
sampai sekarang saya tak faham dengan pakaian ini
"Cikgu! Dia ambil bantal saya!" kata seorang pelajar
"Mana ada, tu saya yang punya! Dia punya dia dah bawa balik, dia lupa dia dah bawa balik, sekarang dia tak de bantal, dia cakap ni bantal dia" kata seorang lagi.
haishh! karang aku libas pulak budak-budak ni..ni antara perkara pertama atau aduan pertama yang datang kat saya sebagai seorang warden, warden?hahaha
Kata Mudir, jadi seorang guru ini tak boleh garang-garang, tak boleh rotan-rotan, tapi kita kena pandai ambil hati budak, kemahiran berkomunikasi dengan budak-budak.
Rotan vs sentuhan
mungkin ramai yang tak setuju jika saya katakan rotan ini kurang relevennya, tapi bagi saya, rotan hanya perlu di gunakan pada waktu tertentu sahaja, apakah mahu menyuruh pelajar-pelajar ini tidur awal kita perlukan rotan? atau kejutkan pelajar-pelajar juga perlukan rotan?
Atau kita perlukan suara seorang wardan yang boleh menjadi tarzan pada waktu sebelum tidur atau bangun subuh?(saya lah tu..hahaha).
hakikatnya kita sebenarnya memerlukan kedua-duanya sekali, dalam agama kita juga diajar jika tidak bersolat ketika sudah berumur 7 tahun, maka rotanlah anak tersebut, tapi dengan pukulan yang meninggalkan parut, atau kadar libasan yang menakutkan. Ini setimpal dengan kesalahan mereka agar menjadi peringatan kepada mereka. Saya melihat cara Baginda S.A.W yang begitu pandai berkomunikasi dengan anak-anak sehingga mereka dengan mudah menuruti apa yang diperintahkan dengan senang hati.
Tapi itu semua tidak mudah, perlukan kesabaran, keyakinan, serta doa dari seorang guru kepada pelajarnya agar menjadi insan yang soleh-solehah.
Kita bukan mahu melahirkan pelajar yang takutkan dengan kita serta akan dengar cakap kita hanya dengan rotan ditangan, mereka mungkin dengar arahan kita, tapi mereka besar kemungkinan tidak ikhlas dengan apa yang kita suruh, maka setiap harilah perkara yang sama akan di ulang-ulang untuk di ingatkan. Lebih parah mereka hanya takutkan kita, tapi mereka langsung tidak hormat serta menyayangi kita.
Sudahnya jika kita ke bilik-bilik mereka pada waktu malam, mudah sungguh mereka membahasakan diri guru-guru dengan panggilan nama guru tersebut, tanpa ada gelaran guru, cikgu, ustaz, atau ustazah didepan!
Proses pentarbiahan bukan perkara yang mudah, ia perlukan kesabaran dan juga sokongan dari guru-guru yang lain, semoga kita berjaya melahirkan generasi Ulul Albab..insyallah.