Jumaat, 12 Oktober 2007

solat hari raya wajib termasuk wanita??


بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika saya di tanyakan oleh seorang saudara saya tentang hukum solat sunat Eid fitri, saya hanya menjawab ringkas,"kalau sudah nama pun sunat hari raya,tentunya sunat" jawab saya mudah dan yakin, tetapi selepas tidak berapa lama,saya mendengar kuliah dari guru saya yang baru sahaja saya menuntut dengannya, beliau berpendapat bahawa solat sunat hari raya itu adalah fardhu ain. Terkejut saya mendengarnya, benarkah dakwaannya? Tidak lama selepas itu,saya lantas menyemak buku-buku yang ada dalam koleksi saya,berkenaan hukum solat sunat hari raya ini,ketika itu hati saya menyatakan bahawa pendapat guru saya itu kurang tepat. Setelah menelaah beberapa buku yang ada dalam koleksi saya,akhirnya satu kesimpulan yang saya perolehi. Berkenaan dengan hukum solat sunat terawih ini, ulama' telah khilaf dalam menentukan hukum solat sunat ini.

Pertama yang berpendapat hukum solat hari raya adalah sunat mu'akkad (yang dituntut). Mereka yang berpegang pada pendapat ini berpendapat bahawa, hukum ini adalah berdasarkan hadis nabi yang menyatakan solat wajib hanyalah solat lima waktu. Sabda baginda:

خمس صلوات كتبهن الله على العباد من جاء بهن لم يضيع منهن بحقهن كان له عند الله عهد أن يد خله الجنة

maksudnya

"ada lima solat yang diwajibkan oleh ALLAH ke atas hamba-NYA. Sesiapa yang mengerjakannya dan tidak mengsia-siakan waktu walau satu waktu di sebabkan menganggap mudah, ALLAH berjanji akan memasukkanya ke dalam syurga"

(Hadis riwayat al-Nasaai dalam sunan al-Nasaai,Kitab Sholah, hadis no: 457)

Pendapat yang kedua pula ialah fardu ain ataupun wajib. Hal ini di sebabkan melihat kepada kesungguhan Nabi s.a.w dalam menganjurkan solat hari raya. Malah baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat hari raya. Nabi juga turut memerintahkan agar kaum wanita yang sedang haid turut serta menghadirkan diri dengan hanya menghadirkan diri menyaksikan upacara solat hari raya. Bahkan wanita yang tidak mempunyai pakaian yang sempurna untuk menutup aurat juga di perintahkan agar meminjam pakaian wanita lain semata-mata untuk turut serta menyaksikan solat hari raya.

Daripada 'Athiyyah r.a berkata:

أمرنا أن نخرج فنخرج الحيض والعواتق وذوات الخذور. قال ابن عون: أو العواتق ذوات الخذور. فأما الحيض فيشهدن جماعة المسلمين ودعوتهم ويعتزلن مصلاهم

Maksudnya:

"kami telah di perintahkan(oleh Rasulullah) untuk keluar (solat hari raya). Lalu kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, anak dara,dan gadis pingitan untuk keluar. Ibn 'Aun berkata: Atau anak dara pingitan. Jadi, wanita-wanita yang haid juga di perintahkan (oleh Rasulullah)agar menyaksikan perhimpunan kaum muslimin dan menjauhi tempat solat (duduk di luar tempat solat)."-Hadis riwayat al-Bukhari,Sahih al-Bukhari,Kitab al-'Iedaini, hadis no: 981.

Manakala bagi wanita yang tidak memiliki pakaian sempurna untuk bersolat hari raya, Rasulullah s.a.w bersabda:

لتلبسها صاحبتها من جلبابها فليشهدن الخير ودعوة المؤمنين

Maksudnya:

"temannya hendaklah meminjamkan jilbabnya agar dia juga dapat menyaksikan kebaikkan dan dakwah orang-orang mukmin."-Hadis riwayat al-Bukhari,Sahih al-Bukhari,Kitab al-'Iedaini, hadis no:980.

