"Siapa tak siap kerja cikgu bagi minggu lepas sila ke depan!" tegas saya di dalam kelas
"Kerja mana cikguuuu!" laung Naufal, berumur 3tahun, dengan sebutan yang merangkak-rangkak.
"Kerja jawi minggu lepas" jawab saya.
dan akhirnya hanya 2 pelajar sahaja yang tinggal kerana berjaya menyiapkan tugasan, Ainon dan Adilah, masing-masing 3 tahun, comel dan rajin!
mereka ke semua ke depan, sambil tergelak-gelak dan masih sempat bergurau dan mengusik-usik sesama mereka, saya perlu bertegas agar mereka serius menyiapkan tugasan, bermain juga ada hadnya!
"Tadah tangan cepat..."
akhirnya seorang demi seorang saya rotan tangan mereka. Tiap kali rotan itu di hayunkan, saya seperti tidak punya kekuatan.
Habis sesi mengajar kelas kanak-kanak riang itu, saya berbual-bual dengan pengetua mengenai pelajar-pelajar kelas saya.
"Sangat nakal Iqbal itu kan ustazah" saya memberi komen
"Ainon dan Adilah saya tengok diorang memang rajin dan bagus" tambah saya lagi
"ouh..kelas itu memanglah, saya pun mengajar memang kena tunjuk muka garang" jawab Puan Pengetua, muka garang....saya tak mahu dianggap sebagai Dinasour atau Singa oleh mereka, kerana takut dengan guru.
Saya masih ingat dulu, semasa saya kecil, saya amat takut dengan seorang guru tadika saya, sangat garang, apa memang guru tadika begitu, ketakutan itu hingga membawa kepada peristiwa yang menyayat hati, hingga kini saya masih terkenangkan peristiwa itu. Kanak-kanak berumur 4tahun dilayan seperti seorang dewasa yang punya aqal dan boleh berfikir dengan matang, amat tidak wajar sekali!
"Abdul Rahman tu mak dia tak mau bela dia, lani mak manakan dia dok pi jaga dia..." beritahu Puan pengetua.
"Eh, kenapa?" tanya saya kehairanan, bukan darah daging kah sampai begitu sekali, payah melahirkan seolah-olah tidak wujud.
"tak tau nak kata lah, hak yang tu..Tasya dengan Linda, Pak depa tu dalam penjara" Cerita Puan pengetua lagi.
"Pulak, kenapa pula sampai macam tu?" Soal saya lagi, masih banyak yang saya tak tahu tentang mereka, anak-anak murid saya
"tak tau la, tapi hak yang tau, Pak dia memang ada buat salah lah, mak depa ni masuk Islam, orang sabah, Isteri nombor dua, Mak dia pun banyak tak faham agama lagih, mujur ada mak cik depan tu dok tulong depa, bayaq rumah sewa depa, api, air, yuran budak-budak nih..kesian depa ni.." jelas Puan pengetua.
sayu saya mendengar kisah mereka, mereka sangat comel,sangat bersih hati mereka, tapi kerana kurang kasih sayang, mereka menjadi sangat nakal.
Petang selepas asar, saya termenung memikirkan tentang mereka, hati saya rindukan mereka, wajah-wajah comel yang tiada dosa, tugas guru pula yang akan mencorakkan mereka semampu yang mungkin.
Saya ambil rotan dan cuba merotan tangan sendiri, aduuuuh! sangat pedih rupanya, hingga kini kesakitan itu masih terasa, saya terasa bersalah, maafkan cikgu..cikgu hanya mahu mendidik, cikgu sangat sayang kamu semua, sayang sangat-sangat!