Isnin, 24 September 2007

serangan pemikiran barat dan kesannya terhadap dunia Islam

Muqadimah

Sesungguhnya jarak masa antara kita dengan zaman Rasulullah telah menjadikan manusia jauh daripada inti kandungan al-Quran dan al-Sunnah serta kefahaman yang betul mengenainya. Semakin jauh zaman itu daripada kita,semakin banyaklah ajaran yang menyimpang daripada dua sumber agung itu. Akhirnya,semakin ramai pulalah pencemar ketulenan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w itu.

Sabda Rasulullah s.a.w:

فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجد وإياكم ومحدثات الأمور فإنٍِ كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة

Maksudnya:

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Hendaklah kamu melihat perselisihan yang banyak. Hendaklah kamu berpegang dengan Sunahku dan Sunnah Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama),kerana setiap yang dia-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat[1]

Dalam hal ini,golongan awamlah yang selalu menjadi mangsa,mereka sering melihat berbagai aliran yang menggunakan jenama Islam. Bagi mereka yang kurang teliti,mereka akan terjebak ke lembah kesesatan. Lebih teruk lagi, mereka mengkin tergolong dalam orang yang menjadi pembela kepada kesesatan itu. Bagi mereka yang benar-benar menghayati agama Islam ini,mereka pasti akan cuba memastikan agar tidak sesat atau di sesatkan oleh orang lain.

Timbul pula permasalahan antara Islam dengan musuh-musuhnya yang merupakan masalah lama,yang selalu hangat di perkatakan. Selama ketika didunia ini kebenaran masih dikuasai oleh kebatilan,maka selama itu pertentangan tetap ada,dalam garis kasarnya,musuh Islam ada dua,iaitu:

  1. Pemeluk agama lain yang fanatik buta,terutama para orientalis dan kaum injil. Mereka sangat benci terhadap penyebaran Islam dan perkembangannya di semua tempat.

  1. Kaum materialis yang ingkar kepada ALLAH. Mereka memusuhi semua agama,lebih-lebih lagi terhadap Islam. Mereka ini sebenarnya memang tahu bahawa Islamlah satu-satunya agama yang membawa suatu sistem kehidupan yang sempurna,memadukan antara zahir dan batin,individu dan masyarakat,dunia dan akhirat. [2]

Kedua-dua golongan tersebut tidak memiliki senjata memerangi Islam,kecuali menggunakan tipu daya,menimbulkan salah faham,dengan pembohongan dan berdusta atas nama Tuhan,umat manusia,kebenaran dan sejarah. Mereka memutar belitkan fakta,bukti,keterangan,sejarah dan kitab-kitab suci. Lihat sahaja bagaimana pembohongan yang disebarkan oleh golongan komunis. Ulama’ terkemuka telah bangun menentang pembohongan ini,[3] mereka telah meneliti isi kandungan[4] tersebut. Ternyata isi kandungan tersebut penuh dengan pembohongan dan kesesatan.

Isi kandungan buku tersebut tidak akan laku di kalangan golongan cendiakawan,dengan berpegang pada prinsip sejarah materealisme,yang dianggap oleh mereka bahawa Islam adalah produk ekonomi dan sosial yang menguasai seluruh Tanah Arab sebelum Islam. Di kala itu agama berhala sedang mengalami kehancuran,sedang sikap manusia pada zaman itu telah mula cenderung pada tauhid dengan begitu meluas. Mereka juga mengingkari Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah,dan al-Quran mereka anggap bukan wahyu dari ALLAH. Bagi mereka ALLAH adalah karut.[5]

Mereka juga menuduh bahawa beberapa ayat al-Quran tidak sesuai dengan ilmu dan kemajuan,memberi khabar tentang hal-hal yang tidak dapat di buktikan hingga sekarang,seperti akan terjadinya kiamat. Mereka juga meragui nilai ilmiah dan kebenran sejarah,dan adanya perbezaan para ulama’ Islam menerimanya. Mereka juga mendakwa aqidah umat Islam kepasrahan mutlak,dan Islam tidak mengenal adanya kemerdekaan dan kebebasan memilih bagi manusia. Solat juga dianggap perbuatan yang di ambil dari agama-agama kuno,orang yang pergi ke haji itu tidak lain hanyalah menyembah batu di Mekah. Mereka juga selalu mengulangi tentang kedudukan kaum wanita dalam Islam,dan kezaliman lelaki terhadap wanita.[6]

Sesungguhnya keraguan dan pemohongan yang di timbulkan tidaklah terlalu sukar untuk di bantah dan di sanggahi oleh sesiapa sahaja yang mempelajari Islam. Semoga kertas kerja dari penulis yang masih muda ini mampu memberi pemahaman berkenaan pemikiran Kristianisasi secara ringkas dalam membela agama kita dan umat kita. ALLAH lah yang berfirman dengan benar,dan Dialah Pemimpin ke jalan kebenaran!

1.Gerakan Kristianisasi [7]

1.1 Ta'rif

Gerakan Kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘Politik Penjajahan’. Gerakan ini muncul selepas kekalahan pihak Kristian dalam Perang Salib sebagai usaha menyebarkan agama Kristian ke negara-negara dunia ketiga, terutamanya kepada umat Islam. Objektifnya ialah untuk menguasai bangsa-bangsa tersebut.

2. Asas Pemikiran Dan Sifat Ideologinya

Kristianisasi mulai bergerak setelah orang-orang Kristian mengalami berbagai kekalahan selama dua abad (1099—1254 M). Mereka mengerahkan segala dana dan usahanya dalam usaha menguasai Bait al-Maqdis, sekaligus merebutnya dari kekuasaan umat Islam.

Paderi Kristian Mibez berkata:

"Perang salib yang telah dimulai pendakwah-pendakwah kita pada abad ke 17 M masih berjalan sampai hari ini. Paderi-paderi lelaki dan wanita Perancis masih ramai bertebaran di Timur."

Kristianisasi pada asasnya bertujuan untuk memantapkan pengaruh Kristian Barat di negara-negara lslam. Kristianisasi merupakan langkah permulaan dan asas kepada penjajahan. Ianya juga merupakan penyebab utama lumpuhnya serta lemahnya kekuatan umat lslam.

3. Sejarah Penubuhan Dan Tokoh-Tokohnya [8]

Raymond Lull adalah orang Kristian pertama yang memperkenalkan konsep kristianisasi, selepas kegagalan pihak Kristian dalam Peperangan Salib. Dia bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab, menjelajah negara-negara Syam sambil berdialog dengan ulama-ulama di sana. Para mubaligh Kristian bermazhab Katholik telah memasuki benua Afrika sejak abad ke 15M ketika Portugal menjumpai negara-negara baru tersebut. Setelah itu mubaligh-mubaligh Kristian bermazhab Protestan pula dihantar oleh orang-orang Inggeris, Jerman dan Perancis.


Peter Heling sejak awal lagi sudah masuk ke dalam masyarakat lslam di pantai Negara-negara Afrika. Sedangkan Baron du Betez, sejak tahun 1664, membangkitkan semangat orang-orang Kristian sehingga ia berjaya mendirikan sebuah akademi yang menjadi pusat latihan mubaligh Kristian. Mr. Cary adalah tokoh yang unggul dalam gerakan Kristianisasi mengatasi mereka yang sebelumnya. Ia muncul menjelang akhir abad 18M dan awal abad 19M. Paderi Henry Martin (meninggal tahun 1812) sangat besar peranannya dalam menyebarkan mubaligh-mubaligh Kristian ke negara-negara Asia Barat. Dia telah menterjemahkan Bibel ke dalam bahasa India, Parsi dan Armenia.


Dalam Tahun 1795 M Dewan Gereja Protestan bersatu dengan orang-orang Kopti di Mesir untuk menubuhkan sebuah Misi Kristian yang bertugas menyebarkan ajaran Injil di Afrika. David Livingstone (1813 -1873), seorang pelancong lnggeris, telah menjelajah ke tengah-tengah benua Afrika. Sebelum menjelajah benua itu, dia dikenal sebagai seorang paderi. Pada tahun 1849 M misi-misi Kristian mula dihantar ke negara-negara Syam. Perancangan yang intensif dilakukan untuk menguasai beberapa wilayah di kawasan negara-negara tersebut. Tahun 1855 M Pertubuhan Pemuda Masehi ditubuhkan. Anggotanya terdiri dari pemuda-pemuda berbangsa lnggeris dan Amerika. Tugasnya terbatas pada usaha menanamkan keyakinan Ketuhanan Almasih pada diri mereka sendiri.

