gambar depan masjid,tingkat 2
Dr. Halimah,EXCO kerajaan Selangor
al-Fadhil Ustaz Farid Ravi (pengarah program)..ada dak perempuan cakap ustaz hensem sangat hari ini...hehe
Dr. Udah(betul ke Udah?ke Odah?ntahla...saya tak ingat..wakakaka,tapi Dr. ni di katakan alim bab hadis..jgn main2 dengan dia woo
sorry la brother,saya ambil gambar awak tanpa awak sedari,maklumlah,camera saya pun canggih jugak! haha
tu dia! Photography yang ada gaya! tapi hairan saya,sebab sudut yang dia ambil itu tiada orang,jadi gambar apa yang di ambil??gambar dewan?oh Tidak! hahaha
ni la Dr. Odah tadi,eh bukan...Dr. Udah..eh,ntahla...hehe(sorry la,saya benar-benar tak ingat namanya)
sedang mencari posisi terbaik
ramai tak yang datang seminar?kahkahkah
lelaki berbaju pink dan bersongkok itula timb. mufti selangor,kenal tak?saya pun tak kenal..hahaha
yang ini pulak juara AQ2,mesti korang kenal kan?saya pun kenal..apa ek nama dia?hahaha
Baru-baru ini telah berlangsungnya seminar tokoh hadis al-Imam al-Bukhari,seminar yang bertempat di dewan seminar masjid negeri Shah Alam. gambar kat atas itu semuanya saya ambil menggunakan camera vga,biasalah kalau kabur tu..(^_^)
Siapa al-Bukhari?
- Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi, al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.
- Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah. Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik (179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).
Kembara Menuntut Ilmu
- Mula merantau mencari ilmu pada 210 hijrah ke seluruh pusat-pusat ilmu pada waktu itu seperti Mekah, Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria.
Kelebihan al-Bukhari serta sanjungan terhadap beliau
- Beliau terkenal dengan hafazan yang begitu kuat dan mantap. Ketika ditanya tentang rahsia ingatan yang kuat, beliau menyebut bahawa rahsianya ialah keinginan yang kuat serta sentiasa mengulang-ulang maklumat yang dihafaz.
- Hampir kesemua ahli hadith pada zaman beliau telah menobatkan beliau sebagai seorang ahli hadith yang hebat dan dipercayai. Namanya terkenal di seluruh negara Islam.
- Di antara kehebatannya ialah beliau mewarisi kehebatan guru-gurunya dalam kemampuannya untuk menilai dan menapis hadith bagi membezakan antara yang sahih dan yang tidak.
- Salah seorang gurunya iaitu Muhammad Ibn Bassyar menganggap al-Bukhari sebagai salah seorang daripada 4 pakar hadith terbaik pada waktu itu bersama-sama dengan Muslim, Abu Zur’ah dan juga al-Darimi.
- Imam Muslim pernah berkata kepada al-Bukhari: Aku bersaksi bahawa tidak ada di dunia ini seseorang seperti kamu.
- Beliau bukan sekadar hebat dalam bidang ilmu sahaja, namun beliau juga adalah seorang tentera yang mahir terutama dalam memanah. Bentuk tubuh badan beliau digambarkan sebagai seorang yang kuat dan sasa oleh sesiapa yang mengenalinya.
- Oleh kerana kehebatannya didalam ilmu hadith, terdapat sebahagian daripada masyarakat pada zaman beliau yang merasa dengki lalu melakukan pelbagai tuduhan yang tidak benar terhadap peribadinya.
Buku-buku al-Bukhari yang masyhur
- Di antara buku beliau ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih atau lebih popular dengan nama Sahih al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir (biodata periwayat hadith), al-Adab al-Mufrad (hadith-hadith tentang adab dan akhlak) serta lain-lain lagi.
Guru dan murid al-Bukhari
- Beliau mempunyai ramai guru dan murid. Di antara gurunya yang terkenal ialah Ali Ibn al-Madini (234H), Ahmad Ibn Hanbal (241H), Yahya Ibn Ma’in (233H) dan Ishaq Ibn Rahuyah/Rahawaih (238H).
- Di antaranya muridnya yang terkenal ialah Imam Muslim (256H), Imam atTirmizi (279H) dan lain-lain lagi.
wafat
- Akhirnya, beliau wafat di sebuah kampung di Samarqand pada 256 Hijrah.
