Rabu, 18 November 2009

Mencari kejujuran Suami disebalik erti poligami



Saya bukan seorang yang anti poligami,tapi kerana ramai yang nampaknya sedang merosakkan nama baik poligami ini,poligami bukan kerja kotor,bukan ibadah yang direka untuk nafsu,atau untuk memihak kepada kaum lelaki,tetapi ia ibadah yang hanya untuk membantu wanita,ya membantu kaum hawa yang kekuatannya,keperluan dan fitrah kejadiannya sudah tentu tidak sama sekali dengan tujuan,kekuatan dan fitrah kejadian lelaki, kerana apa? Kerana Allah sangat adil!

jika di soroti sejarah kembali,Nabi kita Muhammad S.A.W mencatatkan bahawa baginda bermonogami selama 25tahun dengan Khadijah,sedangkan kehidupan berpoligami dijalankan selama 10tahun, sebagaimana yang diriwayatkan dari Aisyah r.a "Nabi tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (H.R. Muslim)

terasa sangat janggal jika masalah poligami ini di bicarakan di khalayak yang mana akan membuatkan hati lelaki berbunga-bunga,hati perempuan menjadi kecut dan skeptikal terhadap isu poligami. Dan para pendakwah pula sibuk mempertahankan syariat ini. jujur sahaja,di alam realiti,amalan syar'i yang satu ini memang tidak mudah diwujudkan kerana banyak faktor yang mempengaruhinya.

Kenapa poligami seperti mempermainkan wanita?

Begitu banyak berita yang kita dengar tentang kisah mereka yang hidup bermadu,secara jujur,saya akui,hamper 90% mereka yang berpoligami semuanya punya cerita yang negatif! Lantas di mana jujurnya poligami ini?dimana baiknya poligami ini? Di mana adilnya poligami ini? Kita mungkin dapat membalas hujah-hujah SIS dengan mengatakan betapa di zaman nabi dahulu poligami sangat membantu wanita,para isteri,tapi sedarkah kita,sirah itu kenapa hanya gemilang ketika itu? Mengapa kisah poligami yang hebat-hebat ini hanya di zaman itu? Tapi di zaman ini kisah hebat ini seakan pupus tetapi hanya banyak kisah-kisah sial yang hanya mengotorkan wajah suci agama mulia ini! Mengapa??!

Mungkin ada yang akan menjawab,kerana lelaki tidak jujur,dan macam-macam lagi,tetapi 90% kesalahan pasti menyalahkan lelaki itu sendiri,kerana memang benar kebanyakkannya berpunca daripada kelemahan lelaki sendiri dalam memimpin rumah tangga,rumah tangga ibarat sebuah kapal yang punya seorang ketua nakhoda yang bertanggung jawab dengan baik dan kreatif agar kapalnya tidak musnah di pukul badai juga sentiasa pandai mengambil hati dan menjaga kebajikan anak kapalnya iaitu ahli keluarganya sendiri supaya tidak berlaku perpecahan yang boleh mengakibatkan bencana besar bila pepecahan berlaku.


Mencari sunnah pada erti poligami

Saya sering terfikir,dimanakah sunnahnya poligami ini,pada ramainya bilangan isteri atau pada adilnya seorang suami?adakah pada jujurnya si suami terhadap isterinya atau pada diamnya si suami ketika mahu beristeri lagi?tidak guna beristeri ramai jika tidak mampu bersikap adil,tetapi lebih baik beristeri yang seorang tetapi sentiasa adil,jujur dan amanah. Malah lebih malang lagi ada segelintir lelaki sial yang menggunakan nama agama untuk mengejar cita-cita poligaminya padahal yang di kejar adalah kecantikan menurut hawa nafsu si lelaki semata-mata!


Matlamat yang menghalalkan cara

Saya pernah mendengar satu kes dimana si suami berbohong dengan si isteri berkenaan dengan poligami,ketika si suami berhubung dengan si perempuan kedua melalui telefon atau sms,si suami telah menukarkan nama si perempuan kedua ini tadi kepada nama orang lelaki,seolah-olah apabila si perempuan ini menelefon si suami ini,si isteri di rumah jika terlihat nama yang keluar pada telefon bimbit si suami akan menyangka ini adalah sahabat lelaki suaminya,namun hakikatnya pendustaan telah berlaku,lebih malang lagi apabila perkara ini di ketahui si isteri,si suami menjawab dengan alasan mudah bahawa beliau tak mahu melukakan hati isterinya,saya terasa ini satu alas an yang sangat tidak wajar bagi si suami yang mahu berpoligami,anda bayangkan jika sebelum berkahwin lagi sudah tidak jujur,bagaimana jika sudah berkahwin?? Ingat ini kisah Madu Tiga yang seharusnya syarat seorang suami yang mahu berpoligami itu mesti pandai berbohong???!! Wajah Islamkah ini??


