Tension betul aku semalam,kena ‘rompak’ sampai lari bajet duit aku bulan ni,aku ingat lagi muka ‘perompak-perompak’ bersiri tu,sekilas pandang,macam bersih je,macam alim je,tapi bak kata pepatah,air yang tenang jangan di sangka tiada buaya!
Dengan penuh kesedihan,aku pulang dengan hati yang duka,tapi semua tu kejap je,dengan kuasa Allah s.w.t, mak aku tepon..tanya pasal duit,ada ke tak.aku jawab ada..malu nak ckp takde,lagipun aku tau mak aku tengah susah jugak..tapi mak aku cam tau-tau aku pun tengah sengkek jugak,dengan tak di sangka-sangka,ada orang mintak aku buat rawatan,Alhamdulillah!
Cam biasa,duit upah rawatan yang aku dapat,Alhamdulillah lumayan,jadi terubatla kedukaan aku pasal semalam tu,aku pun buat keputusan lepas selesai buat rawatan untuk keluar jalan-jalan kat PKNS Bangi. Tempat biasa yang aku akan melilau ialah kedai buku Syabab,aku suka kedai buku ni sebab banyak buku,dan kalau aku beli aku akan dapat 15%,ok la tu,tak payahla nak tnggu book fair setahun sekali tu,15% jugak diskaunnya.
galeri buku Syabab,Bandar Baru Bangi
Tapi…………….keghairahan aku untuk tengok buku-buku dalam kedai tu semacam takde,ntahla…kepala aku masih teringat siri ‘rompakan’ yang berlaku malam semalam,sangat mendukacitakan! Mula-mula aku nak beli buku ‘bercinta sampai ke syurga’ tulisan ustaz Hasrizal,tapi tetiba tak jadi,aku sebenarnya dah ada dah buku ni,tapi ada seorang ustaz pinjam buku aku,bila dia sambung belajar ke Jordan,dia bawak sekali dengan buku aku tu ke sana..huhu(aku tak habis lagi baca buku tu).
Aku tak jadi beli,aku letak balik buku tu,aku pun turun lift nak balik ke kereta aku,masa turun lift tu aku Nampak ada kertas-kertas iklan pasal harga runtuh,atau jualan lelong kat pasaraya billion,aku tergerak hati nak tengok.
Masa aku tengok tu,ternampakla jenama pakaian yang selama ni aku duk ngidam-ngidam nak beli tapi tak dapat sebab harga dia ratus-ratus,tapi dia jual RM15-RM19.90! huhu,ketar lutut aku!
kompleks PKNS Bangi
Apa lagi,dah lama tak shopping,macam-maca baju aku selongkar,paling best,promosi ni baru mula hari ini! Haha,aku antara terawal pilih baju,memang banyak sangat pakaian yang cantik-cantik,kelabu mata aku,last-last aku sambar je semua yang aku berkenan,3jam aku duk kat situ pilih pakaian! Mak datuk,lama betul,siyes aku sebenarnya tak sedar dekat 3jam aku duk pilih-lipih pakaian,kusyuk sangat. Patutla kaki aku lenguh semacam..haha
Puas ati aku hari ni shopping sakan! Da lama tak shopping,Alhamdulillah sebab semuanya rezeki dari Allah,masa aku masuk dalam kete,aku pasang radio,kebetulan ikim.fm masa tu tengah purtarkan lagu nasyid nazrey dengan in-team tu,ape ntah tajuk dia,tapi lagu tu cakap,”selepas kesusahan pasti ada kesenangan”…dan memang terbukti rahmat dan kasih sayang ALLAH itu sangat luas. ALLAHUAKHBAR!
