Isnin, 20 September 2010

Hadiah cinta dari ALLAH

anak ramai :P

da besar dah


model kita hari ini..tanpanama yang berwarna putih


nakal cam cik Tabao


bersahabat dengan si kecik(kucing)




masa mula-mula lahir dulu


Bismillah,

Suatu petang yang damai...haha

Umi: Abang! Arnab beranak bang! cepat tengok ni bang!

Abi: haa??!! (sambil bisik dalam hati.."bagus-bagus..leh jual or wat satay!")

Umi: tengok tu bang..merah lagi, takde bulu

Abi: aah..cam anak tikus je

Umi: mesti dia sejuk kan bang..cuba kita jemur dia..

Abi: speechless...sambil bisik dalam hati (apa punya idea la..arnab mana boleh kena cahaya, nanti mak dia selimutkan la..)

tiba-tiba umi angkat anak arnab dan tangkap gambar....

Umi: comel kan bang?

Abi: comel sangat..tapi ayang lagi comel..(Abi peluk pinggang umi)

Abi: Alhamdulillah arnab kita dah beranak untuk kali kedua kan sayang

Umi: Alhamdulillah..terima kasih sayang sebab bagi bela arnab ni...

Abi: abangkan sayang ayang..(tiba-tiba abi cium pipi umi..)

muka umi merah kena cium kat luar rumah..haha

p/s: jangan malu-malu nak ucap sayang pada pasangan anda

Meriahnya anak ramai di Hari Raya


Bismillah,

Hari ini saya menyambung menulis blog.. (^_^")...(masalah dah selesai bila kak Sakinah Saptu cakap nak bagi duit raya kalau saya datang UKM jumpa dia..haha)

Saya nak kongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan keluarga yang punya anak ramai. Bukan mudah nak jaga anak yang ramai, silap-silap gaya mau tunggang terbalik rumah tu jadinya, bersepah-sepah macam kapal pecah..haha.

Bayangkan kalau ada anak 12 orang contohnya, lepas tu semuanya nak kan perhatian dari abi dan umi, dan usik-mengusik sesama diorang, jerit sana, jerit sini, nangis sana, nangis sini..hoho..sian abi dan umi kan?haha..tapi itulah meriahnya keluarga besar untuk kisah kali ini. Kisah seorang peguam syar'ie Pn. Noorafizah Abd Aziz dan suaminya Mohd Rafie Tibek (gambar kat atas)

Suasana Raya bagi keluarga besar ini mungkin agak berbeza dari kita, dalam satu laporan akhbar utusan menyebut:

Malah bahang kemeriahan raya sudah terasa seawal Ramadan bermula lagi ketika si ibu dan ayah sibuk melayani dan memenuhi tuntutan setiap anak mereka supaya tidak ada yang berkecil hati dan tidak ada yang rasa tersisih.

Baju, kasut, songkok, tudung dan sebagainya harus dibeli baru. Selagi tidak dibeli anak-anak akan terus merengek.

Lihatlah pula gelagat mereka apabila mendapat apa yang diingini. Setiap hari selagi belum raya, mereka akan mencuba pakaian dan kasut baru mereka.

Biasanya persiapan raya untuk 12 orang anak mereka telah dibuat sebulan sebelum puasa.

Walau sibuk macam mana pun dengan tugas dan perniagaan pasangan suami isteri ini tetap meluangkan masa untuk membeli pakaian dan persiapan raya untuk anak-anak dan rumah tangga.

Kata Noorafizah, itu pun masih ada lagi yang belum lengkap dan perlu dibeli semasa bulan Ramadan.

Pendek kata selagi belum tiba hari raya selagi itulah ada saja yang tidak mencukupi.

"Penat memanglah penat tapi anak-anak pun perlu diberi perhatian juga. Raya setahun sekali dan bila raya, anak-anak yang paling seronok.

"Saya tak pergi seorang ke kedai untuk membeli-belah. Biasanya saya akan menunggu anak-anak yang besar balik ke rumah dan kami akan pergi bersama-sama.

"Anak-anak yang kecil tinggal di rumah. Susah bawak anak-anak kecil ke kedai, takut hilang pula.

"Setiap seorang anak saya sediakan enam pasang baju, dua pasang baju kurung atau baju Melayu dan empat pasang baju moden. Kasut pula dua pasang seorang," katanya.

Apa yang istimewa, walaupun beranak ramai Noorafizah ingat saiz setiap pakaian mereka.

Bagi Noorafizah, berkeluarga besar bukan sesuatu yang baru dalam hidupnya kerana ibu bapanya juga mempunyai anak ramai iaitu 11 orang.

Ditanya mengenai kos perbelanjaan untuk membuat persiapan raya, kata peguam syarie yang memiliki syarikat guaman sendiri, Noorafizah Abdul Aziz & Associates itu, dia dan suami memperuntukkan RM4,000 untuk menempah dan membeli pakaian anak-anak.

Menurutnya, raya tahun ini mereka sekeluarga memilih warna tema merah hati untuk warna pakaian mereka.

