahu sms saya..

harap maklum..

Selasa, 1 Mac 2011

Speechless.."jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita"





Bismillah,

Hidup ini pasti akan di uji, pasti ada tangisan, pasti ada kesusahan, pasti ada keperitan. pasti ada derita, pasti!

Itulah perencah kehidupan, ALLAH beri kita sedih sebab dia nak kita ingat pada DIA, sebab kita cuma akan ingat DIA bila kita susah aje, masa senang? selalu ke kita ingat?

Kita selalu NAK bersyukur kalau di beri benda baru, tapi kita jarang bersyukur dengan apa yang kita ada....:(

aku dah tonton klip video "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" ini beberapa kali, dan tiap kali itulah air mata aku ini seakan tak mampu lagi di tahan-tahan....ALLAH...maafkan aku ya ALLAH..

Speechless..

Isnin, 21 Februari 2011

Bila Doktor Jiwa di uji

Bismillah,

Aku suka baca blog Kak Sakinah, sebab blog dia simple dan banyak sentuh soal hati, soal kepekaan kita pada Islam, dan terbaru Kak Sakinah ada sebut pasal Doktor Jiwa, ya..biasanya jika masyarakat punya masalah berkaitan jiwa, mereka pasti akan jumpa ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, ceritakan masalah diorang dan apa yang diorang dah buat dulu serta menyesali apa yang diorang dah buat, dan biasanya nasihat dan harapan agar orang yang bermasalah ini agar tidak berputus asa dari mengharap rahmat Allah yang Maha luas itu.

Orang agama di uji

Itu bila orang biasa yang bermasalah, tapi macam mana pula bila orang agama sendiri bermasalah?? Ini yang bermasalah..hahaha..hailaa

Golongan agama juga manusia biasa, cuma lebihnya mereka sebab mereka belajar ilmu agama, ilmu syariat, dan biasanya orang agama ini punya penampilan dan perwatakan yang baik walaupun tak semua tapi biasanya macam tu lah.

Hidup ini ibarat roda, adakala naik, ada kala turun, supaya kita lebih banyak bersyukur dan tak lupa diri siapa kita walau tengah senang atau tengah susah, aku teringat dengan kata seorang adik junior malam tadi, kata dia..dia ada baca tulisan Ustaz Pahrol Juoi, dia cakap, kadang-kadang kita ini di uji dengan apa yang kita cakap dan dengan apa yang kita tulis, termenung aku dengan kata-kata dia, So biasalah, bila di uji, jangan mudah putus asa, banyakkan bersabar dan cuba muhasabah diri, ini semua mungkin kaffarah dari ALLAH.

Masa inilah kita di uji dengan apa yang kita kata, tak lah kita ni jadi hanya pandai bercakap je, atau ujian yang datang sebagai satu pelajaran yang ALLAH nak kita belajar dan tahu bahawa macam ni rasanya bila di uji, so bila orang datang kat kita nak minta pandangan dan cadangan, kita akan mudah jadi manusia yang lebih memahami kerana kita juga pernah di uji.

tu je bebelan pagi ni...hehehehe..hailaa..hailaa..

Bahagia & membahagiakan


Bismillah,

Hari ini tonton MHI, tajuk dia bahagia & membahagiakan. Kita biasa dengar tentang bahagia itu dengan memberi, tapi aku tak setuju dengan pendapat Aby, pengacara MHI pagi tadi, ada dia cakap, kalau dah asyik memberi je bahagia, kita ni bila nak bahagia pulak?nak jugak rasa bahagia, tu kata dia la..


Ally dengan Aby dalam MHI pagi tadi

Tapi betul ke Aby cakap tu, maybe ada yang setuju dengan Aby, tapi aku orang yang tak setuju, kenapa? ambil contoh, seorang Ibu atau bapa, bagi hadiah kat anak dia, anak dia punyalah gembira sangat-sangat, sebab dapat hadiah, siapa tak suka kan? betul tak, tapi mak ayah lagi gembira sebab tengok anak gembira. right? Aku ada anak angkat yang aku jaga sekarang ini, tiap kali anak aku ni sengih tengok gelagat aku, aku turut terhibur dan sangat gembira, padahal kalau nak kira, aku yang penat buat dia sengih ketawa, tapi kenapa aku rasa aku paling bahagia?

memberi dengan ikhlas, tanpa minta di balas, pasti akan membahagiakan, cuma ada yang tanya, kenapa dia sebagai isteri, dah banyak memberi, tapi suami tak reti nak bahagiakan dia? bagi aku cinta dan membahagiakan itu perlu di lakukan tanpa syarat, maksud aku, macam seorang ibu, walau apa pun perangai anak dia, dia tetap sanggup berkorban untuk anak dia, kecualilah si ibu telah hilang kasih sayang.

