Isnin, 21 Februari 2011

Bila Doktor Jiwa di uji

Bismillah,

Aku suka baca blog Kak Sakinah, sebab blog dia simple dan banyak sentuh soal hati, soal kepekaan kita pada Islam, dan terbaru Kak Sakinah ada sebut pasal Doktor Jiwa, ya..biasanya jika masyarakat punya masalah berkaitan jiwa, mereka pasti akan jumpa ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, ceritakan masalah diorang dan apa yang diorang dah buat dulu serta menyesali apa yang diorang dah buat, dan biasanya nasihat dan harapan agar orang yang bermasalah ini agar tidak berputus asa dari mengharap rahmat Allah yang Maha luas itu.

Orang agama di uji

Itu bila orang biasa yang bermasalah, tapi macam mana pula bila orang agama sendiri bermasalah?? Ini yang bermasalah..hahaha..hailaa

Golongan agama juga manusia biasa, cuma lebihnya mereka sebab mereka belajar ilmu agama, ilmu syariat, dan biasanya orang agama ini punya penampilan dan perwatakan yang baik walaupun tak semua tapi biasanya macam tu lah.

Hidup ini ibarat roda, adakala naik, ada kala turun, supaya kita lebih banyak bersyukur dan tak lupa diri siapa kita walau tengah senang atau tengah susah, aku teringat dengan kata seorang adik junior malam tadi, kata dia..dia ada baca tulisan Ustaz Pahrol Juoi, dia cakap, kadang-kadang kita ini di uji dengan apa yang kita cakap dan dengan apa yang kita tulis, termenung aku dengan kata-kata dia, So biasalah, bila di uji, jangan mudah putus asa, banyakkan bersabar dan cuba muhasabah diri, ini semua mungkin kaffarah dari ALLAH.

Masa inilah kita di uji dengan apa yang kita kata, tak lah kita ni jadi hanya pandai bercakap je, atau ujian yang datang sebagai satu pelajaran yang ALLAH nak kita belajar dan tahu bahawa macam ni rasanya bila di uji, so bila orang datang kat kita nak minta pandangan dan cadangan, kita akan mudah jadi manusia yang lebih memahami kerana kita juga pernah di uji.

tu je bebelan pagi ni...hehehehe..hailaa..hailaa..

Bahagia & membahagiakan


Bismillah,

Hari ini tonton MHI, tajuk dia bahagia & membahagiakan. Kita biasa dengar tentang bahagia itu dengan memberi, tapi aku tak setuju dengan pendapat Aby, pengacara MHI pagi tadi, ada dia cakap, kalau dah asyik memberi je bahagia, kita ni bila nak bahagia pulak?nak jugak rasa bahagia, tu kata dia la..


Ally dengan Aby dalam MHI pagi tadi

Tapi betul ke Aby cakap tu, maybe ada yang setuju dengan Aby, tapi aku orang yang tak setuju, kenapa? ambil contoh, seorang Ibu atau bapa, bagi hadiah kat anak dia, anak dia punyalah gembira sangat-sangat, sebab dapat hadiah, siapa tak suka kan? betul tak, tapi mak ayah lagi gembira sebab tengok anak gembira. right? Aku ada anak angkat yang aku jaga sekarang ini, tiap kali anak aku ni sengih tengok gelagat aku, aku turut terhibur dan sangat gembira, padahal kalau nak kira, aku yang penat buat dia sengih ketawa, tapi kenapa aku rasa aku paling bahagia?

memberi dengan ikhlas, tanpa minta di balas, pasti akan membahagiakan, cuma ada yang tanya, kenapa dia sebagai isteri, dah banyak memberi, tapi suami tak reti nak bahagiakan dia? bagi aku cinta dan membahagiakan itu perlu di lakukan tanpa syarat, maksud aku, macam seorang ibu, walau apa pun perangai anak dia, dia tetap sanggup berkorban untuk anak dia, kecualilah si ibu telah hilang kasih sayang.