Hal ini di perkuatkan lagi dengan keadaan di mana solat hari raya ini dapat menggugurkan kewajipan solat jumaat jika kedua-duanya terjadi pada hari yang sama. Dalil yang menunjukkan kewajipan solat jumaat gugur sekiranya ia berlaku serentak dengan hari raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Iyas bin Abi Ramlah al-Syami r.a katanya:

شهدت معاوية بن أبي سفيان وهو يسأل زيد بن أرقم. قال: أشهدت مع رسول الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم. قال: نعم. قال: فكيف صنع. قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة. فقال: من شاء أن يصلي فيصل

Maksudnya:

"Aku pernah menyaksikan Mu'awiyah bin Abi Sufyan sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Katanya: Apakah engkau melihat Rasulullah s.a.w menghadirkan dua hari raya(hari raya Aidilfitri atau hari raya Aidiladha dan hari jumaat) yang berlaku dalam satu hari? Dia menjawab: Ya. Mu'awiyah bertanya: Apakah yabg baginda lakukan? Jawabnya: Baginda mengerjakan solat hari raya kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal solat Jumaat dengan bersabda: Sesiapa yang ingin solat (Jumaat) dia boleh melakukannya solat itu." Hadis riwayat Abu Daud,Sunan Abu Daud,Kitab al-Sholah,Hadis no : 904

Berkata syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h:

"Oleh itu,kami mentarjih(pendapat paling kuat) bahawa solat hari raya itu wajib bagi setiap individu muslim sebagaimana yang di pegang oleh Abu Hanifah dan lain-lain. Pendapat ini juga termasuk salah satu pendapat Imam al-Syafie r.h dan salah satu pendapat dalam mazhab Ahmad. Berkenaan pendapat yang mengatakan tidak wajib, ia benar-benar jauh dari kebenaran kerana hal itu(solat hari raya) termasuk salah satu syiar agama Islam paling agung. Sedangkan umat Islam yang berkumpul untuk mengerjakannya lebih banyak berbanding solat Jumaat. Padanya disyariatkan bacaan takbir. Sedangkan pendapat yang menyatakan bahawa solat hari raya adalah fardhu kifayah, iaitu memadai hanya segelintir umat adalah pendapat yang lemah"- Rujuk Majmu' Fatawa,jil. 23, ms. 161.

Setelah saya meneliti pendapat-pendapat ini,akhirnya pendapat yang mengatakan solat hari raya adalah wajib adalah pendapat yang dekat dengan saya, Wallahu'alam

Sabtu, 29 September 2007

cinta si bekas penzina dengan muslimah solehah,boleh lagi ke?


Assalamualaikum wbr yang mulia ustaz.. Saya nk mendapatkan justifikasi tentang soalan di bawah: Saya berkenalan dengn serius dengan seorang lelaki. Setelah sekian lama, saya mendapat tahu drpd beliau yang mana beliau pernah terlibat dengan zina sebanyak 2 kali sebelum mengenali saya. Beliau menyatakan bahawa beliau telah berubah dan bertaubat. Soalan saya, kaedah mana yang terbaik yang perlu saya lakukan untuk menghadapi masalah ini kerana saya sudah mula menerima dia dlm hidup saya? Saya bimbang sekiranya berkahwin dgnnya, dosa yang dilakukan beliau akan memberi kesan kepada zuriat keturunan saya. Bukan kah org yg baik jodohnya dgn yg baik juga? bermakna org zina dengan penzina juga? Terima kasih banyak ustaz


al-Jawab: Maksud ayat (AQT 24:03) " lelaki pezina (azzaani) tidak mengahwini melainkan perempuan pezina" ialah ditegah mengahwini mereka yg terlibat dalam industri seks, yakni wanita pelacur atau lelaki yg mengunjungi pusat pelacuran dan tidak bertaubat. Ayat ini turun kerana seorang sahabat meminta idzin RasuluLlah saw utk mengahwini kekasihnya seorang pelacur. Maka Nabi saw membaca ayat ini (tafsir Ibn Kathir). Bagi pezina yang bertaubat nasuha, masih ada peluang kedua. Dalilnya: " wahai hamba-hama-Ku yg berlebihan (dalam membuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat-Nya. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya" AQT Zumar: 53 Dia hendaklah diselidiki, diuji dan dilihat sejauh mana ia benar-benar bertaubat dan telah kembali ke pangkal jalan. (S Muhammad Salleh al-Munajjid, Uriidu an Atuuba walaakin) sekian
sumber rujukan,panel al-ahkam

Masihkah ada peluang untuk pelaku maksiat di ampunkan ALLAH?


OlehSyaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
PertanyaanSyaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya :Saya seorang pemuda yang dilahirkan dalam keadaan muslim. Saya tidak pernah meninggalkan shalat lima waktu. Kemudian takdir menghendaki, bahwa saya harus tidak ada ke luar negeri untuk beberapa waktu bersama keluarga dan kemudian sendirian selama lebih dari empat tahun. Mulai meninggalkan shalat, bahkan saya melakukan berbagai macam perbuatan keji, seperti zina dan tidak puasa Ramadhan selama empat bulan. Dan saya berani menyetubuhi isteri saya di bulan Ramadhan. Itu semua diakibatkan karena pergaulan yang sangat buruk. Sekarang saya bertaubat kepada Allah dan menyesali semua perbuatan saya. Dan saya berusaha untuk selalu menjaga shalat dengan berjama’ah dan kadang-kadang shalat sendirian. Tolong tunjukkan kepada saya apa saja yang harus saya lakukan untuk menembus dosa-dosa saya tersebut ?



JawabanApabila kenyataan sesuai dengan yang anda utarakan maka semua dosa-dosa yang telah anda lakukan cukup ditebus dengan taubat nasuha dan setelah itu anda wajib melakukan kewajiban-kewajiban sebelumnya. Anda tidak perlu mengqadha shalat dan puasa anda dan tidak perlu menebus dengan apapun. Karena meninggalkan shalat adalah kekafiran besar (keluar dari Islam) walaupun dia tidak menentang/mengingkari kewajiban shalat, menurut pendapat yang paling benar diantara dua pendapat ulama. Adapun jika dia mengingkari kewajiban shalat, maka dalam hal ini seluruh ulama sepakat bahwa dia telah kafir. Sedangkan orang kafir, apabila masuk Islam dia tidak perlu mengqadha’ ibadah apapun yang berkaitan dengan hak Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah.“Artinya : Katakanlah kepada orang-orang kafir, jika mereka berhenti dari kekafirannya maka Allah akan mengampuni semua dosa-dosanya yang telah lalu” [Al-Anfal : 39]Dan juga berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam“Artinya : Islam menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, begitu juga tubat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu” [Hadits Riwayat Muslim]
Oleh karena itu saya nasehatkan kepada anda untuk selalu beristiqomah dalam bertaubat sambil memperbanyak istighfar dan amal shalih. Dan bergembiralah dengan kebaikan-kebaikan dan balasan yang baik jika anda benar-benar istiqomah dalam bertaubat dan memperbaiki diri. Allah berfirman.“Artinya : Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal shalih kemudian tetap di jalan yang benar” [Thaha : 82]
Semoga Allah memberikan keteguhan kepada kami dan anda dalam berpegang teguh terhadap kebenaran, sesungguhnya Dia adalah Dzat yang paling berhak diminta.Perlu diketahui bahwa dalam pertanyaan anda terdapat satu kalimat yang harus diperingatkan yaitu ucapan : “…. Kemudian taqdir menghendaki saya ….”. Kalimat seperti ini tidak boleh diucapkan, karena taqdir itu tidak mempunyai kehendak, tapi yang berkehendak hanyalah Allah. Maka ucapkanlah : “Atas kehendak Allah saja”.
Semoga Allah menolong kita semua dalam memahami agamaNya dan istiqomah dalam menjalannkannya.[Diasalin dari kitab Al-Fatawa Juz Tsani, Edisi Indonesia Fatawa bin Baaz, Penulis Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, Penerjemah Abu Umar Abdillah, Penerbit Pustaka At-Tibyan]

Rabu, 26 September 2007

pembahagian faraid menindas wanita?







Bismillahirrohmanirrohiim

Satu petang, ketika saya sedang bersiap menyediakan makanan untuk berbuka puasa, saya menerima mesej ringkas daripada telefon bimbit saya, “kenapa dalam pemgahagian harta pusaka perempuan hanya dapat sikit berbanding lelaki,seperti melebihkan lelaki,macam tak adil”, mesej ini membuatkan saya terdiam seketika, benarkah begitu? Saya tidak terus menjawab, saya katakana beri saya masa untuk menjawab dan jawapan saya itu akan saya letakkan di blog saya. Terfikir saya, adakah mereka ini tidak percaya bahawa agama Islam ini agama yang adil? Dan semuanya itu bukan datang dari ciptaan manusia, tetapi dari ALLAH,segala syariat ini adalah ketetapannya. Mana mungkin ianya bersifat tidak adil.