Kalau diri sendiri pun tak bahagia macam mana nak bahagia

Ada juga cakap macam mana nak mulakan bahagia kalau kita pun tak bahagia, yang ini pun payah juga nak jawab, tapi bagi akulah, bahagia ini bermula dari dalam, dari hati kita, so hati kita kena betul-betul positif dan tenang, dan kita kena faham, orang yang beriman ini biasanya dia banyak sifat kasih sayang dalam diri dia. So tak susah dia nak kongsikan rasa bahagia itu dengan membahagiakan orang lain, maknanya kita kena kuat dengan Allah dulu, baru kasih sayang itu kaya, bila kita kaya kasih sayang, senang nak bagi kat orang, ibarat orang miskin, kalau takde duit, macam mana nak bagi orang lain duit pulak? kena la ada duit dulu, macam tu lah dengan kasih sayang.

Tapi ada juga kata, suami saya selalu ke masjid time subuh, isyak pun sama, boleh dikatakan jarang sangat dia miss solat jemaah waktu subuh dengan isyak ni, tapi kenapa dengan isteri dia perengus sangat?kenapa dengan anak-anak dia tak reti nak tnjukkan kasih sayang? jawabnya senang je, dia memang tak reti dan dia kena teliti kualiti solat dia, ramai je orang solat 5 waktu kat masjid, tapi masih buat maksiat, mengumpat, mencuri, dan banyak lagi la perangai mangkuk tingkat yang dia buat, kenapa? kan solat itu pencegah mungkar? sebabnya kualiti solat dia itu yang bermasalah, solat tapi macam tak solat, hati melayang entah ke mana, memang la..

Dan si suami pun, kena lah belajar faham, belajar cara berkomunikasi, cara menghargai, ni bukan ilmu barat dalam bab-bab motivasi, tapi memang ilmu komunikasi Nabi pun buat, sunnah nabi ni..bukan main-main, Islam memang ajar, bukan setakat solat, zakat, haji, puasa, syurga neraka je..semua yang berkaitan dengan hidup Islam ajar, dan bab komunikasi lah antara penyebab dakwah Nabi ini diterima, Nabi seorang yang sangat menghargai, so..cubalah peka sikit, jangan mengharap menggapai pelangi andai rumput dipijak tidak di hargai

Apa pun hidup memang sentiasa di uji, things are easier said than done, berat mata yang melihat, berat lagi shoulder yang pikul, right?

Khamis, 17 Februari 2011

Jangan salah memberi hukum

Bismillah,


terkilan bila orang yang tak tahu atau kurang mendalami ilmu agama, tiba-tiba dengan lantang cakap pasal isu agama, nak pulak kalau melibat isu kewangan..isu finance..hmm..

kali ini aku nak cerita yang hamba Allah sorang ni, bertuah punya fikir, dia dok kata simpan duit dalam akaun konvensional, tak apa, sebab duit kau takkan bertambah dan berkurang, banyak itu aja, adoilaa..kata ngaji bab-bab finance, sudahnya itu pula logik dia, alasan dia, tak da beza pun duit tu, tak bertambah dan berkurang, aku cakapla setahu aku tak macam tu, lastly aku bagitau fatwa Ustaz Zaharuddin pasal masalah ni, boleh dia cakap taknak dengar, bengang betul aku! (aku cuba sangka baik yang kau maybe tak tau)

lepas tu dia cakap plak pasal PTPTN halal (ni masa sebelum kerajaan declare pengiraan yang lebih islamik), logik dia mudah saja, kau bayar hutang ikut berapa yang di tetapkan, tak lebih tak kurang, dan tak pernah lambat-lambat bayar..maka kau punya bunga takkan ada, dan tak naik, syaratnya jangan lambat bayar, kalau lambat, bunga akan naik...adoila.....

Penjelasan Sebenar

ni aku copy dari web Ustaz Zaharuddin, dan dengan detail kenapa tak halal, aku respect ko sebab pakai purdah, tapi jangan sampai aku sumpah kau jadi jonkong emas dah..hahaha..siyes ni, bab hukum dalam agama tak boleh main ikut suka hati kita aja, kena ada ilmu, aku tetap doakan kau bahagia dan takkan buat silap lagi dalam hal ini ok?..ni je buat hari ini, salam

Tentang solat pun pening

Bismillah,

"Busyro..kenapa banyak sangat kitab cakap pasal solat? pastu nape kebanyakkannya tak sama? tanya mak cik raja

"tak sama apa pulak?" tanya aku..aku pun pelik kenapa tanya aku soalan macam ini

"yela..ulama tu cakap macam ni, ulamak ni cakap macam tu..banyak sangat pendapat"

"lah pulak..m.cik tau mana?" haila..haila...mana la dia tau menda-menda macam ni

"mak cik tengok kat internet..pening mak cik" jawab mak cik raja balik

sejak bila la orang tua ni pandai bukak internet, adoila..apa aku nak jawab ni ek...haila...haila..

