Selasa, 4 Februari 2014

Blog dapat di akses juga, Alhamdulillah

Bismillah,

tengah update blog


"tahap membaca aku dah makin kurang la" luah saya pada seorang kawan lama, 

"try la update blog, nanti mesti ko kena membaca jugak atleast.." balas kawan saya

"nak update pun malas...hahaha" saya dan kawan saya, sama-sama gelak ketawa,

"sebenarnya aku lupa password blog aku tu" tambah saya lagi, sekali lagi kami ketawa berderai-derai.

"macam mana nak cari balik password yang lupa tu?" tanya saya pada kawan saya

"ntah la..yang tu aku tak tau..ko jangan tanya aku bab tu" jawab kawan saya sambil pandang di lepaskan keluar kereta, kami sama-sama dalam kereta, mahu mencari tablet kononnya, sudahnya pergi saja..haha

4 Februari 2014

 sedap pizza ketam ni..masyallah


Gear!


Setelah lama tak boleh buka blog, hampir-hampir sudah melupakan kewujudan blog ini, akhirnya hari ini, Alhamdulillah, saya berjaya masuk semula setelah beberapa cubaan saya sebelum ini menemui jalan buntu, banyak pengalaman yang saya kutip selama saya bekerja di pejabat agama, macam-macam ragam manusia, paling banyak mereka yang banyak mencela orang yang tiada aset, seperti rumah, kereta dan sebagainya, Allah..Allah..Allah..

bukan maksud saya benda-benda itu semua tidak penting, penting sebenarnya, tapi sehingga mencela mereka yang tiada harta, bukan kah itu sifat kotor yang tak sepatutnya ada dalam hati seorang muslim, kesian orang yang tak ada harta macam saya..haha

bukan tak nak membeli aset, tapi banyak lagi perkara yang perlu di capai, untuk sambung belajar sahaja, kosnya hampir membeli sebuah rumah, mahal bukan? itulah nasib rakyat Malaysia, ada zakat pun tapi nak dapat bantuan punyalah payah, bab potongan gaji untuk zakat punya lah cekap, bab mengumpul duit pun cekap, meningkat sokmo setiap tahun, bab membahagi duit zakat??? hancur....! 

hmm..cukup setakat ini aja update nya, suka sangat dapat update..alhamdulillah..haha

cukuplah Allah tempat bertawakkal

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”