"along rindu kat budak-budak tu" luah hatiku sambil memandang le luar jendela dapur,ibuku yang sedang duduk di meja makan sambil mengunyah pisang gorengnya berpaling ke arahku
"bukan ke budak-budak tu along cakap nakal sangat sampai dah tak larat dah nak ngajarnya?" soal ibu ku sambil meniup-niup goreng pisang yang masih panas itu untuk di makan
"mak ni..kalau panas,ambil la kipas...lambat buat camtu" pintasku pula,ibuku sekadar tersenyum dengan telatahku
"tolangla kipaskan untuk mak..." senyum ibuku semakin melebar
aku angkat pinggan yang berisi penuh goreng pisang yang masih panas itu tadi lalu ku letakkan betul-betul hadapan kipas meja di dapur rumah,sambil menekan suis kelajuan paling maksimum.
ibuku tersenyum memerhatikan gelagatku,sambil mengusikku lagi "jangan sampai terpelanting goreng pisang mak tu dah la" ketawa ibuku,aku turut tersenyum,namun ingatanku pada anak-anak muridku kembali mengendurkan senyuman di bibir
"budak-budak tu tak mesej atau call along?" ibuku cuba memberikan perhatian tentang perasaanku ketika ini,ibuku sangat memahami,aku menyelak-nyelak rambut di kepala ku,sambil duduk di kerusi meja makan menghadap ibuku,kali ini pendanganku terlontar semuala keluar jendela.
"ada...budak-budak ni sebenarnya baik-baik je mak,cuma diorang perlukan perhatian je,kalau tak diorg mula la buat nakal" balas ku sambil tersenyum bahagia,ya..hati seorang guru pasti bahagia bila teringat si anak muridnya yang pernah di ajarnya dulu,ingatan tentang kenakalan mereka satu persatu menerjah di kotak fikiranku,kenakalan mereka walaupun terkadang menyebabkan anginku naik,namun mereka adalah permata bagiku.
ada sekali ketika aku sedang mengajar,ada salah anak muridku sering menganggu kawan-kawan di sebelahnya,sehingga ada yang menangis dengan usikannya itu,bukan sekali aku memarahinya,malah hampir setiap kali kelas aku mengajar dia,pasti aku akan memarahinya kerana kenalannya,suatu hari aku memanggilnya ke bilik guru,rupanya-rupanya pelajar ku ini terlalu kurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya,sejak hari itu perhatian aku kepadanya telah membuatkan sebahgian anak muridku lain menjadi cemburu! aku masih tersenyum mengingatkan kenangan ini
"dah sejuk ke belum goreng pisang mak tu..." tegur ibu ku memecahkan lamunanku tadi seperti kaca yang berderai,aku bingkas bangun mendapatkan goreng pisang tadi sambil menyentuhnya,sudah agak suam-suam kepanasannya gumam hatiku,aku terus meletakkan di hadapan ibu ku goreng pisang tadi.
ibuku makan dengan begitu selera sekali,aku bahagia melihat ibu begitu..
"kriiiiing...kriiiiiiing...!" telefon bimbitku berbunyi
aku cepat-cepat bingkas mendapatkan telefon bimbitku yang sedang di caj di ruang tamu.
"bercinta dengan berkahwin ni tak sama" tiba-tiba dia meluahkan rasa,saya mendengar dengan teliti.
"seronok bercinta dengan seronok kahwin tak sama" bicaranya lagi,saya masih seperti itu,mendengar dengan penuh tanda tanya di hati
"bercinta ni seronok,tapi bila dah kahwin...dah tak ada pape dah" ujarnya lagi,saya tersenyum.
"mungkin masing-masing tak cuba untuk jadi 'pemberi'" kata saya pula memberi kesimpulan.
"erti bahagia itu dengan membahagiakan" kata saya lagi
"tak cukup ke dengan tugas seorang isteri?" jawab dia,
"apa yang akak faham dengan memberi bahagia?" tanya saya semula
"buat tugas-tugas sebagai seorang isteri lah,apa yang suami nak akak buat.." katanya seperti mengeluh panjang
"akak rasa sudah cukup?" tanya saya lagi
"maksud along?" tanya dia seperti kebingungan
"apa yang akak rasa sekarang?" tanya saya kembali
"rasa tak di hargai,rasa marah,geram,terseksa!" bentaknya,saya hanya memerhati,memberi ruang untuk dia berkata-kata.