"ntahla mak cik, setahu saya berbeza ini sebabkan masing-masing punya pandangan tersendiri dalam menilai sesuatu hadis tu, contohnya bab sedekap tangan atas dada, ada yang kata sahih, ada pulak yang kata daif, so memang berbeza la" aku jawab..dia faham ke tak la tu..

"habis nak pakai yang mana satu?" tanya mak cik raja

haila..haila...semakin faham rupanya, dan semakin susah pulak soalan dia..hoho..kenapa la dia tanya aku..ustaz-ustaz kat masjid kan ramai..horror betul aku nak jawab soalan-soalan macam ni

"pakai je semua.." aku gelak

"lah budak ni..cuba matang cket.." rungut mak cik raja...

dia bengang la kot..hahaha

Banyak pendapat dalam masalah ini

kalau korang belajar agama betul-betul, memang korang akan jumpa perbezaan pendapat ini, cuma yang aku nak fokuskan kat sini pasal bab solat ni, pasal mak cik raja tanya pasal solat.

memang banyak pandangan ulama dalam masalah ini, terutamanya masalah penilaian sesuatu hadis yang mereka ada, sebabkan status sesuatu hadis itulah mereka berbeza pendapat, mazhab yang 4 pun dah berbeza, tambah pula buku-buku ulama yang lain macam al-Albani,al-Torofi, al-Muqbil, Hassan al-Saqof, dan ramai lagi..huhu

nak pilih yang mana?

pada aku la, baca je semua yang termampu..haha..pastu amik lah yang paling kuat, cam senang, tapi nak mengabih ke sebuah buku pun semput(ko kutuk sape ni busyro...hahahaha)

timbul plak golongan taksub mentaksub, ni memang parah betul dah ni, masing-masing duk kata aliran masing-masing punya kitab yang betul, yang lain kurang tepat..huhu..aku kalau jumpa orang macam ni, aku biasanya senyap je..malah nak cakap banyak, kang aku plak yang tension..haila..haila...

patutnya masa buat buku ni aku nak cadangkan tajuk buku tu ubah sikit,contohnya

Sifat Solat Nabi oleh Syeikh al-Albani
Sifat Solat Nabi oleh Syeikh al-Torifi
Sahih Sifat solat nabi oleh Syeikh Hasan Saqof
Sifat Solat Nabi oleh Syeikh Muqbil

di tukar kepada

Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh al-Albani
Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh al-Torifi
Sahih Sifat solat nabi mengikut penilaian Syeikh Hasan Saqof
Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh Muqbil

maknanya, orang tak la taksub sangat, sebab segala hadis-hadis yang ada pasal solat ini di nilai statusnya oleh penulis buku dan bukan lah muktamad terus sampai ulama lain cakap pun kita tak nak pakai...ok?

ni jela untuk hari ini, salam mawlid rasul..jangan lupa selawat yang ma'thur!

Isnin, 14 Februari 2011

Tunisia dan Mesir masih belum selamat

Bismillah,

Rasanya dah ramai yang dah tahu Mubarak dah pun pecat dirinya sendiri, namun persoalannya, apakah dengan ketiadaan Mubarak ini, adakah Mesir mampu menjadi negara yang benar-benar demokrasi dan juga muncul sebagai sebuah negara Islam yang kuat?

Persoalan demi persoalan tetap menerjah dalam fikiran kita, tapi kita mungkin boleh berteori indah itu dan ini, hakikatnya sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi nanti.

Tunisia selepas Ben Ali tiada

Jika dilihat di Tunisia kembali, sehingga ke hari ini, masih belum dapat di bentuk kerajaan apa yang akan menerajui Tunisia, ini kerana ketika Ben Ali berundur dari jawatannya, beliau telah mewarisi kabinetnya itu dari kalangan orang-orang beliau sendiri, atau lebih senang kita kata sebagai kabinet Ben Ali yang kepala dan pemikirannya masih lagi ala-ala Ben Ali. Mungkin terdapat perubahan dalam beragama selepas pengunduran Ben Ali, seperti orang ramai bebas ke Masjid untuk solat berjemaah, bebas memakai kopiah dan sebagainya yang selama ini di anggap salah di sisi Ben Ali. Tetapi kebebasan itu bukanlah bersifat mutlak, kerana kabinet-kabinet ini hanya melonggarkan undang-undang yang sedia ada agar nampak demokrasi, namun hakikatnya, corak pemikiran kabinet sementara yang ada sekarang ini, masih lagi seperti Ben Ali. Timbul pula satu persoalan, apakah menteri-menteri yang ada ini, tidak akan campur tangan jika pilihanraya akan diadakan nanti?apakah mampu di Tunisia nanti punya pilihanraya yang benar-benar bebas?

