Jumaat, 29 Ogos 2008

Keresahan yang bertandang



Hari ini tinta saya menari-nari lagi dalam mencoretkan sesuatu,lama sudah tidak menulis,semalam ayah tercinta menghubungi saya, bertanya khabar keadaan saya,pagi tadi pula umi yang jauh di mata dekat di hati pula menghubungi saya. Hati saya gembira,terusan saya sebenarnya demam,sudah dua hari,ditambah pula dengan hipetensi(darah tinggi) 150/100 ...Masyallah! sangat tidak baik bagi orang yang masih muda.


Teringat saya tentang seorang kakak yang saya sayang,kakak saya itu belajar di KUIS,ambil jurusan al-Quran dan al-Sunnah,perkiraan saya,kakak saya itu sudah semester 5,sangat suka untuk bergurau dengannya,terlalu banyak kenangan yang manis dan juga sedih bersamanya,tp ukhwah kami diuji. Entahlah... Saya tidak fikir ada rajuk di hatinya melainkan ada rasa marah dijiwanya,apapun saya masih tetap sayangkan dia sbg kakak yg sy hormati!

tidak banyak perkara yang mahu saya coret malam ini,cuma malam-mala saya sering di ganggu nyamuk. Terpaksa lah membeli ubat nyamuk. Masalah nyamuk ini berpunca dari projek pembinaan kediaman baru di sebelah asrama kediaman saya. Sudahla di siang hri diganggu dengan bunyi bising mesin-mesin pembinaan, malam pula diganggu lagi oleh nyamuk yang masih mampu terbang walaupun bilik kediaman saya berada di aras empat!


imtihan akhir semakin hampir,puasa juga begitu,saya saat ini hampir menitiskan air mata,banyak sebab,doakan saya sabar dan terus tabah dengan ujian hidup ini.....

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bantahan terbuka kepada pengharaman buku “Pelik Tapi Benar” oleh Kementerian Dalam Negeri


Sebagaimana yang telah dibuat oleh akhuna Masri,saya juga telah menghantar bantahan kepada berberapa akhbar.Mereka nak siar atau tidak,terpulang.Saya telah melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab saya.Mari kita banyakkan bantahan agar KDN menarik balik pengharaman buku ini!

Bantahan terbuka kepada pengharaman buku “Pelik Tapi Benar” oleh Kementerian Dalam Negeri .


Assalamualaikum.Saya merasa hairan apabila dimaklumkan oleh seorang rakan apabila buku “Pelik tapi Benar” terbitan Telaga Biru.Justeru merasa terpanggil untuk mengemukakan bantahan terhadap pengharamannya.Namun,sebelum saya meneruskan bicara,saya mengajak para kaum muslimin secara amnya dan khusus ditujukan kepada mereka yang bertanggungjawab mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar” untuk sama-sama kita ,merenung firman ALLAH S.W.t iaitu:

“(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.”(Surah al-An’am,ayat 104)

“Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(Surah al-Baqarah,ayat 209)

Setelah saya membaca buku yang ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman ini,saya mendapati isinya sangat relevan dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam di Malaysia,namun buku ini telah diharamkan tanpa sebarang penjelasan yang relevan.Lebih parah lagi,isi buku ini dikatakan telah menyeleweng dari ajaran Islam.

Sepanjang penelitian saya,Ustaz Abdul Rahman telah mengemukakan perbahasan yang sangat ilmiah mengenai perkara-perkara yang dibenarkan dalam solat,namun dipandang pelik oleh sebahagian umat Islam yang tidak mengetahui perkara tersebut.Bahkan kebanyakan hujjah yang digunakan oleh beliau adalah diambil daripada pendapat ulama-ulama yang muktabar,sama ada ulama silam,seperti Al-Imam An-Nawawi,Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani,Al-Imam Ibnu Taimiyyah,Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah atau ulama-ulama terkini seperti Dr Wahbah Az-Zuhaili dan ramai lagi.