"terseksa dengan perkahwinan?" kata saya seakan terkejut.
beliau mengangguk perlahan
kisah dia ini sama seperti apa yang saya baca dalam buku tulisan ustaz Pahrol Juoi,detik hati saya
"belajarlah menghargai" jawab saya ringkas
"hargai?hargai apa lagi?akak sendiri tak di hargai,nak hargai dia pulak!" marahnya pula
"akak,yang paling teruk bukan bila tak di hargai,tetapi ialah bila kita tidak menghargai apa yang ada" jawab saya,takut-takut juga ayat saya ini menyulitkan lagi dia
"akak hargailah apa yang ada kak,buatlah dengan penuh kasih sayang,walaupun akak rasa tak di hargai,tapi buatlah dengan kasih sayang,saya yakin akak akan gembira" jawab saya berhati-hati
"walaupun suami tak reti nak hargai?" balasnya pula
"memberi bukan untuk menerima,itulah keikhlasan sekalipun kita suami isteri,usahakanlah satu perubahan dari diri kita yang boleh merubahnya,perubahan dia dari ok kepada tak ok tu,jangan sampai merubah kita sama kepada tak ok" kata saya dengan bersemangat
tika itu saya berdoa agar dia dan suaminya akan kembali 'bercinta' dalam berkahwin,insyallah!
buat para suam,layanlah isteri anda dengan baik,jangan sampai perkara tak sepatutnya berlaku hanya keran kita tidak menghargai isteri sendiri,ingatlah sabda nabi
"sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinyaa dan aku adalah yang paling terbaik antara kamu semua terhadap isteriku"
Saya bukan seorang yang anti poligami,tapi kerana ramai yang nampaknya sedang merosakkan nama baik poligami ini,poligami bukan kerja kotor,bukan ibadah yang direka untuk nafsu,atau untuk memihak kepada kaum lelaki,tetapi ia ibadah yang hanya untuk membantu wanita,ya membantu kaum hawa yang kekuatannya,keperluan dan fitrah kejadiannya sudah tentu tidak sama sekali dengan tujuan,kekuatan dan fitrah kejadian lelaki, kerana apa? Kerana Allah sangat adil!
jika di soroti sejarah kembali,Nabi kita Muhammad S.A.W mencatatkan bahawa baginda bermonogami selama 25tahun dengan Khadijah,sedangkan kehidupan berpoligami dijalankan selama 10tahun, sebagaimana yang diriwayatkan dari Aisyah r.a "Nabi tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (H.R. Muslim)
terasa sangat janggal jika masalah poligami ini di bicarakan di khalayak yang mana akan membuatkan hati lelaki berbunga-bunga,hati perempuan menjadi kecut dan skeptikal terhadap isu poligami. Dan para pendakwah pula sibuk mempertahankan syariat ini. jujur sahaja,di alam realiti,amalan syar'i yang satu ini memang tidak mudah diwujudkan kerana banyak faktor yang mempengaruhinya.
Kenapa poligami seperti mempermainkan wanita?
Begitu banyak berita yang kita dengar tentang kisah mereka yang hidup bermadu,secara jujur,saya akui,hamper 90% mereka yang berpoligami semuanya punya cerita yang negatif! Lantas di mana jujurnya poligami ini?dimana baiknya poligami ini? Di mana adilnya poligami ini? Kita mungkin dapat membalas hujah-hujah SIS dengan mengatakan betapa di zaman nabi dahulu poligami sangat membantu wanita,para isteri,tapi sedarkah kita,sirah itu kenapa hanya gemilang ketika itu? Mengapa kisah poligami yang hebat-hebat ini hanya di zaman itu? Tapi di zaman ini kisah hebat ini seakan pupus tetapi hanya banyak kisah-kisah sial yang hanya mengotorkan wajah suci agama mulia ini! Mengapa??!