Rakyat Mesir dan Tunisia masih belum dapat menarik nafas lega sepenuhnya

Begitu juga halnya dengan Mesir, walaupun kita lihat Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan pihak tentera mesir seolah-olah mengambil tindakan berdiam diri dalam sebarang kenyataan mereka dan seolah-olah cenderung kepada perjuangan rakyat. Tetapi kita harus ingat, 4 orang pemerintah tertinggi tentera yang mengambil alih Mesir sekarang ini adalah orang yang telah di lantik oleh Mubarak sendiri ketika beliau berkuasa dulu. Mungkin sehari dua ini kita boleh lihat orang boleh bersorak gembira, tetapi cuba lihat dalm tempoh sebulan dua ini, apa yang akan terjadi?

Sebenarnya cukup sukar untuk pihak tentera mahu mewujudkan sebuah kerajaan Mesir yang benar-benar punya demokrasi dan benar-benar telus dalam pentadbirannya. Ini kerana pihak tentera sendiri sebenarnya juga turut terlibat dalam soal 'perniagaan' dalam negaranya dari golongan bawahan sehinggalah kepada pemerintah tentera yang tertinggi. Cukup sukar untuk mereka memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dalam masa yang sama mereka mahu menjaga kepentingan-kepentingan mereka ketika ini, siapa yang mahu didakwa menyalah-gunakan kuasa yang di beri, betul tak?

Saya percaya Mesir bakal menerima nasib yang sama seperti Tunisia, sehingga hari ini masih bercelaru dan belum jelas tentang bentuk kerajaan yang akan di bentuk.

Mesir dan Tunisia bakal menjadi negara Islam yang kuat seperti Iran?

ada yang beranggapan dengan berundurnya pemerintah-pemerintah kuku besi seperti Ben Ali dan Mubarak ini akan memberi harapan kepada kewujudan negara Islam yang kuat seperti Iran. Namun perlu di tekankan semula, revolusi yang berlaku di Iran sama sekali tidak sama dengan revolusi rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir, ini kerana revolusi di Iran punya ikon yang cukup kuat iaitu Khoimeni, sehingga Iran mampu menjadi sebuah negara yang di sebut-sebut sebagai jaguh negara Islam yang kuat walaupun saya sangat tidak bersetuju bahawa Iran negara Islam.

Tetapi siapa ikon yang cukup kuat dalam revolusi di Tunisia dan Mesir ini, sebagai contoh Mesir, jika mahu dianggap Wa'il Ghonim sebagai ikon, beliau sendiri menafikannya, manakala Ikhwanul Muslim pula tidak dianggap ikon yang cukup kuat, kerana sumbangan meraka dalam revolusi ini dilihat tidak begitu ketara melainkan rakyat sendiri yang sudah cukup muak dengan rasuah dan salah laku pihak berkuasa yang menjengkelkan dan di ketahui umum.

Ikhwanul Muslimin juga mengeluarkan kenyataan baru-baru ini. Mereka menyatakan bahawa mereka bukan mahu syariah tetapi perubahan pada perlembagaan supaya rakyat mendapat kuasa yang lebih. Mereka mahukan yang terbaik kepada rakyat. Setakat ini mereka menyatakan persetujuan kepada Mohammed El Baradei yang diiktiraf dan dikenali di peringkat antarabangsa dan dilihat neutral dalam hubungan dengan Amerika Syarikat dan Israel. Tapi kalau dilihat dari kehendak rakyat Mesir tidak kira mereka liberal, berhaluan kiri apatah lagi Islamis mereka tidak boleh menerima Israel dan tidak mahu tunduk dengan Amerika Syarikat.

Harapan kita semua

Berteori itu dan ini memang mudah, dalam dunia realiti ini, segalanya mungkin terjadi, Mubarak yang di jangka tidak akan turun itu pun akhirnya turun, jadi tidak mustahil jika Mesir sekali lagi mengulang sejarah mampu menjajah Israel semula tetapi dengan semangat jihad yang betul-betul jitu, tidak mustahil, Insyallah!


Selasa, 8 Februari 2011

Mesir, Egypt, Misr

Bismillah,

Siapa yang tak pernah dengar negara bernama Egypt ini, betul tak? Kalau di Malaysia ini, semua orang tahu, dan paling popular pastinya akan di kaitkan dengan orang yang belajar agama di University al-Azhar, stock Ustaz-Ustazah la katakan..emm

Mula-mula nak ucap Alhamdulillah lepas tu nak appreciate kat kerajaan Pak Najib kita ini, kerana berjaya pada tahap 90% dan hampir selesai angkut semua orang malaysia kat Egypt tu, sekarang ini memang ramai dah kawan-kawan yang study kat Egypt ni dah balik malaysia, alhamdulillah semuanya selamat.

