Sabtu, 4 Disember 2010

kenapa pengurusan orang agama.....?

-Mengapa pengurusan orang agama lintang pukang?


-kenapa kes-kes mahkamah syariah lambat nak selesai?

-kenapa kursus pra-perkahwinan tak berkualiti?(melucahkan seks)

-kenapa orang agama atau ustaz-ustaz jarang tepati masa?

-kenapa orang-orang di pejabat agama ni buat kerja kadang-kadang 'bilal-balal'?

-kenapa orang pejabat agama kurang senyuman?

-Dr Asri saya lihat orangnya profesional, mukmin profesional, tepati masa..itu juga yang diajar oleh nabi bukan?


Jumaat, 3 Disember 2010

Kaedah pengubatan Nabi yang kita kurang berminat, lebih percayakan Ubat Moden




"Doktor, kepala saya sakit sangat, sejak semalam lagi" adu seorang pesakit

"sakit banagian mana?" tanya saya

"seluruh..." sambil mengisyaratkan dengan tangan beliau diseluruh kepala.

"tengkuk ada rasa tegang tak? telinga berdesing tak?" tanya saya

"ada..ada..!" jawabnya lagi.

"kita cuba periksa tekanan darah dulu"

setelah beberapa ketika....

"Tekanan awak 159/90..agak melebihi dari normal ni,tinggi dari biasa..banyakkan rehat, banyakkan zikir....umur masih muda lagi, 25tahun" ujar saya.

"saya sebenarnya susah nak rehat, malam-malam tak boleh tidur..." luah beliau.

"tak boleh tidur langsung ke atau tidur lepas tu kejap-kejap terjaga?" tanya saya

"aah..macam tulah" jawabnya lagi

"Ada satu kaedah rawatan yang sunnah, yang nabi kita sendiri pernah buat..dari dulu sampai lah ke hari ini ianya masih wujud, cumanya kaedah rawatannya berbeza-beza mengikut kepada orang yang merawat.." terang saya

beliau mengangguk-ngangguk kepala, mendengar dengan penuh teliti

"....rawatan bekam, kalau guna kaedah moden lebih bagus, dan lebih tepat titik-titik bekamnya, ada kajian, kalau kaedah lama, main belasah je.." saya menambah

beliau tersenyum....

"tak sakit ke doktor?" tanya dia lagi

"tak sakit pun..cubalah"


Setahun sudah perbualan saya dengan beliau, suatu hari saya berjumpa beliau di hospital, yang pastinya saya sudah lupa wajahnya.

"Doktor!" panggil pesakit tersebut

saya menoleh

"ye..ada yang boleh saya bantu" balas saya

" eh, Doktor tak ingat saya ke?" tanya beliau

"masyallah..ramai sangat orang, saya betul-betul tak ingat, dimana kita berjumpa?" tanya saya lagi

"Saya lah pesakit yang Doktor check ada darah tinggi tu, lepas tu Doktor suruh bekam..ingat lagi tak?" asak beliau lagi

saya mula terimbau dialog setahun lalu

"err..buat apa kat sini? sakit juga ke?" tanya saya

"taklah..melawat orang sakit, ada jiran kena tahan wad, darah tinggi sangat" jawabnya sambil tersenyum

"sakit yang dulu macam mana?" tanya saya

"saya dah ok la Doktor, betul! mak saya pun saya suruh bekam juga, adik saya..habis semua bekam..dah takde dah sakit-sakit kepala, berat badan, segar la sikit" jawabnya lagi

"alhamdulillah...."

syukur pada ALLAH yang berkuasa menyembuhkan.


