Jumaat, 19 Jun 2009

M.U.H.A.S.A.B.A.H


demam.........




budak nakal tengah tidur......




pemandangan tepi pantai depan rumah tokki....




rumah tokki....


suatu petang di tepi pantai.....



“nak jadi baik perlu solat,tapi kenapa orang yang masih bersolat hatinya masih belum baik?” Tanya sahabat saya.


“hati yang belum baik?maksudnya?” balas saya pula.


”ialah..sekarang kan ada saja yang solat penuh 5 waktu sehari semalam,tapi masih lagi hatinya tak baik,suka mengumpatlah,tak jaga pandangan mata lah,dan kadang-kadang boleh bat benda-benda pelik,tapi dia tau salah”, jawab sahabat saya.


”saya ada baca buku tarbiah hati,mungkin dia masih tak jaga solatnya” jawab saya pendek,sengaja mahu merancakkan lagi rasa ingin tahu hatinya.


”tak jaga solat?macam mana tu?” sah umpan saya mengena!


”kadang-kadang kita solat 5 waktu sehari semalam,tak pernah tinggal,solat pun kadang-kadang berjemaah,tapi soalnya adakah solat kita benar-benar berkualiti?atau dengan kata lain,adakah hati kita turut serta dalam solat?” jawab saya.


”solat yang berkualiti?hati yang turut solat?maksudnya khusyuk?”, tanyanya lagi bertalu-talu,saya suka perbincangan perkongsian seperti ini.


”ya,soal khusyuk,apakah pergerakkan solat kita itu hati kita turut serta?atau hanya sekadar pergerakkan sekadar pergerakkan saja,tapi hati berangan entah kemana dan banyak memikirkan soal lain........ada seorang ustaz sebut kalau solat tapi tak dapat rasa seolah-olah Allah melihat kita,solat kita itu umpama mempersembahkan bangkai! ” tegas saya.


sepi seketika


”macam mana mahu khusyuk?” soal sahabat saya ini tadi,soalnya memcahkan kesunyian sebentar tadi


”ini soalan yang memerlukan kepada ilmu dan latihan yang berterusan..” balas saya


”aii...sampai macam itu sekali?macam susah saja”, jawabnya


”apa rahsia utama untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan?” balas saya

menduga.


”kesungguhan,istiqomah,dan perancangan yang betul,oh...saya sudah faham” jawab sahabat saya..alhamdulillah dia sudah faham.


”iman ini benda yang berharga,mahal,sesuatu yang berharga tentulah agak sukar untuk diperolehi,umpama emas,mahal dan bukan mudah di jumpai,begitu juga iman,untuk dapat iman,perlu berusaha untuk mendapatkannya, membina itu memakan masa,tetapi meruntuhkan itu hanya sekelip mata” jawab saya


alhamdulillah..perbincangan kami petang itu sambil menikmati pemandangan petang di tepi pandai membawa erti kepada kami berdua..Ya Allah..tetapkanlah hati ini dalam iman..doa saya ketika itu.

Rabu, 17 Jun 2009

T.E.S.T.I.N.G.


KELUARGA BAHAGIA...semua nak tido dengan mak,2 ekor kat atas tu cucu dia



tidur kekenyangan



nama dia batman! haha




nama dia pula rika sumanto..dia ni comel,tapi bising,malam-malam suka membebel suruh tidur dengan dia




penat sangat




rika masa kecil lagi




apa cerita kali ini?tak sempat nak taip..maklumlah,ini kat CC..nanti saya update..jadi,tengak lah gambar kucing saya ini puas-puas...haha(sebenarnya nak test kamera saja)

Selasa, 16 Jun 2009

pergi pasar raya













lajunya mak jalan




buah-buahan import..hehe




sekali beli kicap,tak main la botol kecil..maklum jela,kat rumah saya ramai yang hantu kicap




mengiurkan bukan?tapi awas! ini produk nestle yang di boikot!..huhu,tapi kalau korang dapat aiskrim ni percuma berkotak-kotak..nak ambil ke tak?saya pernah dapat percuma..hehe




selalunya beli ikan kat pasar raya saja




mahal kan?tapi orang kat pasar raya tu kata muroh,geram saya




boleh tahan la segarnya..