Pasal kawan-kawan di Jordan, Syiria, Saudi dan lain-lain negara arab, belajar betul-betul sementara Allah bagi korang peluang untuk belajar dengan aman, jangan duk berangan plak..haila..haila..:P

Kalau di fikir-fikirkan, memang horror lah rakyat mesir, lawan Mubarak tu! haha...Mubarak ini orang cakap dia strict, tapi bagi aku dia tak strict, tapi dia ni jenis tak makan saman, kepala batu, batu pun ok lagi tau..haha

Rakyat Egypt memang betul-betul marah, kalau diorang boleh lepuk si Mubarak ini, dah lama aku rasa diorang lepuk-lepuk..haila..haila...Cuma Mubarak cakap dia nak berunding lagi, mahukan peralihan dalam masa 7 bulan lagi, dan dia juga bagitau takkan sekat kebebasan akhabar dan media, takkan potong line telefon dan internet, dan beberapa lagi perkara yang dia cuba nak janjikan, demi meredakan ketegangan yang sangat hot sekarang ni

Masalahnya rakyat dah tak tahan, 30 tahun memerintah, bukan 30 hari or bulan, 30 tahun, lama tu! tapi apa yang orang Egypt dapat?? pengangguran, barang naik, rasuah pun naik, kekayaan tak di agih dengan baik, hanya berlegar pada orang atasan sahaja, nak makan pun susah, cukup lama mereka bersabar dengan Mubarak yang tak Mubarak dah!

Mubarak pula memang baik relationship dia dengan Amerika-Israel, Israel sekarang dah pening, Mesir jiran dengan Israel, dan suara rakyat yang mahukan demokrasi ni plak memang tak suka dengan Amerika-Israel, tak kira dia liberal,berhaluan kiri, apatah lagi Islamis, mereka dah memang tak boleh terima Amerika-Israel, tu yang Israel risau sangat tu, lagi risau kalau rakyat jordan pun tiba-tiba bangkit juga, sebab pemerintah Jordan pun sama je, ikut bulat-bulat cakap Amerika-Israel.

Aku doakan supaya Mubarak berjaya di jatuhkan, dan rakyat palestin akan dapat hak diorang balik! ALLAHUAKBAR!!!

Isnin, 31 Januari 2011

Money..money..Money

Bismillah,

Talk about money, semua orang suka, yelah..cuba angkat tangan sapa yang tak suka duit?semua nak, semua orang need the money, betul tak? bagi aku money ni macam sihir, dia boleh buat orang gaduh-gaduh, boleh buat orang jadi gila, boleh buat orang frantic dan tension about money, kalau takde money, apa boleh buat?buat tak tau! haha..

Daripada kita buat tak tau tak tentu fasal, baik kita buat pandai, betul tak?:P

Orang yang berduit

sometime aku tengok other people suka belanja duit tak tentu pasal, belanja itu belanja ini, tu memang jenis stock membazir je aku tengok, baik lah derma kat aku yang nak sambung ngaji ke jordan ni, bukan mahal sangat aku rasa, aku cuma perlukan rm600 per month, kalau seorang rm50, ada 10 orang nak bagi, alhamdulillah sangat-sangat lah, bukan luak pun rm50 tu, betul tak orang-orang bermoney sekalian?especially orang yang bekerja la..huhu

bab duit ni ada setengah orang boleh jadi world war 3 je, mana taknya, rm50 pun berkira, orang zaman sekarang, haila..haila..elok aku steamroll je orang macam ni, habis cerita..haha..

semua perlukan money, keluar rumah nak guna money dah, kata orang tu, selangkah korang keluar rumah, money pun berjalan..nak masuk tandas pun nak money, parking pun nak money..horror sungguh la zaman sekarang ni.

kalau nak kahwin pun satu hal, tu yang anak-anak muda banyak buat pasal, parent pun tengok dulu, berharta ke tak, tak salahkan diorang jugak, cabaran zaman sekarang memang macam tu, kadang-kadang soal pendidikan bakal menantu pun di ambil kira, right? haila..hailaa...pehal aku sentuh bab kahwin ni..hoho

budak schorlarships yang baik hati

dulu aku ada seorang kawan, dia mengaji di mesir, amik medic, biasalah..budak medic kan loaded, so dia sponsor kawan-kawan dia yang amik islamic studies kat sana 2 orang, bagus kan? kalaulah semua orang faham money tu untuk apa, dan ada rasa ehsan dan responsibility, aman je..siapa-siapa yang dia ada scholarships yang banyak tu, janganlah kedekut sangat, rm1 pun ok..sedekah tu, dari takde sedekah langsung. Tapi orang yang ada iman yang mengaji di negara-negara yang ada bagi schorlarships tu, harap-harapnya money tu guna-gunalah untuk bersedekah, panjang-panjangkanlah jariah tu..jangan wait dah kerja, dan dah tua baru nak buat amal jariah, mati tu bila-bila je, korang pun lagi tinggi ilmu dari aku, sendiri mau ingat la..kalau tak ingat jugak, meh aku backhand sikit, biar sedar sikit hidup tu..haha.

money juga boleh buat orang hantu, haila..haila..money punya pasal..janganlah sampai nak langgar TUHAN, ingat tu..

paling penting, jagalah berkat dalam money tu, insyallah semua selamat..haila..haila..peringatan untuk aku jugak!