Tahun 1895 M Persatuan Mahasiswa Kristian Antarabangsa ditubuhkan. Persatuan ini berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar-pelajar sekolah di berbagai negara. Seiring dengan itu dilancarkan pula kempen 'cinta kasih' (ajaran Kristian) kepada mereka. Samuel Zwemer, Ketua Misi Kristian untuk negara-negara Arab di Bahrain dan Ketua Persekutuan Kristian di Timur Tengah, bertanggungjawab menerbitkan majalah berbahasa lnggeris berjudul ‘Muslim World’. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 1911 dan masih lagi diterbitkan sehingga hari ini oleh Hartford.


Zwemer memasuki Bahrain dalam tahun 1890 M. Sejak tahun 1894 gereja-gereja reformasi Amerika menaja dan membiayainya sepenuhnya kegiatannya. Kejayaan dari aktiviti sosial dan kemanusiaan Zwemer yang paling menonjol antara lain ialah penubuhan misi-misi kedoktoran dan perubatan di negara-negara Teluk. Diikuti dengan pembukaan Pusat-pusat Kebajikan Masyarakat di Bahrain, Kuwait, Musqat dan Amman. Zwemer boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh gerakan kristianisasi terbesar di abad moden ini.


Kenneth Cragg, pengganti Zwemer untuk mengetuai majalah Muslim World, pernah menjadi pensyarah Universiti Amerika di Kairo dan menjadi Dekan Jurusan Theologi Masehi di Lembaga Misi Kristian Hartford. Bukunya yang terkenal, Panggilan Menara Azan, diterbitkan pada tahun 1956. Louis Massignon, penasihat gerakan kristianisasi di Mesir. Ia adalah salah seorang anggota Lembaga Bahasa Arab di Mesir dan pernah menjadi penasihat Departmen Kolonialisme Perancis untuk Urusan Afrika Selatan. Daniel Bills berkata, "Institut Pengajian Tinggi Robert di lstanbul (sekarang Universiti Amerika) tidak lagi menjadi pusat pengajian tinggi yang ekslusif, baik di segi sukatan pelajaran ataupun fasiliti yang disediakannya. Sekarang telah menjadi institut pengajian tinggi Kristian yang benar-benar terbuka.

Pengasasnya adalah seorang mubaligh Kristian. Malah sampai sekarang pimpinannya mestilah seorang pendakwah Kristian." Paderi Syantor pada masa penjajahan Perancis menjadi Ketua Akademi Yesuit di Beirut dalam tempoh yang agak lama. Mr. Nibrouse, Rektor Universiti Beirut Amerika tahun 1948 M berkata: "Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan adalah alat paling berkesan kepada para mubaligh Amerika untuk mengkristiankan Syria dan Lebanon."Don Huk Crey, tokoh terbesar dalam Persidangan Kristian Louzon tahun 1974 M, adalah seorang penganut Kristian bermazhab Protestan. Dia pernah menjadi mubaligh Kristian di Pakistan selama 20 tahun.

Pernah menjadi mahasiswa Fuller School of International Mission. Selepas Persidangan Kristian di Colorado pada tahun. 1978 M, dia menjadi pengarah kepada Lembaga Samuel Zwemer. Lembaga ini aktif dalam bidang penerbitan untuk menyebarkan kajian-kajian khusus tentang cara-cara kristianisasi terhadap Ummat Islam. Ibupejabatnya terletak di California. Berbagai latihan dan rekrut dijalankan untuk melahirkan para pendakwah Kristian dalam segala bidang kepakaran.

4. Pemikiran Dan Doktrin-Doktrinnya[9]

4.1 Pemikiran-Pemikiran Mereka

4.1.1 Tentang Persatuan Islam

Kardinal Simon berkata,

"Kesatuan Islam menggagas cita-cita Umat Islam dan membantu melicinkan usaha untuk menguasai Eropah. Maka gerakan Kristianisasi adalah satu unsur yang sangat penting untuk menggagalkan gagasan Kesatuan Islam. Untuk itu, kita mesti mengubah haluan Kesatuan Umat Islam melalui gerakan Kristianisasi."

Lawrance Brown berkata:

"Apabila umat lslam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia, atau boleh juga menjadi hero penyelamat. Tapi apabila mereka dibiarkan berpecah-belah, mereka akan kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh."


4.1.2 Tentang Penyebaran Islam

Seorang paderi bernama Nelson berkata:

"Pedang Islam satu demi satu telah menakluki bangsa-bangsa di Afrika dan Asia."

Henry Jesups, seorang mubaligh Amerika berkata:

"Orang-orang Islam sebenarnya tidak memahami atau menghargai agama mereka . Mereka adalah pencuri, pembunuh dan kolot . Sesungguhnya gerakan kristianisasi akan tetap berusaha membina mereka agar menjadi bangsa yang bertamaddun."

4.1.3 Tentang Muhammad


Mubaligh Nelson mengatakan bahwa lslam itu adalah yang diciplak. Unsur-unsur yang terbaik di dalam ajarannya adalah hasil ciplakan dari ajaran Kristian. Manakala yang selebihnya merupakan ciplakan dari ajaran penyembah berhala.

Mubaligh F.J. Harber berkata :

"Muhammad pada hakikatnya adalah penyembah berhala sebab tanggapannya tentang Allah jelas lebih merupakan lakaran kartun"


4.1.4 Tentang Ajaran lslam

Mubaligh Henry Jesups berkata:

"Islam lebih banyak bergantung kepada hadis berbanding al-Qur'an. Jika hadis-hadis yang palsu itu dibuang, maka tiada lagi Islam”. Ia juga menyatakan, "Islam itu sangat dangkal. Wanita menurut lslam adalah hamba."


Sedangkan mubaligh John Takly berkata, "Kita mesti menjelaskan kepada orang ramai bahwa yang benar di dalam al-Qur'an bukanlah sesuatu yang baru. Sedangkan yang baru di dalam Islam bukanlah sesuatu yang benar."


Kitab suci (Bible) mestilah disebarkan dalam bahasa-bahasa umat Islam sebab Bible adalah asas gerakan Masehi yang paling penting. Umat lslam hendaklah dikristiankan oleh pendakwah (yang asalnya) dari kalangan mereka sendiri sebab sebatang pokok itu hendaklah ditebang oleh salah seorang anggotanya. Mubaligh Kristian jangan merasa hampa melihat sedikitnya hasil misi mereka dalam mengkristiankan umat lslam, sebab pada dasarnya di dalam kalbu umat lslam telah tumbuh suatu kecenderungan terhadap ilmu-ilmu Eropah dan pembebasan wanita."


Samuel Zwemer dalam Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M juga berkata:


"….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam berpendirian agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa:"


4.2 Persidangan-Persidangan

Sehingga hari ini gerakan kristianisasi masih aktif menganjurkan persidangan-persidangan baik di peringkat nasional, serantau ataupun antarabangsa. Dalam Persidangan Kairo pada tahun 1324 H/1906 M. Zwemer menyarankan agar dianjurkan sebuah perjumpaan yang mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan misi Kristian bermazhab Protestan untuk memikirkan tentang penyebaran lnjil di kalangan ummat lslam. Persidangan Kairo ini dihadiri oleh 62 orang perwakilan . Zwemmer adalah pengerusi persidangan tersebut.

Persidangan Misi Kristian di Lucknow, lndia pada tahun 1339 H/ 1911 M. juga dihadiri oleh Samuel Zwemer. Setelah selesai persidangan, semua peserta mendapat sebuah plak sebagai cenderamata Pada satu muka plak itu tertulis: "Kenang kenangan dari Lucknow tahun 1911 ". Pada muka sebelahnya pula tertulis: "Ya Tuhan! Dunia lslam bersujud kepada-Nya lima kali dalam sehari semalam penuh khusuk. Pandanglah orang-orang lslam itu dengan penuh kasih. Ilhamilah mereka berkat kedamaian Jesus Christ."