Mungkin ada yang akan menjawab,kerana lelaki tidak jujur,dan macam-macam lagi,tetapi 90% kesalahan pasti menyalahkan lelaki itu sendiri,kerana memang benar kebanyakkannya berpunca daripada kelemahan lelaki sendiri dalam memimpin rumah tangga,rumah tangga ibarat sebuah kapal yang punya seorang ketua nakhoda yang bertanggung jawab dengan baik dan kreatif agar kapalnya tidak musnah di pukul badai juga sentiasa pandai mengambil hati dan menjaga kebajikan anak kapalnya iaitu ahli keluarganya sendiri supaya tidak berlaku perpecahan yang boleh mengakibatkan bencana besar bila pepecahan berlaku.
Mencari sunnah pada erti poligami
Saya sering terfikir,dimanakah sunnahnya poligami ini,pada ramainya bilangan isteri atau pada adilnya seorang suami?adakah pada jujurnya si suami terhadap isterinya atau pada diamnya si suami ketika mahu beristeri lagi?tidak guna beristeri ramai jika tidak mampu bersikap adil,tetapi lebih baik beristeri yang seorang tetapi sentiasa adil,jujur dan amanah. Malah lebih malang lagi ada segelintir lelaki sial yang menggunakan nama agama untuk mengejar cita-cita poligaminya padahal yang di kejar adalah kecantikan menurut hawa nafsu si lelaki semata-mata!
Matlamat yang menghalalkan cara
Saya pernah mendengar satu kes dimana si suami berbohong dengan si isteri berkenaan dengan poligami,ketika si suami berhubung dengan si perempuan kedua melalui telefon atau sms,si suami telah menukarkan nama si perempuan kedua ini tadi kepada nama orang lelaki,seolah-olah apabila si perempuan ini menelefon si suami ini,si isteri di rumah jika terlihat nama yang keluar pada telefon bimbit si suami akan menyangka ini adalah sahabat lelaki suaminya,namun hakikatnya pendustaan telah berlaku,lebih malang lagi apabila perkara ini di ketahui si isteri,si suami menjawab dengan alasan mudah bahawa beliau tak mahu melukakan hati isterinya,saya terasa ini satu alas an yang sangat tidak wajar bagi si suami yang mahu berpoligami,anda bayangkan jika sebelum berkahwin lagi sudah tidak jujur,bagaimana jika sudah berkahwin?? Ingat ini kisah Madu Tiga yang seharusnya syarat seorang suami yang mahu berpoligami itu mesti pandai berbohong???!! Wajah Islamkah ini??
Ini baru kes kecil,banyak lagi kes-kes yang lagi besar seperti suami menampar terus muka isterinya bila si isteri merajuk bila si suami menyatakan hasratnya mahu berpoligami,ada juga si suami yang berkahwin secara rahsia ,demi nama baik semua pihak,namun yang merana pula isteri muda yang mana seringkali terpaksa mengalah dalam banyak hal padahal beliau berhak mendapat keadilan yang sewajarnya! ini kisah benar yang sangat mendukacitakan bagi saya,musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencemarkan imej Islam itu sendiri,dan kita umat Islam sudahlah tidak membantu mengindahkan Islam di depan mata musuh,tapi menambah burukkan lagi wajah Islam itu sendiri!
Birokrasi bukan membebankan!
Hari ini jika di Wilayah,kalau mahu berpoligami,mestilah mendapat persetujuan isteri pertama,kemudian pihak mahkamah pula akan memutuskan permohonan berpoligami ini boleh atau tidak setelah mendengar maklum balas dari pihak suami dan isteri termasuklah hal yang berkaitan nafkah bagi suami kepada si isteri,cukup atau tidak sebelum ini. Namun undang-undang ini tidak sekata bagi seluruh negeri,ini lah yang menjadi permasalahan sekarang,birokrasi ini di gubal bukan mahu membebankan,tetapi hanya mahukan sebuah keadilan dan kejujuran itu tertegak bagi kedua-dua belah pihak.