إِنَّ أَفْضَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ


"sesungguhnya paling afdhal pengubatan yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis Sahih Riwayat Muslim, Kitab Musaaqah, Bab Hilli Ujrati al-Hijamah)

Isnin, 29 November 2010

Masalah sekolah-sekolah tahfiz persendirian

Kenapa pengurusan sekolah-sekolah agama persendirian amat bercelaru dan lintang pukang?


kebajikan guru kurang diambil perhatian

kerja bagai separah nak mati, gaji teramat kecil, malahan tiada ucapan terima kasih kerana menghargai, tetapi hanya kutukan dan makian

kenapa mudir sekolah-sekolah jenis ini amat kedekut?(tak semua) padahal, setiap hari ada sumbangan, boleh dikatakan paling kurang pun ada rm1000 orang bagi pada sekolah, kenapa ye?

kenapa gaji mudir sekolah-sekolah ini amat besar, tulis atas kertas gaji mereka rm 4000, kenapa ya? tapi guru-guru walaupun berijazah, hanya rm900, malahan tiada ditulis gaji guru ini berapa dalam maklumat sekolah!

Kenapa banyak sekolah-sekolah tahfiz ini yang menggunakan jenama 'tahfiz' untuk cari dana yang kebanyakkanya hanya untuk kepentingan diri sendiri, yang ok tu tak di nafikan la

kenapa mudir sekolah tahfiz kadang-kadang berkira dengan pelajar-pelajar dalam solat duit?kadang-kadang tu sampai ambil hak budak!

kenapa mereka suka mempergunakan nama agama untuk dapat duit? contohnya.."sedekah sekian2..akan dapat sekian2 akhirat nanti..." penipu!


Jumaat, 19 November 2010

Soal Cinta

anak murid saya


"kenapa kadang-kadang orang yang kita suka tu,tak suka kat kita, dan yang kita tak suka tulah suka kat kita?cinta ni kadang-kadang leh wat saya giler!" ujar anak murid saya.

saya senyum..

"Mungkin belum masa lagi untuk puteri jumpa orang yang betul-betul sesuai dengan puteri" balas saya

"........lagipun, puteri baru tingkatan 1, belum masa yang sesuai untuk fikir pasal ini, kalau betul puteri suka kat 'dia', puteri ada tak fikir macam mana nak kahwin, macam mana kalau ada anak, macam mana nak jaga hati suami..?" tanya saya lagi

"errkk....takdelah sampai macam tu cikgu.." jawab anak murid saya ini malu-malu

"kalau macam tu, cinta kamu tu bukan cinta sejati lagi..cinta main-main, cinta monyet, kalau betul cinta sejati, kamu betul-betul dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri, sebagai ibu, dalam masa yang sama diri kamu juga nanti, lepas tu perancangan masa depan bila dah berkeluarga" jelas saya

"ouh..susah juga cinta sejati ni ek.." jawab anak murid saya lagi

"tak susah kalau segala-galanya kita buat dengan rasa bahagia..apa yang penting, cinta ALLAH dulu, nanti ALLAH akan 'hadiah' kan rasa cinta yang sejati pada lelaki yang betul-betul sesuai dengan puteri.."


Memabukkan

Setiap yang enak, sedap, dan indah biasanya sangat mengasyikkan, dan adalakalanya ianya 'memabukkan'. Apalagi jika diteguk tanpa berperaturan. Gula yang manis itu pun jangan diambil berlebihan. Begitulah dengan cinta. Bila mabuk, kita tidak sedar, tidak nampak dan tidak pasti. Yang dilihat hanya indah-indah belaka.

Teringat apa yang di tulis oleh Ustaz Pahrol Juoi,
"Jangan di bawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar, kedua yang sedang sakit, ketiga orang yang sedang mabuk cinta."
Kenapa? Orang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang sakit, sedang menanggung derita sakitnya. Orang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintainya. Dia seolah-olah 'mabuk' dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tetapi dia tidak nampak orang.....Pernah terserempak dengan pasangan kekasih di stesen komuter? Semua orang malu dan meluat dengan gelagat 'panas' mereka, tetapi mereka tidak sedar diri.


Salahkah bercinta?

Ramai sekali yang bertanya soalan ini. Sudah tentu tidak, bercinta tidak salah, kerana ia adalah fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap insan. Jiwa manusia perlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Jika salah, masakan Allah mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA menciptakan peraturan cinta demi menjaga maruah kemurnian cinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia. Rasa cinta tak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.

