بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika saya di tanyakan oleh seorang saudara saya tentang hukum solat sunat Eid fitri, saya hanya menjawab ringkas,"kalau sudah nama pun sunat hari raya,tentunya sunat" jawab saya mudah dan yakin, tetapi selepas tidak berapa lama,saya mendengar kuliah dari guru saya yang baru sahaja saya menuntut dengannya, beliau berpendapat bahawa solat sunat hari raya itu adalah fardhu ain. Terkejut saya mendengarnya, benarkah dakwaannya? Tidak lama selepas itu,saya lantas menyemak buku-buku yang ada dalam koleksi saya,berkenaan hukum solat sunat hari raya ini,ketika itu hati saya menyatakan bahawa pendapat guru saya itu kurang tepat. Setelah menelaah beberapa buku yang ada dalam koleksi saya,akhirnya satu kesimpulan yang saya perolehi. Berkenaan dengan hukum solat sunat terawih ini, ulama' telah khilaf dalam menentukan hukum solat sunat ini.
Pertama yang berpendapat hukum solat hari raya adalah sunat mu'akkad (yang dituntut). Mereka yang berpegang pada pendapat ini berpendapat bahawa, hukum ini adalah berdasarkan hadis nabi yang menyatakan solat wajib hanyalah solat
خمس صلوات كتبهن الله على العباد من جاء بهن لم يضيع منهن بحقهن كان له عند الله عهد أن يد خله الجنة
maksudnya
"ada
(Hadis riwayat al-Nasaai dalam sunan al-Nasaai,Kitab Sholah, hadis no: 457)
Pendapat yang kedua pula ialah fardu ain ataupun wajib. Hal ini di sebabkan melihat kepada kesungguhan Nabi s.a.w dalam menganjurkan solat hari raya. Malah baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat hari raya. Nabi juga turut memerintahkan agar kaum wanita yang sedang haid turut serta menghadirkan diri dengan hanya menghadirkan diri menyaksikan upacara solat hari raya. Bahkan wanita yang tidak mempunyai pakaian yang sempurna untuk menutup aurat juga di perintahkan agar meminjam pakaian wanita lain semata-mata untuk turut serta menyaksikan solat hari raya.
Daripada 'Athiyyah r.a berkata:
أمرنا أن نخرج فنخرج الحيض والعواتق وذوات الخذور. قال ابن عون: أو العواتق ذوات الخذور. فأما الحيض فيشهدن جماعة المسلمين ودعوتهم ويعتزلن مصلاهم
Maksudnya:
"kami telah di perintahkan(oleh Rasulullah) untuk keluar (solat hari raya). Lalu kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, anak dara,dan gadis pingitan untuk keluar. Ibn 'Aun berkata: Atau anak dara pingitan. Jadi, wanita-wanita yang haid juga di perintahkan (oleh Rasulullah)agar menyaksikan perhimpunan kaum muslimin dan menjauhi tempat solat (duduk di luar tempat solat)."-Hadis riwayat al-Bukhari,Sahih al-Bukhari,Kitab al-'Iedaini, hadis no: 981.
Manakala bagi wanita yang tidak memiliki pakaian sempurna untuk bersolat hari raya, Rasulullah s.a.w bersabda:
لتلبسها صاحبتها من جلبابها فليشهدن الخير ودعوة المؤمنين
Maksudnya:
"temannya hendaklah meminjamkan jilbabnya agar dia juga dapat menyaksikan kebaikkan dan dakwah orang-orang mukmin."-Hadis riwayat al-Bukhari,Sahih al-Bukhari,Kitab al-'Iedaini, hadis no:980.
Hal ini di perkuatkan lagi dengan keadaan di mana solat hari raya ini dapat menggugurkan kewajipan solat jumaat jika kedua-duanya terjadi pada hari yang sama. Dalil yang menunjukkan kewajipan solat jumaat gugur sekiranya ia berlaku serentak dengan hari raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Iyas bin Abi Ramlah al-Syami r.a katanya:
شهدت معاوية بن أبي سفيان وهو يسأل زيد بن أرقم. قال: أشهدت مع رسول الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم. قال: نعم. قال: فكيف صنع. قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة. فقال: من شاء أن يصلي فيصل
Maksudnya:
"Aku pernah menyaksikan Mu'awiyah bin Abi Sufyan sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Katanya: Apakah engkau melihat Rasulullah s.a.w menghadirkan dua hari raya(hari raya Aidilfitri atau hari raya Aidiladha dan hari jumaat) yang berlaku dalam satu hari? Dia menjawab: Ya. Mu'awiyah bertanya: Apakah yabg baginda lakukan? Jawabnya: Baginda mengerjakan solat hari raya kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal solat Jumaat dengan bersabda: Sesiapa yang ingin solat (Jumaat) dia boleh melakukannya solat itu." Hadis riwayat Abu Daud,Sunan Abu Daud,Kitab al-Sholah,Hadis no : 904
Berkata syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h:
"Oleh itu,kami mentarjih(pendapat paling kuat) bahawa solat hari raya itu wajib bagi setiap individu muslim sebagaimana yang di pegang oleh Abu Hanifah dan lain-lain. Pendapat ini juga termasuk salah satu pendapat Imam al-Syafie r.h dan salah satu pendapat dalam mazhab Ahmad. Berkenaan pendapat yang mengatakan tidak wajib, ia benar-benar jauh dari kebenaran kerana hal itu(solat hari raya) termasuk salah satu syiar agama Islam paling agung. Sedangkan umat Islam yang berkumpul untuk mengerjakannya lebih banyak berbanding solat Jumaat. Padanya disyariatkan bacaan takbir. Sedangkan pendapat yang menyatakan bahawa solat hari raya adalah fardhu kifayah, iaitu memadai hanya segelintir umat adalah pendapat yang lemah"- Rujuk Majmu' Fatawa,jil. 23, ms. 161.
Setelah saya meneliti pendapat-pendapat ini,akhirnya pendapat yang mengatakan solat hari raya adalah wajib adalah pendapat yang dekat dengan saya, Wallahu'alam