Persidangan Colorado pada 15 Oktober 1978 adalah di antara persidangan yang paling berbahaya. Tema persidangan ialah ‘Persidangan Amerika Selatan untuk Mengkristiankan Umat Islam’. Pesertanya sekitar 50 orang, mewakili pertubuhan-pertubuhan Kristian paling aktif di dunia. Persidangan ini berlangsung secara tertutup selama dua minggu. Dalam persidangan ini dirumuskan satu strategi yang dirahsiakan oleh kerana amat berbahaya. Di antara lain dipersetujui keperluan pembiayaan berjumlah satu billion dolar AS untuk program Kristianisasi. Dana sebesar itu benar-benar terkumpul dan disimpan di salah sebuah bank terbesar di Amerika Syarikat.


Persidangan Antarabangsa Untuk Kristianisasi. Persidangan ini dianjurkan di Sweden pada bulan Oktober 1981 M di bawah penyeliaan Dewan Federal Lutherian. Dalam persidangan ini dibahas hasil persidangan Louzon dan Colorado. Persidangan ini menghasilkan rumusan-rumusan terperinci dan objektif gerakan Kristianisasi untuk negara-negara Pakistan, India dan Bangladesh. Gerakan Kristianisasi difokuskan kepada negara-negara dunia ketiga.

Persidangan-persidangan lainnya ialah:

- Persidangan lstanbul.

- Persidangan Halwan di Mesir.

- Persidangan Mubaligh Lebanon.

- Persidangan Mubaligh Baghdad.

- Persidangan Mubaligh Constantinopel di Algeria (sebelum merdeka).

- Persidangan Chicago.

Persidangan Mubaligh Madras di negara lndia. Persidangan ini dianjurkan setiap sepuluh tahun sekali.


Persidangan Baltimore di Amerika Syarikat pada tahun 1942 M. Persidangan ini adalah salah satu persidangan yang sangat berbahaya. Ianya dihadiri oleh Ben Gurion dari kelompok Yahudi.Pertubuhan-pertubuhan Kristian telah menyusun semula kaedah persidangan setelah perang dunia kedua. Persidangan gereja-gereja itu diadakan setiap 6 atau 7 tahun, dengan lokasinya bertukar dari satu negeri ke negeri lain.

- Persidangan tahun 1948 M (Belanda).

- Persidangan tahun 1954 M (Amerika).

- Persidangan tahun 1961 M (India).

- Persidangan tahun 1967 M (Eropah).

- Persidangan tahun 1975 M (lndonesia). Persidangan ini dihadiri 3000 mubaligh Kristian.


4.3 Pusat dan Lembaga Kristianisasi yang Termasyhur

Lembaga Samuel Zwemer di California, Amerika Syarikat. Lembaga ini ditubuhkan berdasarkan rumusan dari Persidangan Colorado.‘International Centre for Studies and Mission’ di California, Amerika Syarikat. Lembaga ini bertanggungjawab membiayai dan memberi sumbangan tenaga manusia untuk menjayakan Persidangan Colorado. Selain itu Lembaga ini juga menyediakan kemudahan dan kelengkapan untuk memastikan kejayaan persidangan tersebut. Universiti Amerika di Beirut (dahulu Akademi Bible Simia).

Ditubuhkan pada tahun 1865 M. Universiti Amerika di Kaherah. Ditubuhkan untuk menyaingi Universiti Al Azhar. Akademi Perancis di Lahore. Persekutuan Missionari Gereja lnggeris. Sebuah pertubuhan Kristian Protestan yang sangat penting yang aktif sejak hampir dua abad lalu. Lembaga Missionari Amerika, terutamanya Persekutuan Missionari Amerika. Ditubuhkan sejak tahun 1810 M. Persekutuan Missionari Kristian Jerman Timur. Ditubuhkan oleh seorang paderi bernama Labsious pada tahun 1895 M. Aktivitinya mula menonjol sejak tahun 1900 M. Pada tahun 1809 orang-orang England menubuhkan Persekutuan London Untuk Penyebaran Kristian di Kalangan Yahudi. Aktivitinya ditumpukan supaya orang-orang Yahudi yang berselerak di berbagai pelosok dunia pindah ke Palestin.

4.4 Beberapa Buku Tentang Kristianisasi

Kumpulan kertas kerja Persidangan Kairo tahun 1906 M yang berjudul "Cara-cara Menyebarkan ajaran Kristian di Kalangan Umat Islam ". Zwemer menyusun sebuah buku yang merupakan kumpulan dari beberapa rumusan tentang kaedah penyebaran ajaran kristian. Buku tersebut bernama ‘Dunia Islam Dewasa ini’. Buku ini memperkatakan tentang kaedah-kaedah praktikal untuk berhubung dengan bangsa-bangsa bukan Kristian dalam usaha menarik mereka kepada agama Kristian. Di dalamnya dijelaskan mengenai langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap mubaligh kristian.’Sejarah Missionarisme’, karya Edwin Bulls seorang mubaligh protestan.

Buku Mr. Fardner yang berisi kajian yang lebih difokuskan kepada masalah-masalah di kalangan negara dan masyarakat Afrika dan cara-cara untuk menyebarkan ajaran Kristian di benua itu. Buku ini mendedahkan halangan-halangan yang bakal dihadapi dan cara-cara menyelesaikannya. Majalah Missionaris Kristian Protestan di Biel, Swiss. Majalah ini membincangkan rumusan Persidangan Edinburgh pada tahun 1910 M. ‘Majalah Masehi Timur’ yang berbahasa Jerman diterbitkan oleh Perseketuan Missionaris Jerman Timur sejak tahun 1910 M.

4.5 Cara-cara dan kemudahan dan kelengkapan

4.5.1 Perubatan

Program rawatan-rawatan kesihatan dimanafaatkan untuk memasukkan jarum Kristinisasi. Program tersebut dijadikan sebagai cara yang paling utama untuk menyebarkan agama Kristian.

Paul Harison dalam bukunya:

"Doktor di Negara-negara Arab”, berkata, "Kami di negara-negara Arab bersedia untuk menarik penduduknya menjadi Kristian."

S.A. Morisson editor majalah ‘Muslim World’ berkata, "Waktu itu kesempatan sangat terbuka lebar. Para doktor Kristian membawa misinya di tengah-tengah masyarakat lslam , di desa-desa seluruh negara Mesir".

Seorang mubaligh wanita, Eide Harris mengatakan, "Doktor Kristian hendaklah memanfaatkan peluang dalam tugasnya untuk memasukkan ajaran Kristian ke telinga dan hati ummat lslam".

4.5.2 Pendidikan

Mereka mengerahkan segala tenaga dan keupayaan untuk menjadikan pendidikan sebagai cara penyebaran ajaran Kristian yang berkesan. Untuk mencapai matlamat tersebut mereka mendirikan sekolah, kolej, universiti, sekolah menengah , pusat asuhan, taman kanak-kanak, dan sekolah-sekolah khas. Sejak 150 tahun lalu mereka menyebarkan tidak kurang dari 100 juta naskah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang telah diterjemahkan ke dalam 1130 bahasa. Mereka juga menyebarkan brosur dan majalah yang bernilai 7 billion dollar AS. Di bidang pendidikan ini golongan Orientalis dan Kristianisasi bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama mereka.

4.5.3 Aktiviti Sosial

- Menyediakan penempatan mahasiswa dan mahasiswi.
- Menubuhkan kelab-kelab sosial dan sebagainya.

- Membina asrama, rumah orang tua, penempatan anak yatim dan orang-orang musafir.

- Menggalakkan aktiviti-aktiviti hiburan dan menganjurkan konsert-konsert dan seumpamanya.

- Mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang mempunyai bahan-bahan dakwah kristian dan menjadikan perpustakaan dan penerbitan sebagai alat penyebaran ajaran Kristian secara luas.

- Menganjurkan aktiviti perkemahan dan rekreasi. Aktiviti ini juga dijadikan sebagai salah satu alat utama mendakwahkan ajaran Kristian.

- Menziarahi orang tua dan pesakit-pesakit di hopital . Mereka diberi cenderamata dan dilayan dengan sopan.

- Mrs. Almost Wilson dan Mrs. Hilday dalam Persidangan Kaherah dalam tahun 1906 M membincangkan tentang peranan mubaligh wanita dalam melakukan menyebarkan ajaran kristian di kalangan wanita-wanita lslam.