Ini baru kes kecil,banyak lagi kes-kes yang lagi besar seperti suami menampar terus muka isterinya bila si isteri merajuk bila si suami menyatakan hasratnya mahu berpoligami,ada juga si suami yang berkahwin secara rahsia ,demi nama baik semua pihak,namun yang merana pula isteri muda yang mana seringkali terpaksa mengalah dalam banyak hal padahal beliau berhak mendapat keadilan yang sewajarnya! ini kisah benar yang sangat mendukacitakan bagi saya,musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencemarkan imej Islam itu sendiri,dan kita umat Islam sudahlah tidak membantu mengindahkan Islam di depan mata musuh,tapi menambah burukkan lagi wajah Islam itu sendiri!


Birokrasi bukan membebankan!

Hari ini jika di Wilayah,kalau mahu berpoligami,mestilah mendapat persetujuan isteri pertama,kemudian pihak mahkamah pula akan memutuskan permohonan berpoligami ini boleh atau tidak setelah mendengar maklum balas dari pihak suami dan isteri termasuklah hal yang berkaitan nafkah bagi suami kepada si isteri,cukup atau tidak sebelum ini. Namun undang-undang ini tidak sekata bagi seluruh negeri,ini lah yang menjadi permasalahan sekarang,birokrasi ini di gubal bukan mahu membebankan,tetapi hanya mahukan sebuah keadilan dan kejujuran itu tertegak bagi kedua-dua belah pihak.

Kedengaran juga suara-suara yang lantang menghentam undang-undang yang di gubal ini,mereka berhujjahkan bahawa di zaman nabi undang-undang ini tidak ada,tak wajib mohon kebenaran isteri pertama dan sebagainya. Baik,saya nak bertanya kembali kepada pihak-pihak ini,adakah lelaki di zaman kita hari ini jujur,berkata benar,tidak menyembunyikan kebenaran,warak, mampu menjadi pemimpin yang baik serta tinggi kasih sayangnya dan adil kepada isterinya seperti lelaki di zaman nabi dulu??! Saya rasa jawapan yang palin tepat tentu sekali tidak! Jadi bagaimana boleh kita samakan zaman ini sama seperti zaman dahulu??


Pesanan buat wanita

Jika sudah di madukan,apa lagi mahu di kata,bersabarlah adalah lebih baik daripada keluarga hancur teruk dan anak-anak kurang perhatian kita hanya semata-mata akibat dari marahnya kita terhadap suami,terimah madu dengan sebaiknya,apakah tidak ada bahagia langsung jika sudah di madukan?? Jangan sempitkan fikiran,positiflah.

Jika anda masih belum mendirikan rumah tangga,pelajarilah hukam hakam pernikahan dengan baik,sebenarnya anda boleh mengenakan syarat ketika mahu akad nikah,iaitu si suami tak boleh berpoligami selagi mana isteri masih hidup,jika suami tak mahu,boleh lah di batalkan akad nikah itu,saya yakin,suami yang baik akan menyetujui perjanjian anda itu,jika perjanjian di langgar,maka akan jatuh talaklah suami isteri itu.


Pesanan buat lelaki

Sila jujur dengan isteri anda,ingatlah bahawa,isteri bukan sekadar untuk seks semata-mata,tetapi isteri adalah satu tanggungjawab,dan si suami perlu mentarbiah isterinya menjadi wanita solehah,oleh itu,si suami perlu soleh dahulu untuk suruh orang lain jadi solehah!

Ahad, 8 November 2009

SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM


PENGENALAN

Hadith merupakan sumber primer selain al-Quran. Berbeza dengan al-Quran, hadith sering terdedah dengan isu-isu keautoritiannya. Kelahiran karya seperti al-Mawdu’at oleh Ibn al-Jawzi, al-Lali al-Masnu’ah ‘ala Ahadith al-Mawdu’ah oleh al-Suyuti dan Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani jelas menunjukkan keprihatinan para ulama mempastikan ketulinan dan kesahihan hadith.

Masyarakat Islam di Nusantara juga tidak terlepas dari terpengaruh dengan hadith-hadith tidak sahih. Kajian-kajian yang dilakukan di pusat-pusat pengajian tinggi sedikit sebanyak telah membongkar gejala ini. Seminar ini antara lain cuba mendedahkan realiti penggunaan hadith di kalangan masyarakat Islam di Nusantara di samping mengenalpasti cabaran dan keperluan yang boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Anjuran:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Dengan Kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM

Pada:
30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)

Objektif
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.

