Selasa, 16 Februari 2010

Ilmu Mustalah al-Hadith

Jika anda seorang yang amatur,atau semi-pro,atau pro,atau begining,(atau apa-apa gelaran istilah yang sesuai) dalam ilmu takhrij al-hadith,anda pasti akan berjumpa dengan hadith-hadith yang berstatus 'Laa Asla Lah'



Apa itu Laa Asla Lah?



terdapat pelbagai ta'rifan berkenaan dengan makna 'La Asla Lah',



1)bermaksud hadith-hadith yang bertaraf La Asla Lah ini bertaraf Mawdu'



2)ada pula yang berkata maksudnya "tiada padanya sanad"(Ibn Taimiyyah).



3)dalam al-Tadrib Imam al-Suyuti pula mengatakan "tiada asal padanya"



4)Syeikh Abu Fattah pula cakap " jika sesuatu hadis tiada sanad padanya, maka tiada harga padanya,dan tidak menaruh perhatian padanya"



kesimpulannya?

Anda nilailah sendiri...hahaha

contoh hadis yang berstatus 'La Asla Lah'


قال النبي صلى الله عليه وسلم لابن مسعود رضى الله عنه يا ابن مسعود جلوسك في حلقة العلم ولا تمس قلما ولا تكتب حرفا خيرا لك من اعتاق ألف رقبة ونظرك إلى وجه العالم خير لك من اعطاء ألف فرس في سبيل الله وسلامك على العالم خير لك من عبادة ألف سنة.


Status hadis : La Asla Lah.

Ulasan :

Tidak ditemukan di dalam mana-mana sumber oleh pengkaji. Maka hadis ini berstatus La asla lah. Begitu juga tiada hadis sahih yang menyokong mafhum hadis di atas. Bagaimanapun terdapat hadis yang mempunyai mafhum sebahagian dari mafhum hadis seperti hadis diatas yang dijumpai pengkaji di dalam kitab yang mengumpulkan hadis-hadis mawdu’ tetapi mempunyai matn yang berbeza dari hadis diatas dalam kitab Tadhkirah al-Mawdu’at,[1] matn nya adalah seperti berikut:

كلمة يسمعها الرجل خير له من عبادة سنة وجلوس ساعة عند مذاكرة العلم خير من عتق رقبة.

Allahu ‘Alam.



[1] Muhammad Tahir bin ‘Ali al-Hindi al-Futtani, Tadhkirah al-Mawdu’at, Beirut, Cet: Dar al-Turath al-‘Arabi, Hlm: 20

Kisah Cinta si Penjual Niqab 'Arobi

Sedang Aiman menghadap notebook kecilnya,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi isyarat mesej.



"Salam dik,bagilah kurang sikit,lagipun akak kan selalu ambil purdah dengan enta" Sms kak siti cuba membuat tawaran lagi,sudah entah yang ke berapa kali Aiman berurusan dengan dia,sudah lali dengan ragam kerenah pelanggannya yang satu ini.

Aiman merupakan pembekal utama purdah-purdah arab di Universiti Of Busyro,urusan perniagaannya bukan dalam jualan terbuka,bukan tidak mahu membuka gerai kecil sendiri,tetapi bayaran sewa untuk membuka sebuah gerai didalam kampus kurang berbaloi berbanding dengan jualan secara tertutup begitu,cara promosinya adalah dengan mengedarkan flyers seberapa banyak ke mahasiswi-mahasiswi terutamanya. Dan jika ada yang mahu menempah purdah,boleh bersms dengannya,tempahan di buat berdasarkan jenis purdah yang di iklankan pada flyers tersebut,cara begini agak murah tetapi berkesan bagi Aiman.

"tak bolehla kak,RM9.50 ni harga dari dulu kak,tak pernah berubah,kadar yang tetap,tak pernah naik, walaupun BLR naik" balas Aiman dengan gurauan sambil membetulkan cermin matanya. Sempat dia menjeling kearah rakan sebiliknya yang sedang asyik dengan game di komputer,Need For Speed Most Wanted nama game tersebut,Aiman geleng kepala dengan telatah sahabatnya itu,fikirannya kembali kepada sms Kak Siti tadi,sebenarnya bukan Aiman tidak mahu mengurangkan lagi harga,tetapi harga yang ditawarkan itu sudah cukup murah dan hanya kak Siti sahaja satu-satunya pelanggan yang mendapat harga itu,kerana Kak Siti biasanya akan beli banyak sekaligus

"kalau akak angkat banyak kali ini?macam mana?" balas kak Siti.

"berapa akak nak angkat kali ini?" agak bosan juga berurusan dengan kerenah pelanggan seperti ini,namun adat berniaga,pelanggan adalah raja,layanan yang baik akan mudah memikat hati pelanggan untuk membeli lagi.

"150 helai..boleh?" Kak Siti mengemukan tawaran baru,agak terliur dengan tawaran seperti itu.

Aiman menukar program di telefon bimbitnya kepada mod kalkulatur,150 X RM9.20 =RM1380. Agak besar angka yang diperoleh. Cuma masalahnya kali ini,stok purdah yang agak sukar diperoleh sejak akhir-akhir ini,biasanya Aiman menempah di Arab Saudi dengan sahabatnya di sana.

"150 helai saya tak berani jamin dapat dalam masa terdekat, sebab stok yang ada hanya 87helai sahaja,kalau akak nak tunggu,lambat sikitla..dalam 2bulan lebih,maafla kak" balas Aiman

sebenarnya Aiman menjual purdah ini hanya kerana mahu mencuba-cuba sehaja,tetapi apabila kewangannya tiba-tiba terdesak,Aiman nekad untuk berniaga kain purdah,walaupun dia teragak-agak pada awalnya kerana sasarannya pastilah mahasiswi,bukannya mahasiswa.

bersambung....................hahahahaha(nasibla korang)