Khamis, 15 Julai 2010

Arnab atau Abi?


kenapa kabur ye?emm


ni pun sama


ini jugak

masih kabur..:(

dimanakah masalahnya?

apa tengok-tengok?

ahaa..patutla, saya lupa nak setkan kasi lens auto focus..huhu

comel kan?


speechless..wakakaaka


Bismillah..

Di Suatu tengah hari yang panas..panas lagi hati abi..wakakakaka

Abi: sreet..sreet..sreeet..(asah mata pisau)

tiba-tiba umi datang selepas dari melawat arnabnya

Umi: Abang buat ape?

Abi: tanam pokok..(jawab dengan takde perasaan)

Umi: tanam pokok cmtu ye bang(umi sindir balik)

Abi: aah!

Umi: aii..marah nampak, nape bang

Abi: mana ade marah, tegas!

Umi: ohoo..maco la?~~(gaya tarzan)

tetibe abi kuar rumah, pergi ke reban arnab. Umi ikut belakang

Umi: eh, abang nak buat ape bawak pisau tu?(umi tak sedap ati)

abi: die! die! die!(muke rakus sekali)

dengan selumber badaknya abi pegang arnab umi.

Abi: arini aku nak makan ko!

umi: abg! mana boleh! jgn!

Abi: sejak ko ade, nampaknya bini aku asyik menghabiskan masa dgn ko je..klu ko mati, aku mkn, musti bini aku byk masa dgn aku balik

Umi: alaa..abang ni, orang sayang abang la, xkan nak jeles kot..abang encem, xmo la sembelih arnab, ayam kan ada..(pujuk umi)

Abi: makan arnab sedap

Umi: abang! (hentak-hentak kaki)

Abi: sekarang ayang pilih, abang ke arnab?(muke xboleh blah)

Umi: arnab!

Abi: ohooo..baeklah!

Umi: ok2..silap2, abang, ayang pilih abang

Abi: betul pilih abang?

Umi: iye..ayang sayang abang, xkan la nk jeles dgn arnab

Abi: klu cmtu..kne sembelih jgk la..sebab ayang dah pilih abang..hahaha

Umi: Abang ni nape? saje tau nk usik ayang cmtu..

Abi: wakakakakaka

pesanan: layan suami anda sebaiknya..wakakaka


Sabtu, 10 Julai 2010

Luka itu berdarah kembali

"ada student buat sebuah buku, tajuk 'dari hati kecil kita'..seronoknya dapat terbitkan buku sendiri. Suatu hari nanti ana nak terbitkan pula :)" sms seorang sahabat jauh.

saya terdiam, sangat terkedu
bukan kerana sahabat saya ini yang mahu buat buku, tapi kerana saya pernah di tipu ketika mahu membuat buku, buku berkenaan ilmu-ilmu hadis, lebih perit jika yang menipu itu adalah sahabat kita sendiri, mahu tidak mahu, pahit itu kutelan semuanya, semoga ujian ini hanya akan menguatkan keimanan saya kepada ALLAH, Insyallah..ameen




Persahabatan itu umpama mentari yang menyinari hari
hangat lagi membahagiakan
umpama ombak kecil yang menghempas pantai
terkadang membuatkan ku ketawa ria
namun tak selamanya bahagia itu kekal di hati
ia kan pergi berganti sepi
ibarat langit yang mendung berbunyi
menanti hujan mencurah ke bumi
biarkan aku begini
mahu bergantung pada ILAHI

Jumaat, 9 Julai 2010

Pemandangan tempat saya, buat tatapan sahabat-sahabat :)

air surut



bot nelayan, sekarang dah kurang yang guna bot..hhuhu


saya paling suka gambar ni


hero saya





yang mana 1 jantan dan yang mana 1 betina?=p



gambar waktu pagi




bilik mandi..huhu



pungkin depan rumah..



nama kucing ni ABU..kuat tidur


Bismillah

buat sahabat-sahabat saya, terutama sekali yang seorang tu, yang dah berjanji dengan saya mahu datang ke sini, saya tunggu! siap karpet merah lagi =p

cuba kita sama renung firman ALLAH ini;

اللَّهُ الَّذِي سخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.(al-Jathiya, ayat 63)

Hasil Orang Laut

Ikan merah, kalau kat bandar, rm21 sekilo! huhu


ni ikan ape?semua tahu kan, tapi saya lupa nama dia..=p



tinggal separuh badan je..orang buang camtu je, rugi kan? baik amik, segar plak tu, masak kari! nyum2!



kerapu..bukan merapu ye


Segar bukan?


agak hanyir ikan ini, tau apa nama dia?






ni kalau meratah..sedap, sebab manis, segar lagi



jeng3..makhluk asing! wakaka



besar sotong ni..dekat sekilo

Bismillah..

seawal jam 3 pagi atau 4, kebiasaanya kapal-kapal yang menangkap ikan akan pulang dengan hasil tangkapan yang banyak, mungkin ada dikalangan kita yang masa itu sedang nyenyak tidur lagi. Saya pula akan datang ke tempat pemunggahan hasil tangkapan selepas subuh..=p (suka hati saya la nak datang bila, wakaka)

biasanya waktu ini ikan dah agak kurang, yang tinggal ikan yang tak berapa nak mahal, atau cacat, atau apa sahaja alasan yang kadang-kadang bagi saya seolah-olah membazir jika dibuang begitu sahaja. Jadi, sayalah biasanya hantu kutip! =p

Laut sangat cantik bukan?

cuba perhatikan firman ALLAH ni;


"Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur."(an-Nahl, ayat 14)


Alhamdulillah..sangat bersyukur dengan nikmat-Nya:)


