Isnin, 24 September 2007

ada apa dengan cinta?

Cinta?? kenapa dengan cinta??

soalan yang sering bermain-main di minda remaja pada hari ini,iaitu satu perasaan yang indah dan sangat mengasyikkan,kata ibnu Qayyim "penyakit rindu(cinta) ini ada dua penyelesaiannya,iaitu berkahwin atau lupakan sahaja rindu(cinta) itu dengan menganggap rindu(cinta) yang tidak kesampaian ibarat pungguk rindukan bulan.

susah sangat ke hal ini?dalam kita berdakwah,berusrah,berfikrah,bermuzakarah,sesekali hati akan berkocak jua tentang cinta,kerana ia adalah fitrah,namun sejauh mana rasa hati itu mampu kita terjemahkan agar kita bukan sahaja bahagia,tetapi semakin akrab hubungan kita dengan ALLAH.

nabi pernah bersabda yang bermaksud,dinikahi wanita itu kerana empat perkara,pertama agamanya,kedua hartanya,ketiga keturunannya dan yang keempat kecantikkanya,kan cantik apa yang baginda pesan itu,
sabda baginda lagi "pilihlah yang beragama,mudah-mudahan kamu selamat"-hadis riwayat bukhari....

apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah,cinta sebenarnya mampu membawa banyak kebaikkan,tapi mestilah dengan perkahwinan,bukan dengan percintaan,sebab manusia ini sudah fitrahnya akan lebih serasi,normal dan positif bila sudah berkahwin,kalau ada yang cakap bila sudah berkahwin awal ini rasa susah hendak cari ilmu dan sebagainya,itu hanya alasan,mengapa tidak dari awal-awal kamu tidak mencari yang sesuai dengan perancangan masa depan kamu??fikir-fikirkanlah.............peace!

Terima kasih daun keladi buat keluarga kak Hayati



Alhamdulillah....jutaan terima kasih buat keluarga En. Abd Latif sekeluarga yang telah banyak membantu dalam memberikan sumbangan yang tak terhingga kepada kerja-kerja dakwah,buat kak Hayati pula,terima kasih juga kerana memahami keadaan kami disini, semaga Allah membalas jasa baik keluarga akak, semoga akak berjaya dalam kehidupan dan akademik...amiiin...teruskan usaha untuk membantu di jalan ALLAH...ibarat saidina usthman di abad ini.....

buat ibu bapa yang anak-anaknya mahu berkahwin.....


kata saidina umar yg maksudnya,didiklah anakmu dgn didikan sesuai di
zamannya,bukan dgn cara dan zaman kamu,dalam hal sekarang ni,cabaran
yg begitu hebat di hadapi oleh anak-anak pd zaman ini ialah
bagaimana mereka dpt mengawal nafsu mereka dr terjerumus pd
zina,Bolehakah seorang anak yang ingin memelihara agamanya, tetapi
didalam masa yang sama ingin sentiasa taat kepada ibubapa?



Banyak betul persoalan yang diberi. Namun temanya hanya satu, iaitu
ingin mencari redha Allah semata-mata.




Anak-anak remaja kita (kebanyakannnya) adalah anak-anak yang masih
mendahulukan ibubapanya didalam apa jua urusan yang yang membabitkan
persetujuan ibubapa mereka. Alhamdulillah, mungkin ini adalah ciri-
ciri Islamik yang telah sedia ada subur didalam adat dikalangan
masyarakat kita, dan akhirnya dikenali dengan nama budaya ketimuran.



Ia mungkin satu fenomena yang sihat, namun mungkin ia perlu
diperkemaskan lagi.



Jika dilihat kepada realiti, kepatuhan anak-anak kepada ibubapa
hanya berfokus kepada apa yang dipandang penting oleh ibubapa.



Contohnya ibubapa memandang penting kepada taraf pendidikan dan juga
inginkan kehidupan yang terbaik dan terjamin untuk anak-anak mereka.
Alhamdulillah. Ia memang adalah tanggungjawab dan peranan semua
ibubapa. Lantaran itu anak-anak dilarang memikirkan persoalan
pertunangan dan nikah kahwin semasa masih menuntut di tempat-tempat
pengajian.