casher yang tengah tension..siap cakap lagi,"bila la nak balik ni"..hehe




takde kerja tangkap gambar kereta sendiri(baru siap di baiki lepas kemalangan ngeri hari tu..haha)


ibu

semua orang sayangkan ibu masing-masing,tapi tak ramai yang betul-betul boleh berbakti pada ibu masing-masing,paling malang,ada yang sayang,tapi kurang menghargai,ini betul-betul sayang ke?

tugas berbakti kepada ibu-bapa sangat penting dalam agama kita..sebab itu bila Abdullah bin masoud datang berjumpa nabi Muhammad s.a.w dan bertanya..

"apa amalan yang paling afdhal?" ibnu masoud

"solat pada waktunya" jawab baginda

"kemudian apa lagi?" tanya ibnu masoud

"berbuat baik kepada ibu -bapa",jawab nabi

"kemudian apa lagi?" tanya ibnu masoud lagi

"jihad di jalan Allah" jawab baginda..

al-Tobari ketika mesyarahkan hadis ini berkata,perkara yang paling utama di lakukan oleh seorang muslim ialah solat di awal waktu,dan kenapa berbuat baik kepada ibu-bapa lebih utama dari berjihad,kerana berbuat baik pada ibu bapa itu lebih afdhal dari berjihad,setelah yang kedua boleh dilakukan dengan baik,barulah melaksanakan keutamaan yang ketiga,iaitu berjihad di jalan Allah.


Isnin, 15 Jun 2009

macam-macam part 1 (jemur televisyen)

Jemur televisyen


"tokki wat mende tow?" (atok buat apa) tanya saya,

"jemur tb" (jemur televisyen),jawab dia selamba.

"jemur tb?guane pulok gitu"?(jemur tv..macam mana jadi macam itu),tanya saya terkejut,tapi dalam hati duk mengumpat,wat lawak ke tokki ni

"tb ni bukang buleh,ia kene panah lu,kalu dok,dok leh buke tb,bab ia dok panah agi" jawab tokki dengan jujurnya...hahaha (tv ni bukan boleh,kena panas dulu,baru boleh buka)

dengan gagah perkasanya tokki agkat tv itu sebelah tangan dan jemur depan tingkat yang menghadap pantai...hehehe(sayang tokki sangat3...muuuaaaah!)












Bayi baru lahir..comel kan?

"mu nok tengok cicit baru tokki?",tanya tokwan pada saya..(kamu nak tengok cicit baru atok)

"cicit?hok mane pulok tokwang?" jawab saya (cicit mana pula nenek?)

"nim,hok natang kuning dengang hok hitang nim,ni r cicit baru ia...malah base aku.." bebel tokwan (ini,yang binatang warna kuning dengan hitam,ini lah cicit baru atok,malas nak ambil tahu)

saya pula gelak sahaja..haha








Khamis, 11 Jun 2009

Lakonan Bahasa Arab yang hampir menjadi!

video ini di buat oleh adik-adik semester 3,eh 2 kot,lupa pula tadi(dah tua memang cepat lupa)
apa yang menariknya,mereka berjaya membuatnya dengan sebaik mungkin,sehingga menarik beberapa mahasiswi yang lain untuk turuk cuba menghasilkan filem! ahahaha

sama-sama anda saksikan! jangan gelak ea


Sabtu, 30 Mei 2009

Kreatif dan bersemangat!

menyibuk saja lelaki itu





cara-cara nak masak nasi morocco,(saya penah cuba,tapi tak jadi,mesti buku ini tak betul resepinya..huhuu)



ni resepi sandwic


kabur sikit



yang ini jelas sikit



suatu petang di Giant Nilai,terjadilah satu dialog pembeli buku yang comel dan penjual buku yang baik hati

"kak,berapa harga buku masakan ini?" soal saya

"yang ini...RM45" jawab penjual dengan pura-pura tak nampak muka kesian yang saya buat

"takde less ke?",balas saya dengan penuh harapan setinggi bukit cerakah

"5% saje boleh", jawab penjual

'5% tak murah lagi',saya pun periksa beg duit,alahai! RM20 sahaja..nampaknya terpaksa buat idea gila'

"kak,boleh saya ambil gambar-gambar dalam buku ini sikit?sikit saja,sebab tak cukup duit nak beli" soal saya dengan penuh nada kesian dan muka seposen

"hmm...yelah-yelah". jawabnya dengan sangat ikhlas,saya tau penjual sedang cuba belajar erti ikhlas. hahaha

dan kat atas itu lah gambar isinya..