Ustaz Abdul Rahman juga telah mengemukakan dalil-dalil yang berasal dari al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan tonggak utama kepercayaan seorang Islam,tidak kira apa pun mazhab yang dipegangnya.Malahan hadis-hadis yang digunakan dalam buku ini telah dibuktikan Sahih dan dipetik dari kitab-kitab hadis yang muktabar,seperti Sahih Bukhari,Shahih Muslim dan sebagainya.Maka dakwaan buku ini menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada kaum Muslimin amat tidak berasas berdasarkan firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-Hujrat,ayat 1)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”(Surah al-Ahzab,ayat 21)

Juga sebagaimana sabda rasulullah S.A.W:

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”( Nombor 1727,Al-Muwatta’ ,al-Imam Malik ,cetakan Dar Fikr,Beirut)

“…Maka, sesiapa yang tidak ikut Sunnahku, dia bukan dari (kalangan umat) ku”( Sahih Al-Bukhari, No: 4776 Cetakan Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, dan Sahih Muslim No: 1401 Dar al-Ihya’ at-Turath al-‘Arabi, 1991)

Tidak timbul isu pertentangan amalan dalam buku ini dengan amalan masyarakat Malaysia yang beramal dengan Mazhab al-Imam As-Syafi’I,kerana al-Imam as-Syafi’i juga mengambil nas-nas dalam menetapkan sesuatu hukum daripada Al-Quran dan As-Sunnah.Bahkan terdapat satu kata-kata Imam Syafi’i yang popular iaitu:

“Bila SAHIH sesuatu hadis tu,maka itulah Mazhabku”(An-Nawawi,dalam kitabnya,Al-Majmu’ juga dinisbatkan kepada al-Hakim dan al-Baihaqi)

Maka atas hujah-hujah yang saya tegakkan,maka saya tidak teragak-agak membantah pengharaman buku “Pelik Tapi Benar “ oleh Kementerian Dalam Negeri dan saya minta agar pengharaman buku ini dikaji dengan saksama dan adil sebagaiman firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujrat,ayat 6)

Hamba yang mengaharapkan reda ALLAH,

oleh akhi Muhammady7

Ahad, 10 Ogos 2008

Perlukan muslimat memakai stokin kaki?

Berkenaan persoalan apakah apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak, marilah kita mengkaji dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak, pertama oleh mereka yang berkata ia wajib ditutup dan kedua oleh mereka yang berkata ia tidak wajib ditutup.


[1] Dalil al-Qur'an.

Surah an-Nur 24:31: "Janganlah mereka (wanita mukminat) menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya."

Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa apa yang zahir ialah muka dan tangan (selepas pergelangan tangan). Namun riwayat ini diperselisihkan darjatnya.

Pendapat lain menyatakan, termasuk yang zahir ialah muka, tangan dan di bawah pegelangan kaki.

[2] Dalil as-Sunnah.

Dari Umm Salamah r.a., ketika Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang sarung, aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana dengan sarung orang wanita?" Baginda menjawab: "Labuhkan ukuran sejengkal." Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika terbuka darinya (hingga nampak kaki)?" Baginda menjawab: "Labuhkan lagi ukuran sehasta, jangan melebihi itu." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4117].

Hadis ini menimbulkan dua pandangan:

a = Ia adalah dalil jelas (Qat'e ad-Dilalah) bahawa keseluruhan kaki ialah aurat, termasuklah di bawah pergelangan kaki. Ini pandangan majoriti.

b = Ia adalah dalil yang tidak jelas (Dzann ad-Dilalah) sebab ukuran sehasta itu hendak dimulakan dari mana?

Beberapa kitab syarah hadis yang saya rujuk berkata ia bermula dari pertengahan betis. Tetapi ukuran ini masih longgar, kerana batas pertengahan itu agak subjektif. Justeru betis confirm aurat tetapi apa yang berada di bawah pergelangan kaki belum confirm aurat atau tidak.


[3] Dalil ijma'.

Setakat yang saya cari, tidak ada ijma' bahawa apa yang berada di bawah pergelangan kaki adalah aurat yang wajib ditutup. Yang benar ia adalah pendapat jumhur = Maliki, Syafi'e dan Hanbali. Hanafi berselisih pandangan. Sebahagian tokoh Hanafi kata aurat, sebahagian kata tidak.


[4] Dalil Qiyas.

Ini hujah paling kuat bagi pihak yang mengatakan apa yang berada di bawah pergelangan kaki bukan aurat. Jika 'illat dibenarkan membuka muka dan selepas pergelangan tangan ialah untuk memudahkan kerja-kerja harian, maka apa yang berada di bawah pergelangan kaki juga boleh dibuka kerana ia juga digunakan untuk kerja-kerja harian.

Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

"...sesungguhnya dua kaki (pergelangan ke bawah) bukan aurat yang wajib ditutup. Pernakwilan seperti itu dikuatkan oleh adanya keperluan membuka kedua kaki jika wanita berjalan kerana apabila dia menggunakan alas kaki (stokin?), maka hal itu akan menyibukkannya (menyukarkannya)."