Kedengaran juga suara-suara yang lantang menghentam undang-undang yang di gubal ini,mereka berhujjahkan bahawa di zaman nabi undang-undang ini tidak ada,tak wajib mohon kebenaran isteri pertama dan sebagainya. Baik,saya nak bertanya kembali kepada pihak-pihak ini,adakah lelaki dizaman kita hari ini jujur,berkata benar,tidak menyembunyikan kebenaran,warak, mampu menjadi pemimpin yang baik serta tinggi kasih sayangnya dan adil kepada isterinya seperti lelaki di zaman nabi dulu??! Saya rasa jawapan yang palin tepat tentu sekali tidak! Jadi bagaimana boleh kita samakan zaman ini sama seperti zaman dahulu??
Pesanan buat wanita
Jika sudah di madukan,apa lagi mahu di kata,bersabarlah adalah lebih baik daripada keluarga hancur teruk dan anak-anak kurang perhatian kita hanya semata-mata akibat dari marahnya kita terhadap suami,terimah madu dengan sebaiknya,apakah tidak ada bahagia langsung jika sudah di madukan?? Jangan sempitkan fikiran,positiflah.
Jika anda masih belum mendirikan rumah tangga,pelajarilah hukam hakam pernikahan dengan baik,sebenarnya anda boleh mengenakan syarat ketika mahu akad nikah,iaitu si suami tak boleh berpoligami selagi mana isteri masih hidup,jika suami tak mahu,boleh lah di batalkan akad nikah itu,saya yakin,suami yang baik akan menyetujui perjanjian anda itu,jika perjanjian di langgar,maka akan jatuh talaklah suami isteri itu.
Pesanan buat lelaki
Sila jujur dengan isteri anda,ingatlah bahawa,isteri bukan sekadar untuk seks semata-mata,tetapi isteri adalah satu tanggungjawab,dan si suami perlu mentarbiah isterinya menjadi wanita solehah,oleh itu,si suami perlu soleh dahulu untuk suruh orang lain jadi solehah!
Hadith merupakan sumber primer selain al-Quran. Berbeza dengan al-Quran, hadith sering terdedah dengan isu-isu keautoritiannya. Kelahiran karya seperti al-Mawdu’at oleh Ibn al-Jawzi, al-Lali al-Masnu’ah ‘ala Ahadith al-Mawdu’ah oleh al-Suyuti dan Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani jelas menunjukkan keprihatinan para ulama mempastikan ketulinan dan kesahihan hadith.
Masyarakat Islam di Nusantara juga tidak terlepas dari terpengaruh dengan hadith-hadith tidak sahih. Kajian-kajian yang dilakukan di pusat-pusat pengajian tinggi sedikit sebanyak telah membongkar gejala ini. Seminar ini antara lain cuba mendedahkan realiti penggunaan hadith di kalangan masyarakat Islam di Nusantara di samping mengenalpasti cabaran dan keperluan yang boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.
Anjuran: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
Dengan Kerjasama: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM
Pada: 30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)
Objektif Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.
2. Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.
3. Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.
4. Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.
Tema: “Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”
Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:
• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara
• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama
• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden
• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa
• Darul Hadith
Perasmi, Ucap Utama Dan Pembentang Utama: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir B. Hj. Baharom
Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada:
Dalam Negara 1. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM) 2. Prof Dr. Mohammed Abul Lais Khairabadi (UIAM) 3. Prof Dr. Jawiah Dakir (UKM) 4. Prof Madya Dr. Fauzi Deraman (UM) 5. Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi bin Othman (USM) 6. Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)
Luar Negara 1. Prof. KH Dr. Ali Mustafa Yaqub (Institut Ilmu Al-Qur'an (HQ) Jakarta, Indonesia) 2. Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia) 3. Prof. Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University) 4. Dr. Haji. Muhammad Nur Lubis Bin Abd Razak Nur al-Hafiz (Tim. Mufti, Kerajaan Brunei Darul Salam) 5. Muhammad Fartis Bakaram (Timb. Mufti Majlis Ugama Islam Singapura)
Bahasa Pengantar: Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimana pun, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diterima untuk pembentangan dan kertas kerja sisipan.