Kalau diri sendiri pun tak bahagia macam mana nak bahagia

Ada juga cakap macam mana nak mulakan bahagia kalau kita pun tak bahagia, yang ini pun payah juga nak jawab, tapi bagi akulah, bahagia ini bermula dari dalam, dari hati kita, so hati kita kena betul-betul positif dan tenang, dan kita kena faham, orang yang beriman ini biasanya dia banyak sifat kasih sayang dalam diri dia. So tak susah dia nak kongsikan rasa bahagia itu dengan membahagiakan orang lain, maknanya kita kena kuat dengan Allah dulu, baru kasih sayang itu kaya, bila kita kaya kasih sayang, senang nak bagi kat orang, ibarat orang miskin, kalau takde duit, macam mana nak bagi orang lain duit pulak? kena la ada duit dulu, macam tu lah dengan kasih sayang.

Tapi ada juga kata, suami saya selalu ke masjid time subuh, isyak pun sama, boleh dikatakan jarang sangat dia miss solat jemaah waktu subuh dengan isyak ni, tapi kenapa dengan isteri dia perengus sangat?kenapa dengan anak-anak dia tak reti nak tnjukkan kasih sayang? jawabnya senang je, dia memang tak reti dan dia kena teliti kualiti solat dia, ramai je orang solat 5 waktu kat masjid, tapi masih buat maksiat, mengumpat, mencuri, dan banyak lagi la perangai mangkuk tingkat yang dia buat, kenapa? kan solat itu pencegah mungkar? sebabnya kualiti solat dia itu yang bermasalah, solat tapi macam tak solat, hati melayang entah ke mana, memang la..

Dan si suami pun, kena lah belajar faham, belajar cara berkomunikasi, cara menghargai, ni bukan ilmu barat dalam bab-bab motivasi, tapi memang ilmu komunikasi Nabi pun buat, sunnah nabi ni..bukan main-main, Islam memang ajar, bukan setakat solat, zakat, haji, puasa, syurga neraka je..semua yang berkaitan dengan hidup Islam ajar, dan bab komunikasi lah antara penyebab dakwah Nabi ini diterima, Nabi seorang yang sangat menghargai, so..cubalah peka sikit, jangan mengharap menggapai pelangi andai rumput dipijak tidak di hargai

Apa pun hidup memang sentiasa di uji, things are easier said than done, berat mata yang melihat, berat lagi shoulder yang pikul, right?

Khamis, 17 Februari 2011

Jangan salah memberi hukum

Bismillah,


terkilan bila orang yang tak tahu atau kurang mendalami ilmu agama, tiba-tiba dengan lantang cakap pasal isu agama, nak pulak kalau melibat isu kewangan..isu finance..hmm..

kali ini aku nak cerita yang hamba Allah sorang ni, bertuah punya fikir, dia dok kata simpan duit dalam akaun konvensional, tak apa, sebab duit kau takkan bertambah dan berkurang, banyak itu aja, adoilaa..kata ngaji bab-bab finance, sudahnya itu pula logik dia, alasan dia, tak da beza pun duit tu, tak bertambah dan berkurang, aku cakapla setahu aku tak macam tu, lastly aku bagitau fatwa Ustaz Zaharuddin pasal masalah ni, boleh dia cakap taknak dengar, bengang betul aku! (aku cuba sangka baik yang kau maybe tak tau)

lepas tu dia cakap plak pasal PTPTN halal (ni masa sebelum kerajaan declare pengiraan yang lebih islamik), logik dia mudah saja, kau bayar hutang ikut berapa yang di tetapkan, tak lebih tak kurang, dan tak pernah lambat-lambat bayar..maka kau punya bunga takkan ada, dan tak naik, syaratnya jangan lambat bayar, kalau lambat, bunga akan naik...adoila.....

