Khamis, 27 Oktober 2011

Aku tak ingat kat mana aku tangkap gambar ni, tapi yang pastinya di Kelantan!


Bismillah

"berapa harga makanan ni kak?" tanya saya

"RM15.70 dik.." balas taukeh kedai makan tomyam tersebut

sambil mengira-gira wang untuk di bayar, saya buat-buat tanya...

"bukan rm15 je ke?" tanya saya

"ape die dik? jawab taukeh kedai makanan tersebut yang merupakan seorang wanita.

saya mengharapkan tak perlu bayar lagi 70 sen lagi

"RM15.70.." tiba-tiba dia membalas lagi

"ingatkan nak bagi saya rm15 je.." balas saya sambil tersenyum mengusik taukeh tadi

"ngeee...tak dik" beliau hanya tersengih


ini kisah saya di sebuah restoran tomyam di Kuantan, Pahang

zaman sekarang ni, 70 sen pun kena kira, sebab semuanya mahal..kan3?

tapi masa saya makan di Temerloh, Pahang..juga restoran Tomyam

"Berapa kami makan tadi bang?" tanya saya kepada taukeh kedai, seorang lelaki

"meja berapa tadi dik?" tanya beliau pula

"yang depan sekali tu bang" jawab saya

"ouh yang tu...mmm..RM20.10 dik" balas si taukeh

"bukan RM21 ke bang?" tanya saya sambil tersenyum

"bukan dik.." jawab taukeh tersebut dengan sangat tegas!




mungkin ada yang akan berkata "10 sen pun berkira?" ada benarnya juga, takkan lah 10sen pun nak berkira, betul tak?hehe..betul juga, tapi dah hak dia, bayar jelah, mungkin dia memang banyak tanggungan atau banyak benda dia nak bayar, sangka baik aje lah, kan senang. :), tapi tak rugi kalau kita banyak bersedeqah, lagi nabi s.a.w sangat suka bersedeqah, sangat pemurah. Bersedeqah tidak akan pernah membuat kita sempit rezeki. Malah akan membuatkan kita lebih 'Berezeki' daripada sebelumnya, cubalah kalau tak percaya! Insyallah..sekian untuk hari ini. salam!





Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1432 H

Saya dan semua ahli keluarga saya mengucapkan selamat menyambut ramadan al-Mubarak 1432 Hijrah (2011 Masihi) kepada seluruh umat islam terutama pengunjung blog ini.... Semoga Ramadan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya menjadi ramadan yang paling bermakna dalam hidup kita sebagai hamba Allah yang beriman.

Petikan sabda Nabi s.a.w. tentang kelebihan Ramadhan dan puasa:
1. Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu surga dibuka". (HR al-Bukhari)


2. Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu; Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Puasa itu benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan jangan pula berbuat bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang berpuasa (ia mengulang ucapannya dua kali). Dan demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih harum di sisi Allah Ta'ala daripada harumnya minyak kasturi, karena dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya karena Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa". (HR al-Bukhari)

Matan Hadis:
1. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ 2. حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

Rabu, 27 Julai 2011

Penjawat awam suka bertangguh!

"Ana sakit hati betul kalau buat urusan dengan pejabat agama ni" Luah seorang ustaz adik saya, beliau juga adalah sahabat saya ketika bertandang ke rumah saya tempoh hari

"Mungkin mereka sibuk dan tak cukup kakitangan kot" balas saya, walaupun hakikatnya saya cukup mengerti dengan sikap pekerja-pekerja di jabatan agama.

"tak cukup hape! tak mesra pelanggan, ana hantar borang mohon daftar surau sekolah ana awal tahun ni, sampai sekarang tak ada jawapan, baru-baru ni bila tanya orang pejabat jawab borang hilang! sakit betul hati!" marah beliau.

Itu antara dilema pengurusan pejabat agama, lembab dan sangat mengecewakan walaupun tidak semuanya begitu.