Nasihat buat yang menang

Pilihanraya bagi pelajar-pelajar Mu'tah Jordan telah berlangsung, walaupun kempen kali ini agak tercemar dengan seorang pelajar yang bernama 'Aqil Baligh' yang memburuk-burukkan peribadi beberapa calon yang bertanding, dengan tujuan yang tidak baik, ia mengingatkan saya kepada tokoh agung umat Islam iaitu Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata;

"Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan(kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian, tetapi apabila ia tiba soal kuasa, maka dia akan mempertahankan dan bermusuhan kerananya."
(al-Zahabi, Siyar 'A'alam al-Nubalak, 7/262)


apa pun yang berlaku, keputusan telah ada, cuma jangan pula dalam kita sibuk mencari siapa 'Aqil Baligh' maka kita secara tak langsung membiarkan syaitan 'menasihati' kita sehingga kita bergaduh sesama sendiri. Urusan 'Aqil Baligh' biarlah diserahkan kepada ALLAH, yang penting kesatuan kita dibumi ini.


Nasihat buat yang menang

Kepada yang menang, tahniah diucapkan, kemengan anda adalah amanah yang perlu di pikul dengan baik. Kepimpinan kita bukan sekadar memperbanyakkan program dari yang sebelum ini, bukan juga sekadar mengembirakan hati-hati manusia di bumi Mu'tah itu sendiri, tapi membawa hati-hati sahabat kita ini kepada kecintaan kepada ALLAH, ia menuntut satu komitmen yang tinggi sahabat sekalian.

Sahabat, kemenangan yang diperolehi bukan perkara untuk di bangga-banggakan. Ia mesti diterima dengan kerendahan diri kepada-Nya. Ia merupakan ujian dan amanah ALLAH s.w.t untuk melihat sejauh manakah kalian mampu melaksanakannya. Pada hari akhirat, terlalu beban dan berat tanggungjawabnya. Ingatlah baik-baik pesan Rasulullah s.a.w;

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتْ الْفَاطِمَةُ


"Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaanya, tetapi keburukkan pada akhirnya." (Riwayat al-Bukhari)


hanya mereka yang melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab sahaja akan terlepas daripada penyesalan itu. Sambutlah kemengan itu dengan penuh tawadu' dan merendah diri kepada ALLAH s.w.t. Takutlah ujian-Nya itu. Semoga ALLAH s.w.t merahmati kepimpinan kalian serta diberikan bimbingan ke jalan-Nya yang barakah. Selamat bertugas kepada sahabat yang menang, Akhirat nanti ALLAH SWT akan bertanya kepada kami mengenai saudara semua. Seperti hari ini, kami diberi peluang untuk mengundi kalian, berilah juga kami peluang untuk menjawab yang terbaik mengenai saudara pada hari kiamat kelak. Sahabat-sahabat lain tentunya tidak ingin mendakwa saudara disana nanti, maka jalankanlah amanah ini dengan sebaiknya.



Khamis, 8 Julai 2010

Menghargai Musibah


sedihnya..
saya tangkap gambar punyalah banyak, tapi semua tak boleh bukak, entah kenapa, hanya gambar ini sahaja yang boleh,sabar jelah, betapa duka dan geram sekarang ni, ALLAH je tahu..woo..woo..isk..isk..

"ko nangis ke busyro?" tanya seekor makhluk asing.

"hish..mana ada..mulut aku je..wakakaka" jawab saya..

makhluk asing itu sungguh bengang dengan saya! wakakaka

sebenarnya saya sedang bersabar, bila baca hadis ini, bertambah kuat sabar saya..huhu


حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ حَدَّثَنَا ثَابِتُ بْنُ عَجْلَانَ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ ابْنَ آدَمَ إِنْ صَبَرْتَ وَاحْتَسَبْتَ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى لَمْ أَرْضَ لَكَ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ
Telah menceritakan kepada kami [Hisyam bin Ammar] berkata, telah menceritakan kepada kami [Isma'il bin Ayyasy] berkata, telah menceritakan kepada kami [Tsabit bin 'Ajlan] dari [Al Qasim] dari [Abu Umamah] dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman: "Hai anak Adam, jika kamu bersabar dan ikhlas saat tertimpa musibah, maka aku tidak akan meridlai bagimu sebuah pahala kecuali surga. "

status hadis: Syeikh Mustafa al-Audy menganggap hadis ini sebagai hasan, begitu juga dengan Syeikh al-Albani..WA

Rabu, 7 Julai 2010

Untuk kalian di bumi Mu'tah Jordan

Bagai hilang kata aku hari ini
entah mengapa begitu sepi
badan terasa lemah sekali
apakah petanda akan ada yang menjemput pergi?
aku cuba untuk tabah sekali
bukan mudah mahu mengubah hati
seni itu indah sekali
indah bagi yang mengerti
aku terbaring lesu di sini
lantas apa perlu ku harugi lagi


mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan fitrah kejadian lahir dari
kesatuan dua kebahagian?
kita semua pelajar agama
jadikan politik ibadah kerana-Nya
pada sahabat-sahabat
kita bakal memimpin umat,
matangkan hati untuk jadi kuat
perbezaan tidak semestinya pertentangan
bumi syam itu bukan medan fitnah
itu medan bumi syuhada'
malulah kalian dengan dataran syam itu
malulah kalian dengan TUHAN
kawal hati
tundukkan emosi
ingat..kalian bakal menjadi pejuang di tanah air sendiri!
usah bicara tentang perjuangan jika kalian belum mempu mengawal emosi fikiran
terima kekalahan sebagai kelemahan diri
terima kemengan sebagai amanah buat diri
kalian pasti berjaya suatu hari nanti
berjaya membawa ISLAM harum di setiap pelusuk negeri