Penjelasan Sebenar

ni aku copy dari web Ustaz Zaharuddin, dan dengan detail kenapa tak halal, aku respect ko sebab pakai purdah, tapi jangan sampai aku sumpah kau jadi jonkong emas dah..hahaha..siyes ni, bab hukum dalam agama tak boleh main ikut suka hati kita aja, kena ada ilmu, aku tetap doakan kau bahagia dan takkan buat silap lagi dalam hal ini ok?..ni je buat hari ini, salam

Tentang solat pun pening

Bismillah,

"Busyro..kenapa banyak sangat kitab cakap pasal solat? pastu nape kebanyakkannya tak sama? tanya mak cik raja

"tak sama apa pulak?" tanya aku..aku pun pelik kenapa tanya aku soalan macam ini

"yela..ulama tu cakap macam ni, ulamak ni cakap macam tu..banyak sangat pendapat"

"lah pulak..m.cik tau mana?" haila..haila...mana la dia tau menda-menda macam ni

"mak cik tengok kat internet..pening mak cik" jawab mak cik raja balik

sejak bila la orang tua ni pandai bukak internet, adoila..apa aku nak jawab ni ek...haila...haila..

"ntahla mak cik, setahu saya berbeza ini sebabkan masing-masing punya pandangan tersendiri dalam menilai sesuatu hadis tu, contohnya bab sedekap tangan atas dada, ada yang kata sahih, ada pulak yang kata daif, so memang berbeza la" aku jawab..dia faham ke tak la tu..

"habis nak pakai yang mana satu?" tanya mak cik raja

haila..haila...semakin faham rupanya, dan semakin susah pulak soalan dia..hoho..kenapa la dia tanya aku..ustaz-ustaz kat masjid kan ramai..horror betul aku nak jawab soalan-soalan macam ni

"pakai je semua.." aku gelak

"lah budak ni..cuba matang cket.." rungut mak cik raja...

dia bengang la kot..hahaha

Banyak pendapat dalam masalah ini

kalau korang belajar agama betul-betul, memang korang akan jumpa perbezaan pendapat ini, cuma yang aku nak fokuskan kat sini pasal bab solat ni, pasal mak cik raja tanya pasal solat.

memang banyak pandangan ulama dalam masalah ini, terutamanya masalah penilaian sesuatu hadis yang mereka ada, sebabkan status sesuatu hadis itulah mereka berbeza pendapat, mazhab yang 4 pun dah berbeza, tambah pula buku-buku ulama yang lain macam al-Albani,al-Torofi, al-Muqbil, Hassan al-Saqof, dan ramai lagi..huhu

nak pilih yang mana?

pada aku la, baca je semua yang termampu..haha..pastu amik lah yang paling kuat, cam senang, tapi nak mengabih ke sebuah buku pun semput(ko kutuk sape ni busyro...hahahaha)

timbul plak golongan taksub mentaksub, ni memang parah betul dah ni, masing-masing duk kata aliran masing-masing punya kitab yang betul, yang lain kurang tepat..huhu..aku kalau jumpa orang macam ni, aku biasanya senyap je..malah nak cakap banyak, kang aku plak yang tension..haila..haila...

patutnya masa buat buku ni aku nak cadangkan tajuk buku tu ubah sikit,contohnya

Sifat Solat Nabi oleh Syeikh al-Albani
Sifat Solat Nabi oleh Syeikh al-Torifi
Sahih Sifat solat nabi oleh Syeikh Hasan Saqof
Sifat Solat Nabi oleh Syeikh Muqbil

di tukar kepada

Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh al-Albani
Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh al-Torifi
Sahih Sifat solat nabi mengikut penilaian Syeikh Hasan Saqof
Sifat Solat Nabi mengikut penilaian Syeikh Muqbil

maknanya, orang tak la taksub sangat, sebab segala hadis-hadis yang ada pasal solat ini di nilai statusnya oleh penulis buku dan bukan lah muktamad terus sampai ulama lain cakap pun kita tak nak pakai...ok?

ni jela untuk hari ini, salam mawlid rasul..jangan lupa selawat yang ma'thur!

Isnin, 14 Februari 2011

Tunisia dan Mesir masih belum selamat

Bismillah,

Rasanya dah ramai yang dah tahu Mubarak dah pun pecat dirinya sendiri, namun persoalannya, apakah dengan ketiadaan Mubarak ini, adakah Mesir mampu menjadi negara yang benar-benar demokrasi dan juga muncul sebagai sebuah negara Islam yang kuat?

Persoalan demi persoalan tetap menerjah dalam fikiran kita, tapi kita mungkin boleh berteori indah itu dan ini, hakikatnya sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi nanti.