Tapi perlu di ingat, jika kita belum bersedia dengan soal cinta dan tanggungjawab, jangan sesekali untuk 'tenggelam' dalam dunia cinta. Cinta tanpa tanggungjawab adalah nafsu!



Peraturan bercinta

Mengapa ada peraturan bercinta? Sebab ALLAH mencintai manusia. ALLAH inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabi'enya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan 'cinta terlarang'. Cinta jenis ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan, lebih tinggi risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.

Cinta yang suci mesti depelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara cinta dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya. Maksudnya, cinta yang tidak setia, cinta bersalut nafsu, cinta yang tidak ada matlamat dan tujuan yang suci dan tinggi. Habis manis sepah dibuang. Ketika itu cinta sudah tidak suci lagi.

Hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan pasti buruk akibatnya, betapa ramai remaja yang jadi korban cinta, cinta tak setia, cinta palsu dan macam-macam lagi. Ingat kata lagu
" Jangan main api nanti membakar diri, jangan main cinta nanti badan merana"
ketika itu hati tak nampak apa selain apa yang dicintai. Lupa pada Pencipta cinta. Ketika itu cinta dikatakan buta, buta mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa dan apa yang dicintainya. Benarlah kata pepatah Arab:

"manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"

Sabtu, 13 November 2010

Doa agar suami dan isteri saling mengasihi

Bismillah,

Di suatu malam yang tenang

Umi: Abang cari apa tu?

Kelihatan Abi sedang membelek-belek buku di koleksi perpustakaan mininya.

Abi: (berpaling tengok muka umi dan tersenyum) Tengah basuh baju

Umi : Abang niiii! dah lah! majuk! (Umi pusing belakang)

Abi: aloololoooo...majuk plak cumey abang ni ye...(abi pengang tangan umi, dan terus peluk umi..huhu)

Abi: Abang tengah cari doa untuk suami isteri supaya sentiasa saling menyayangi

Umi: Abang...(Umi terharu)...

Ini dia doanya dari abi dan umi



اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)


Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Rabu, 10 November 2010

Kisah Anak Murid Saya

Ainon sedang mamam sudu..:P


Adilah, Comel dan pandai

"Siapa tak siap kerja cikgu bagi minggu lepas sila ke depan!" tegas saya di dalam kelas

"Kerja mana cikguuuu!" laung Naufal, berumur 3tahun, dengan sebutan yang merangkak-rangkak.

"Kerja jawi minggu lepas" jawab saya.

dan akhirnya hanya 2 pelajar sahaja yang tinggal kerana berjaya menyiapkan tugasan, Ainon dan Adilah, masing-masing 3 tahun, comel dan rajin!

mereka ke semua ke depan, sambil tergelak-gelak dan masih sempat bergurau dan mengusik-usik sesama mereka, saya perlu bertegas agar mereka serius menyiapkan tugasan, bermain juga ada hadnya!

"Tadah tangan cepat..."

akhirnya seorang demi seorang saya rotan tangan mereka. Tiap kali rotan itu di hayunkan, saya seperti tidak punya kekuatan.

Habis sesi mengajar kelas kanak-kanak riang itu, saya berbual-bual dengan pengetua mengenai pelajar-pelajar kelas saya.

"Sangat nakal Iqbal itu kan ustazah" saya memberi komen

"Ainon dan Adilah saya tengok diorang memang rajin dan bagus" tambah saya lagi

"ouh..kelas itu memanglah, saya pun mengajar memang kena tunjuk muka garang" jawab Puan Pengetua, muka garang....saya tak mahu dianggap sebagai Dinasour atau Singa oleh mereka, kerana takut dengan guru.

Saya masih ingat dulu, semasa saya kecil, saya amat takut dengan seorang guru tadika saya, sangat garang, apa memang guru tadika begitu, ketakutan itu hingga membawa kepada peristiwa yang menyayat hati, hingga kini saya masih terkenangkan peristiwa itu. Kanak-kanak berumur 4tahun dilayan seperti seorang dewasa yang punya aqal dan boleh berfikir dengan matang, amat tidak wajar sekali!