4.5.4 Menimbulkan Kekacauan dan Peperangan

Orang-orang Kristian aktif menggalakan berlakunya peperangan dan menyebarkan fitnah di kalangan kaum Muslimin. Tujuannya adalah untuk melemahkan umat lslam. Mereka cuba mewujudkan huru-hara dan kekecohan di masyarakat dengan menyalakan api permusuhan. Di antara caranya ialah dengan menyuburkan semangat nasionalisma, kedaerahan dan kesukuan sempit, seperti Fir'aunisma di Mesir, Finiqisma di Syam, Palestina dan Lebanon, Asyurisme di Iraq, dan Barbarisma di Afrika Utara.

Dalam persidangan Mubaligh-mubaligh Lucknow di lndia tahun 1911 M, Zwemer berkata, "Perpecahan-perpecahan politik di dunia lslam dewasa ini merupakan suatu bukti nyata bahwa Tuhan telah bercadang untuk mengangkat semula agama Masehi."

4.5.5 Potensi dan Kemampuan

Di Indonesia orang-orang Kristian menguasai media massa. Mereka memiliki siaran-siaran radio amatur mubaligh dan akhbar-akhbar nasional. Dalam bancian tahun 1975 M di lndonesia terdapat 9,819 buah gereja kepunyaan orang Kristian mazhab Protestant, 3,897 orang paderi, 8,504 orang pendakwah sukarela. Sedangkan mazhab Katholik memiliki 7,250 buah gereja, 2,630 orang paderi dan 5,393 orang pendakwah sukarela. Mereka merancang untuk mengkristiankan lndonesia selewat-lewatnya pada tahun 2000 M.

Di Bangladesh terdapat banyak sekali pertubuhan pendakwah dan mubaligh Kristian untuk mengkristiankan umat lslam di negara tersebut. Kenya dijangka menjadi negara Kristian sepenuhnya menjelang tahun 2000 M. Gerakan Kristianisasi ini juga menyerang Malaysia, negara-negara Teluk dan Afrika. Jumlah pertubuhan pendakwah Kristian yang ada di 38 negara Afrika mencapai 111,000 buah. Sebagiannya memiliki kapalterbang untuk mengangkut para doktor, ubat-ubat, dan para petugas untuk mengubati pesakit-pesakit di pendalaman dan gunung-gunung. Sekarang ini di dunia terdapat lebih dari 220 ribu pendakwah (137,000 Katolik dan 82,000 Protestant). Di Afrika sahaja terdapat 119,000 pendakwah laki-laki dan wanita dengan perbelanjaan sekitar 2 billion dollar AS setiap tahun.

5. Tempat Tersebar Dan Kawasan Kejayaannya [10]

Gerakan Kristianisasi tersebar secara luas di negara-negara dunia ketiga.
Gerakan ini mendapat sokongan padu masyarakat antarabangsa dari negara-negara Eropah, Amerika, gereja-gereja, lembaga-lembaga, universiti-universiti dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Gerakan Kristianisasi mengerahkan segala usaha dan kemampuannya secara intensif di dunia Islam. Pada masa ini Gerakan Kristianisasi tertumpu ke Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Afrika secara umum.

6. Sejauh mana gerakan Kristianisasi ini berkembang

Tanpa kita sedari pada hari ini,terdapat banyak kumpulan-kumpulan atau golongan-golongan yang nampaknya semakin berani mempertikaikan ayat-ayat al-Quran dan juga dalam erti kata lain mencabar ALLAH s.w.t sebagai tuhan semesta alam! Ini semua hasil daripada serangan-serangan pemikiran dari Barat atau lebih khusus lagi gerakan Kristianisasi. Bagi mereka,cita-cita mereka untuk menakluki dunia ini dan memerintah mengikut acuan hawa nafsu mereka tidak akan tercapai jika agama Islam itu masih kuat.

Sejarah juga telah membuktikan yang Barat tidak akan dapat menguasai umat Islam ini dengan cara peperangan,tetapi dengan cara yang halus iaitu serangan dari sudut pemikiran umat Islam itu sendiri, dengan ini lebih tepat lagi gerakan Kristianisasi ini adalah pemikiran Barat yang tidak senang dengan kebenaran yang ada pada Islam. Jika di teliti serangan pemikiran ini sama ada dari golongan Atheis, Komunis, Orientalis, Liberalisme, Feminisme, Sekularisme, semuanya adalah pemikiran Barat. Matlamat mereka adalah satu,iaitu menghancurkan agama Islam yang menjadi pegangan sebahagian besar umat manusia di dunia ini.

Dalam Negara kita pada hari ini,serangan pemikiran Barat ini telah mula bertapak dengan kukuh,ianya hasil dari kelemahan umat Islam itu sendiri yang gagal memahami Islam yag sebenar,sehingga ramai yang beranggapan bahawa perkataan Islam hanyalah kepada bentuk upacara keagamaan sahaja dan tidak lebih dari itu. Jika Islam itu di selaraskan dengan kehidupan,maka akan terjadi lah banyak penghalang kepada kemajuan. Maka lahirlah golongan seperti Sister in Islam (SIS),yang mana mereka ini mendakwa memperjuangkan hak wanita Islam. Mereka ini telah terpengaruh dengan pemikiran Feminisme.[11]

Begitu juga dengan Islam Liberal,satu tafsiran agama yang kian terpesong,mereka ini manafsir agama mengikut pemahaman dari Barat dan bukan dari tafsiran Islam yang tulen,mereka ini seboleh-bolehnya manafsirkan apa sahaja ayat-ayat al-Quran yang boleh menghalalkan telunjuk hawa nafsu mereka.[12] Dan gerakan-gerakan ini semakin mendapat tempat,ini termasuk di kalangan parti politik di Negara ini,jadi bertapa perlunya para pendakwah mengenai hal ini,jika di biarkan,penulis bimbang keaslian agama Islam yang sebenar akan makin terhakis,sekaligus mencalar imej Islam itu sendiri

7. Gerakan Kristianisasi dalam dunia Islam

Jika di amati realiti pada hari ini,kita akan melihat bahawa umat islam pada hari ini sedang menghadapi perang pemikiran yang hebat. Melalui perang pemikiran tersebut,Barat telah berjaya menjauhkan umat Islam dari pemahaman Islam yang sebenar. Akhirnya,umat Islam pada masa kini banyak yang menafsirkan Islam dengan tafsiran yang sesuai dengan acuan pemikiran Barat dan lahirlah Aqidah sekularisme, lihat sahaja bagaimana Barat dengan sedaya upaya untuk meruntuhkan kerajaan Islam Turki Uthmaniah sehingga berjaya menguasainya dan memecahkan empayar keluasan kerajaan Islam ini kepada lebih dari 44 negara yang merdeka. [13]

Barat kemudian mengangkat para penguasa setiap negera tersebut yang di lihat pro kepada mereka,para penguasa ini dididik dengan acuan pemikiran yang di restui oleh Barat. Barat juga menjadi penjaga kekayaan negara-negara tersebut demi kepentingan Barat sendiri. [14] Barat juga telah menetapkan sistem pemerintahan mengikut acuan yang di kehendaki Barat sendiri,Barat juga menguasai telah menguasai media massa untuk menyebarkan pemikiran mereka ini. Mereka juga telah menetapkan kurikulum pendidikan untuk memastikan tumbuhnya generasi muda di kalangan umat Islam yang mengikut cara pemkiran Barat.

Ini semua hanyalah sebahagian dari 1001 cara Barat dalam menguasai umat Islam dan membuatkan umat Islam semakin jauh dari reality kehidupan Islam yang sebenar. Umat Islam tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil, ideologi mereka juga telah terpengaruh dengan ideologi Barat. kehiduan umat Islam pada masa kini mengikut model dan acuan dari Barat,yang menjadi asas manfaat sebagai pandangan hidup mereka, iaitu pembangunan atas dasar spiritualisme,patriotisme,dan nasionalisme.[15]

Barat telah berjaya mengubah Islam dan umat Islam dari duniawi dan ukhrawi,hasilnya umat Islam menganggap Islam hanya sesuai untuk tujuan ritual keagamaan sahaja,tidak meliputi semua aspek kehidupan,umat Islam hari ini gagal melihat keagungan Islam yang selama ini begitu hebat dari segi kesarjanaan ilmunya,sehingga waktu kegemilangan Islam pada masa lalu berjaya menghasilkan tokoh-tokoh kesarjanaan ilmu yang begitu hebat dan di segani Barat itu sendiri sehingga pada hari ini. Tetapi yang umat Islam kebanyakkannya melihat bahawa Barat lah yang hebat,lebih malang lagi ada yang sanggup menukarkan cara hidup Islam mereka kepada cara hidup Barat jika umat Islam mahu maju seperti Barat.[16]

8. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi aliran pemikiran Barat ini semakin mendapat tempat

Seperti yang kita sedia maklum bahawa takrif Islam ialah Istislam(menyerah diri),khudu’(tunduk dan patuh) dan al-Inqiyad lillah (taat kepada ALLAH)[17].