Dalam soal pembahagian harta pusaka, ALLAH telah berfiman dalam surah al-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud:
“Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan,dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
12. Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.”
Dalam Islam, wanita mendapat separuh daripada hak lelaki. Sekiranya seorang balu, beliau mendapat satu perempat harta suami jika tiada anak, dan satu perlapan jika ada anak. Bahagian anak perempuan adalah separuh daripada bahagian anak lelaki. Ibu si mati mendapat satu pertiga bahagian sekiranya tiada anak dan satu perenam bahagian jika ada. Bapa mendapat satu perenam jika ada anak.
Hal ini dilihat seperti berlaku diskriminasi dari sudut perundangan apabila wanita hanya mendapat separuh bahagian daripada lelaki. Hal ini berlainan dengan kedudukan wanita bukan Islam kerana sejak tahun 1997 mereka telah mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki mereka. Seolah-olah Islam ini melebihkan lelaki dari wanita, benarkah begitu? Sebenarnya dalam kita memahami konsep pembahagian pusaka dalam Islam, kita perlu memahami sistem kekeluargaan dan sosial Islam. Islam telah menetapkan bahawa pihak lelaki mesti memikul tanggungjawab untuk menyara isteri, anak-anak, ibu dan bapa, adik-beradik perempuan dan anak-anak saudara apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia. Sedangkan kaum wanita tidak di bebani dengan kewajipan tersebut.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Nisaa’ yang bermaksud:

“ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.”

Dalam hal ini, wanita Islam lebih terbela,walaupun si isteri mempunyai kedudukan yang kukuh, namun dia tidak wajib menyara suami atau anak-anaknya. Dan sekiranya seorang lelaki itu tidak berupaya menyara isteri dan anak-anaknya, meninggal dunia, atau menghilangkan diri, kewajipan menanggung nafkah beralih kepada waris suami terdekat seperti datuk,bapa saudara atau adik-beradik suami lelaki. Ini berbeza dengan hak sama rata yang di nikmati oleh wanita bukan Islam. Beban dan tanggungjawab mereka adalah samarata. Di bawah undang-undang sivil, seorang isteri boleh di perintah membayar nafkah dan saraan hidup suaminya atau bekas suaminya sekiranya suami itu tidak berkemampuan di sebabkan masalah mentak,fizikal atau kesihatan. Selain itu juga wanita bukan Islam wajib menanggung atau menyumbangkan saraan nafkah anak-anaknya termasuklah tempat tinggal,pakaian,makanan dan pendidikan. Kesimpulan yang dapat di buat disini ialah, kedudukan wanita dalam pembahagian pusaka adalah lebih terbila,jangan di pandang dari aspek logik matematik sahaja tentang Islam, tetapi fahamilah juga dari aspek sistem kekeluargaan dan sosial Islam. Wallahu’alam.

Selasa, 25 September 2007

najis babi bukan mughallazah???


Bismillahirrohmanirrohiim

Hari ini saya nak menulis tentang persoalan yang di timbulkan oleh sahabat saya. Berkenaan dengan najis babi,ia adalah respon kepada pendapat seorang ahli agama yang menyatakan bahawa cara penyucian najis babi cukup sekadar basuhan sahaja iaitu kategori najis mutawassitah, tidak perlu kepada 7 kali basuhan dan sekali air tanah iaitu kategori najis mughallazah, sahabat saya ini telah mengkritik kenyataan ahli agama tadi dengan menyatakan bahawa dalam mazhab syafi’e, Imam al-Syafi’e telah mengkiaskan najis babi ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah. iaitu cara penyucian najis anjing dengan tujuh kali basuhan dengan basuhan pertama menggunakan tanah.

Sebelum itu, mari kita sama-sama meneliti dahulu pandangan Imam al-Syafi’e ini dan juga pandangan ulama-ulama lain berkenaan pengkategorian najis babi. Berkenaan dengan babi ini, ulama bersepakat menyatakan bahawa daging babi adalah haram dimakan, ini berdasarkan surah al-An’am ayat 145 yang bermaksud:

Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - Karena Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha penyayang".