Yuran Pendataran: Setiap penyertaan perlu mengemukakan yuran penyertaan mengikut klasifikasi berikut:
Institusi : RM 380.00 Pembentang : RM 300.00 Individu : RM 180.00 Kertas Kerja Sisipan : RM 180.00 Pelajar (Ada Kad Matrik) : RM 80.00
Tarikh-Tarikh Penting:
Tarikh mengemukakan abstrak: 30 Oktober 2009. Tarikh kelulusan abstrak: selewat-lewatnya pada 7 November 2009. Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap: 30 November 2009.
Sasaran Peserta Dan Jumlah:
300 orang peserta yang terdiri daripada :
1. Pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama 2. Ahli Akademik 3. Guru-guru Takmir Masjid 4. Mahasiswa 5. Individu 6. Wartawan dan Penulis
"ini ada hadiah untuk adik akak" kata seorang senior dengan wajahnya tersenyum sambil menghulurkan sekotak hadiah yang besar
"eh,hadiah apa pula ini kak ?" tanya aku, wajah turut merona kemerahan,tanda malu dan gembira,tika itu seperti tidak mempedulikan lagi kewujudan Amal di sebelah,Amal tersenyum menumpang gembira.
"alah kamu ni,ambil saje lah kalau dah kakak yang bagi,kalau taknak..Amal nak!" usik Amal gadis manis ini,Amal seorang gadis yang sangat periang dan peramah,terkadang agak kebudak-budakkan sedikit.
"akak ni bagi hadiah macam dah nak tinggalkan saya jauh-jauh aje" soal saya menduga,keadaan sekeliling agak hening,pertemuan di tepi jalan berhadapan dengan KFC Nilai,ramai yang berpusu-pusu ke KFC,terutamanya pelajar-pelajar Kolej Nilai Antarabangsa dan pelajar-pelajar USIM. Di sinilah tempat mereka berjalan sambil menikmati makan-makan santai setelah penat memerah otak untuk sebuah kejayaan.
"ish kamu ni,ada pula cakap macam tu,sekeh kang budak neh" gurau kakak sambil memperlihatkan senyuman bahagianya itu,gadis berusia 23tahun ini seorang yang cepat terasa,namun amat mudah untuk di bawa berbincang,seorang yang aktif,tapi disebabkan kesihatan yang sering menganggu,kakak sering menghabiskan banyak masanya di bilik kediamannya.
"terima kasih kak" balasku dengan penuh kegembiraan..
"kak,nak cium boleh?" pintaku kerana terlalu gembira
"eh,cium apa plak neh??tak boleh-tak boleh..!" ucap kakak sambil ketawa
aku tak peduli,dan akhirnya aksi itu di jeling oleh Amal!
"astaghfirullah..." terkejut aku,bunyi nada dering di telefon bimbitku menyebabkan lamunanku berselerak dan hilang seperti angin yang bertiup.
"assalamualaikum sayang" terdengar di hujung talian memberi salam,aku baru 3 bulan berkahwin,perkahwinan muda yang cukup membahagiakan,walaupun kami sering terpisah kerana kami masing-masing menuntut di universiti yang berbeza,namun dengan kemudahan telefon bimbit pada hati ini,menyebabkan hubungan kami tidak terlalu terasa berjauhan
"walaikumussalam sayang" jawabku dengan sopan
"aik,kenapa suaranya cam tak ceria je..fikir apa tu?" aku tersentak,hebat sungguh kuasa cintanya,sehingga dengan suaraku sahaja dapat dia menyelami kegusaran di hati ini..
"hmm..tak ade pape sayang" balasku cuba mengelak,aku sebenarnya mahu buktikan aku seorang yang matang,taidak terusik dek masalah yang kecil seperti ini
"sayang betul tak mahu cerita...ceritalah sayang...k,telinga ni dah besar sangat-sangat ni,semata-mata nak memberi sepnuh perhatian dan nak jadi pendengar yang baik" usik dia lagi,kali ini si dia cuba bergurau untuk membuatkan hatiku bahagia tetapi dalam masa yang sama,cuba mengorek rahsia di hatiku,sungguh pandai dia!