Firman ALLAH s.w.t

uŽötósùr& Ç`ƒÏŠ «!$# šcqäóö7tƒ ÿ¼ã&s!ur zNn=ó™r& `tB ’Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# Äßö‘F{$#ur $YãöqsÛ $\döŸ2ur Ïmø‹s9Î)ur šcqãèy_öãƒ ÇÑÌÈ ö@è% $¨YtB#uä «!$$Î/ !$tBur tAÌ“Ré& $uZøŠn=tã !$tBur tAÌ“Ré& #’n?tã zNŠÏdºtö/Î) Ÿ@ŠÏè»yJó™Î)ur t,»ysó™Î)ur šUqà)÷ètƒur ÅÞ$t7ó™F{$#ur !$tBur u’ÎAré& 4Óy›qãB 4Ó|¤ŠÏãur šcq–ŠÎ;¨Y9$#ur `ÏB öNÎgÎn/§‘ Ÿw ä-ÌhxÿçR tû÷üt/ 7‰ymr& óOßg÷YÏiB ß`óstRur ¼çms9 tbqßJÎ=ó¡ãB ÇÑÍÈ `tBur Æ÷tGö;tƒ uŽöxî ÄN»n=ó™M}$# $YYƒÏŠ `n=sù Ÿ@t6ø)ムçm÷YÏB uqèdur ’Îû ÍotÅzFy$# z`ÏB z`ƒÌÅ¡»y‚ø9$# ÇÑÎÈ

Maksudnya:

‘Apakah mereka mencari selain daripada agama ALLAH? Padahal kepada-NYAlah telah tunduk segala yang ada di langit dan bumi,sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepada-NYAlah mereka dikembalikan. Katakanlah (wahai Muhammad): kami beriman kepada ALLAH dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-Nabi: Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’qub, dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-Nabi: Musa, Isa, dan sekalian Nabi-Nabi daripada TUHAN mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan kepada ALLAH jualah kami berserah diri. Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.’[18]

Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa perkataan Islam bermaksud menyerah diri, patuh dan taat kepada perintah ALLAH.

Sementara dalam salah satu pemkiran Barat iaitu Islam Liberal,Liberal itu sendiri bermaksud yang terbuka dan tidak terkongkong. Dalam Laman web JIL (Jaringan Islam Liberal) mereka mentafsirkan diri mereka sendiri dengan berkata:

‘Nama ‘Islam Liberal’ mengambarkan prinsip-prinsip yang kami anuti, iaitu yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. ‘Liberal’ di sini membawa dua maksud,iaitu kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa Islam selalu ditempel dengan kata sifat, sebab pada hakikatnya Islam di tafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keinginan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsiran dan dengan demikian satu kata sifat diberikan terhadap Islam,iaitu ‘Liberal’.[19]

Daripada gabungan perkataan di atas, kita dapat merasakan seolah-olah aliran Islam Liberal ingin menyandarkan diri kepada Islam. Namun, dalam masa yang sama tidak mahu terikat dengan prinsip-prinsip Islam atau ingin bebas daripada kekangan aqidah, ibadat, muamalat dan akhlak Islam. Mereka ini seolah-olah menganggap Islam yang terkandung nas-nas al-Quran dan al-Sunnah adalah Islam yang terbelenggu, terikat dan tidak bebas. Mereka cuba mmbebaskan Islam daripada sebarang ikatan syarak. Caranya mudah,menafsirkan dan mengolah atau menafikan apa sahaja dalil syarak agar bersesuaian dengan pemikiran mereka berteraskan falsafah Barat yang mereka anggap sebagai bangsa yang bertamadun.[20]

Hasilnya,kita dapat lihat pelbagai penyelewengan diatas nama agama muncul dalam aliran ini. Sehingga tokoh aliran ini Irshad Manji[21] umpamanya, menyokong perkahwinan sesama jenis.

8.1 Pengaruh Dunia Barat Terhadap Kefahaman Umat Islam

Perkembangan kemajuan dan perubahan norma-norma tertentu yang berlaku di dunia Barat telah mempengaruhi dunia Islam. Barat yang sebelum ini ketinggilan jauh di bandingkan kemajuan yang pernah dicapai oleh umat Islam telah berjaya menguasai tamadun dan cuba memunculkan diri mereka sebagai simbol kejayaan manusia moden. Ini sebenarnya hasil kecuaian umat Islam terutama golongan agama dan pemerintah. Golongan agama yang tidak faham telah menjadika agama begitu jumud, menolak kemodenan dan hanya tertumpu kepada persoalan fardhu ain. Sementara ramai pemerintah Islam hanya mementingkan diri dan meninggalkan tanggungjawab membangunkan umat.

Justeru itu, pandangan kebanyakkan bangsa tertumpu kepada Barat, termasuklah umat Islam sendiri. Barat telah dianggap sebagai symbol kepada gaya hidup zaman moden,juga pejuang hak dan kebebasan manusia. Dalam menghadapi cabaran ini,empat sikap utama telah muncul di kalangan umat Islam:

1. Mereka yang menerima apa sahaja dari Barat dan menolak agama serta tidak menghiraukan langsung nas-nas agama seperti apa yang telah berlaku kepada Taha Hussain di Mesir. Beliau menyeru agar peduduk Mesir mencontohi dan meninggalkan keISLAMan mereka untuk maju ke hadapan. Hal ini dinyatakan dalam bukunya mustaqbal al-Thaqafah fi Misr (Masa hadapan Kebudayaan Di Mesir)

Beliau menyebut:

‘kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan sama ada yang baik atau yang buruk,sama ada yang manis atau pahit,sama ada yang di sukai atau yang dicerca.’[22]

Bahkan lebih dari itu beliau menyebut:

‘Ini semua menunjukkan bahawa pada zaman moden hari ini kita perlu berhubung erat dengan Barat dari hari ke hari. Sehingga kita menjadi sebahagian daripada mereka secara lafaz dan makna, hakikat dan rupa.’[23]

Ahmad Reda Bik pula yang merupakan penyeru agar di tumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki dan menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan wanita tidak membuka hijabnya, tiadalah kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki. [24]

2. Mereka tidak menyatakan bahawa mereka menolak agama tetapi apa yang mereka lakukan ialah cuba menafsirkan nas-nas Islam agar bersesuaian dengan kehidupan moden di Barat. Apa sahaja nas al-Quran atau al-Sunnah yang menyanggahi Barat, akan cuba ditakwilan sedaya upaya agar dapat disesuaikan dengan cara hidup Barat. Bagi mereka, kehidupan Barat seolah-olah merupakan asas. Sedangkan dalam manhaj (methodologi) Islam, nas al-Quran adalah asas kehidupan yang mesti disesuaikan dengan nas itu bukan sebaliknya. Ini seperti yang di sebut oleh al-Qardhawi. ‘Mereka menuntut agar Islam berubah tetapi mereka sendiri tidak meminta agar perubahan itu yang diISLAMkan.’[25]

Dr. ‘Imad Abdul Hamid al-Najar dalam Jaridah al-Akhbar:

‘Hijab dan percampuran antara lelaki dan wanita dalam kehidupan harian,ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sebuah masyarakat berdasarkan keadaan. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut oleh al-Quran mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah. Hukum-hakam ini bukan semestinya berkaitan dengan semua wanita.’[26]

Dr. Salah al-Khalidi berkata:

‘sesungguhnya sebahagian mausia telah salah dalam hubungan meraka dengan al-Quran. Mereka memasuku alam al-Quran yang luas dengan cara yang tidak betul. Di kalangan mereka ada yang membawa himpunan ilmu pengetahuan, kebudayaan, akhlak, adapt istiadat dan sikap yng bertentangan dengan arahan al-Quran. Oleh itu, cahaya al-Quran terhalang daripadanya. Ada juga yang memasuki alam al-Quran dengan satu pemikiran sebelumnya. Terhalanglah pandangannya, lalu dia terjatuh dalam kekaburan dan kekeliruan. Ada juga yang mengambil al-Quran dengan niat jahat dan ada tujuan tertentu untuk habuan dunia. Dia sanggup menukar haluan, memutarbelitkan fakta, menukar hokum-hakam dan membuat ulasan yang susah di fahami agar dapat dijadikan hujah untuk mereka (meninggalkan hokum-hakam syarak).’[27]

3. golongan yang menolak apa sahaja daripada Barat. Bagi mereka,semua yang berasal dari Barat adalah kufur atau sesat. Mereka tidak membezakan perkara-perkara yang tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah dengan persoalan dan prinsip Islam yang tetap dan tidak boleh berubah. Di Malaysia umpamanya, mereka menentang pakaian ‘neck-tie’, makan menggunakan sududan garpu dan sebagainya kerana ia berasal dari Barat. Terdapat sesetengah pondok pengajian agama sehingga kini menganggap mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan sebagainya adalah pelajaran sekular dan keduniaan.