Para ulama juga telah sepakat mengatakan selain daging babi, anggota lain seperti tulang,kulit,lemak dan juga darahnya adalah haram di makan. Hanya Ibnu Hazm Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging babi halal di makan. Bagaimanapun pendapat ini adalah syad(pelik) dan tidak diterima. Bagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara. Pertama, apakah kategori najis babi?mughallazah atau mutawassitah. Kedua cara penyuciannya?(bergantung kepada kategori tadi). Ketiga, apakah kulit babi, rambut, tulang dan mana-mana bahagiannya boleh digunakan setelah disamak dengan air kapur atau dibagh.

Bagi jawapan bagi persoalan pertama dan kedua tadi, Jumhur ulama berpendapat ia tergolong dalam najis mutawassitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja apabila tersentuh. Sama seperti darah,luka,nanah, dan juga kencing. Imam al-Syafi’e pula berpendapat bahawa ia najis mughallazah yang sama sifatnya dengan najis anjing. Pandapat ini menjadi pegangan majoriti ulama mazhab Syafi’e kecuali Imam al-Nawawi dan beberapa lagi ulama yang bersependapat dengan al-Nawawi.

Mengenai penggunaannya pula. Jumhur ulama melarang apa-apa penggunaan dari babi walaupun sudah dibagh. Seperti beg, kasut, pakaian dan sebagainya. Berlainan pula denan sebahagian ulama Malikiyyah seperti Abu Daud Zahiri dan juga Syawkani. Mereka ini membolehkan penggunaannya apabila telah dibagh.

Berkenaan pendapat Imam al-Syafi’e yang mengkiaskan najis babi dengan najis anjing. Adalah keadah kias awla . Berdasarkan logik beliau, pengharaman anjing yang tidak di sebut secara jelas di dalam al-Quran. Wajib disucikan najis babi dengan cara samak iaitu tujuh kali basuhan dengan basuhan pertama mengunakan tanah. Ini adalah berdasar hadis yang telah di sebutkan di awal tadi dan direkodkan sahih oleh Muslim dalam sahih Muslim. Justeru babi yang di haramkan secara jelas berbanding anjing,maka adalah wajar najis babi disucikan dengan cara itu.

Bagi jumhur pula, hadis Abu Hurairah yang di riwayatkan oleh Muslim itu hanya untuk menunjukkan cara menyucikan najis anjing semata-mata dan bukan bagi binatang lain. Menurut mereka lagi, berdasarkan surah al-Maidah ayat 5 yang bermaksud

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah,, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari ini orang-orang kafir Telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa Karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Daripada ayat di atas, pengharaman daging babi hanya berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara penyucian. Malah bukan sahaja daging babi sahaj di haramkan, tetapi bangkai dan darah turut di sebutkan. Mengapa tidak dikiaskan bangkai dan darah sebagai najis mughallazah seperti najis babi? Lebih menarik lagi Abu Hurairah turut menunjukkan cara menyucikan bejana yang di jilat kucing dengan tiga kali basuhan. Mengapa kucing tidak di golongkan najis mughallazah sedangkan kucing juga haram di makan?

Kesimpulan yang boleh di buat di sini ialah, ijtihad yang di buat oleh Imam al-Syafi’e ini nampaknya kurang tepat dan tidak kuat. Imam al-Nawawi menyangkal juga turut menyangkal pendapat Imam al-Syafi’e ini walaupun beliau bermazhab Syafi’e, Wallahu’alam.









Busyro terkena penyakit isyq (cinta)???







Bismillahirromanirrohim..

Hari ini jari jemari saya agak pantas menari-nari di keyboard. Hal ini di sebabkan beberapa perkara yang telah menggetarkan hati ini sehingga kadang-kadang hilang pertimbangan dalam sesuatu keputusan. Kenapa saya di serang penyakit ini tatkala saya masih banyak lagi perkara dan keperluan yang harus di buat? Penyakit isyq, apa itu? Tanya sahabat saya kepada saya, saya terdiam untuk meneruskan kata ketika itu, malu bercampur bimbang,malu di tertawakan dan bimbang tidak di fahami akan hati ini. “Cinta”, saya menjawab dengan agak tersekat di keronkong mulut. Sahabat saya tadi menjawab, “kahwinlah” jawabnya ringkas dan mudah tetapi melaksanakannya terutama dalam keadaan saya yang masih muda ini, memang ada cabarannya, walaupun ibu bapa saya menyokong saya jika berumah tangga di usia muda.