2.
Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.

3.
Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.

4.
Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.


Tema:
“Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara

• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama

• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden

• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa

• Darul Hadith


Perasmi, Ucap Utama Dan Pembentang Utama:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir B. Hj. Baharom

Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada:

Dalam Negara
1. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM)
2. Prof Dr. Mohammed Abul Lais Khairabadi (UIAM)
3. Prof Dr. Jawiah Dakir (UKM)
4. Prof Madya Dr. Fauzi Deraman (UM)
5. Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi bin Othman (USM)
6. Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)

Luar Negara
1. Prof. KH Dr. Ali Mustafa Yaqub (Institut Ilmu Al-Qur'an (HQ) Jakarta, Indonesia)
2. Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia)
3. Prof. Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University)
4. Dr. Haji. Muhammad Nur Lubis Bin Abd Razak Nur al-Hafiz (Tim. Mufti, Kerajaan Brunei Darul Salam)
5. Muhammad Fartis Bakaram (Timb. Mufti Majlis Ugama Islam Singapura)

Bahasa Pengantar:
Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimana pun, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diterima untuk pembentangan dan kertas kerja sisipan.

Yuran Pendataran:
Setiap penyertaan perlu mengemukakan yuran penyertaan mengikut klasifikasi berikut:

Institusi : RM 380.00
Pembentang : RM 300.00
Individu : RM 180.00
Kertas Kerja Sisipan : RM 180.00
Pelajar (Ada Kad Matrik) : RM 80.00

Tarikh-Tarikh Penting:
Tarikh mengemukakan abstrak: 30 Oktober 2009. Tarikh kelulusan abstrak: selewat-lewatnya pada 7 November 2009. Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap: 30 November 2009.


Sasaran Peserta Dan Jumlah:

300 orang peserta yang terdiri daripada :

1. Pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama
2. Ahli Akademik
3. Guru-guru Takmir Masjid
4. Mahasiswa
5. Individu
6. Wartawan dan Penulis


maklumat lanjut sila klik disini

Nilai sebuah lampu


"ini ada hadiah untuk adik akak" kata seorang senior dengan wajahnya tersenyum sambil menghulurkan sekotak hadiah yang besar

"eh,hadiah apa pula ini kak ?" tanya aku, wajah turut merona kemerahan,tanda malu dan gembira,tika itu seperti tidak mempedulikan lagi kewujudan Amal di sebelah,Amal tersenyum menumpang gembira.

"alah kamu ni,ambil saje lah kalau dah kakak yang bagi,kalau taknak..Amal nak!" usik Amal gadis manis ini,Amal seorang gadis yang sangat periang dan peramah,terkadang agak kebudak-budakkan sedikit.

"akak ni bagi hadiah macam dah nak tinggalkan saya jauh-jauh aje" soal saya menduga,keadaan sekeliling agak hening,pertemuan di tepi jalan berhadapan dengan KFC Nilai,ramai yang berpusu-pusu ke KFC,terutamanya pelajar-pelajar Kolej Nilai Antarabangsa dan pelajar-pelajar USIM. Di sinilah tempat mereka berjalan sambil menikmati makan-makan santai setelah penat memerah otak untuk sebuah kejayaan.

"ish kamu ni,ada pula cakap macam tu,sekeh kang budak neh" gurau kakak sambil memperlihatkan senyuman bahagianya itu,gadis berusia 23tahun ini seorang yang cepat terasa,namun amat mudah untuk di bawa berbincang,seorang yang aktif,tapi disebabkan kesihatan yang sering menganggu,kakak sering menghabiskan banyak masanya di bilik kediamannya.

"terima kasih kak" balasku dengan penuh kegembiraan..

"kak,nak cium boleh?" pintaku kerana terlalu gembira

"eh,cium apa plak neh??tak boleh-tak boleh..!" ucap kakak sambil ketawa

aku tak peduli,dan akhirnya aksi itu di jeling oleh Amal!

_______________________________________________________________

3 bulan kemudian...


"astaghfirullah..." terkejut aku,bunyi nada dering di telefon bimbitku menyebabkan lamunanku berselerak dan hilang seperti angin yang bertiup.