Sumber rujukan:
1- Syarh ’Ilal al-Tirmidzi – Ibn Rajab al-Hanbali.
2- Hayat al-Bukhari – Syeikh Jamaluddin al-Qasimi.
3- Manhaj al-Bukhari Fi Tashih al-Ahadith wa Ta’liliha – Dr. Abu Bakr Kafi.
4- Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu’ – Syeikh Muqbil al-Wadi’e.
5- Manhaj al-Muhaddithin – Dr. Sa’d al-Humayyid.
6- Masodir al-Sunnah wa Manahijuha – Dr. Hatim al-Syarif.
7- Manhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadith – Dr. Nuruddin Itr.
Ahad, 24 Mei 2009
Cuci Telinga...ngee(^^,)
Posted by
..::بشرى::..
at
9:37 PG
0
comments
Sabtu, 23 Mei 2009
Jangan terlalu emosi!
"kitab ini banyak hadis dhaif dan palsu!" ujar rakan saya.
"kitab ini langsung tak boleh pakai!" ujar yang lain
saya banyak di hujani oleh pertanyaan dan perbincangan tentang kitab fadhail amal ini,saya bukanlah orang yang pernah mengkaji sepenuhnya kitab ini. Antara emosi dan realiti,saya dengan penuh rendah diri,ingin mengajak sahabat-sahabat yang menghentam kitab ini secara keterlaluan agar membuat kajian dahulu berkenaan kitab ini,kritikan pada kitab ini memang ada,tapi jika sampai seperti 'alergic' dengan kitab ini,saya rasa perkara ini perlu di perbetulkan..disini saya copy kan kata-kata Ust Nasim(murid maulana Asri Yusuf) berkenaan kitab fadhail 'amal:
Posted by
..::بشرى::..
at
3:31 PTG
1 comments
Petang yang di jamah dosa
"Eh,beraninya budak-budak tu masuk sport toto" ujar ibu saya.
"aah la mak,masih pakai seluar sekolah lagi", tambah saya.
dimana silapnya hal ini? mahu di persalahkan sepenuhnya kepada sistem pendidikan pun bukanlah cadangan yang baik.
tapi bagi saya,ada dua pihak utama yang bersalah dalam hal ini.
pertama: sistem pendidikan
kedua: sistem pemerintahan
jika kita punya sistem pendidikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak bagi melahirkan muslim yang bertaqwa,namun hanya bergantung kepada sistem pendidikan sahaja masih belum sempurna,tetapi perlu di tambah iaitu kita mesti mempunyai sistem pemerintaan yang bertaqwa,ini sebagai guard supaya kita tidak sewenang-sewenangnya boleh membuat dosa secara zahir,secara tak langsung menghasilkan 'ketidakbiasaan' masyarakat untuk membuat dosa.
Hanya bergantung kepada sekolah agama
saya tidak nafikan ramai lepasan sekolah agama ini baik-baik kebanyakkanya,namun saya juga tidak menafikan bahawa lepasan sekolah agama juga ramai yang menjadi 'tidak menjadi'. seperti yang saya sebutkan tadi,sistem pendidikan dan pentarbiahan sangat penting,namun apabila telah diajarkan dengan baik,terpulang kepada pelajar itu untuk mengamalkannya,jadi dalam hal ini,telah menjadi tugasan sistem pemerintahan yang baik dalam mengawal manusia-manusia yang 'tidak menjadi' ini.
Pandangan saya
perlu ada sistem pendidikan yang berteraskan tauhid sebagai keutamaan dan sistem pemerintahan yang juga berteraskan tauhid sebagai keutamaan,kerana jika perkara ini dapat dihayati maka akan lahirlah masyarakat yang bukan sekadar 'tahu' Allah itu sedang melihat,tetapi 'sedar' bahawa Allah itu memang sedang mengawasi perbuatan kamu
wallahu'alam
Busyro
Posted by
..::بشرى::..
at
8:32 PG
0
comments
Ahad, 5 April 2009
Sedikit pesanan buat pelabur-pelabur saham amanah
”akak rasa nak keluarkanlah pelaburan saham amanah akak tu....” ujar seorang teman rapat di sebuah bank.
”mengapa?” soal saya semula.
”sebab sekarang saham tengah rugi,sebelum lagi parah,baik akak keluarkan cepat-cepat” jelas sahabat saya ini.