Saya mula membelek-belek mushaf al-Quran, saya membacanya dan menghafal ayat-ayat yang telah saya lupa,dan mengulang hafalan yang masih saya ingat, sekurang-kurangnya dapat juga mengalihkan sedikit perhatian hati ini. Tapi apa yang saya lakukan ini, ia masih belum cukup untuk benar-benar menyingkirkan apa yang sedang bergelojak dalam hati ini, saya tiba-tiba menangis, mengingatkan kisah silam yang cukup memeritkan hati.ampunkan dosaku ya ALLAH. Bukan mudah untuk memilih pasangan hidup, lebih-lebih lagi diriku ini yang serba serbi kekurangan, siapakah yang mahukan saya ini sebagai pasangan hidup.

Teringat kisah sebahagian ulama-ulama dahulu ada yang tidak berkahwin kerana terlalu sibuk memikirkan hal umat,sehingga mereka ini tiada masa untuk berkahwin seperti Ibnu Taimiyyah dan Imam al-Nawawi. Siapalah diri ini berbanding mereka yang agung. Namun, dalam kitab-kitab yang mereka tulis,mereka menggalakkan perkahwinan,kerana perkahwinan itu dapat melengkapkan kehidupan kita agar lebih teratur dan tenang. Subhanallah! Mereka mengarang kitab-kitab dan menyebut tentang perkahwinan seolah-olah mereka pernah berkahwin,kerana dapat memahaminya dengan baik.

Sekarang ini,bagaimana solusi isyq ini,untuk berkahwin,terasa diri ini cukup hina dan tak malu untuk mendapat pasangan yang beriman. Melainkan hanya banyak berdoa kepada ALLAH. Kerana hanya dia jua tempat untuk kita semua sebagai hamba mengadu dan meminta. Ya ALLAH, penuhkan hatiku ini dengan rasa cintaku pada-MU,janganlah Kau biarkan hatiku ini terleka dari mengingati-Mu, Ya ALLAH, kurniakanlah padaku pasangan yang sempurna luarannya padaku,juga yang menghafal al-Quran, dan juga mampu menerima aku seadanya. Kurniakan padaku pasangan itu juga seorang yang selalu mengingatkan aku pada-Mu,Ya ALLAH,ampunkanlah dosa-dosaku,maafkanlah kesalahan-kesalahanku pada-Mu . Ya ALLAH, jadikanlah orang di sekelilingku amat menyenangi akan kehadiranku dalam ukhwah mereka. Ya ALLAH, berilah aku peluang dan pilihlah aku sebagai hamlatul quran. Perelokkanlah hafalanku Ya ALLAH. Jadikanlah aku seorang yang mampu menjaga ayat-ayatmu agar sentiasa berakar dalam diri ini…..amiiin Ya ALLAH, Engkau sahajalah tempat aku memohon,menyembah dan mengadu Ya ALLAH

duhai ibu dan ayah,dengarlah rintihan anakmu.....


Bismilahhirrohmanirrohiim…..

Teringat saya akan keluhan seorang rakan yang dirinya di rasakan sangat terabai daripada kedua orang tuanya,sehingga sahabat saya ini merasakan jika beliau sudah bekerja dan sudah ada segala keperluan,beliau mahu inggal jauh dari ibu bapanya dan mungkin tidak akan pulang lagi. Mengapakah begitu?? Setelah saya amati keluarganya,ibunya seorang yang boleh saya kira agak alim,memakai purdah,dan sangat aktif dalam mana-mana NGO Islam,manakala ayahnya seorang taukeh syarikat pencetakkan,memang income pun kalah mak ayah saya,tapi apakah itu semua cukup??

Kisah sahabat saya ini membuatkan saya berfikir,apakah mampu juga saya menjadi barisan pendidik yang hebat yang mampu menghasilkan anak-anak yang bukan sahaja hebat pemikiranya tapi hebat cintanya pada ALLAH dan Rasul. Bukan satu tugas yang mudah,lihat sahaja cabaran-cabaran yang ada pada hari ini dan contoh kisah dari sahabat saya tadi,apakah memungkin saya mendidik dan mengawal anak-anak saya kelak dengan roh Islam yang hebat itu? Saya sendiri masih mencari-cari titik-titik kehebatan saya dalam menonjolkan diri saya pada ALLAH,namun saya sendiri masih lemah. Dan,bagaimana pula dengan keadaan saya nanti pada 10-20tahun akan datang? Untuk mendapatkan anak yang soleh,saya perlu menjadi orang yang soleh terlebih dahulu,ini sifir yang mudah kita faham tapi susah untuk di laksanakan.