Lalu anak-anak yang ingin menjadi anak-anak yang taat ini pun
terpaksa meletakkan isu pertunangan dan nikah kahwin jauh dari
pemikiran mereka. Mereka pun berusaha untuk menghabiskan
pembelajaran seperti yang diinginkan oleh ibubapa.



Namun anak-anak berada jauh dari ibubapa. Didalam masa yang sama
proses biologi mereka berjalan dengan normal. Maka secara tak
langsung keinginan dan kehendak kepada pasangan yang berlainan jenis
timbul dan menyubur didalam jiwa.



Konflik yang timbul diantara kehendak biologi dan kehendak ibubapa
pun timbul. JIka anak-anak itu mendapat didkan agama yang betul dari
ibubapa mereka, alhamdulillah, mungkin akidah mereka kuat dalam
menghadapi krisis ini. Namun apa pula nasib anak-anak yang
ibubapanya kurang meraikan didikan agama (ibubapa yang terpengaruh
dengan adat masyarakat yang memnetingkan meajlis-majlis keraian eg;
majlis harijadi, majlis petunangan, majlis pernikahan dan majlis
kenduri arwah)?



Anak-anak yang tersepit didalam konflik ini akan meraikan ibubapa
mereka dari aspek luaran semata-mata. Oleh kerna ibubapa meminta
mereka tidak memikirkan persoalaan pertunangan dan nikah kahwin,
maka mereka pun tidak memikirkannya. Namun kerna kehendak biologi
juga menuntut, maka mereka pun menyembunyikan hubungan "coupling"
mereka daripada pengetahuan ibubapa.



Masalah yang timbul ialah apabila berlaku hubungan diantara adam dan
hawa, anak-anak yang kurang didikan agamanya akan cenderung
mendengar nasihat dari "penasihat tak rasmi" yang datang untuk
menggoda mereka agar mereka ini terlanjur didalam hubungan mereka.
Mereka mungkin tak merasa amat bersalah kerna mereka masih lagi taat
kepada ibubapa mereka, kerna mereka hanya "terlanjur", dan mereka
masih lagi tidak memikirkan isu pertunangan dan nikah kahwin.



(Pertunangan adalah isu penting. Ada jurang perbezaan yang besar
diantara label "coupling" dan label "dah bertunang". Petunangan
didalam Islam begitu mudah. Jika pasangan itu sudah memikirkan
tentang perancangan untuk bernikah, dan hubungan mreka juga sudh
diketahui oleh ibubapa dikedua belah pihak serta tiada tentangan,
maka sudah boleh dilabel "dah bertunang". Bila dah ada label "dah
berunang", maka haram orang lain ganggu hubungan mereka. "Coupling"
pula, walaupun mereka dah pernah merancang untuk bernikah, namun
oleh kerna mereka menganggap pertunangan perlu dilakukan dengan adat
dan majlis-majlis tertentu, maka ada kecenderungan salah seorang
diantara mereka untuk berlaku curang akan timbul. Maka orang ketiga
berani untuk menganggu hubungan ini)



Anak-anak muda yang memahami konflik ini dan mungkin ada sedikit
kefahaman agama, mungkin berhasrat untuk memikirkan persoalan
pertunangan dan nikah kahwin. Mereka ini ingin memelihara agama
mereka. Tetapi didalam masa yang sama ingin menjadi anak-anak yang
taat.

Kes kajian: Ada seorang anak muda, berasal dari sekolah agama,
dibesarkan di negeri pantai timur, dan menyambung pelajaran di
ibukota. Dia duduk dirumah sewa dengan kawan-kawannya. Alhamdulillah
dia selalu mendirikan solat dan mengikuti kuliah-kuliah agama. Namun
rakan-rakan serumah, ada yang tidak mendirikan solat, ada yang tanpa
segan silu menonton video lucah didalam rumah, dan ada yang pernah
membawa balik teman wanita kerumah mereka. Allah menguji anak muda
ini. Kawan-kawan yang lain begitu rajin mengulangkaji pelajaran,
tetapi anak muda ini mungkin diuji dengan sedikit kemalasan. Sampai
satu tahap, anak muda ini terasa memerlukan suatu motivasi, dan dia
pernah terfikir untuk merasai seks dan merasakan seks boleh memberi
motivasi.Anak muda ini juga tergolong dalam anak-anak yang ingin
taat kepada ibubapa. Dia tidak berani untuk berbincang mengenai isu
pertunangan dan nikah kahwin dengan ibubapanya. Tambahan pula, oleh
kerna masih mencari sumber motivasi yang kuat, mungkin prestasi
akademiknya masih belum mencapai tahap cemerlang, Dalam masa yang
sama, pernah ada seorang teman wanita cuba menggodanya kearah seks.
Apakah solusi kepada anak muda ini?