Saya tersenyum mendengar pendapat sahabat saya ini. Ketika dalam kegawatan ekonomi hari ini,ramai yang takut untuk membuat pelaburan,tidak kurang juga ada yang mengeluarkan semua wang pelaburannya dengan alasan takut rugi. Maklumlah dengan keadaan ekonomi yang serba gawat ini,segala-galanya mesti di belanja dengan baik. Silap perbelanjaan dan pelaburan akan mengakibatkan penyesalan.
Tetapi,dalam analisa yang di buat,Malaysia adalah negara yang paling kurang kerugian berbanding negara-negara jiran. Jika anda mempunyai saham amanah (unit trust) yang melabur di pasaran Malaysia, cuba bandingkan prestasinya dengan penanda aras (benchmark index), sekiranya pelaburan anda rugi ( memang rugi jika melabur pada tahun 2007/2008) melebihi kerugian pasaran kita, jadi pengurus dana tidak berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras. Dalam erti kata yang lain,gagal kad laporan pengurusan dananya. Lihat juga portfolio saham amanah anda,iaitu dimanakah wang kita dilaburkan(pastikan semua saham adalah islamik,tiada unsur riba dan lain-lain aktiviti yang jelas haram).
Analisis pasaran saham
Dalam analisa yang dibuat oleh Dr. Mark Mobius, Pengurus Dana Templeton Asset Management, salah satu pengurus dana terkenal didunia, beliau mendapati MSCI Emerging Market Index (indeks bursa di rantau kita) turun secara keseluruhan sebanyak 53 peratus pada 2008 selepas meningkat sebanyak 400 peratus dalam tempoh lima tahun ke belakang. Pada pengamatan beliau, pasaran ”bull” (pasaran naik/untung) secara sejarah bertahan lebih lama berbanding pasaran ’bear’ (pasaran merundum/rugi). Kadar peningkatan pasaran ’bull’ juga lebih tinggi berbanding kadar kejatuhan pasaran ’bear’.
Sejak tahun 1987, terdapat sembilan ’bull’ dan sembilan pasaran ’bear’. Malah, jangka masa pasaran ’bear’ secara purata adalah selama enam bulan berbanding pasaran ’bull’ selama 22 bulan. Kadar penurunan pasaran ’bear’ pula adalah 32 peratus berbanding kadar kenaikan pasaran ’bull’ sebanyak 113 peratus. Pasaran ’bear’ pada tahun 1997 berpunca daripada Asia manakala pasaran ’bear’ sekarang puncanya daripada Amerika Syarikat.
”insyallah,saya berpendapat yang pasaran saham kita akan kembali pulih pada lewat tahun ini hingga ke tahun 2010.” kata Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dari Hijrah Wealth Management.
Bersabar
Dengan adanya kerajaan seluruh dunia yang memberi sokongan untuk memulihkan ekonomi masing-masing dengan pengumuman ’pakej stimulus ekonomi’ sebanyak USD 1 trillion(dengan niat untuk merangsang dan menyuntik aktiviti-aktiviti ekonomi walaupun keadaan sangat lembab), insyallah..pasaran saham akan pulih.
Buat pelabur-pelabur yang melabur dalam produk saham amanah,bersabarlah seketika dengan kerugian yang dialami dalam pelaburan ini, ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud:
”Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (sekali lagi ditegaskan)Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
Pelaburan dalam saham amanah adalah bersifat jangka masa panjang, jadi jika terjadi kejatuhan sementara ini,kita tidak usah melatah dan mengeluarkan pelaburan kerana ia akan membuatkan kita mengalami kerugian yang sebenar. Buat masa sekarang,kita anggap kerugian ini di atas kertas sahaja (paper loss/unrealised loss). Sabar dan teruskan melabur secara konsisten untuk mempuratakan unit pegangan anda. Ada di antara saham amanah memberi dividen dalam bentuk unit percuma, jadi walaupun kesuluruhan nilai telah berkurangan, jumlah unit amanah kita telah beranak. Kita tunggukan kemunculan ’bull’ bersama-sama dengan izin ALLAH!
busyro
5 April 2009
www.drbusyro.blogspot.com
Posted by
..::بشرى::..
at
3:17 PTG
2
comments
Selasa, 10 Mac 2009
Sanggupkah PAS berubah? melahirkan pemuda yang punya pemikiran!