Moral
kalau kalian semua mahukan sesuatu,cuba lah sehabis baik untuk mencapainya,jangan dengan disebabkan sesuatu perkara yang memang kita mampu untuk atasi,tapi kita biarkan diri kita gagal mencapai matlamat tadi,bab kata pepatah
"kalau nak buat cara nak,kalau taknak buat cara taknak"

akhirnya dapat juga saya nak cuba resepi itu..dan paling penting,kita mesti kreatif dalam mengaplikasikan pelbagai cara supaya matlamat kita itu tercapai,selamat mencuba! (cuba korang pergi MPH dan buat macam saya buat ini...boleh tak?hahaha)


Ramai Pendakwah tidak kreatif!

hari ini ramai yang bersemnagat untuk berdakwah,tetapi ramai yang gagal dalam memahami para mad'u,pendakwah merungut jika dakwahnya kurang mendapat perhatian,tetapi pendakwah jarang ambil kira jika pendekatan yang di gunakan pendakwah tidak menarik perhatian mad'u.

sebahagian pendakwah seolah-olah terlalu jumud dalam berdakwah,begitu juga dalam fiqh,suka melabel-label kumpulan lain dan berbangga seolah-olah mereka lah yang paling syar'e,padalah dakwah mereka banyak cacian dan kritikan yang kebayakkanya penuh dengan emosi,paling malang ada yang berputus asa dalam dunia dakwah seolah-olah telah pasrah bahawa manusia hari ini memang susah untuk diselamatkan lagi.

kreatif

soal kreatif mungkin tak semua orang kreatif,tetapi tidak salah jika pendakwah belajar untuk memahami mad'u,barulah boleh di fikirkan bagaimana tindakan yang bujak dan kreatif serta keluar dari kotak kejumudan dalam berdakwah.


itu sahaja yang saya nak tulis kot untuk hari ini,wallahu'alam

Khamis, 28 Mei 2009

Belajar dari mereka yang ‘kecil’


diorang memang kecil pun,korang kena pakai teleskop untuk tengok muka pekerja dalam gambar ini..hehe




tengah bancuh tepung,nak buat kek 10 tingkat





Tengah usha angin sambil merenung jauh merancang masa depan yang lebih gemilang! haha



pening tengok gambar ni,serabut,tak kemas,kalau kat rumah saya pula,bila tak kemas,mesti mak akan jadi tarzan! haha


perumahan..tak cantik la gambar ni..huhu



Belajar dari mereka yang ‘kecil’


“Ramainya pekerja indon” ujar sahabat saya

”mereka ni bukanlah lekeh sangat,kadang-kadang ada diantara mereka yang punya kelulusan” Jawab saya.

apa pula pendapat korang tentang pendatang asing yang bekerja kat sini?mestilah macam-macam jawapan kan?biasalah...tapi saya tiada jawapan nak bagi. hahaha
diorang nak datang kerja kat negara ini,diorang datanglah tapi yang penting,jaga adab dan jangan buat hal kat negara saya ini,sebab saya sayang pada negara saya ini.(ibah mesti tak percaya saya cakap macam ini..haha,tapi betul apa,saya lahir kat malaysia,mestilah sayangkan tanah air sendiri)

memang ramai diantara kita yang memandang sinis dengan mereka,di tambah dengan pelbagai kejadian buruk yang disebablan oleh pendatang asing ini,seperti isu ’melarikan’ anak dara orang sini ke tanah seberang,kejadian samun dan sebagainya semacam menambah buruk lagi pandangan masyarakat kita terhadap pendatang asing ini. Namun kepentingan dan sumbangan mereka terhadap negara kita juga tidak boleh dinafikan sama sekali, mereka menguasai hampir kesemua sektor buruh di negara ini,mereka sangat kuat bekerja,tekun dan tidak banyak kerenah,tidak seperti rakyat tempatan.