Bagi mereka, mata pelajaran itu tidak penting dan memandang remeh. Sedangkan, mereka lupa matapelajaran itu menjadi sumber utama kepada pembangunan Islam. Islam tidak pernah menghalang Muslimin mengambil manfaat daripada pemikiran Kuffar selagi tidak menyanggahi nas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.[28]

4. Menapis apa yang ada di Barat dengan tapisan Islam. Kemajuan mereka diakui. Bahkan kemajuan yang dinikmati di Barat adalah cedukan daripada kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu. Bukan semua yang ada di Barat mesti ditolak. Namun bukan semua mesti di terima. Timbangan ialah tafsiran yang betul terhadap nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untuk semua masa dan tempat. Kaedah syarak juga menyatakan bahawa ‘tidak dinafi perubahan hokum atau fatwa dengan berubahnya zaman.’ Tetapi, hendaklah dibezakan bahawa dalam ajaran Islam, ada perkara yang tetap dan yang boleh berubah. Inilah pendirian golongan umat Islam yang lurus dengan agamanya.

8.2 Dunia Islam ketinggalan

Seperti yang disebutkan sebelum ini, dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insane dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil daripada hilangnya aqidah, hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang menebal. Lihatlah apa yang berlaku di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman. Malah, mereka juga ketinggalan dalam mengamalkan Islam yang tulen. Tambahan pula adapt istiadat dan pegangan bangsa yang menyanggahi syarak menggantikan tempat agama.

Wanita Islam Pakistan umpamanya, begitu di tindas dari sudut hak sebagai wanita dan insan. Anak perempuan bagaikan hak dagangan bapa yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengahwinkan anaknya kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa sebarang bantahan daripada si empunya diri. Isteri pula bagaikan hamba abdi suami yang seolah-olah diberi kuasa oleh masyarakat untuk memukul dan menyeksa. Wajah-wajah buruk bangsa yang menganut Islam ini telah benar-benar menconteng keindahan Islam di mata dunia. Setelah menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau.

Syed Ali Tantawi berkata:

‘majoriti kaum Muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan agama ini, mereka berada di belakang umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam). Sehingga Jamaluddin al-Afghani atau Muhammad Abduh menyebut perkataan yang hebat, iaitu Islam itu terlindung oleh penganutnya.’[29]

8.3 Syirik, Tahyul dan Khurafat

Hilang kefahaman betul terhadap tuntutan dua kalimah syahadah. Islam tidak di fahami bermula dari persoalan aqidah. Padahal itu adalah teras dan asas. Dengan ini,syirik serta khurafat berleluasa dalam Dunia Islam. Perkara tahyul dan khurafat telah menghilangkan Islam tulen yang merupakan teras kepada ketamadunan. Bermula daripada tangkal, mentera, sehinggalah menyakini sistem lain standing dengan Islam. Imam Malik r.h pernah menegaskan bahawa segala bentuk syariat yang tidak pernah wujud di zaman Nabi s.s.w dan wujud selepasnya tidak dikira sebagai ibadah yang diterima.[30]

Muhammad Qutb berkata:

‘Berpunca daripada kemunduran aqidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam. Kemudian ilmu, ketamadunan, ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan,’[31]

Ramai dikalangan umat Islam, aqidah mereka meyimpang daripada kemurnian kepada menuju kesesatan. Bahkan mungkin juga kearah kemurtadan. Di sesetengah tempat, pengajaran tentang perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, solat, puasa dan beberapa tajuk fekah yang lebih diutamakan berbanding perkara-perkara yang membatalkan aqidah. Hasilnya, ramai Muslim yang mengetahui perkara-perkara yang membatalkan wuduk,solat, puasa dan seumpamanya tetapi jahil tentang perkaa-perkara yang membatalkan iman. Jika dibincangkan persoalan aqidah, mereka dipengaruhi dengan falsafah Greek lama yang kadangkala tidak membawa sebarang kekuatan aqidah. Bahkan kepenatan akal dan kecelaruan fikiran sahaja.

Contohnya seperti ALLAH,ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, diikuti dengan falsafah-falsafah yang memeningkan sehingga guru yang mengajar falsafah itu sendiri tidak memahami apa yang diajarkannya. Untuk mengelakkan dirinya daripada dipersoalkan oleh murid-muridnya, dia akan berkata: ‘sesiapa banyak bertanya, lemahlah imannya’. Aqidah yang sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah Greek dan Yunan. Akidah yang diajar oleh nabi s.a.w adalah aqidah yang bersih dan mudah difahami.

Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan aqidah adalah perkara paling mudah untuk di fahami oleh semua lapisan umat. Ini kerana, persoalan akidah mesti difahami oleh mereka yang buta huruf, badawi dari padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai. Jika, perbahasan aqidah begitu sukar seperti yang difahami oleh golongan ahli kalamdan falsafah, bagaimana golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal memahaminya.

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan:

‘sekalipun perbahasan ilmu kalam dipelajari secara mendalam sehingga memenatkan akal untuk memahami dan menguasainya, ia tetap tidak termasuk daripada ilmu aqidah. Ilmu perbahasan itu telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara penyelesaian aqidah mereka. Oleh itu, imam-imam salaf mengutuk serta berusaha keras memerangi mereka.’[32]

Golongan ahli falsafah dalam penulisan mereka memulakan perbahasan dengan ilmu mantiq[33] (ilmu logik akal) kemudian ilmu tabiat[34], kemudian ilmu hisab, kemudian ilmu KETUHANAN. Kita lihat ahli-ahli kalam yang terpengaruh dengan pemikiran ahli falsafah ini mengikuti cara yang sama dalam penulisan dan perbahasan mereka mengenai tauhid. Kemuncak dan tujuan perbahasan ilmu kalam ialah untuk membuktikan keEsaan ALLAH dan tiada sekutu bagi-NYA. Mereka menyangka bahawa inilah yang dimaksudkan dengan tuntutan La ilaha illallah.[35] Sedangkan aqidah La ilaha illallah bukan sekadar percaya ALLAH itu wujud dan bersifat dengan sifat-sifat-NYA yang sempurna. Bahkan ia adalah seruan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

9. Punca Kemunduran

9.1 Kelemahan Aqidah

Tauhid inilah yang terkandung dalam keseluruhan tauhid yang lain. Iaitu al-Rubbiyah dan al-Asma wa al-Sifat. Inilah seruan sebenar para Rasul yang diutuskan oleh ALLAH. Kalau sekadar mengakui ALLAH sebagai pencipta sudah memadai, sudah tentulah golongan musyrikin sudah memenuhi tuntutan itu.