Kembali pada kisah sahabat saya ini,bila saya baca tulisan ustaz Hasrizal semasa beliau tinggal kat Belfast, tentang bagaimana kanak-kanak di masjid yang kadang kala duduk di depan atau di belakang saf,memerhatikan orang yang sedang solat,imam mendukung anak sambil bersolat. Apa yang saya ingin bawa dari kisah ustaz Hasrizal ini ialah,kanak-kanak begitu di hargai dan di sayangi. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mendukung cucunya ketika sedang menjadi imam solat. Tapi bagaimana dengan keadaan kita di sini? Apakah benar kita menghargai kanak-kanak dan meraikan mereka sewaktu dari kecil lagi sehingga sampai bila-bila pun.

Ada juga yang berkata “kat rumah dah puas layan diorang” tapi apakah anak-anak ini puas dengan hanya melayan mereka di rumah,mereka adalah golongan yang sagat dahagakan perhatian. Jiwa mereka kita tidak betul-betul selami, Rasulullah S.A.W sentiasa sahaja mengasihi anak-anak dan seniasa menunjukkan kemesraan itu walau di mana jua. Pernah satu ketika Rasullah S.A.W sedang bersolat, dua orang cucunya Hussein dan hassan duduk menunggang Rasulullah S.A.W yang sedang sujud yang mana ketika itu Baginda sedang menjadi imam. Namun Baginda tidak bangun-bangun dari sujud melainkan setelah puas kedua-dua cucunya itu beredar dari belakang baginda. Kalau kita,apa yang terjadi??

Apakah kita menhormati anak-anak sebagai manusia sempurna?tahu merendahkan diri untuk berdiri dan duduk sama paras dengan anak-anak? Mahu mendengar pendapat anak-anak sebelum asyik memaksa mereka mendengar leteran kita? Ada juga ibu bapa yang berkata, “kami sibuk ustaz,takde masa sangat,kalau ada pun hujung minggu je”. Tidak di nafikan memang ibu bapa sekarang bertungkus-lumus kerja untuk mendapatkan taraf kehidupan yang lebih selesa. Masa saya membaca buku tulisan tokoh wanita Islam yang hebat, Mariam Jameelah, beliau menceritakan bagaimana kehidupan Rasullah S.A.W yang sangat sibuk, sebagai seorang ketua Negara,tempat rujukan sahabat-sahabat,ketua agama,ketua keluarga,mempunyai isteri-isteri yang ramai,namun apakah kesibukkan yang di alami oleh Rasulullah S.A.W ini menghalang baginda untuk meluangkan masa memberi perhatian kepada anak-anak dan isteri-isteri baginda? Ikatan ukhwah dan kasih sayang dalam keluarga baginda sangat kuat, kerana apa? Apakah Rasulullah memerlukan masa yang banyak untuk memberi perhatian kepada keluarga baginda? Tetapi kualiti Rasulullah ketika meluangkan masa itu yang menjadi rahsia utama kebahagian baginda. Walaupun singkat,namun berkualiti

Ibu bapa juga harus begitu. Meluangkan masa apakah dengan hanya ada di dalam rumah bersama anak-anak tetapi masing-masing membuat hal masing-masing?manakala ibu bapa hanya duduk berehat santai di depan televisyen sambil sekali-sekala melihat apa yang anak-anak mereka lakukan? Tetapi anak-anak perlukan lebih dari itu,selami hati mereka,seolah-olah kita ini sahabat yang paling rapat dengan mereka. Di samping kita memberi nasihat seperti seorang sahabat memberi nasihat,pandangan dan teguran. Insyallah, masa yang singkat pun sudah memadai andai ianya di manfaatkan dengan sebaik-baiknya, inilah yang kita katakan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Ibu bapa mestilah pandai menunjukkan cara mereka menhormati anak-anak, dengan itu yakinlah anak-anak juga akan menjadi semulajadi menghormati orang yang lebih tua. Kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah berpesan agar mengasihi kanak-kanak,dan barang siapa yang tidak mengasihi,dia tidak akan di kasihi….!