Khamis, 28 Oktober 2010

Bukti Kita Menghargai ALLAH

1) "Acuuuuum!" bersin seorang pemuda di depan kaunter stesen bas.

kuat bersin dia, mungkin terlalu gatal, kerana sejak tadi kelihatannya asyik menenyeh-nenyeh hidung, resdung kuat mungkin.

tapi tidak pula kedengaran beliau menyebut alhamdulillah....hmm

2) "Sedapnya menggaru ni, tadi depan orang ramai tak boleh nak garu, sekarang dah boleh garu" ujar seorang wanita sambil menggaru kepalanya yang gatal di dalam tudung.

tidak pula dengar sedap dan nikmat dapat menggaru itu ia mengucapkan alhamdulillah.

3) "best giler tilam ni..empuk habis, dengan bilik air-cond lagi..memang tak bangun subuh la kang..tidur mati" gelak seorang teman tatkala dapat tidur di hotel HPA.

tidak pula dengar ia menyebut alhamdulillah lantaran penat dari pagi hingga ke malam lalu ia mengucapkan syukur dapat berehat.

4) "haa..puas cari ketip kuku ni, jumpa juga akhirnya.." senyum seorang teman bila pengetip kuku yang dicari hampir seharian di rumah, akhirnya berjumpa juga.

Ucap alhamdulillah? masih juga tidak

5) "aduuuh! sedapnya dapat korek telinga ni..nak plak time tengah gatal dalam telinga ni..feeling habis!" sengih seorang teman

Ucapan alhamdulillah hanya tinggal ucapan klasik atau antik yang tidak di ambil peduli langsung oleh masyarakat hari ini..

Kita jarang bersyukur, tapi bila di timpa kesusahan, kita mohon pada Allah, bila tak makbul, kita rasa tension, patutkah begitu? untuk renungan hari ini

Rabu, 27 Oktober 2010

"Sudikah kamu menjadi makmum saya dengan penuh rela..?"

"Apa ciri-ciri isteri yang Ustaz mahu?" tanya seorang muslimat kepada seorang lelaki yang mendaftarkan diri untuk Baitul-Muslim

"saya hanya perlukan isteri yang benar-benar sudi menjadi makmum saya dengan penuh rela, seorang yang bukan sahaja mengharapkan belaian dan perhatian saya semata, tetapi juga seorang yang istiqamah dan tidak mengalah tatkala saya mahu mengajarnya agar pandai dalam beragama, seseorang yang sentiasa mahu mendengar kuliah subuh saya selepas solat tanpa memberi alasan mengantok dan mahu menyambung tidur, seorang yang sanggup meninggalkan keseronokkan kebiasaannya menonton tv atau melayari internet buat sementara waktu semata-mata mahu memberi laluan dan perhatian kepada syarah-syarah kitab hadis yang akan saya baca nanti, seorang yang tidak mengeluh jika saya mahu mengajaknya solat subuh di masjid di tiap hujung minggu, seorang yang boleh menerima perubahan fesyen moden secara islam yang terkini tapi terjaga, seorang yang aktif dan periang di dapur tatkala saya membantunya, seorang yang tidak mengeluh atau marah-marah tatkala saya pulang lewat kerana kerja-kerja dakwah, seorang yang tidak bermanja keterlampauan jika saya terpaksa tiada masa untuk bersamanya sehingga menyebabkan saya terganggu kerja dakwah saya, seorang yang tidak akan merajuk mengada jika saya tidak berkesempatan untuk membawanya untuk melancong kerana ketiadaan masa, seorang yang tidak meminta-minta untuk di belikan perhiasan kerana ketidakmampuan saya yang terbatas, seorang rela di tegur dengan sepenuh hati tatkala di tegur tentang salah lakunya dalam menjadi seorang wanita beriman, seorang yang sangat percayakan saya jika saya berjauhan dengan dia, seorang yang boleh menerima hobi saya yang sangat obses kepada buku, seorang yang boleh menerima jika rumah saya nanti tiada perabot-perabot indah, yang ada koleksi-koleksi buku dan kitab saya yang memenuhi setiap penjuru ruang rumah saya, seorang yang boleh hidup dengan tabah dalam dunia keilmuan dengan saya nanti, juga seorang yang juga boleh menegur saya dengan baik jika saya juga ada salah silapnya dalam menjadi suami kepadanya...." jawab lelaki ini lancar....

renung-renungkan wahai bakal isteri sekalian...apakah kalian sanggup?:)

Sabtu, 23 Oktober 2010

Inilah kisah saya, kisah kamu semua, kisah kita semua


"Cikgu..janganlah pindah..tunggulah sampai saya habis hafal 30juz dulu..." kata seorang anak murid saya.

'Cikgu pun kalau boleh tak mahu pindah juga' jawab saya dalam hati.

"Cikgu..kalau cikgu tak de..sape nak bela kami lagi" kata seorang lagi anak murid saya

Saya menahan air mata, saya menangis di dalam hati........................

Setiap Pertemuan pasti ada perpisahan

"Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah.....bla..bla..bla.." ucapan pertama saya ketika kali pertama mula mengajar di Pusat Tahfiz An-Najihah, tika itu semua pelajar senyap kerana memberikan perhatian. Memandang saya dengan wajah yang seribu tanda tanya mungkin. Mereka mengenali saya sebagai Cikgu Busyro

Bukan mudah untuk mengajar pelajar-pelajar yang pelbagai level tetapi di letakkan dalam 1 kelas yang sama, ada dari umur 7 tahun sehinggalah ke umur 18 tahun dalam kelas yang sama! Mahu tidak, saya terpaksa memberikan tugasan yang berbeza kepada mereka, yang kecil, di suruh menulis beberapa ayat rumi ke dalam jawi, manakala yang besar di minta membuat latihan soalan berdasarkan silibus yang telah diajar. Walaupun sekelas hanya ada 27 orang sahaja, tapi jika semuanya mahukan perhatian dan juga cara berkomunikasi juga berbeza, ia sangat menuntut kesabaran dan kekreatifan kita sebagai guru!

"Sayang cikgu dulu sebelum nak pergi masuk tidur" pinta saya kepada anak murid yang kecil, yang besar?haha..tak payah la kot..hihi

akhirnya saya sangat rapat dengan mereka semua, mereka menghafal al-Quran dengan baik, bercita-cita mahu menjadi hamlatul Quran..Insyallah saya doakan.

"Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! ada orang buli saya! " jerit seorang pelajar paling junior dalam kelas...

pelbagai kerenah yang hampir setiap jam kedengaran, apa pun, saya sangat bahagia dengan mereka

Perpisahan

"Cikgu nak bagitahu kamu semua 1 perkara, cikgu minta maaf banyak-banyak kalau selama ini ada menguris hati kamu, cikgu akan berhenti mulai hari ini..." saya melafazkan dengan penuh sebak...

"Cikgu!" teriak anak-anak murid saya....

...................saya menahan air mata, hakikatnya saya menangis dalam hati.

akhirnya mereka menyanyikan lagu Pelangi petang Sudirman kepada saya...


Inilah kisah saya, kisah kamu semua, kisah kita semua...Cikgu sayang kamu semua!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Alhamdulillah..

Fatin dah celik mata, syukur sangat...........Alhamdulillah, tapi masih lagi dalam perhatian doktor, juga Dr. Busyro :), terima kasih semua kerana mendoakan anak saya. Ameeeeen