Firman ALLAH S.W.T:

@è% Ç`yJÏj9 ÞÚö‘F{$# `tBur !$ygŠÏù bÎ) óOçFZà2 šcqßJn=÷ès? ÇÑÍÈ tbqä9qà)u‹y™ ¬! 4 ö@è% Ÿxsùr& šcr㍩.x‹s? ÇÑÎÈ ö@è% `tB >§‘ ÏNºuq»yJ¡¡9$# Æìö7¡¡9$# >u‘ur ĸöyèø9$# ËLìÏàyèø9$# ÇÑÏÈ šcqä9qà)u‹y™ ¬! 4 ö@è% Ÿxsùr& šcqà)­Gs? ÇÑÐÈ ö@è% .`tB ¾Ínωu‹Î/ ßNqä3w=tB Èe@à2 &äóÓx« uqèdur 玍Ågä† Ÿwur â‘$pgä† Ïmø‹n=tã cÎ) óOçFZä. tbqçHs>÷ès? ÇÑÑÈ šcqä9qà)u‹y™ ¬! 4 ö@è% 4’¯Tr'sù šcrãysó¡è@ ÇÑÒÈ

Maksudnya:

‘ Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah yang Empunya langit yang tujuh dan yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?"Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?"Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), Maka dari jalan manakah kamu ditipu?[36]

Firman ALLAH S.W.T:

ûÈõs9ur NßgtFø9r'y™ ô`¨B t,n=y{ ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚö‘F{$#ur £`ä9qà)u‹s9 ª!$# 4 È@è% ߉ôJptø:$# ¬! 4 ö@t/ öNèdçŽsYò2r& Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇËÎÈ

‘ Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak Mengetahui’.[37]

Ibn Abi al-‘Izz al-Dimasyqi (w: 792H) berkata:

‘Tiada golongan yang menetapkan bagi alam ini dua pencipta yang sama. Namun begitu, ahli kalam, nazr[38] dan falsafah bersusah payah menetapkan dan membuktikan hal ini (bahawa alam ini hanya ada satu pencipta[39]).’[40]

Ini disebabkan memberi tumpuan kepada Tauhid al-Uluhiyyah atau disebut al-ilahiyyah. Akhirnya kita lihat perbahasan tauhid secara ilmu kalam tidak membawa seseorang kepada keimanan yang teguh dan berwaspada terhadap syirik serta perkara yang membatalkan iman. Sebab itulah ramai yang menghafal ilmu kalam, tetapi mereka masih lagi tidak mengikhlaskan tauhid kepada ALLAH kerana menyangka cukup hanya dengan mengakui ALLAH sebagai TUHAN dan Pencipta.

9.2 Ancaman Bid’ah

Kemasukan fahaman karut yang dianggap sebahaian agama telah merosakkan wajah Islam yang tulen. Amalan-amalan bid’ah telah menghilangkan fokus umat terhadap pembanggunan minda dan kefahaman jitu.

Abu a-Hasan ‘Ali al-Nadwi berkata:

‘halangan-halangan syirik, kejahilan dan kesesatan hamper menutup pintu tauhid Islam yang bersih. Amalan bid’ah masuk ke dalam sistem agama dan mengambil tempat yang luas dalam kehidupan orang Islam dan ia memalingkan mereka daripada agama yang sahih dan kehidupan dunia. Sedangkan keistimewaan dan kelebihan kaum Muslimin di bandingkan umat yang ada di dunia ini hanyalah di sebabkan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ini. Keistimewaan dan mukjizat agama ini pula terletak pada kesahihan dan keasliannya.

Dan juga kerana ia adalah wahyu ALLAH dan syariat-NYA. Yang mencipta peraturannya adalah TUHAN yang tidak dapat dicabar. Yang membuat syariatnya adalah TUHAN yang Maha Bijaksana. Apabila akal, perbuatan dan hawa nafsu manusia masuk ke dalam agama ini, maka tiada lagilah kelebihannya berbanding dengan agama-agama lain yang diselewengkan oleh pengikutnya dan peraturan yang ditenun oleh tangan manusia, melainkan dengan kadar wahyu yang masih terpelihara. Tidak lagi menjadi penjamin kebahagiaan dunia akhirat dan tidak lagi benar-benar menundukkan akal dan menarik manusia kepadanya.’[41]

9.3 Kelemahan Institusi Agama

Dalam sejarah Islam, golongan agama adalah tonggak kebangkita umat. Islam yang symul telah membentuk pemikiran para ulama agar kritis, maju dan membangun. Golongan ulama yang berkualiti ini terus wujud sepanjang zaman. Namun begitu, jumlah dan peguasaan mereka berbeza dari satu zaman ke zaman yang lain. Jumlah para ulama yang berkualiti seperti yang disebut dalam hadis, walaupun wujud, tetapi berkurangan. Mungkin juga mereka ramai, tetapi dinisbahkan dengan jumlah umat yang wujud, mereka masih dianggap sedikit. Ketika membincangkan tentang kemunduran ilmu tamadun, ekonomi pemikiran dan budaya di dunia Islam Muhammad Qutub menyebut:

‘Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk sebelum lima kurun lalu. Ditambah dengan serangan pemikiran Greek yang tidak bermanfaat. Lebih dari itu, ilmu kalam telah menukarkan pengajian aqidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda. Mengubah aqidah daripada inti kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarang tujuan. Tambahan pula, pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir.

Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan melihat banyak mana yang dihafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun, dia tidak dapat berfikir dengan sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu. Jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik daripada orang lain. Bahkan ditambah dengan keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab sehingga menjadikan kemuncak jihadnya adalah semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikh melebihi mazhab dan syeikh orang lain.’[42]

Serentak dengan kekuatan kebendaan yang muncul di Barat, kekuatan intitusi agama pula bertambah lemah. Pengajian agama dibentuk dengan begitu sempit bersama nilai-nilai taksub mazhab, lalu mereka membela mazhab melebihi Islam. Disamping mereka terpencil daripada dunia akibat diracun dengan pemikiran kesufian yang melampau dan memusuhi perkara-perkara baru yang tidak mereka ketahui. Ini sama dengan tindakan gereja yang membawa kebangkitan Revolusi Industri atau Revolusi Perancis.

9.4 Para Pemerintah yang Tidak Berkualiti dan Bertanggungjawab

Kesan daripada rakyat lemah dan tidak berkualiti, lahirlah barisan pemimpin yang lemah dan tidak berkualiti. Hasilnya, Negara-negara Islam kelihatan begitu miskin,lemah, kotor, tidak berperaturan, rasuah, mundur dan di perbodohkan. Padahal umat Islam memilki bumi yang subur dan kedudukan yang strategik.

Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

‘Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita sendiri. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimport bukan pengilang. Kadangkala kita menghasilkan produk yang tidak diperlukan dan terlupa menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memilki kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.’[43]

Hasil daripada pemerintah yang tidak bertanggungjawab ini,lahirlah Negara-negara umat Islam berwajah mundur. Senjata, pengangkutan dan makanan terpaksa dibeli daripada orang lain. Pemerintah dan raja mereka pula hidu mewah dengan hasil yang dijual atau disamun oleh Barat. Negara terus berada dalam kemunduran teknologi dan minda. Rakyat pula ramai yang miskin, buta huruf dan tidak terurus.

Kesimpulan

Seperti yang telah di terangkan sebelum ini. Adalah menjadi satu tugas yang sukar untuk menangkis dakwah-dakwah kristianisasi atau serangan pemikiran Barat ini andai umat Islam sendiri seolah-olah seperti membenarkan apa sahaja yang buruk tentang wajah Islam seperti penindasan kaum wanita Islam di Pakistan, benar Islam bukan agama yang menzalimi wanita,tetapi umat Islam sendiri yang memang jahil tentang Islam tanpa di sedari telah mencemarkan imej Islam yang suci ini,sekaligus memudahkan musuh-musuh Islam menghentam Islam, maka lahirlah pemikiran yang baru,iaitu Islam Phobia[44] .

Tugas dakwah kita menjadi semakin sukar. Pertama, memberi penerangan tentang keindahan Islam dan kebenaran risalahnya. Kedua, memberi penjelasan bahawa perkara-perkara buruk yang di lakukan oleh umat Islam speprti di Pakistan itu bukanlah berasal dari ajaran Islam,tetapi mereka telah menyimpang jauh dari Islam yang sebenar. Dan yang ketiga, membuktikan pada sasaran dakwah yang Islam ini memang benar-benar mulia dan sejahtera.