sabda nabi

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا ان يتقنه
maksudnya: ”Bahawa Allah menyintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu keja,ia laksanakan dengan cemerlang.”


ini lah pengajaran terpenting buat anak-anak muda di luar sana,di Felda-Felda,di kampung-kampung,di bandar-bandar malah di kota-kota besar,ramai muda-mudi yang berjaya,tetapi ramai juga muda-mudi yang menjadi sampah dan kepada masyarakat.

berjiwa besar

kesemua pendatang asing yang bekerja di negara kita ini kerana mahu mencari rezeki buat keluarga tercinta,tanah air kita ini dikatakan sebagai ’lubuk emas’ kerana rata-rata yang mencari rezeki di sini mampu mengirim wang hasil pekerjaan disini kepada keluarga di Indonesia. bayangkan mereka hanya datang ke negara orang lain,sanggup berpisah dengan keluarga,di tambah lagi dengan kesulitan yang dihadapi dalam proses mahu masuk ke negara ini,semuanya di hadapi dengan sabar dan bersungguh,matlamat yang bulat,nekad untuk mencari rezeki disini walau apapun yang terjadi!

dalam kehidupan kita,apakah kita juga sentiasa nekad dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja?begitu juga dengan seorang mahasiswa,belajar juga tidak bersungguh,walaupun masih ramai yang bersungguh,tetapi bilangan yang tidak bersungguh dalam belajar masih mendominasi!


Ujub?


saya selalu fikir kenapa mesti bangga jadi rakyat Malaysia sampai memandang rendah pada pendatang asing? hebat sangat ke kita ni?nak berbangga jadi rakyat malaysia itu tak salah,tapi yang salah bila dah sampai tahap ujub!
dalam satu Hadith marfu’ yang bermaksud :

”tiga perkara yang membinasakan iaitu,hawa nafsu yang diikuti,orang yang kedekut ditaati dan seseorang merasa ujub dengan dirinya.”

riwayat al-Qhuda’i dalam al-Musnad(1/215)

hakikatnya kerana mereka lah kita mampu duduk di rumah perumahan yang mereka bina dengan selesa,kerana mereka juga kita dapat belajar di sekolah dengan selesa,kerana mereka juga kita dapat di universiti dengan selesa,kerana mereka juga kita dapat bekerja di bangunan-bangunan majikan kita dengan selesa dan kerana mereka juga kita dapat solat di masjid yang serba indah dengan selesa!

kerana tenaga buruh mereka inilah akhirnya sebuah rumah,sekolah,bangunan,menara dan masjid itu terbina! lantas mengapa kita ujub??

Membalas Jasa

Pernah tak kita terfikir untuk membalas jasa-jasa pendatang asing yang banyak membantu negara kita selama ini?mungkin ada yang cakap,nak balas dengan apa?nak bagi rumah sebuah?kereta sebuah?tanah sebidang?ini mungkin jawapan yang pastinya wujud. cuba renung sekejap hadith nabi ini,sabdanya yang bermaksud,

“siapa yang meminta pertolongan kepadamu kerana Allah,maka lindungilah ia. Siapa yang meminta kepadamu kerana Allah,maka berilah ia. Siapa yang memberi kebaikan kepada kamu,balaslah ia,jika kamu tidak mampu membalas,berdoalah untuknya dengan kebaikan.” –riwayat al-Baihaqi 4/199 dan Abu Daud 1672.


kalau tak mampu,kita doakan mereka dengan kebaikan,korang pun tahu apa yang patut kita doa untuk mereka,doa dalam bahasa melayu pun boleh(sebab ada yang tanya...hahaha) jadi,jangan sombong-sombong,rajin-rajinlah dalam membuat sesuatu kerja (contohnya saya,rajin mengupdate blog!hahahaha)dan sentiasa berdoa dengan ALLAH.

Wallahu’alam