Tunisia selepas Ben Ali tiada

Jika dilihat di Tunisia kembali, sehingga ke hari ini, masih belum dapat di bentuk kerajaan apa yang akan menerajui Tunisia, ini kerana ketika Ben Ali berundur dari jawatannya, beliau telah mewarisi kabinetnya itu dari kalangan orang-orang beliau sendiri, atau lebih senang kita kata sebagai kabinet Ben Ali yang kepala dan pemikirannya masih lagi ala-ala Ben Ali. Mungkin terdapat perubahan dalam beragama selepas pengunduran Ben Ali, seperti orang ramai bebas ke Masjid untuk solat berjemaah, bebas memakai kopiah dan sebagainya yang selama ini di anggap salah di sisi Ben Ali. Tetapi kebebasan itu bukanlah bersifat mutlak, kerana kabinet-kabinet ini hanya melonggarkan undang-undang yang sedia ada agar nampak demokrasi, namun hakikatnya, corak pemikiran kabinet sementara yang ada sekarang ini, masih lagi seperti Ben Ali. Timbul pula satu persoalan, apakah menteri-menteri yang ada ini, tidak akan campur tangan jika pilihanraya akan diadakan nanti?apakah mampu di Tunisia nanti punya pilihanraya yang benar-benar bebas?

Rakyat Mesir dan Tunisia masih belum dapat menarik nafas lega sepenuhnya

Begitu juga halnya dengan Mesir, walaupun kita lihat Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan pihak tentera mesir seolah-olah mengambil tindakan berdiam diri dalam sebarang kenyataan mereka dan seolah-olah cenderung kepada perjuangan rakyat. Tetapi kita harus ingat, 4 orang pemerintah tertinggi tentera yang mengambil alih Mesir sekarang ini adalah orang yang telah di lantik oleh Mubarak sendiri ketika beliau berkuasa dulu. Mungkin sehari dua ini kita boleh lihat orang boleh bersorak gembira, tetapi cuba lihat dalm tempoh sebulan dua ini, apa yang akan terjadi?

Sebenarnya cukup sukar untuk pihak tentera mahu mewujudkan sebuah kerajaan Mesir yang benar-benar punya demokrasi dan benar-benar telus dalam pentadbirannya. Ini kerana pihak tentera sendiri sebenarnya juga turut terlibat dalam soal 'perniagaan' dalam negaranya dari golongan bawahan sehinggalah kepada pemerintah tentera yang tertinggi. Cukup sukar untuk mereka memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dalam masa yang sama mereka mahu menjaga kepentingan-kepentingan mereka ketika ini, siapa yang mahu didakwa menyalah-gunakan kuasa yang di beri, betul tak?

Saya percaya Mesir bakal menerima nasib yang sama seperti Tunisia, sehingga hari ini masih bercelaru dan belum jelas tentang bentuk kerajaan yang akan di bentuk.

Mesir dan Tunisia bakal menjadi negara Islam yang kuat seperti Iran?

ada yang beranggapan dengan berundurnya pemerintah-pemerintah kuku besi seperti Ben Ali dan Mubarak ini akan memberi harapan kepada kewujudan negara Islam yang kuat seperti Iran. Namun perlu di tekankan semula, revolusi yang berlaku di Iran sama sekali tidak sama dengan revolusi rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir, ini kerana revolusi di Iran punya ikon yang cukup kuat iaitu Khoimeni, sehingga Iran mampu menjadi sebuah negara yang di sebut-sebut sebagai jaguh negara Islam yang kuat walaupun saya sangat tidak bersetuju bahawa Iran negara Islam.

Tetapi siapa ikon yang cukup kuat dalam revolusi di Tunisia dan Mesir ini, sebagai contoh Mesir, jika mahu dianggap Wa'il Ghonim sebagai ikon, beliau sendiri menafikannya, manakala Ikhwanul Muslim pula tidak dianggap ikon yang cukup kuat, kerana sumbangan meraka dalam revolusi ini dilihat tidak begitu ketara melainkan rakyat sendiri yang sudah cukup muak dengan rasuah dan salah laku pihak berkuasa yang menjengkelkan dan di ketahui umum.