Perihal kawan-kawan

hidup ini ada masa bahagia sangat, ada masa bengang sangat2, ada masa tu sunyi sangat2, dan ada masa juga tak tau rasa apa, the unnamed feeling, frantic kot. Apa-apa pun, cubalah korang mengaji quran sampai dah tak larat lagi nak baca, pastu baca dengan makna, mesti lepas tu korang akan rasa tenang je..best je..huhu. Haila..haila...

hujan hari ini tak henti-henti..rain..rain..rain...i like it! sebabnya mata aku selalu sangat heavy bila hujan turun, aku tak tau kenapa..:P .

Persahabatan

Dulu, aku pernah di khianati oleh seeokor makhluk asing yang buat friendship dengan aku, masa tu aku rasa nak mengamuk je, nak je aku lempang-lempang dia, bagi backhand sampai koma ke, tapi yang aku tak faham, kenapa dia tak rasa salah dengan apa yang dia cakapkan kat aku tu???hmm..speechless

Dalam sebuah friendship, something kawan kita tu tengah tak betul, biasanya suka-suki hati je dia cakap benda yang boleh buat kita rather angry, bukan rather dah, tapi dah sangat-sangat..huhu, pening kepala aku.

Now aku ada la juga seorang sahabat ni, macam mana kami boleh kenal tu, rasanya dah Allah nak jodohkan kami kenal, sebab dia jatuh dari langit dann jumpa aku terus, haha..seriously, kawan aku ni alien, dan memang dia mengaku pun muka dia muka alien. Jadi oleh kerana aku ni tak banyak kawan,aku sangat-sangat appreciate,serius..sejak habis study, memang aku tak banyak kawan, tak de orang nak bual-bual, semua orang busy, semua orang duk jauh-jauh, bila aku kerap nak berhubung, semua nak marah, semua cakap aku budak-budak, huh! korang ni pun, boleh tak korang wat kan aku rasa uncrazy? kesunyian itu boleh membunuh!

kawan ni macam-macam, ada yang suka ambil kesempatan, masa tengah susah, cari aku, bila aku tak leh nak go, nak marah-marah aku, tak faham aku, ada lagi jenis kawan, aku duk cerita kisah apa yang aku tengah buat, kisah anak aku yang comel tu, dengan penuh semangat, alih-alih wat dek je..tapi kalau aku story kat dia pasal apa orang cakap pasal dia, maka dengan segeralah dia tanya itu ini, tanya kabar pun aku, kalau tak tanya? pakai senyap jelah masing-masing. geram!

ni kisah plastik aku la..haha..apa pun, ujian tu memang akan kena lalui..When faith is put at test, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar kan? Itu janji dia yang pasti!

Sabtu, 29 Januari 2011

Hidup tak selalunya lawa

Bismillah,

"Ini rasa sekeping jiwa..berbicara atas nama cinta pinjaman-Nya.."

Bila aku tengah resah dan gundah tak tentu arah macam orang bila hilang benda yang dia sayang, Ayat ini selalu aku cari .

Surah al-Ankabut (29:2) Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum di uji..?

Buat pengubat luka bila hati diuji. When faith is put at test. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar kan? Itu janji dia yang pasti! sejuk hati aku sekejap.


"Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata ada a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada.....
Kadang-kadang...bila calamity tu datang dan waktu tu rasa macam kena gelek dengan steamroll je rasa.
Tapi apa pun yang jadi..Ingat apa yang Dia selalu pesan:

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"


macam-macam hidup ini kita di uji, mohonlah pada ALLAH untuk dilapangkan dan dipermudahkan urusan. Allah itu dekat

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(al-baqarah:186)


No matter what, no matter when, no matter when it doestn't at all make sense, do not leave you Love Letter's Compilation (kita punya the Ultimate Life Manual, the Quran). It is the last thread to sanity even if everything else failed.

Life breaks us all, but in the end, we are stronger in the broken places bak kata Hemingway....