Anak-anak yang besar akan berbincang sesama mereka warna yang dipilih dan kemudian akan memberitahunya.

Setakat ini katanya, anak-anak tidak membantah memakai warna tema yang sama untuk sekeluarga.

Selain merah hati, mereka turut memilih warna hitam dan jingga. Baju berwarna hitam dipakai pada hari raya pertama, raya ketiga warna merah hati dan raya keempat warna jingga. Raya kedua mereka akan berada di rumah menanti tetamu datang menziarah.

Noorafizah menambah, setiap tahun beliau juga akan menukar langsir dan kertas dinding rumah yang telah didiaminya selama 14 tahun itu.

Ini katanya, bagi menimbulkan suasana raya dan kegembiraan kepada anak-anak yang seronok melihat persiapan serba baru.

''Saya buat juga biskut raya sikit-sikit. Biasanya saya buat selepas balik dari kampung. Anak-anak seronok melihat saya buat sendiri biskut kerana kata mereka terasa raya lebih meriah. Anak-anak ramai, bila siap biskut, habis mereka makan. Tapi lepas itu saya akan buat lagi.

"Untuk tetamu yang datang ke rumah, saya sediakan serba sedikit biskut raya. Penghujung Syawal, saya akan buat rumah terbuka untuk jiran-jiran dan kawan-kawan.

"Sudah 10 tahun saya buat rumah terbuka ini dengan pakatan dan gotong-royong jiran-jiran,'' ujar Noorafizah.

meriah bukan? tapi duit pun meriah jugak la tiap-tiap bulan..haha, jangan risau, rezeki ALLAH tu luas..(^_^)

Selasa, 14 September 2010

Blog Ini Ditutup

Bismillah,

Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak drbusyro.blogspot terpaksa ditutup, semua krew blog ini 3 orang ke semuanya memohon ampun dan maaf sepanjang blog ini berbicara..kesulitan amat disekali..sekian.

Jumaat, 10 September 2010

Persediaan menyambut 'Eidul fitri (masak sahaja)

Daging kat Pasar Basah, daging 'kotak' je ade..daging panas dah habis..huhu


Ayam..saya beli ayam pencen je nak buat rendang..huhu

lagi daging...

membeli rempah ratus...tengah tangkap gambar emak


rendang daging



rendang ayam...tak masak lagi ni..


lemang...lagi 3 hari, ketupat palas plak=p



si comel..nyibuk je orang nak masak

Luahan saya buat kawan-kawan pengajian Islam di hari raya

Bismillah,

Ramadhan dah pun berlalu, sedih juga ramadhan dah pergi, gembira kerana berjaya peroleh sesuatu dari ramadhan.

Cuma saya nak pesan pada kawan-kawan yang ambil pengajian Islam di timur tengah, tolong ubah sikap pemalas anda! Jangan lagi bangun subuh lewat-lewat, solat subuh biar berjemaah, solat isyak begitu juga. Saya kira laki dan perempuan dalam hal ini sama naik je. Tapi tak sepatutnya berlaku kan?

Kebanyakkan mereka juga punya sikap yang kurang baik, iaitu kurang ghairah dalam membuat kajian ilmiah, jangan pelik jika ada lepasan ijazah di Jordan masih tak faham apa itu aqidah salaf dan khalaf! Dangkal sungguh!

Saya lihat di Facebook itu memang ramai yang aktif, aktif tu di facebook sampai lewat malam, saya kira kalau tekun menghadap komputer lewat malam membaca perbincangan ilmiah seperti di forum multaqa ahlel hadith, itu mungkin boleh di maafkan lagi jika tak sedar subuh, tapi jangan haraplah kawan-kawan ini mahu buka forum-forum ilmiah macam itu, malah ada yang tak tahu dan tak pernah dengar forum-forum seperti itu, bagi setengah dari golongan ini, internet lebih kepada gunanya untuk tujuan sosial! lagi malang, forum-forum ilmiah dalam bahasa melayu pun golongan ini tak tahu, teruk bukan?

Saya kira kritikan saya kali ini sangat tajam, ya..biarkan, kerana saya sedih dan pedih melihat golongan ini solat subuh bila matahari cerah, walau berpurdah atau bertudung labuh sakan,berkopiah beserban pasal..akhlaq masih bukan kebiasaan penuntut ilmu agama yang sebenar. Semua orang ada dosa, pernah buat silap, saya juga..tapi kita perlu berubah! Saya tak cakap semua orang yang ambil pengajian Islam, tapi saya cakap pada siapa yang buat bendaa-benda yang saya sebut kat atas ini. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya!

Rabu, 1 September 2010

Soya Part 2 (Mission Impossible) :P


hanya gambar ini sahaja yang sempat di upload..file agak besar, tak sempat nak kecilkan, jom kita tingkatkan amalan di 10 malam terakhir(kacang soya yang dah kembang bila direndam dari pagi tadi, untuk dibuat air soya)


Bismillah,

Saya kira orang Jepun, orang Korea, orang Cina amat menggemari kacang soya, Taufu Fah, Tahu..dan macam-macam lagi jenis makanan yang berasal dari kacang ini. Namun cabaran saya untuk memasak kali ini sangat mencabar!:P

Jam 1825, Banjaran Titiwangsa, Raub, Pahang.