“saya rasakan pemikir dikalangan pemuda di dalam PAS masih lagi ditahap yang sangat kurang,ada itu ada,tapi tidak menonjol,apakah suara mereka tidak didengari?” ujar sahabat saya.
Ya,itulah antara hakikat yang terpaksa kita telan, teringat saya ketika muktamar pemuda Pas di Perak,ucapan pemuda PAS, saudara Salahuddin Ayub, ”kita sudah berupaya melahirkan murabithun di semua peringkat,tetapi malangnya kebolehan mereka untuk menjadi pemikir masih di tahap rendah.” ujar beliau.
”kita tertunggu-tunggu pemimpin baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar,berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan,kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja,sebaliknya kita mesti berfikir mengenai rakyat seluruhnya,”ujar beliau lagi.
Nampaknya saudara Salahuddin begitu jelas dengan halatuju pemuda sesuai dengan keadaan ketika ini. Kita tidak boleh berfikiran seperti PAS ketika zaman kemerdekaan dahulu,kerana suasananya sangat berbeza. Pada hari ini,kegagalan kita melahirkan pemikir atau bahasa arabnya qiyadah-mufakkir sebenarnya telah mengakibatkan kelesuan yang amat dalam perjungan pemuda hari ini.
Pemuda yang punya al-quwwah dan al-amanah
“Apa cara kita untuk melahirkan pemikir?” soal sahabat saya ini,soalan yang menarik saya kira dan perlu menjadi perhatian pemuda umumnya dan juga jemaah kampus khususnya. Teringat saya akan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah yang di nurkilkan oleh Dr Asri:
"Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.
Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya):
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s.(maksudnya) :”Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54).
Firman Allah dalam menyifatkan Jibril (maksudnya): (Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21)
Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan...al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir) (Surah al-Maidah: ayat 44)”.
Saya membayangkan al-Quwwah pada zaman ini ialah mereka yang mempunyai ketajaman aqalnya dalam berfikir,kreatif dalam membuat perubahan yang sesuai,penuh idea,berilmu dan berkualiti yang tidak hanya bergantung kepada sijil lulusan gama yang mereka ada sahaja!
Kata Abdul Syukri Harun,penulis dalam akhbar fikrah,untuk melahirkan pemimpin yang berilmu,yang mampu mencetuskan pemikiran besar,keluar dari kepompong tradisional yang konvesional,ia perlu bersedia mendedahkan diri kepada pelbagai situasi di tengah masyarakat. Ertinya bukan berlegar dikalangan warga PAS sahaja, atau dari markas ke markas, dari kuliah ke kuliah sahaja. 
Ya. Mereka juga mesti menyediakan waktu secukupnya untuk membaca pelbagai bahan bacaan. Tidak sekadar membaca dan mentelaah tafsir-tafsir al-Quran,dan kitab syarah hadis-hadis,fiqh dan usul fiqh,dan aqidah sebagai bacaan yang wajib, tetapi bacaan tambahan yang lain,seperti buku dan majalah dari timur dan barat dan juga yang berkaitan dengan pemikiran dan motivasi. Tidak itu sahaja,mereka juga tidak ketinggalan dengan arus perkembangan sains dan teknologi.
Pemuda juga perlu menyediakan dan memulakan penyelidikan melalui institusi persendirian. Kerana kita sangat memerlukan mereka yang berwiba serta bersedia menganjak paradigmanya. Kerana pemuda bakal mewarisi sesebuah kepimpinan.
Kenyataan yang menyakitkan
Bayangkan sudah begitu lama PAS ini wujud,namun masyarakat tidak sepenuhnya faham tentang Islam,,jangan lihat di kelantan,atau kedah,tetapi lihatlah pahang,johor dan lain-lain negeri yang punya umat islam melayu yang majoriti, mengapa mereka masih tidak mahu menyokong menegakkan daulah ketika pilihanraya? Apakah gerak kerja kita hanya bercakap soal politik semata-mata?
Nabi Muhammad s.a.w berdakwah lebih dari sepuluh tahun di makkah berkenaan aqidah,dengan aqidahlah manusia akan lebih mudah di tarbiah jika soal aqidah telah selesai,namun hari ini,tidak hairan jika terdapat sebahagian ahli yang begitu bersemngat,namun berseluar pendek ketika memanjat pokok bagi menyebarkan bendera parti. Atau dengan keadaan tidak berbaju dalam kempen mengibarkan berdera parti? kalaulah Nabi melihatnya,apakah nabi akan bersetuju?