Di Pejabat saya

"Fail ni minggu depan boleh buat, sebab banyak lagi masa" ujar seorang pekerja bahagian pengurusan di pejabat saya.

saya sudah malas lagi mahu memaksa, paksa atau tak, tekan atau tak, mentalitinya masih tetap begitu, tidak berubah, suka bertangguh, usahkan fail, ketika saya baru mula-mula masuk pejabat untuk mula bertugas, kerusi dan meja saya tiada, bila di minta kepada bahagian yang berkenaan, 2 minggu masih belum ada apa tindakan, sudahnya saya terpaksa mengangkat kerusi dan meja sendiri bila orang bawah tidak endah peduli apa yang kita minta.
Bold
Sikap suka bertangguh

saya tak tahu di mana silapnya, tapi sikap ini sering di praktikkan oleh ramai orang di jabatan kerajaan, entah kerana apa, mungkin tak cukup iman barangkali! penjawat awam saya kira ramai juga yang begini.

berbeza dengan tugas seorang guru di sekolah. Saya pernah menjadi guru sebentar, dan saya rasa guru lebih berdisplin dalam hal ini berbanding dengan penjawat awam di pejabat tanah, atau pejabat agama! Sebab itu jika seorang guru, apabila anda jalan keluar, orang boleh menilai dan membezakan bahawa anda seorang guru atau tidak, sampai ke tahap itu sekali! umpama orang boleh menilai anda seorang askar atau tidak hanya dengan melihat fizikal tubuh anda!

sampai hari ini saya masih tidak faham kenapa ramai yang suka monteng kerja, buat kerja lembab, sambil lewa atau suka menangguh kerja di pejabat? ada solusi terbaik? anda tentukan!

Rabu, 8 Jun 2011

Sedikit hal di tempat kerja baru


arnab yang tabah! haha


mamat neyh suka loyar buruk...:P


aku suka betul gambar nih..haha


gambar budak debab main salji...wuwu~~ lokasi: belakang rumah aku..haha


Bismillah,

"Aok suseyn fael neyh..pahteh...aok buek ikut namer-namer deme ni" (awak susun fail ini, lepas itu awak ikut nama-nama ini),

kata Ustaz Amni, dengan dialek pahang yang pekat rakan sejawatan aku.

"ok..." jawab aku tanpa banyak bertanya...biasalah..orang baru kat pejabat

sepanjang aku masuk kerja kat pejabat ini, memang tak tau nak buat apa, aku tengok orang bawah aku, diorang pun santai je bila takda kerja nak di buat, main game di komputer, sampai ke satu tahap, diorang berkumpul sambil termenung memandang wajah antara satu sama lain tanpa ada suara! haha...tak tau nak buat apa

Apa pun, ini satu rahmat bagi aku, kerana hobi aku yang suka membaca, masa yang banyak kosong aku baca banyak buku..alhamdulillah, sangat bermanfaat

Buang masa

"moh belakang jak" (jom pergi belakang sekejap) ujar seorang staff lelaki kepada staff laki yang lain

"moh..." (jom)jawab yang lain,

maka dengan berjemaahnya mereka ke belakang, kecuali seorang staff lelaki bernama Rizuan.

rupa-rupanya mereka merokok beramai-ramai...melepaskan rasa blur di hati mungkin...Allah.

itu kisah staff lelaki

staff perempuan pula, kalau tiada kerja, pasti menonton rancangan-rancangan bersiri di Televisyen yang terdapat di pejabat, siap ada Astro lagi, memang sedap la diorang tengok, aku geleng kepala, aku layan jugak, tapi tak boleh lama-lama, sebab aku rasa tak seronok langsung, lagi best baca buku, atau menghadap majalah Solusi, PC, Digital Camera dan I-Sihat, huhu

Apa pun jangan buang masa, ambil tahu isu semasa, bukan setakat politik je, tapi isu-isu sekeliling, isu agama, isu masyarakat, kalau kat pejabat ni, orang salu cakap isu politik atau sukan je, isu lain..tiada! huhu...isu ngumpat tu biasa la..huhu

Aku ada kawan orang Singapura, dia kalau ada waktu terluang je..mesti baca buku, sampaikan dia tau banyak benda, hormat sungguh aku kat dia..tapi orang kita, cuba korang tanya isu selain dari politik dan sukan, boleh jawab dengan baik ke tak..ntahla.....sampai bila staff kerajaan ini akan dapat di tingkatkan minda mereka agar seiring dengan minda pekerja negara maju..entahla..~~


Selasa, 19 April 2011

Abi & Umi (bahagian penat mengajar budak-budak)

Jam menunjukkan pukul lima petang, waktu habis kerja mengajar bagi guru-guru di Sekolah menegah al-Syddiq di Simpang Renggam, Johor. Sudah menjadi kebiasaan abi menjemput umi di tempat kerja di waktu begini kecuali hari sabtu dan ahad.