"teringatkan kakak senior yang bagi lampu tu" hubungan kami dah terputus bila kita kahwin,tak tahulah kenapa" luah hatiku sambil merenung di luar jendela menikmati pemandangan sungai di sebelah asrama kediaman,namun pandanganku itu kosong tidak membawa apa-apa makna
"laa..itu jeke sayang?hmm..tapi nape ek?mungkin dia fikir sayang sibuk kot,takpelah...kita doa sama-sama,nanti kita cari kakak tu ye,ni kakak senior yang kat USIM tu kan?yang sayang cerita dulu tu kan? soalnya si dia untuk kepastian,yang pasti kata-katanya itu memberi aku harapan untuk menghubungi semula kakak.......
Jika anda sering ke kedai buku,anda mungkin pernah terdengar nama Syeikh Dr 'Aidh Abdullah Qarni,penulis buku terlaris yang bertajuk "La Tahzan(jangan bersedih)"..tapi ramai yang hanya tahu bukunya sahaja,tentang biodata Dr 'Aidh,mungkin ramai yang belum tahu,apatah lagi mengenali wajahnya.
jika anda seorang pengkaji ilmu,anda pasti mengenali apa manhaj Dr 'Aidh dalam aqidah dan fiqh,saya juga sering membaca buku-buku beliau yang lain berkenaan Dakwah dan Tarbiah,sangat mengesankan!
jika anda seorang pengikut sufi,anda pasti mengenali syeikh Habib Ali Jufri,tokoh besar dalam aliran ini,saya juga ada membaca tentang tokoh sufi ini.
tapi gambar ini memberi makna yang sangat besar,saya kenal Dr 'Aidh melalui penulisan-penulisannya,syeikh seorang yang sangat lunak bahasanya dalam mengkritik,tapi sampai pada maksudnya,sering memikirkan tentang permasalahan ummah islam yang lemah dan perlbagai lagi ragam yang hanya melemahkan ummah islam itu sendiri. Menasihati pelbagai golongan hatta menulis surat kepada pemain bola sepak agar mereka berfikir untuk apa mereka bermain,dunia atau akhirat? jadi gambar ini menunjukkan yang syeikh walaupun berbeza aliran dengan Syeikh Habib Ali Jufri,tapi mereka berdua tetap saudara muslim,ya...saudara muslim! masih lagi Ahli Sunnah wa Jamaah,dan bukan syiah!
untuk anda di luar sana,perbalahan tidak menyumbang apa-apa kepada ummah,tapi persaudaraan boleh mengundang rahmah,percayalah
KUIH BAKAR HAJAH ZAINAB -HARGA DAN PESANAN
-
kuih bakar hjh zainab boleh ditempah di talian 0133550384
harga sekeping adalah RM5.00 sahaja.
kuih tradisional ini diperbuat dari bahan bahan yang se...
𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈: 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐀𝐇𝐈!
-
وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا
“Seandainya mereka kekal istiqamah di atas jalan agama ini, nescaya Kami
aka...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih...
ESOK SEGALANYA MUNGKIN
-
*21 Oktober 2009, 02 Zulkaedah 1430 Hijrah*
Jam 9 pagi esok segalanya mungkin berlaku. Sekali lagi aku terpaksa
berteka-teki dengan kalian dan nasibku yang...
A Whole New World
-
It's been 16 years since we wrote anything on this blog.
Sweet sweet sixteen...
Too many things had happened since then.
The kids are growing up so fast...
Gambar Lutfi
-
Ini saya ketika 2008. Ada sahabat memuatnaik gambar yang diambil. Bapak
kurus weh. kah3. ketawa pulak aku tengok muka sendiri. kah3. Tenks to Umm
Zaynab.
Wanita dan Emosi
-
Bismillahirrahmanirrahim. Semalam saya mendapat mesej dari seorg ukhti yg
sgt2 saya rindui kehadirannya dari kejauhan.Beliau memohon agar saya
menasihatiny...
Apa khabar blog ku?