Lihat sahaja apa yang terjadi kepada PAS,dimana di awal tampuk pemerintahan Pak Lah dengan kempen Islam Hadharinya hampir sahaja PAS kehilangan kubu kuatnya iaitu Kelantan. Rakyat seolah-olah keliru dengan Islam hadhari bawaan Pak Lah dengan Islam yang didokong oleh PAS. Walhal jika rakyat faham tentang Islam yang sebenarnya,tentu sahaja mereka tidak memihak kepada BN,kerana rakyat tahu betapa mereka ini hanyalah bersifat sekular semata.
Kelesuan jemaah kampus
Isu ini sangat mencabar pemuda dan pemudi gerakan Islam di kampus-kampus,sangat kurang daripada mereka adalah dikalangan pemikir,gerak kerja mereka banyak bertaqlid kepada generasi sebelum mereka. Dunia kampus semakin mencabar,dan menuntut pemuda dan pemudi ini berubah, gerak kerja juga mestilah sesuai dengan dunia kampus pada hari ini. Namun apa yang menyedihkan, mereka lebih banyak mengkritik sesuatu perkara daripada bangun mencadangkan altenatif,sebagai contoh, remaja hari ini amat sukakan hiburan,rancangan-rancangan realiti,apakah ada sebahagian jemaah kampus ini bangun menyediakan altenatif kepada hiburan-hiburan Islam? Jangan pula di jumudkan bahawa hiburan itu hanya nasyid semata!
Buya HAMKA berdakwah dengan sastera,lihat sahaja filem-filem Islam Iran,mungkin kita sebagai sunni tidak menyokong syiah,namun hakikatnya syiah lebih terkehadapan dalam menyediakan altenatif hiburan kepada masyarakatnya.
Apakah jemaah kampus sedia untuk menyediakan platforn kepada warga kampus dengan teater-teater kesenian Islam,pentomen,puisis-puisi Islam,novel-novel Islam dan sebagainya?? Sekaligus lebih mendekatkan lagi golongan-golongan ”kurang agama” ini kepada kefahaman Islam yang sebenar?
Atau kita hanya sekadar klon politik semata di kampus ini,tidak lebih dari semangat tetapi agak kurang dari sudut idea-idea,wibawa dan ilmunya. Sepatutnya di hidupkan budaya Ilmu di kalangan kita,saya tidak nafikan ada yang bagus serta punya kualiti. Namun hakikatnya,memang kita sangat kurang budaya ilmu,kurang kelihatan mereka ini memperbanyakkan bacaan melainkan buku haraki semata-mata! Saya tidak katakan buku-buku itu salah,tapi janganlah di sempitkan bahan bacaan wajib kita itu,sudahnya kita yang rugi
Pemuda yang bersedia di kritik
Semua gerakan jemaah kampus sekalipun dikritik oleh yang berkepentingan, namun kita mesti melihat positifnya terhadap umat secara menyeluruh dan jangka masa panjang. Bukan untuk menjaga keselesaan segelintir manusia sahaja.
Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Walauapa pun hakikatnya,ini hanyalah sekadar pandangan saya,terpulanglah kepada anda menilainya.
Oleh Busyro
10 mac 2009
www.drbusyro.blogspot.com
Posted by
..::بشرى::..
at
11:00 PTG
6
comments
Isnin, 9 Mac 2009
Lagi alasan tidak memboikot
Tak mahu boikot
“ada bukti ke produk Amerika ini menyumbang kepada ketenteraan Yahudi?” tanya seorang rakan saya yang tidak menyertai serta menyokong kempen boikot anti yahudi.
Saya terdiam,ya….sangat terdiam!
Entah mengapa saya rasa sebak dengan hujah sebegini untuk tidak memboikot. Artikel lepas saya ada menulis tentang boikot ini. Secara jelasnya,memang keuntungan dari hasil jualan syarikat-syarikat besar milik Amerika ini pastinya akan di kenakan cukai,cukai-cukai ini bukan sedikit jumlahnya,dan Amerika memang sedia maklum,setiap tahun menyalurkan bantuan kewangan kepada negara haram Israel itu!