Jika anak-anak perempuan boleh untuk menolak calon yang dipilih oleh
ibubapa, dan ibubapa tidak ada hak untuk menentukan calon untuk anak-
anak mereka, maka bagaimana pula jika anak-anak sudah mempunyai
calon, dan ingin pernikahan semasa masih belajar, apakah hak-hak
anak-anak ini?



Jika imam dilarang membaca bacaan yang panjang didalam solat
(lantaran takut orang lari dari Islam), maka bagaimana pula isu
pernikahan yang menyusahkan (dalam masa yang sama penzinaan begitu
mudah)?

Islam agama fitrah. Islam agama yang mudah. Tetapi adat yang
menyusahkan. Mudah-mudahkan. Jangan menyusahkan. Kasihanilah anak-
anak muda yang mempunyai masalah diantara cinta agama dan cinta
ibubapa

luahan hati orang bertaubat

bismillahirrohmanirrohim…

Bila kita melihat seseorang yang telah melakukan maksiat di depan mata kita,kita akan rasa benci,itu fitrah bagi yang ada iman di hatinya,namun,yang menjadi persoalan saya di sini,orang yang nampak bertudung labuh,berkopiah,tapi bila si pelaku maksiat tadi ini yang pernah kita nampak dia melakukan maksiat di depan mata kita,tiba-tiba kita jadi jelak bila golongan ini berubah dan memakai pakaian yang menutup aurat,mengapa hal ini berlaku,situasi ini mungkin tidak sama jika kita tidak melihat maksiat yang di lakukan oleh si pelaku tadi,kita dengan mudahnya akan menerima golongan seperti ini dalam komuniti kita. Namun,kita selalunya melatah tentang bila hal ini terjadi di depan kita,sangat mengaibkan kerana kita tidak merasa bersalah dengan tindakan kita itu,seolah-olah kita inilah penentu niat dan amal baik seseorang.

Persoalan yang cuba di lontarkan di sini sebenarnya telah lama,dan telah menjadi rungutan ramai terutama dari mereka yang telah saya sebutkan tadi,bukankah mereka juga ada hak untuk hidup dalam kasih sayang dan ukhwah dengan kita?apakah kita menganggap diri kita ini terlalu 'bersih' hatinya jika tidak melakukan dosa besar? sedangkan sesuatu amalan itu akan tertolak jika kita tidak ikhlas dan juga menambah amalan-amalan yang pada sangkaan kita baik,namun tiada nasnya di dalam agama. teringat saya tentang sebuah kisah,tentang bagaimana seorang wanita solehah yang berjaya berdakwah kepada seorang lelaki sehingga lelaki itu berubah hati dari seorang penzina kepada seorang hafiz al-Quran,Subhanallah!! bukankah menarik hal ini,kisah taubat lelaki itu sangat hebat,penuh dengan dugaan dan halangan semata-mata mencari sayang ALLAH,hal ini tidak akan terjadi jika lelaki itu tiada bantuan dari orang lain,fitrah manusia yang tidak boleh hidup berseorangan,lebih-lebih lagi bila hati yang jauh dari keimanan.

Dan kita sebagai dai'e,apakah kita sehebat wanita solehah tadi??mampu menjadi pelita yang menerangi hati orang lain,belum tentu berkopiah di kepala,bertudung labuh dan berniqab atau sebagainya,sudah melambangkan hat kita yang 'bersih'….apa hak kita untuk menghukum orang lain sedangkan dosa pahala adalah urusan-Nya

Ya Allah…maafkan aku,maafkan dosa-dosa silamku,maafkan orang yang telah menghinaku…amiiiin…….