-
Assalamualaikum w.b.t... Ohh.. wujud lg rupanya blog kasihrizhad ni
rupanya.. ye laa.. yg empunya blog pun blh taip mcm ni.. apa lg kawan2
bloggers kasihri...
ikram at the beach~
-
Weekend family trip to Kemaman in May 2010~
Baby Ikram's first time to the beach!
waiting for sunrise :)
Ikram Fakhri high up in the sky!
Mama squeeze Ikr...
Kafarat Dan Fidyah Berbuka Puasa Dari As-sahih
-
*Kafarat*
Berikut adalah hadis yang menjadi dalil berkenaan kafarat dari Abu Hurairah
radhiyallahu 'anhu: “Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallal...
Coursera.org
-
Hey guys, it's been long since I write. Well, today I actually have nothing
much to say rather just to share a good website. I've been following a
class o...
Aku Keliru
-
Hampir 4 tahun kutahan hasrat.
Bayangan silih berganti,
detik masa berlalu hadir sahaja bayangan yang mengetuk hati,
ku biar mereka berlalu pergi
Hingga...
4 Gambar Sekolah Dulu-dulu
-
Assalamualaikum...
Pagi ini ziarah fb Tok Su Kartini Hassan. Ternampak gambar-gambar sekolah
lama tahun 60an.
Tok Su ini adik bongsu arwah nenek @ uwo say...
Bengkel Remaja Soleh 2015 | 19 September 2015
-
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Adakah anda mempunyai anak remaja? Adik? Atau jiran?
JOM BINA REMAJA SOLEH | BENGKEL REMAJA SOLEH '15.
Tarikh...
Kenyataan Ulama Syiah Berkait Mut'ah
-
Lelaki di dalam gambar ini berkata: Harus menurut syarak menolong
tentera-tentera (basyar&hizbullah) dengan cara nikah mut'ah dgn mereka yang
mana akan men...
Press Conference : Anak Buah Pertama
-
Assalamualaikum wth.
Memperkenalkan anak buah aku yang pertama, Siti Munawwarah bt Mohd Nor
Fahmi! Nama manja Cik Wawa. Lahir pada 6 Disember 2012. Cik Wa...
Permulaan Perkongsian
-
Assalamualaikum...
Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape.
Tapi memang betul jugak tajuk tu..
Permulaan Perkongsian
Ko...
Senaman Kegel
-
*Apakah Latihan Kegel untuk Lelaki?*Kegels adalah latihan yang boleh
membantu anda sifar pada dan menguatkan otot di bawah pundi kencing bagi
membantu men...
Licik xlicik setan nih.....
-
Al-Hijr ayat 39 [15:39]
*Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku
sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejaha...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
Rindu. Kau apa tahu?
-
Assalamualaikum. Krik, krik. Krik, krik. Allahu. Lima tahun pergi tak
terasakan. Sepertimana aku melupakan sebuah Wafeya di sini. (Kerana aku
bukan Wafe...
Ibn Khaldun: Cukai dan Jatuh Bangun Empayar
-
Bicara tentang ketamadunan dan prinsip-prinsip dasar didalamnya, pasti
tidak boleh lepas dari memasukkan buah fikiran seorang tokoh ilmuan besar
Islam bern...
9 Kemusykilan Anda Tentang Solat Dijawab
-
Penulis yakin para pembaca pernah meluangkan masa untuk solat di mana-mana
surau atau masjid secara berjemaah. Tatkala itu para pembaca akan dapat
meliha...
Hijrah dalam Kehidupan
-
Semalam umat Islam telah melangkah setahun lagi ke dalam tahun hijrah.
Tidak terasa begitu cepat masa berlalu dalam kehidupan kita dan sekarang
telah pun m...
Satu Analisis : Dari Turki Turun Ke Malaysia
-
salamun 'ala manittaba'al huda..
Kisah semalam
esok kita bakal berhadapan dengan 19 ramadhan.. tetamu yang dulu kita
rindui kini sudah bersiap sedia untuk...
Pengurusan Masa
-
Pening....itu yang saya rasakan bilamana idea tidak juga kunjung tiba untuk
menulis..sedangkan tiada artikel baru untuk sekian lama...kadangkala, rasa
p...