Selasa, 28 Disember 2010

Kosong....

Dua orang sahabat baik, bukan adik beradik ni..Ajwad dan Syafiq..comel kan?


Penat rupanya jadi pengacara, Kak Syarifah sedang penat, sebelah tengah menguap tu adik Ust Zamri Mantop


Saya tak mampu habis baca novel ini, bukan kerana terlalu tebal, tetapi jalan ceritanya sudah semakin mendatar

Depan rumah tokki, lepas subuh ..:)

saya mahu menulis sesuatu untuk di kongsi bersama, tetapi ide itu hilang begitu sahaja, entahlah..mujurlah gambar ini tidak hilang begitu sahaja...ALHAMDULILLAH

Ahad, 26 Disember 2010

Jelajah minda dengan berfantasi

Kedai Sony Anak p.cik Ericsson

kenapa aku tangkap gambar india ni pun aku tak faham

Merpati sejoli, kenapa mesti guna nama merpati?huhu

cantik tak? bandar i-city


Sebenarnya saya hari ini agak pening dan seperti berada di alam fantasi lepas membaca novel Rayyan Fantasi..sangat berfantasi, haha, apa pun bila baca novel, ada beberapa perkara yang kena jaga iaitu:

1) jangan sampai tangguhkan solat di awal waktu bila baca novel
2)jangan pentingkan baca novel dari permintaan mak, mak mesti didahulukan
3)jangan sampai terlalu khayal (ni saya la ni)
4)jangan sampai novel buatkan anda meninggalkan perkara yang wajib
5)mulakan dengan basmallah

Selamat membaca!

Jalan-Jalan KLCC

menjaga mata amat penting ye kawan-kawan dari pada virus menggatal! haha

Kenapa terbalik? sebab ini namanya seni..:P, atas air ni

sedap betul dia bercerita..candid!


Kat mana korang rasa ni? orang jalan tengok depan, aku jalan tengok syiling..haha


Cam best je naik kete ni..:)


Masih dalam mood tak berapa stabil, biasalah..bulan tengah mengambang..haha..cuma jangan lupa selalukan hati mengingati ALLAH ye kawan-kawan. :)

Jumaat, 17 Disember 2010

update...update...update

.....tut.....hapdate...update......tut...


sedang dalam proses update...terima kasih kerana sudi datang blog ini..ngee

Rabu, 8 Disember 2010

Peringatan sebagai tanda sayang ALLAH pada kita

"Kenapa banyak sangat peringatan atau amaran lebih banyak ditujukan kepada wanita?" tanya seorang wanita

"maksudnya..?" tanya saya

"ya..isteri kena taat suami, isteri itu, isteri ini..macam-macam, kadang-kadang naik bosan dengar ustaz-ustaz dok cakap hal yang sama, cam la kite ni teruk sangat!" luah wanita itu lagi.

"memang tak berapa nak suka dengar..tapi..itu lah yang selalu orang perempuan buat pun..dosa mengumpat, tak taat suami, control suami, menyusahkan suami, suka jaja keburukan orang, dedah aib orang tu, aib orang ni, suka kutuk belakang, tak berakhlak, aurat dedah sana dedah sini..muda-muda ni tak nampak lagi, tapi bila dah kahwin tu yang nampak sangat, kalau yang ngaji agama, dulu thiqah sangat, dah kahwin..hilang semua tu..stokin dah tak pakai, tudung pun dah tak berapa nak labuh sangat, terselak kain nampak hujung betis pun jadi slumber je..betul tak?" jelas saya panjang lebar

"dan sangat banyak peringatan tentang hal itu, sebab memang ramai perempuan buat salah tu, tak kira tudung labuh ke tak.." tambah saya lagi

"tapi bab mengumpat, kutuk-mengutuk, banyak yang tudung labuh.." jawab wanita itu sinis

"pakaian tak melambangkan iman seseorang..pakai bukan kerana ALLAH, tapi pakai kerana memang dari dulu dah terdidik pakai macam tu..kalau bertudung singkat malu plak kat orang, sebab title mengaji agama, bukan sebab malu kerana ALLAH.." jawab saya pula

"lelaki juga banyak diperingatkan...lebih kepada soal keadilan..soal tanggungjawab..sebab memang ramai laki kurang bertanggungjawab dan adil...tengoklah apa yang jadi sekarang.." saya hanya menambah lagi perencah bicara

"mungkin boleh dikatakan juga bahawa yang banyak diingatkan ALLAH tu lah yang ramai sangat nak buat" wanita memberi teori

"bukan mungkin lagi..tapi memang iya pun..wanita banyak ke neraka..kalau tengok pada apa yang berlaku..memang patut pun.." saya bersuara lagi

"ya ALLAH..jauhkan kami dari azab-MU ya ALLAH.." doa wanita itu

"ameeen" amin saya pula

Ahad, 5 Disember 2010

Rindu Itu sering membuatkan hatiku merintih..(Guru dan Anak Murid)

Kamilia darjah 3, tapi hafal quran semuka sehari, jangan lupa mengulang quran kat rumah ye sayang

Loqman Tingkatan 1, Anak Murid Kesayangan Ustaz dan Ustazah

Hakimah Tingkatan 1, renung matanya punya cerita duka, semoga Allah mudahkan urusanmu sayang


Anisah darjah 3, juga merupakan pelajar pandai, semuka sehari dia hafal, cikgu rindu Anisah


No Name..hahaha


'Nape plak sek ni kosong hari ni..cuti ke?' gumam saya

saya keluarkan telefon bimbit dan menefon salah seorang anak murid saya...