Di samping itu juga umat Islam perlulah berhati-hati dan kembali kepada sunnah yang betul dalam semua segi aspek kehidupan,agak kita benar-benar kuat aqidahnya, kuat ibadahnya, mulia akhlaknya, sekaligus dapat mempamerkan imej Islam yang mulia kepada masyarakat yang lain. Wallahu’alam

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Dr. Yusuf al-Qardhawi,Aina al-Khalal: Beirut: Muasassah al-Risalah
  3. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Thaqafah al-Dai’iyah
  4. Dr. Sulaiman al-Asyqar, al-Aqidah fillah
  5. Dr. Yusuf al-Qardhawi, al-Marji’iyyah al-‘Ulya fi al-Islam: al-Quran wa al-Sunnah, Beirut: Muassasah al-Risalah
  6. Dr. Yusuf al-Qardhawi & Dr. Ahmad ‘Asal: Tipudaya Orientalis,Atheis,&Missionari Terhadap Islam: Muqaddimah: terjemahan oleh penerbit al-Hidayah publishers Ali Tantawi, Muqifuna min al-Hadarah al-Gharbiyyah
  7. Muhammad Qutub,Waqi’una al-Mu’asir:Jeddah: Muassasah al-Madinat li al-Sahafat
  8. Dr. Azwira b. Abdul Aziz,Pembentangan Kertas Kerja ‘Bahaya Ghuluw terhadap Pemikiran Umat’.
  9. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, kertas kerja berkenaan Islam Liberal, Faktor Kemunculan Liberal
  10. Salah Abdul Fattah al-Khaldi,Mafatih li al-Ta’mul ma’a al-Quran:Jordan: Dar al-Manar

11. Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

  1. http://www.islam lib.com/id.
  2. http://www.islamicaweb.com/archive
  3. Dr. Abdul Karim Zaidan,Usul al-Da’wah
  4. Artikel blog busyrolil’alamin :Pemikiran Umat Islam Masa Kini: www.friendster.com(dr_busyro@yahoo.com.my)
  5. Ahmad Mahmud:Dakwah Islam,Serangan Pemikiran Barat dan Implikasinya terhadap hukum-hukum Thariqah, jil:1

17. Dr. Harlina Halizah Siraj: Pembentangan Kertas Kerja Terbelakah wanita Malaysia hanya dengan undang-undang?: Gerakan Emansipasi dan pembelaan wanita

  1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 :Sebab-sebab Barat menguasai Melaka
  2. Siti Zabedah(ibuku), Dr. Juanda Jaya(pejabat Mufti Sarawak), Maulana Asri Yusuf (Guruku). –menterjemah kitab-kitab arab untukku membuat kertas kerja ini.



[1] Hadis ini sahih. Di riwayatkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi,ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Al-Tarmizi menyifatkan bahawa ia adalah hadis hasan sahih. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalan al-Mustadrak dengan menyatakan : ‘hadis ini sahih’. Ini dipersetujui oleh imam al-Dzahabi (Tahqiq al-mustadrak,jil : 1 ms: 288,Beirut : Dar al-Ma’rifah)

[2] Dr. Yusuf al-Qardhawi: Tipudaya Orientalis,Atheis,&Missionari Terhadap Islam: ms:8

terjemahan oleh penerbit al-Hidayah publishers

[3] Dr. Yusuf al-Qardhawi dan Dr. Ahmad ‘Asal

[4] Buku yang di sebar luaskan oleh golongan komunis tentang tentang keburukkan Islam

[5] Dr. Yusuf al-Qardhawi & Dr. Ahmad ‘Asal: Tipudaya Orientalis,Atheis,&Missionari Terhadap Islam: Muqaddimah: ms:8

terjemahan oleh penerbit al-Hidayah publishers

[6] Dr. Harlina Halizah Siraj: Pembentangan Kertas Kerja Terbelakah wanita Malaysia hanya dengan undang-undang?: Gerakan Emansipasi dan pembelaan wanita: ms: 6. Beliau merupakan Ketua Wanita JIM,Pensyarah Kanan dan Pakar perunding (Perbidanan & Sakit Puan) Fakulti Perubatan UKM.

[7] Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

[8] Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

[9] “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

[10] Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

[11] Salah satu pemikiran Barat yang kononnya memperjuangkan nasib wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender dengan kaum lelaki,mereka ini banyak mempertikaikan kelebihan-kelebihan yang ada pada lelaki,sehinggakan apa yang di buat oleh lelaki,wanita juga mampu buat,sehingga menyalahi adat kebiasaan wanita.

[12] Dr. Mohd Asri b. Zainal Abidin: Pembentangan Kertas Kerja Islam Liberal: Mempelajari Islam dari Barat. ms:78, Karya Bestari

[13] Ahmad Mahmud:Dakwah Islam,Serangan Pemikiran Barat dan Implikasinya terhadap hukum-hukum Thariqah, jil:1 m/s: 93

[14] Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 : Barat berjaya menguasai Melaka: m/s 43

[15] Artikel blog busyrolil’alamin :Pemikiran Umat Islam Masa Kini: www.friendster.com(dr_busyro@yahoo.com.my)

[16]Dr. Mohd Asri b. Zainal Abidin: Pembentangan Kertas Kerja Islam Liberal : Faktor kemunculan Liberal: ms: 40 Beliau merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis,dan Mufti paling muda dalam Negara ini,beliau telah membawa satu gelombang tajdid berpandukan ajaran Islam yang tulen.

[17] Lihat : Dr. Abdul Karim Zaidan,Usul al-Da’wah, ms: 9.

[18] Surah Ali ‘Imran: 83-85

[19] http://islam lib.com/id.

[20] Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, kertas kerja berkenaan Islam Liberal, Faktor Kemunculan Liberal. Ms: 39.

[21] Beliau disifatkan oleh Henry Makow sebagai ‘Lesbian Muslim Reformer is a New World Orderly.’ Lihat http://www.islamicaweb.com/archive.

[22]Dinurkilkan daripada pembentangan Kertas Kerja Dr. Asri Zainal Abidin

[23] Dinurkilkan daripada pembentangan Kertas Kerja Dr. Asri Zainal Abidin.

[24] Lihat: al-Ittijahat al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’asir, jil: 2, ms: 273.

[25] Al-Qardhawi, al-Marji’iyyah al-‘Ulya fi al-Islam: al-Quran wa al-Sunnah, Beirut: Muassasah al-Risalah

[26] Petikan ini diambil daripada Yusuf Kamal, al-‘Asriyyun: mu’tazilah al-Yaum, ms: 34, Mesir: Dar al-Wafa.

[27] Salah Abdul Fattah al-Khaldi,Mafatih li al-Ta’mul ma’a al-Quran,ms; 90, Jordan: Dar al-Manar

[28] Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, kertas kerja berkenaan Islam Liberal, Faktor Kemunculan Liberal. Ms: 44

[29] ‘Ali Tantawi, Muqifuna min al-Hadarah al-Gharbiyyah,ms: 45, Jeddah: Dar al-Manarah

[30] Dr. Azwira b. Abdul Aziz, Nota kuliah penulis,Pembentangan Kertas Kerja ‘Bahaya Ghuluw terhadap Pemikiran Umat’. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah,UKM.

phD dalam bidang Hadith.

[31] Muhammad Qutb, Waqi’una al-Mu’asir, ms: 172, Saudi: Muassasah al-Madinah.

[32] Al-Qardhawi, Thaqafah al-Dai’iyah, ms: 92Beirut: Muassasah al-Risalah.

[33] Ilmu amntiq yang berasal dari Yunan ini kononya untuk menjadikan cara berfikir yang betul dan berpatutan.

[34] Ilmu ini membahaskan tentang tabiat atau sifat semulajadi sesuatu kekuatannya.

[35] Lihat: Dr. Sulaiman al-Asyqar, al-Aqidah fillah,ms: 32-33

[36] Surah al-Mu’minun: 84-89

[37] Surah Luqman: 25

[38] Gelaran untuk ahli kalam. Bermaksud golongan yang membuat pemerhatian dan kesimpulan.

[39] Keyakinan bagi alam hanya satu pencipta adalah fitrah insan, yang tidak berhajat kepada hujah golongan ahli kalam dan falsafah.

[40] Ibn Abi ‘Izz, Syarh al-Aqidah al-Tahawiyyah,jil: 1, ms: 28, Beirut: Muassasah al-Risalah.

[41] Abu Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin,ms: 195, Kaherah: Maktabah al-Sunnah.

[42] Muhammad Qutub,Waqi’una al-Mu’asir,ms: 176, Jeddah: Muassasah al-Madinat li al-Sahafat.

[43] Dr. Yusuf al-Qardhawi,Aina al-Khalal,ms: 12-13, Beirut: Muasassah al-Risalah.

[44] Ketakutan di sebabkan sesuatu itu ganas,dan suka menindas,di Barat, istilah ini mengambarkan Islam yang ganas,yang kotor,tidak bertamadun dan berbagai lagi tohmahan yang buruk di lemparkan terhadap Islam agar masyarakat Barat takut untuk mendekati Islam.