Dan betul...things are easier said than done, berat mata yang melihat, berat lagi shoulder yang pikul

yakinlah duhai hati pada Dia..!

tq hlovatulis

Khamis, 13 Januari 2011

Tertanya-tanya

Apa itu Hlovate? nantikan kupasannya..sekian. hehe

Sabtu, 8 Januari 2011

al-ahkam.net sudah boleh di akses

al-ahkam.net dah boleh di akses..alhamdulillah, sekian terima kasih

Jumaat, 7 Januari 2011

al-ahkam.net tak dapat di akses







Bismillah,

Saya amat merindui laman sesawang ini, al-ahkam.net, tetapi sejak beberapa hari ini, laman sesawang ini tidak dapat di akses, saya tidak tahu mengapa, pada mulanya saya menyangka mungkin di sebabkan intenet saya yang agak 'pantas' sejak beberapa hari ini, tapi tetap juga tidak dapat di akses walaupun dalam keadaan normal. Seiring dengan itu juga, saya juga turut rasa geram dan sedih dengan kawan saya yang sorang ni, telefon macam nak pecah, tapi asyik on call! mungkin dia tengah gayut kot, masa ni jam 2.00 a.m, apa-apa pun, saya amat merindui al-ahkam.net, sila la pulih seperti sedia kala...ameeeen


Rabu, 5 Januari 2011

Fatwa-fatwa kontroversi sepanjang 2010

Masam je..dia merajuk sebab cik abang dia(warna cokelat) taknak layan dia..haha

Cik Abang yang kekenyangan..haha


Iron women KL..haha


Air amat penting kepada kehidupan:)


sehati sejiwa, bab makanan..tak boleh kongsi langsung..haha


Bismillah,

Hari ini saya tak sihat, badan makin teruk, berdarah-darah dah keluar..:( , tapi hari ini saya nak kongsikan fatwa-fatwa kontroversi sepanjang 2010 yang lalu, sumbernya disini :

"1. Fatwa membolehkan Ikhtilat
Fatwa ini dikeluarkan oleh Syaikh Ahmad Al-Ghamdi, direktur komisi Amar Maruf Nahi Munkar cabang Mekkah. Fatwanya yang membolehkan ikhtilat (campur baur laki-laki dan wanita bukan mahram) telah menimbulkan kontroversi serta kecaman khususnya dikalangan ulama-ulama besar Saudi. Akibat fatwa ‘liberal’nya ini untuk lingkungan Saudi, Syaikh Al-Ghamdi dipecat dari jabatannya.

2. Fatwa wanita boleh menyanyi
Fatwa ini disampaikan oleh Syaikh Yusuf Al-Qardhawi. Dirinya menyatakan bahwa wanita boleh menyanyi dengan berbagai syarat, menambahkan bahwa ia sendiri tidak keberatan nyanyian yang dilagukan oleh wanita asalkan dalam rangka syariah, yang mensyaratkan bahwa lagu yang dinyanyikan bukan lagu cabul yang mengajak kepada maksiat dan tidak dicampur dengan dihidangkannya minuman keras dan kemaksiatan lainnya.

3. Fatwa Imam Syi’ah Ali Khamenei
Dalam usahanya meredam kemarahan umat Islam sunni di seluruh dunia, akibat dari pernyataan-pernyataan seorang pendakwah Syi’ah asal Kuwait yang tinggal di London, Yasir Habib yang menghina ummul Mukminin Aisyah, Ra secara terbuka, Ali Khomenei mengeluarkan fatwa ‘taqiyah’ yang melarang pelecehan terhadap ummul Mukminin Aisyah, Ra atau merusak dan menghina simbol-simbol umat Islam sunni.

4. Fatwa haram wanita jadi kasir
Al Lajnah Ad Dai`imah li Al Buhuts Al Ilmiah wa Al Ifta` Saudi telah mengeluarkan fatwa yang menyebutkan haramnya wanitamenjadi kasir yang dikeluarkan untuk mengakhiri polemik mengenai hukum wanita menjadi kasir. Alasan pengharamannya adalah wanita yang bekerja menjadi kasir akan berikhtilat dengan laki-laki dan hal tersebut bisa menjadi sumber fitnah.

5. Fatwa melarang referendum untuk Sudan selatan
Asosiasi ulama dan imam di Sudan mengeluarkan fatwa yang melarang adanya referendum untuk menentukan nasib sendiri bagi wilayah Sudan selatan, yang referendum itu akan berlangsung pada 9 Januari tahun depan. Para ulama menyebut referendum tersebut akan mempercepat Sudan terpecah yang dulunya Sudan adalah wilayah yang satu.

6. Fatwa larangan mengirim personil militer ke Afghanistan
Para ulama di Front Amal Islam (sayap politik Ikhwan Yordan) sepakat untuk mengeluarkan fatwa yang mengharamkan negara-negara muslim untuk mengirimkan pasukan militer mereka ke Afghanistan untuk bertempur bersama pasukan AS dalam memerangi Taliban.