Abi sampai di perkarangan sekolah, dengan memandu Toyota Vios hitam, umi telah sedia menunggu, tapi kelihatan wajah umi begitu sugul, abi keluar dari kereta mendapatkan umi. Ramai kakitangan sekolah hampir semuanya telah pulang

"sorry sayang lambat hari ni, tadi isi minyak kereta,sayang kenapa..nampak moyok je?kan abang da datang ni" tanya abi pada umi

"penat bang..ayang penat ajar budak-budak ni..jerit-jerit, ayang tak boleh jerit-jerit..." umi berwajah sayu meluah rasa pada suami tercinta.

"sayang...." abi gengam tangan umi

"sabarlah sayang..budak-budak sekolah rendah memang macam tu..ayang bawak rotan tak masuk kelas?" tanya abi..

"bawak..." jawab umi acuh tak acuh..

"ni mesti bawak je..tapi tak guna..macam mana budak nak diam.." abi ketawa kecil sambil mencuit hidung umi

"ala abang ni..takkan nak rotan ngamuk-ngamuk..abang tak rasa" umi memandang wajah abi..abi hanya tersenyum, abi merangkul umi, dipeluk dengan begitu erat sekali kemudian berbisik di telinga umi.

"abang rasa apa yang ayang rasa..budak-budak memang nakal, tapi itu amanah dari ALLAH untuk kita tarbiah mereka sayang..abang sentiasa ada kalau ayang perlukan semangat, tapi kalau ayang tak tahan dan nak kerja lain..kita boleh carikan sama-sama..boleh sayang?" bisik abi di telinga umi, lembut..lembut kata-kata abi, menyentuh hati umi yang sedang berkecamuk kegelisahan dengan kerenah anak didiknya yang nakal.

satu kucupan di pipi umi tanda sokongan abi pada umi

"abang...." umi tiba-tiba terharu

"ye sayang..." abi masih memeluk umi dengan erat..

"kite ni tak balik rumah lagi sayang..kt sekolah lagi ni..ada budak-budak tengok" kata umi..

"oh..yeke?ingatkan kat bilik rumah kita tadi.." abi jawab dengan selamba..

"jom sayang..kita pergi Kluang, abang belanja RFC rini.." pelawa abi pada umi

"yeay! yeay! yeay! jom!" wajah umi berubah keriangan, mereka berdua beringan ke kereta untuk ke Kluang

Isnin, 14 Mac 2011

Bila gambar berbicara, lidah kelu untuk berkata, hanya hati melafazkan pujian pada yang Esa










Ini semua gambar-gambar hasil dari sahabat-sahabat di geng Digitalmukmin.com kelolaan Ustaz Azhar Idrus, menarik bukan, itu hasil mereka, saya suka! Subhanallah, yang bawah ni pula, gambar yang saya ambil pula..hehe




makhluk asing berbaju Oren

Hp beliau yang juga turut hilang

seorang pesakit jantung berlubang, semoga terus tabah!


Rabu, 9 Mac 2011

Buku Baru Tun Dr. Mahathir

buku terbaru Tun

Bismillah,

Time aku kecil-kecil dulu, banyak aku dengar cerita pasal Tun Dr. Mahathir ni, ada yang ok, dan ada yang tak ok, biasalah tu..


Bila aku dah besar, aku malas sangat nak dengar cerita-cerita peribadi pasal Tun ini, ada yang bagitau aku, Tun ni kebanyakkan punya ramai kawan yang mahir bab ekonomi dan strategi politik, sebab itu dia nampak ada power zaman dia, siapa berani angkat muka zaman dia?hahaha..diktator terpimpin kata sesetengah orang, whatever la..


Cuma, masa aku baca buku dia The Malay Dilemma, kritikan-kritikan dia yang tajam kepada orang Melayu, adalah bukti yang menunjukkan Tun seorang yang sangat tinggi semangat nasionalisme dia..kalaulah bijaksana dia tu di gunakan untuk perkasakan orang Islam, tidak terhenti Melayu sahaja, aku rasa Malaysia memang meletop! ngeh3

yang terbaru buku dia A Doctor In The House, aku tunggu ada duit, aku nak baca, pada aku, elok baca semua, maksud aku, UMNO pun kita baca, PAS pun kita baca juga, supaya kita boleh jadi pendakwah yang berfikiran terbuka dan kritis terhadap sesuatu fakta yang diterima..wokeh!