Sabtu, 23 Oktober 2010

Inilah kisah saya, kisah kamu semua, kisah kita semua


"Cikgu..janganlah pindah..tunggulah sampai saya habis hafal 30juz dulu..." kata seorang anak murid saya.

'Cikgu pun kalau boleh tak mahu pindah juga' jawab saya dalam hati.

"Cikgu..kalau cikgu tak de..sape nak bela kami lagi" kata seorang lagi anak murid saya

Saya menahan air mata, saya menangis di dalam hati........................

Setiap Pertemuan pasti ada perpisahan

"Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah.....bla..bla..bla.." ucapan pertama saya ketika kali pertama mula mengajar di Pusat Tahfiz An-Najihah, tika itu semua pelajar senyap kerana memberikan perhatian. Memandang saya dengan wajah yang seribu tanda tanya mungkin. Mereka mengenali saya sebagai Cikgu Busyro

Bukan mudah untuk mengajar pelajar-pelajar yang pelbagai level tetapi di letakkan dalam 1 kelas yang sama, ada dari umur 7 tahun sehinggalah ke umur 18 tahun dalam kelas yang sama! Mahu tidak, saya terpaksa memberikan tugasan yang berbeza kepada mereka, yang kecil, di suruh menulis beberapa ayat rumi ke dalam jawi, manakala yang besar di minta membuat latihan soalan berdasarkan silibus yang telah diajar. Walaupun sekelas hanya ada 27 orang sahaja, tapi jika semuanya mahukan perhatian dan juga cara berkomunikasi juga berbeza, ia sangat menuntut kesabaran dan kekreatifan kita sebagai guru!

"Sayang cikgu dulu sebelum nak pergi masuk tidur" pinta saya kepada anak murid yang kecil, yang besar?haha..tak payah la kot..hihi

akhirnya saya sangat rapat dengan mereka semua, mereka menghafal al-Quran dengan baik, bercita-cita mahu menjadi hamlatul Quran..Insyallah saya doakan.

"Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! ada orang buli saya! " jerit seorang pelajar paling junior dalam kelas...

pelbagai kerenah yang hampir setiap jam kedengaran, apa pun, saya sangat bahagia dengan mereka

Perpisahan

"Cikgu nak bagitahu kamu semua 1 perkara, cikgu minta maaf banyak-banyak kalau selama ini ada menguris hati kamu, cikgu akan berhenti mulai hari ini..." saya melafazkan dengan penuh sebak...

"Cikgu!" teriak anak-anak murid saya....

...................saya menahan air mata, hakikatnya saya menangis dalam hati.

akhirnya mereka menyanyikan lagu Pelangi petang Sudirman kepada saya...


Inilah kisah saya, kisah kamu semua, kisah kita semua...Cikgu sayang kamu semua!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Alhamdulillah..

Fatin dah celik mata, syukur sangat...........Alhamdulillah, tapi masih lagi dalam perhatian doktor, juga Dr. Busyro :), terima kasih semua kerana mendoakan anak saya. Ameeeeen

Selasa, 28 September 2010

Saya tak mampu menahan air mata lagi


Doakan anak saya ini, walaupun bukan darah daging saya, tapi saya rela menukar nyawa andai boleh untuk dilakukan...Fatin sayang, cepatlah sembuh...abi dan umi sangat-sangat risau..Tolonglah bersuara...:((

kata-kata Dr. pagi tadi sangat merisaukan....

-Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh-

Sabtu, 25 September 2010

Saya semakin tertekan...:(

Seronoknya ada kawan....:(


Pagi hari yang sepi.........Kuatkan aku ya ALLAH..

Bismillah,

Di marahi orang, di sindir orang, di perli orang, semuanya tak kena, anak saya pun kena tempiasnya.

Ini bukan perjanjian asal, tapi kenapa saya dipaksa 24jam berjaga?? Sungguh tidak adil, saya punya anak, bukan anak kucing boleh dibiar lama-lama!


مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ

Maksudnya, "Tidaklah seseorang mukmin itu apabila tertimpa rasa lelah, sakit, sedih, derita atau kegelisahan yang ALLAH timpakan keatasnya kecuali akan dihapuskan dosa-dosa darinya" Riwayat Muslim(Maktabah syamilah)

Khamis, 23 September 2010

Pewangi Udara Tingkatkan Risiko Kanser

Serai wangi :P

Bismillah,

Jangan terkejut jika anda membaca kenyataan ini, saya fikir hampir seluruh kereta atau rumah yang hebat-hebat (kaya) pasti menggunakan pewangi tambahan dalam kehidupan mereka, tapi awas!

Penelitian yang dilakukan oleh Silent Spring Institute di Massachusetts mendakwa 45,000 kes kanser payu dara yang didiagnos setiap tahun berkait rapat dengan penggunaan produk tersebut!

Bukan sahaja penyembur udara sahaja malah pembersih kotoran bilik air juga dikatakan meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit berbahaya itu. Ini berpunca daripada bahan kimia yang digunakan bagi mendapatkan bau yang lebih wangi!

Sekarang dah senang, ada jual, tak payah nak gi tanam lagi :P


Saya pula biasanya menggunakan pewangi yang bersifat herba yang mana tentu sahaja bukan dari bahan kimia..hehe.

Kalau saya, saya suka guna serai wangi, kerana ia bukan sahaja wangi dan bersifat alami serta juga menyegarkan, tetapi juga boleh menghalau serangga! Jimat bukan? jadi, silalah bertaqlid dengan saya :P

Saya perlu tabah

kerusi bersurat nama dia


Tugu bersurat nama dia :p

Ini Makhluk asing yang tangkap, sudah pandai main mode M, anda pula bagaimana?

Blur itu seni..:P


Air Terjun Niarga



Bunga oh bunga


Hadiah Hari Lahir


Semut hutan, kawan makhluk asing :P


Pisang ni best




Bismillah,

Hari ini ada perbincangan pasal ilmu hadith dengan kak Sakinah Saptu -MA Quran & Sunnah- (Hadis) dan isu-isu yang berkaitan dengannya di YM, sangat penat rupanya..haha

Esok perlu bersedia untuk mengajar Sirah dan menjaga Nur Fatin Najihah yang comel ni..hihi, saya teringat masa pergi bukit Fraser, sangat indah kenangan di sana.

Hari ini saya sangat tenang membaca Dirasah fi Fiqh Maqasid al-Syariah Oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi, tapi tak boleh habis baca, berat!

Demam

Sebenarnya inilah adalah minggu yang memenatkan, di mana bekerja boleh dikatakan hampir 13jam sehari, dengan purata tidur hanya 6jam sahaja, ia bukan suatu kebiasaan bagi saya, disamping mendodoi si kecil di sisi, dan ia akan berterusan di masa-masa akan datang.

"Cikgu kena kreatif, baru terasa bererti dengan kerja cikgu" kata mudir, Oh Allah..dah habis kreatif dah ni, dengan budak-budak yang nakal, di samping si comel yang perlukan perhatian, terkejar-kejar jadinya! huhu

Saya rasa nak demam hari ini...ALLAH....

doakan saya.............................................................................semoga sembuh, kuat semangat, kreatif macam yang mudir kata, serta yakin pada diri disamping istiqamah membaca buku...Ameeen.

Rabu, 22 September 2010

Nur Fatin Najihah nama anak saya!



Bismillah,


"akak dah tak mampu lagi nak jaga anak akak ni...." jawab si ibu.

"jangan macam tu kak..sabarlah..rezeki ada tu.. ALLAH dan janji" jawab saya

"Akak nak bagi kat orang anak ni, yang 3 orang ni pun akak dah tak mampu, suami akak tak ada, faham-faham ajelah..." jawab si ibu dengan hati yang sayu..

cukup sayu, saya amat berduka, seorang ibu yang bergaji 500 sebulan, menyara 3 orang anaknya, dan yang terbaru baru lahir, jadi 4, dia tak mampu, suaminya? entah ke mana, hanya tahu buat anak..saya sangat marah dengan suami dia!

akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil anak itu sebagai anak saya, masih dalam prosedur pendaftaran dengan jabatan pendaftaran. Nama pula atas cadangan sahabat saya.

Nur Fatin Najihah..jangan nakal-nakal ye, jangan comot-comot! haha