7. Fatwa Halal Darah Elbaradei oleh ulama Salafi Mesir
Syaikh Muhammad Lutfi Amir yang merupakan pimpinan cabang gerakan Anshar al-Sunnah al-Muhammadiyah Mesir, dalam sebuah fatwanya menyatakan membolehkan pembunuhan terhadap tokoh pemimpin oposisi Mesir Muhammad ElBaradei untuk seruan pembangkangan sipilnya.

Menurut Amir, seruan ElBaradei untuk mengubah konstitusi dan pembentukan Majelis Nasional untuk Perubahan untuk mempromosikan Mesir sebagai reformasi demokratis merupakan hasutan untuk memberontak dan tidak taat terhadap penguasa. Tindakan-tindakan pembangkangan sipil, ia berpendapat, bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang mewajibkan perlunya mematuhi penguasa.(Eramuslim.com)"

Sabtu, 1 Januari 2011

Peristiwa di Genting Sempah

NFN

Asam jawa yang belum di proses


asam jawa yang sedang di jemur

Bismillah,

"saya mahu minta tolong Encik, tolong hantar saya ke KL" kata seorang lelaki

"KL?you dari mana?" tanya polis tersebut

saya hanya memerhati dari tepi, memasang telinga dengan jelas, sambil mengacau-ngacau sudu dalam secawan kopi radix, rupanya radix itu radix palsu, saya dah terkena, tapi tumpuan saya pada dialog lelaki tadi, seorang cina, meminta bantuan, hairan bagaimana dia boleh terlepas dia genting sempah jam 0200 waktu antarabangsa. Apa yang dia buat di sini, bagaimana boleh berada di sini, kelihatannya bukan orang sini.

"You belikan saya 2 kotak rokok, lepas tu you boleh naik..ok? tawar Polis tadi, mereka memandu van Polis, di dalamnya ada beberapa lagi anggota polis yang lain. tapi berpakaian tidak formal.

"ok..ok.." dengan tergesa-gesa lelaki tadi pergi membeli rokok 2 kotak, saya hanya memerhati, tak mahu mencampur urusan mereka.

tidak sampai 5 minit, lelaki cina tadi sampai..dengan 2 kotak rokok

"ok..you naik sekarang, duduk belakang" arah polis yang memandu van tersebut.

enjin van di hidupkan..akhirnya mereka telah meninggalkan hentian rehat Genting Sempah menuju ke Kuala Lumpur.

Bolehkah kita mengambil kesempatan begitu kepada orang yang susah?atau anda semua setuju..terpulang..

Tiru..tiruan..peniruan a.k.a Ciplak (Radix palsu)

Cincin di jari, moga cinta kalian kekal di hati kerana ILAHI :)

Lepak tepi pantai..merehatkan minda, boleh tertidur tau!

Big Apple..salah satu jenama bagi kuih donut..haha

yang mana 1 kah yang Asli???


Lihat jarak dekat



tengok betul-betul





Lagi dekat..Zoom in


dapat tak beza yang Ori dengan yang tidak? yang bawah sekali ini yang Ori, yang ada tanda harga mesra tu tak Ori


Bismillah,

Baru-baru ini saya ke KL dari kuantan, menaiki ferrari putih :P, perjalan dari Kuantan jam 2300 malam waktu antarabangsa dan sampai di Genting sempah jam 0145 waktu antarabangsa. Dek kerana terlalu mengantuk, saya singgah di situ, hajat hati nak hilangkan mengantuk, berhenti di Petronas henti rehat Genting Sempah.

masuk kedai mesra petronas, nak cari roti, lapar sangat, tengah-tengah cari roti, nampak dalam kedai tu di suatu sudut jual Kopi Radix..:), ni boleh hilang mengantuk ni, fikir saya, tanpa lengah-lengah lagi, terus sambar radix 2 sachet dan bayar. Rm2.20 sekeping, mahal woo..produk islam punya pasal, berkhasiat punya pasal, belasah je berapa pun, selesai bayar, saya pergi bancuh dalam cawan polystrene yang disediakan dengan air panas. Saya duduk di sebelah kereta, sambil kacau-kacau sudu dalam cawan, dan Bismillah....."sluurrp.." saya terkejut!

kenapa lain betul rasa Radix kali ini?betul-betul lain! terus lihat sachet radix yang dah di gunakan tadi, rasa tak sedap hati saja. Saya teruskan semula perjalanan tadi, keesokkan harinya saya ke cawangan HPA di Shah Alam, sambil membawa sachet radix yang saya beli semalam dan keputusannya, Masyallah saya minum radix tiruan! rasa marah betul la, produk orang Islam telah ditiru!

Kepada peminat tegar Kopi Radix Hpa, sila berhati-hati selepas ini, saya sudah terkena, kena buat aduan tak ni?huhu