"assalamualaikum sayang" terdengar di hujung talian memberi salam,aku baru 3 bulan berkahwin,perkahwinan muda yang cukup membahagiakan,walaupun kami sering terpisah kerana kami masing-masing menuntut di universiti yang berbeza,namun dengan kemudahan telefon bimbit pada hati ini,menyebabkan hubungan kami tidak terlalu terasa berjauhan

"walaikumussalam sayang" jawabku dengan sopan

"aik,kenapa suaranya cam tak ceria je..fikir apa tu?" aku tersentak,hebat sungguh kuasa cintanya,sehingga dengan suaraku sahaja dapat dia menyelami kegusaran di hati ini..

"hmm..tak ade pape sayang" balasku cuba mengelak,aku sebenarnya mahu buktikan aku seorang yang matang,taidak terusik dek masalah yang kecil seperti ini

"sayang betul tak mahu cerita...ceritalah sayang...k,telinga ni dah besar sangat-sangat ni,semata-mata nak memberi sepnuh perhatian dan nak jadi pendengar yang baik" usik dia lagi,kali ini si dia cuba bergurau untuk membuatkan hatiku bahagia tetapi dalam masa yang sama,cuba mengorek rahsia di hatiku,sungguh pandai dia!

"teringatkan kakak senior yang bagi lampu tu" hubungan kami dah terputus bila kita kahwin,tak tahulah kenapa" luah hatiku sambil merenung di luar jendela menikmati pemandangan sungai di sebelah asrama kediaman,namun pandanganku itu kosong tidak membawa apa-apa makna

"laa..itu jeke sayang?hmm..tapi nape ek?mungkin dia fikir sayang sibuk kot,takpelah...kita doa sama-sama,nanti kita cari kakak tu ye,ni kakak senior yang kat USIM tu kan?yang sayang cerita dulu tu kan? soalnya si dia untuk kepastian,yang pasti kata-katanya itu memberi aku harapan untuk menghubungi semula kakak.......


___________________________________________________

kami di sini sentiasa mendoakan akak,lampu ini kami akan jaga sebaik-baiknya..terima kasih

Khamis, 5 November 2009

Syeikh Dr 'Aidh Abdullah Qarni dan Syeikh Habib Ali Jufri


Jika anda sering ke kedai buku,anda mungkin pernah terdengar nama Syeikh Dr 'Aidh Abdullah Qarni,penulis buku terlaris yang bertajuk "La Tahzan(jangan bersedih)"..tapi ramai yang hanya tahu bukunya sahaja,tentang biodata Dr 'Aidh,mungkin ramai yang belum tahu,apatah lagi mengenali wajahnya.

jika anda seorang pengkaji ilmu,anda pasti mengenali apa manhaj Dr 'Aidh dalam aqidah dan fiqh,saya juga sering membaca buku-buku beliau yang lain berkenaan Dakwah dan Tarbiah,sangat mengesankan!

jika anda seorang pengikut sufi,anda pasti mengenali syeikh Habib Ali Jufri,tokoh besar dalam aliran ini,saya juga ada membaca tentang tokoh sufi ini.

tapi gambar ini memberi makna yang sangat besar,saya kenal Dr 'Aidh melalui penulisan-penulisannya,syeikh seorang yang sangat lunak bahasanya dalam mengkritik,tapi sampai pada maksudnya,sering memikirkan tentang permasalahan ummah islam yang lemah dan perlbagai lagi ragam yang hanya melemahkan ummah islam itu sendiri. Menasihati pelbagai golongan hatta menulis surat kepada pemain bola sepak agar mereka berfikir untuk apa mereka bermain,dunia atau akhirat? jadi gambar ini menunjukkan yang syeikh walaupun berbeza aliran dengan Syeikh Habib Ali Jufri,tapi mereka berdua tetap saudara muslim,ya...saudara muslim! masih lagi Ahli Sunnah wa Jamaah,dan bukan syiah!

untuk anda di luar sana,perbalahan tidak menyumbang apa-apa kepada ummah,tapi persaudaraan boleh mengundang rahmah,percayalah

Rabu, 4 November 2009

Lemas di Dayang Bunting

pulau dayang bunting,Langkawi,Kedah...dimana saya telah lemas!

lemas di dalam tasiknya...

saya bukanlah orang yang tak pandai berenang,kerana saya sendiri selalu berenang pantas di laut sewaktu sekolah menegah dahulu,tapi kaki krem..ntahlah

Allah nak uji atau saya yang sering berdosa...mungkin ini kafarah

saya sudah terbenam dalam 1 meter ke dalam tasik..

kedalam tasik adalah 21 meter...sangat dalam,berwarna hitam

tapi Allah mengirimkan seorang penyelamat...

Dr. Abdurrahman...terima kasih ALLAH,terima kasih Dr..

saya masih terkejut...terkejut dengan apa yang berlaku..ya Allah...ampunkan dosa-dosaku