Khamis, 8 Disember 2011

Sahabat Melayu-Singapura yang saya kenal

Zon Sifar Sampah di Kuantan, kalau di Singapura, kena denda siapa yang buang sampah


my lappy


Bismillah,

"Diorang memang pandai, sebab tu diorang selalu dapat dekan tiap-tiap semester" luah seorang kawan saya.

"Budak Singapura ni memang dasat la..beruntung sape dapat kahwin dengan diorang" ujar kawan saya yang lain

saya tersenyum..

Saya sangat mengkagumi cara belajar orang melayu singapura, sejujurnya, mereka sangat cepat respon kepada apa yang mereka belajar dan apa yang di suruh oleh pensyarah-pensyarah, bahasa Inggeris mereka adalah baik, bahasa Arab juga baik, satu kelebihan buat bangsa Melayu- Singapura yang saya kenal.

Teringat saya sewaktu belajar dahulu, saya punya dua orang kawan dari Singapura yang sangat baik, iaitu Ani dan Ada, dua-dua di bidang yang sama, sentiasa memperoleh anugerah dekan setiap semester, dan sentiasa menjadi bualan pensyarah akan prestasi mereka.

Setakat yang saya kenal dan jumpa, Melayu Singapura ini sangat pemurah dengan ilmu, apa sahaja yang saya tanya pasti akan cuba di jawab dengan baik, paling penting, penerangan mereka berdua sangat mudah di fahami, hatta pensyarah pun saya tak faham, tapi mereka berdua ini pernah memahamkan saya dengan baik apa yang di pelajari!

Sebab itu sewaktu saya belajar dahulu, jika mahukan nota, atau assignment subjek, pastinya perbincangan dengan pelajar dari Singapura ini saya akan dapatkan, sebab perbincangan dengan mereka selalu bermanfaat, tidak membuang masa begitu sahaja, mereka amat serius dengan pelajaran.

Satu perkara yang saya selalu perhatikan ialah, saya tidak pernah melihat Ani atau Ada ini lewat ke kelas, sentiasa on-time, walaupun kelas di waktu kritikal, tidak juga memonteng kelas, seperti kebanyakkan pelajar-pelajar melayu dari Malaysia! huhu

Saya tertarik dengan sistem pendidikan di sana, mereka dapat menguasai bahasa dengan baik, boleh dikatakan, setiap kali saya berjumpa dengan pelajar Melayu-Singapura ini, saya pasti mereka boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan baik! Cumanya mengapa negara tidak begitu?

Lihat sahaja tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan Pelajar Melayu, kita sangat jauh ketinggalan berbanding bangsa Cina, saya tidak kita pelajar Melayu kita tidak pandai langsung berbahasa Inggeris dan Arab, yang saya maksudkan, bukan majoriti yang berjaya kita hasilkan setiap tahun hasil dari pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Saya masih ingat lagi bagaimana seorang Ustaz yang menghantar anaknya yang masih sekolah rendah ke Smart Reader semata-mata mahu anaknya menguasai bahasa inggeris dengan baik, yurannya sahaja sudah pasti mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu membayarnya, jadilah terus anak orang susah terus menerus ketinggalan, padahal sepatutnya sistem pendidikan kita sudah mampu membuatkan pelajar-pelajar kita mahir berbahasa inggeris, terutama dari luar bandar.

Tidak lah saya katakan yang anak orang susah langsung tidak berjaya menguasai bahasa inggeris dan arab dengan baik, cumanya bilangan yang berjaya dalam hal ini adalah minoriti, bukan majoriti, kalau tak percaya, sila ke IPT, dan tanya mereka, berapa gaji ayah dan ibu sebulan, kurang dari RM1000 adalah sangat minoriti!

Saya rasa kita perlukan satu kajian baru terhadap keberkesanan penguasaan bahasa di kalangan bangsa Melayu, mengapa Melayu?kerana kita bangsa yang agak kurang menyerlah jika di kaji mengikut peratusan, padahal kita bangsa yang ramai dan majoriti di Malaysia, tapi bangsa yang tidak majoriti pula yang menyerlah.

Lihat di Singapura, atau di Kemboja, kawan-kawan saya yang datang dari dua negara ini menguasai bahasa Arab dengan baik, tapi negara kita?belum tentu! Sepatutnya kita mengkaji bagaimana pelajar-pelajar di sana dapat menguasai bahasa Arab ini dengan baik, Kementerian pendidikan jangan hanya suka buat lawatan ke negara maju sahaja untuk lihat dasar pendidikan negara mereka, dalam soal bahasa, negara maju sangat mangutamakan bahasa ibunda mereka seperti Amerika, Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain. Jadi soal kelemahan penguasaan bahasa asing di kalangan rakyat mereka tidak timbul. Dari aspek teknologi mungkin boleh kita lihat mereka. Tapi dalam bab penguasaan bahasa asing, perlu sesekali menoleh ke Singapura, ini pandangan saya.

Apa pun, mentaliti orang kita berbeza dengan mereka,setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebagai orang biasa, saya amat mengkagumi cara belajar pelajar Melayu Singapura yang saya kenal. Mereka sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu kejayaan yang mereka inginkan, berusaha sehabis daya, walaupun orang lain cakap tak boleh, sangat mengisprirasikan saya. Yang baik kita ambil, yang buruk jadikan sempadan, sebagai muslim, kita wajib buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, Wallahu'alam.