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,
حدثنا أبو النعمان حدثنا معتمر بن سليمان عن أبيه عن أبي عثمان عن عبد الرحمن بن أبي بكر رضي الله عنهما قال
كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم جاء رجل مشرك مشعان طويل بغنم يسوقها فقال النبي صلى الله عليه وسلم بيعا أم عطية أو قال أم هبة قال لا بل بيع فاشترى منه شاة
Yang bermaksud : sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w kemudian dating seorang lelaki musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing gembalanya. Maka nabi bertanya: “(adakah kambing ini) dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “ tidak, bahkan dijual.” Maka Nabi pun membeliknya daripada seekor kambing.” (riwayat al-Bukhari dalam Sahih Bukhari,Jld. 8,hlm. 196, No. 2216)
Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah berjual beli dengan mereka yang memerangi Islam, telah menyatakan:
Telah sepakat umat Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang kafir,selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk orang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)
Perlu difahami bahawa, hukum asal berurus niaga dengan orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat daripada transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada
angkal lagi!!
Memboikot tidak memberi kesan kepada Zionis
“boikot-boikot ini dah tak praktikal,boleh bagi kesan ke kat Yahudi?,ibarat mencuarah air ke daun keladi” luahnya lagi.
Teringat saya akan kisah yang di tulis oleh Pahrol Juoi,katanya kisah ini di ambil semasa beliau menonton satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri ”Mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api Besar.
Melihat api besar itu,seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecillalu dititiskan ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
“apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.
“untuk memadamkan api yang akan membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.
“ha..ha..usaha yang sia-sia. Adakah api sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.
Jawab burung kecil itu, ”Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan,tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...”
Mendengar jawapan burung kecil,sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi….siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
oleh busyro
www.drbusyro.blogspot.com
Posted by
..::بشرى::..
at
12:36 PTG
0
comments
Selasa, 10 Februari 2009
Boikot Yahudi bukan sekadar memboikot produk sahaja

Bakar bendera atau bakar rokok
Ramai yang mengadakan demonstrasi dengan membakar bendera-bendera yahudi yang mereka beli untuk melahirkan rasa protes terhadap kekejaman yahudi di Gaza,(mungkin boleh dianggap membazir) namun amat menyakitkan hati apabila melihat mereka yang pergi ke demonstrasi itu sebahagiannya adalah perokok yang tegar,tidakkah mereka ini tahu bahawa rokok adalah penyumbang besar kepada ekonomi yahudi??!
Kempen anti-yahudi di anggap sinis
"kalau boikot produk amerika,bukan diorang yang susah,tapi orang melayu kita juga yang susah,kilang diorang la tempat orang kita cari rezeki,kalau dah di boikot,mana orang kita yang cari makan kat kilang diorang nak cari makan?"
memboikot produk Amerika samalah dengan menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja di syarikat-syarikat berkenaan,Amerika tak sakit,tapi orang kita yang tersepit. jadi boikot bukan pilihan yang betul...ujar mereka
ada pula yang menganggap sinis jerit pekik,teriak semangat,dan surat bantahan dalam demonstrasi-demonstrasi yang diadakan seperti anjing yang menyalak bukit!! Tel Aviv dan Washington tak bergegar sedikit pun dengan rasa kemarahan yang di zahirkan oleh umat Islam seluruh dunia. Justeru,demonstrasi juga bukan kaedah yang tepat dalam kempen anti-yahudi,ujar setengah merka yang lain.
Boikot cara hidup Yahudi
Kata Pahrol Juoi,ketua editor majalah SOLUSI,itu sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. bukan soal berkesan atau tidak,tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. pokoknya mesti ada tindakan - "action speaks louder than words."
sebenarnya Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara hidup mereka yang sangat dibenci dan memudaratkan yahudi. Apakah cara itu? Firman Allah yang bermaksud:
"sesekali Yahudi dan Nasrani tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka" (surah al-Baqarah : 120)
Ini Rahsia "hati perut" Yahudi yang dibongkar oleh Allah s.w.t sendiri. sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi,itulah "demonstrasi" yang paling menyakitkan Zionis. Dan Usaha "memboikot" cara hidup Yahudi seperti budaya hendonisme,pendedahan aurat,pergaulan bebas,arak,amalan riba dan lain-lain perkara haram adalah paling ditakuti Yahudi!
oleh busyro
www.drbusyro.blogspot.com
Posted by
..::بشرى::..
at
9:08 PG
0
comments