Ikhwanul Muslimin juga mengeluarkan kenyataan baru-baru ini. Mereka menyatakan bahawa mereka bukan mahu syariah tetapi perubahan pada perlembagaan supaya rakyat mendapat kuasa yang lebih. Mereka mahukan yang terbaik kepada rakyat. Setakat ini mereka menyatakan persetujuan kepada Mohammed El Baradei yang diiktiraf dan dikenali di peringkat antarabangsa dan dilihat neutral dalam hubungan dengan Amerika Syarikat dan Israel. Tapi kalau dilihat dari kehendak rakyat Mesir tidak kira mereka liberal, berhaluan kiri apatah lagi Islamis mereka tidak boleh menerima Israel dan tidak mahu tunduk dengan Amerika Syarikat.

Harapan kita semua

Berteori itu dan ini memang mudah, dalam dunia realiti ini, segalanya mungkin terjadi, Mubarak yang di jangka tidak akan turun itu pun akhirnya turun, jadi tidak mustahil jika Mesir sekali lagi mengulang sejarah mampu menjajah Israel semula tetapi dengan semangat jihad yang betul-betul jitu, tidak mustahil, Insyallah!


Selasa, 8 Februari 2011

Mesir, Egypt, Misr

Bismillah,

Siapa yang tak pernah dengar negara bernama Egypt ini, betul tak? Kalau di Malaysia ini, semua orang tahu, dan paling popular pastinya akan di kaitkan dengan orang yang belajar agama di University al-Azhar, stock Ustaz-Ustazah la katakan..emm

Mula-mula nak ucap Alhamdulillah lepas tu nak appreciate kat kerajaan Pak Najib kita ini, kerana berjaya pada tahap 90% dan hampir selesai angkut semua orang malaysia kat Egypt tu, sekarang ini memang ramai dah kawan-kawan yang study kat Egypt ni dah balik malaysia, alhamdulillah semuanya selamat.

Pasal kawan-kawan di Jordan, Syiria, Saudi dan lain-lain negara arab, belajar betul-betul sementara Allah bagi korang peluang untuk belajar dengan aman, jangan duk berangan plak..haila..haila..:P

Kalau di fikir-fikirkan, memang horror lah rakyat mesir, lawan Mubarak tu! haha...Mubarak ini orang cakap dia strict, tapi bagi aku dia tak strict, tapi dia ni jenis tak makan saman, kepala batu, batu pun ok lagi tau..haha

Rakyat Egypt memang betul-betul marah, kalau diorang boleh lepuk si Mubarak ini, dah lama aku rasa diorang lepuk-lepuk..haila..haila...Cuma Mubarak cakap dia nak berunding lagi, mahukan peralihan dalam masa 7 bulan lagi, dan dia juga bagitau takkan sekat kebebasan akhabar dan media, takkan potong line telefon dan internet, dan beberapa lagi perkara yang dia cuba nak janjikan, demi meredakan ketegangan yang sangat hot sekarang ni

Masalahnya rakyat dah tak tahan, 30 tahun memerintah, bukan 30 hari or bulan, 30 tahun, lama tu! tapi apa yang orang Egypt dapat?? pengangguran, barang naik, rasuah pun naik, kekayaan tak di agih dengan baik, hanya berlegar pada orang atasan sahaja, nak makan pun susah, cukup lama mereka bersabar dengan Mubarak yang tak Mubarak dah!

Mubarak pula memang baik relationship dia dengan Amerika-Israel, Israel sekarang dah pening, Mesir jiran dengan Israel, dan suara rakyat yang mahukan demokrasi ni plak memang tak suka dengan Amerika-Israel, tak kira dia liberal,berhaluan kiri, apatah lagi Islamis, mereka dah memang tak boleh terima Amerika-Israel, tu yang Israel risau sangat tu, lagi risau kalau rakyat jordan pun tiba-tiba bangkit juga, sebab pemerintah Jordan pun sama je, ikut bulat-bulat cakap Amerika-Israel.

Aku doakan supaya Mubarak berjaya di jatuhkan, dan rakyat palestin akan dapat hak diorang balik! ALLAHUAKBAR!!!