"Abdul Rahman tu mak dia tak mau bela dia, lani mak manakan dia dok pi jaga dia..." beritahu Puan pengetua.

"Eh, kenapa?" tanya saya kehairanan, bukan darah daging kah sampai begitu sekali, payah melahirkan seolah-olah tidak wujud.

"tak tau nak kata lah, hak yang tu..Tasya dengan Linda, Pak depa tu dalam penjara" Cerita Puan pengetua lagi.

"Pulak, kenapa pula sampai macam tu?" Soal saya lagi, masih banyak yang saya tak tahu tentang mereka, anak-anak murid saya

"tak tau la, tapi hak yang tau, Pak dia memang ada buat salah lah, mak depa ni masuk Islam, orang sabah, Isteri nombor dua, Mak dia pun banyak tak faham agama lagih, mujur ada mak cik depan tu dok tulong depa, bayaq rumah sewa depa, api, air, yuran budak-budak nih..kesian depa ni.." jelas Puan pengetua.

sayu saya mendengar kisah mereka, mereka sangat comel,sangat bersih hati mereka, tapi kerana kurang kasih sayang, mereka menjadi sangat nakal.

Petang selepas asar, saya termenung memikirkan tentang mereka, hati saya rindukan mereka, wajah-wajah comel yang tiada dosa, tugas guru pula yang akan mencorakkan mereka semampu yang mungkin.

Saya ambil rotan dan cuba merotan tangan sendiri, aduuuuh! sangat pedih rupanya, hingga kini kesakitan itu masih terasa, saya terasa bersalah, maafkan cikgu..cikgu hanya mahu mendidik, cikgu sangat sayang kamu semua, sayang sangat-sangat!

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”

Isnin, 8 November 2010

Kritikan dari si kecil untuk gurunya


Bismillah,

"Ok semua, nak dengar cikgu cerita taaaak??! " laung saya di dalam kelas.

"Naaaaaaaaaaaaaak!" jawab anak-anak murid saya.

"Ok kalau nak, kena duduk depan, rapat-rapat dengan cikgu" arah saya

semua pelajar-pelajar saya yang comel tu duduk rapat-rapat, ambil kerusi, riuh rendah sekejap, hingar-bingar.

"Sape nak dengar cikgu cerita kena diam" saya cuba memberi tawaran, saya memang tak suka nak marah-marah..cikgu yang baik lah katakan :P

semua diam.......

"jangan bising, aku nak dengar cikgu cerita" jerit Dina darjah 3 bila mendengar dua orang rakan di sebelahnya berbisik-bisik

saya tersenyum.......

"Ok, cerita arini cikgu nak cerita pasal.............." sengaja saya diam, agar suasana dalam kelas benar-benar diam dan semua pelajar memberi tumpuan

"..............kisah ashabul Kahfi" sambung saya lagi.

"Apa tu cikgu?" Tanya Aqilah

"Tunggu lah cikgu habis cerita dulu...ok cerita dia macam ni.." jawab saya

Tiba-tiba telefon bimbit di tangan saya berbunyi, isyarat SMS.

saya pun membuka pesanan SMS tersebut.......saya tidak perasan semua pelajar sedang memerhatikan saya

tiba-tiba Adrina yang baru darjah 3 tu bersuara

"Cikgu nak baca SMS ke cikgu nak cerita, kalau cikgu nak baca SMS, baik tak payah suruh kami duduk depan sini" bersuara comel, kritik Adrina jujur! ya..anak itu tidak pernah berdusta, hati mereka jujur.

Makan dalam kan?huhu

Adrina itu saya pandang wajahnya, dia tunduk, takut barangkali, saya usap kepalanya, dan saya rangkul dia..

"Kita sambung cerita ye sayang!" ucap saya dalam nada sebak dan gembira