Sedang asyik berborak kosong dengan makhluk asing, tak sedar sudah 6.25 petang! dan masih belum masak apa-apa!

mak dan abah keluar, mereka berdua berbuka di Majlis berbuka puasa bersama pihak RISDA. Kata mak, masak cepat sikit!huhu

bergegas ke dapur bersama makhluk asing tadi untuk memasak, rupanya ayam dan ikan masih belum dikeluarkan dari peti sejuk...huhu..sungguh hangat hati ini, rasanya sudah dipesan kepada salah seorang budak comel dalam rumah ini, tapi apakan daya, beliau begitu asyik dengan kartunnya!

Saya terus merendam ayam, mujur ayam telah dipotong kecil, dalam keadaan masa yang kian suntuk, kerana waktu berbuka disini adalah jam 7.20 malam. Menyuruh cik Tabao mengupas bawang dan menumbuk lada, Misi sekarang adalah.....masak nasi goreng! hahaha

ketika Cik Tabao sedang menghadapi tekanan dengan misinya :P, saya pula sedang membasuh beras dan baru nak jerang nasi..hoho, mencerai-cerai nasi sahur pagi tadi agar mudah untuk dibuat nasi goreng.

Misi ini berakhir pada jam 7.00 malam, kelewatan berpunca dari nasi yang baru nak masak, serta ayam yang perlu tunggu cair dari kebekuan peti sejuk tadi, dan menunggu pula untuk ayam itu di goreng hingga masak..Alhamdulillah!


Jam 1900, Banjaran Titiwangsa, Raub


Saya bersama-sama makhluk asing telah bergegas keluar untuk ke pasar raya, sayur untuk di buat ulam takde..:P lagipun nak beli telur untuk sahur pagi esok..huhu


Jam 1903, Banjaran Titiwangsa, Jalan Cheroh lama.


Terjadi satu kemalangan jalan raya, yang saya sempat lihat, perut seorang budak lelaki terburai..saya yang sedang memandu motosikal(memandu ke menunggang?) terasa lemah jari-jari ini..masyallah!


Jam 1906, Banjaran Titiwangsa, Pasar Raya Tong Fatt

tapi masa semakin suntuk, perjalanan perlu diteruskan..memecut..dan memecut, pukul 7.06 sampai ke Pasar Raya. Bergegas dengan makhluk asing(sebenarnya kami berlari masuk dalam pasar raya..hahaha..semua orang pandang, dahla Cik Tabao pakai purdah..hoho)


Jam 1915, Banjaran Titiwangsa, Pasar Raya Tong Fatt

Keluar dari Tong Fatt, kali ini Cik Tabao yang menunggang motosikal, saya pula membonceng sahaja, Cik Tabao mengejutkan saya..masa semakin suntuk, tapi dia bawak..ya Allah! ngalahkan pelesit! lalu terjadilah satu dialog spontan atas motor

Saya: Naper bawak laju sangat nih! takleh slow sikit ker???!!!(nada jerit atas moto)
Cik Tabao a.k.a Makhluk asing: adik-adik tengah tunggu lah!

saya diam...............tiba-tiba..sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet! bunyi tayar bergesel dengan jalan raya, brek yang sangat kuat!

Sebuah kereta sedang membrek gara-gara Tabao bawa macam orang gila!

"woi! giler ker??!!!!!!!!!!!!!!!" jerit pemandu tersebut..Tabao telah melanggar lampu isyarat!

saya mengucap panjang.....


Jam 1920, Banjaran Titiwangsa, Darul Hanan


Kami dapat berbuka dengan jaya..tiba-tiba adik yang kecil sekali tanya

"Along..nasi ni kenapa tawar"

kahkahkahkah..:P

Buka puasa dengan air soya yang kami buat lepas zohor tadi! :)

Misi Berjaya!






Soya Part 1

masih belum diproses....



Bismillah,

Saya kira ramai yang amat mengemari susu kacang soya, dan saya sangat obses kepada air soya selain dari Radix Diet :P (turun 4kg tau..haha).

Soya mempunyai diet rendah lemak, kandungan kolestrol yang rendah serta terkenal sebagai tumbuhan yang kaya dengan vitamin dan mineral, ia mempunyai banyak kandungan serat terlarut, asid omega 3 (ini boleh buat otak anda bagus macam maharaja vishnu..hahaha) dan fitonutrien menyebabkan soya dikatogerikan sebagai diet rendah lemak. Soya juga memberi manfaat kepada kaum wanita dengan mengurangkan risiko osteoporosis(eja betul-betul naa..:P) dan simptom menopaus. Kita cuma perlu ambil 15gram protein soya setiap hari melalui tempe, kacang soya, miso dan taufu.

Saya pula hari ini akan buat sesuatu dengan kacang soya yang baru dibeli tadi..Disebabkan Cik Tabao kita sudah pulang untuk membantu saya didapur, saya takkan berlengah lagi untuk membuatnya..sila nantikannya ya:P