Ahad, 23 September 2007

merdeka ke kite??


Bismillahirrohmaanirrohiim……

Hari ini tepat 50 tahun Negara ini menyambut ulang tahun kemerdekaan, tapi ulang tahun kemerdekaan kali ini membawa fikiran saya terbang memikirkan keadaan di Negara ini. Apakah erti sebenarnya kemerdekaan?? Semalam,dua orang rakan sebilik saya,pergi ke bukit bintang dan KLCC,katanya nak cegah maksiat,saya fikir diorang nampak macam main-main,rupanya betul-betul,pagi tadi diorang balik dgn gambar-gambar anak remaja bangsa saya yang dah parah,tengah mabuk-mabuk,menurut cerita kawan saya yang pergi ni,katanya nak sambut merdeka,nak rasa bebas,itulah yang budak mabuk tu cakap……..hancur! parah benar anak bangsaku ini,mana nilai-nilai islam dalam diri? Apa lah yang mereka faham erti kemerdekaan dan kebebasan,bagi saya,nak hidup bebas,mestilah berdasarkan Islam,Islam yang tulen,bukan Islam hadhari dan sebagainya.


Ada orang cakap saya “ustaz…come la,kalau ckp pasal islam,seolah-olah nak kembali ke zaman lampau,sekarang kita dah maju,kite mesti ke depan” benarkah kembali kepada Islam seolah-olah kembali ke masa silam? Pening saya memikirkan tahap kefahaman orang zaman sekarang ni, ini semua berpunca dari acuan barat yang hanya mementingkan pembangunan dari sudut meterial semata-mata,dan mengabaikan aspek rohani,ianya pasti akan berlaku kepincangan umat manusia. Teringat saya masa baca buku Syed Qutb, antara yang saya faham ialah tamadun-tamadun barat sedang mengalami zaman kehancuran,fahaman-fahaman sekularisme tidak mampu dalam membentuk sistem yang mampu memberikan nilai-nilai rohani dan fizikal, dunia sekarang perlu kepada satu tamadun yang mana menggalakkan pembangunan dari aspek fizikal di samping tidak mengabaikan dari aspek rohani,ia tidak lain dan tidak bukan ialah,tamadun Islam.

Tamadun Islam itu hebat kerana ia mampu menyeimbangkan kedua2 aspek ini,namun apa yg kita lihat pada hari ini. Negara ini seolah-olah lesu,dari sebesar-besar masalah Negara sehingga ke sekecil-kecil masalah Negara seperti isu sampah,tandas kotor,budi bahasa dan sebagainya masih belum mampu di atasi dengan sebaik mungkin,bajet yg di peruntukan untuk kempen yang sedemikian memang banyak, tapi hasilnya adakah menguntungkan?? Bila saya dengar orang melaungkan “merdeka”….apakah mereka itu faham apa yang di maksudkan dengan erti kemerdekaan itu?? Hairan saya,kalau betul dah 50 tahun merdeka,kenapa masih nak berpakaian cara barat,kenapa kalau nak maju mesti ikut barat,kenapa sistem pemerintahan zaman penjajah masih kita amalkan walaupun sulah setengah abad kita merdeka?? Dalam Negara ini,sistem pendidikan Negara juga dilihat masih belum mampu mendidik manusia agar menjadi orang yang hebat dari sudut rohani dan fizikal,saya tidak nafikan ada juga lahir golongan minoriti yang hebat dari kedua-dua aspek ni,tapi takkanla dari berjuta-juta rakyat Negara ni yang sudah ikut system pendidikan Negara ini,Cuma yang mampu di hasilkan adalah sebahagian kecil sahaja?? Apakah pihak terbabit tidak memandang serius hal ini,atau memang dasar mereka mahu mensekularkan pemikaran rakyat2 negara ini,maka inilah yang berlaku,keruntuhan akhlak yang sgt membimbangkan,entahla..saya nak ckp pun malas…tp..apa erti merdeka negara saya ini kalau pemikarannya masih lagi zaman penjajah??? Malah sama dengan apa yg penjajah dulu buat,bezanya….bukan orang yg berkulit putih yang memerintah…tp anak bangsa ku sendiri…!