[5] Dalil tujuan syari'at (maqasid)

Ada pun dari sudut hikmah dan tujuan menutup aurat, iaitu untuk melindungi wanita daripada syahwat lelaki, Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

"Di samping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarikan bagi lelaki ketika dia melihatnya , dan tidak seperti ketika dia melihat wajah (wanita). Kalau wajah saja tidak merupakan aurat, padahal ia lebih banyak menjadi daya tarikan bagi lelaki, maka apatah lagi kaki. Oleh sebab itu kaki (pergelangan ke bawah) tidaklah termasuk aurat wanita." [Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 282]


Kajian terhadap lima dalil di atas menunjukkan bahawa majoriti ilmuan Islam berpendapat apa yang berada di bawah pergelangan kaki ialah aurat. Ini diterjemahkan oleh para muslimat dengan amalan memakai stokin kaki.

Namun terdapat minoriti ilmuan yang berpendapat ia bukan aurat yang wajib ditutup. Ini diterjemahkan oleh para muslimat yang memakai baju kurung, jubah dan sebagainya yang menutupi hingga ke pergelangan kaki, tanpa memakai stokin.

Antara dua pendapat ini, saya membiarkan ia terbuka. Masing-masing pihak boleh memilih pendapat yang dianggapnya paling kuat. Pada waktu yang sama hormatilah pihak yang memilih pendapat yang berbeza darinya.

Berilah prioriti kepada muslimat yang tidak menutup apa yang sudah disepakati oleh para ilmuan sebagai yang patut ditutup.

saya juga ingin mengulas beberapa pendapat sesetengah dari kita yang mengatakan perlu ditutup kerana dari tapak kaki sahaja seseorg yag berilmu(yang tahu kaedah i'rab) boleh menafsir sifat/keadaan seseorg muslimat,bagi saya ini adalah tidak benar..wallahu'alam

Sabtu, 2 Ogos 2008

Krisis Melucahkan Seks di dalam Kursus Perkahwinan


“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.
Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.
Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.
Hebatlah ustaz itu barangkali! Lawaknya menjadi.
Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.


Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.
Siapakah juara dalam budaya melucahkan seks ini?
Tolak ketepilah lelaki-lelaki singkat akal yang kotor hidup dan kotor bahasanya.
Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh orang agama sendiri. Ustaz-ustaz lucah!
Seks merupakan satu topik education/pendidikan yg penting tetapi disampaikan dengan cara yg salah walaupun berniat utk santai atau bersahaja yg mana kebanyakannya berakhir atau disimpulkan sebagai bahan jenaka seperti yg kebanyakan kita alami semasa kursus kahwin!

Semasa kursus kahwin, perkara yang paling penting diajar ialah bab rukun nikah kahwin, cerai dan yang berkaitan. tetapi itu tidak pula ditekankan sehingga ramai yg main cerai sms atau ceraikan isteri di waktu-waktu yang tidak sepatutnya (contohnya sms mengandung).

saya selalu hairan mengapa doktor boleh menyampaikan isi ceramah mereka (bab sains) tanpa lawak yang kotor atau lucah berbanding ustaz yang menyampaikan ceramah bab nikah kahwin berpandukan al-Quran dan sunnah?? Malah, saya rasa lebih baik cerita secara direct daripada berkias bcoz at last nanti ramai yg tak faham.
Kalaulah boleh diadakan kaji selidik, siapakah peserta kursus kahwin yang terselamat dari lawak lucah penceramahnya? Saya sendiri turut mengalaminya. Kursus kahwin yang saya sertai, bukan sahaja penuh kekeliruan terhadap perbahasan hukum hakam, malah turut tercemar secara rutin dengan lawak-lawak yang lucu bagi manusia singkat akal. Melawakkan seks dan melucahkannya.

Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.

Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah-ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.
Dengan kehadiran ustaz-ustaz yang berfikiran kotor inilah yang membuatkan sesetengah golongan dalam masyarakat tidak hormat kepada orang-orang yang beragama secara keseluruhannya

PERBEZAAN

Ketika saya menjadi pelajar dibidang perubatan, pensyarah memang ajar secara direct to the point dengan mempamerkan reaksi wajah yang biasa sahaja. Tidak ada yang tersengih - sengih atau terlalu serius. Saya kira dimana-mana sekolah perubatan semuanya begitu. Kita hormat ilmu, sebagai sesuatu yang perlu dipelajari, dan perlu aplikasikan untuk tujuan pendidikan dan juga membuat diagnosis.

PUNCA

Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan orang agama terhadap lawak lucah sebegini.
Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.
Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.
Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.

SESUNGGUHNYA

Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?
Falaa yalumanna illa nafsah!

artikel asal: www.saifulislam.com
suntingan semula : www.drbusyro.blogspot.com