"assalamualaikum, puteri..kenapa tak sekolah hari ini?" tanya saya dalam telefon

"walaikumussalam.....c..i..k..g..u..ha..ri....i..ni..cutilah cikgu..." jawab puteri dalam nada mamai di dalam telefon.

"cuti ape?" tanya saya

"cuti akhir tahun la cikgu..sampai hujung tahun.." jawab puteri

astaghfirullah..saya terus letak telefon..cam mana leh lupa cuti akhir tahun ni? hadoi la..haha..semangat sangat nak mengajar..cikgu sayang kamu semua!

Sabtu, 4 Disember 2010

kenapa pengurusan orang agama.....?

-Mengapa pengurusan orang agama lintang pukang?


-kenapa kes-kes mahkamah syariah lambat nak selesai?

-kenapa kursus pra-perkahwinan tak berkualiti?(melucahkan seks)

-kenapa orang agama atau ustaz-ustaz jarang tepati masa?

-kenapa orang-orang di pejabat agama ni buat kerja kadang-kadang 'bilal-balal'?

-kenapa orang pejabat agama kurang senyuman?

-Dr Asri saya lihat orangnya profesional, mukmin profesional, tepati masa..itu juga yang diajar oleh nabi bukan?


Jumaat, 3 Disember 2010

Kaedah pengubatan Nabi yang kita kurang berminat, lebih percayakan Ubat Moden




"Doktor, kepala saya sakit sangat, sejak semalam lagi" adu seorang pesakit

"sakit banagian mana?" tanya saya

"seluruh..." sambil mengisyaratkan dengan tangan beliau diseluruh kepala.

"tengkuk ada rasa tegang tak? telinga berdesing tak?" tanya saya

"ada..ada..!" jawabnya lagi.

"kita cuba periksa tekanan darah dulu"

setelah beberapa ketika....

"Tekanan awak 159/90..agak melebihi dari normal ni,tinggi dari biasa..banyakkan rehat, banyakkan zikir....umur masih muda lagi, 25tahun" ujar saya.

"saya sebenarnya susah nak rehat, malam-malam tak boleh tidur..." luah beliau.

"tak boleh tidur langsung ke atau tidur lepas tu kejap-kejap terjaga?" tanya saya

"aah..macam tulah" jawabnya lagi

"Ada satu kaedah rawatan yang sunnah, yang nabi kita sendiri pernah buat..dari dulu sampai lah ke hari ini ianya masih wujud, cumanya kaedah rawatannya berbeza-beza mengikut kepada orang yang merawat.." terang saya

beliau mengangguk-ngangguk kepala, mendengar dengan penuh teliti

"....rawatan bekam, kalau guna kaedah moden lebih bagus, dan lebih tepat titik-titik bekamnya, ada kajian, kalau kaedah lama, main belasah je.." saya menambah

beliau tersenyum....

"tak sakit ke doktor?" tanya dia lagi

"tak sakit pun..cubalah"


Setahun sudah perbualan saya dengan beliau, suatu hari saya berjumpa beliau di hospital, yang pastinya saya sudah lupa wajahnya.

"Doktor!" panggil pesakit tersebut

saya menoleh

"ye..ada yang boleh saya bantu" balas saya

" eh, Doktor tak ingat saya ke?" tanya beliau

"masyallah..ramai sangat orang, saya betul-betul tak ingat, dimana kita berjumpa?" tanya saya lagi

"Saya lah pesakit yang Doktor check ada darah tinggi tu, lepas tu Doktor suruh bekam..ingat lagi tak?" asak beliau lagi

saya mula terimbau dialog setahun lalu

"err..buat apa kat sini? sakit juga ke?" tanya saya

"taklah..melawat orang sakit, ada jiran kena tahan wad, darah tinggi sangat" jawabnya sambil tersenyum

"sakit yang dulu macam mana?" tanya saya

"saya dah ok la Doktor, betul! mak saya pun saya suruh bekam juga, adik saya..habis semua bekam..dah takde dah sakit-sakit kepala, berat badan, segar la sikit" jawabnya lagi

"alhamdulillah...."

syukur pada ALLAH yang berkuasa menyembuhkan.


إِنَّ أَفْضَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ


"sesungguhnya paling afdhal pengubatan yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis Sahih Riwayat Muslim, Kitab Musaaqah, Bab Hilli Ujrati al-Hijamah)