Salam......
Hari ni 29.6.08 = ade kenduri kawen jiran selang 2 buah rumah,
jadinyee sempatla tangkap gmbr2 yg agak comel2 = budak2 yg comel...
sy akn bw anda melihat imej2 yg menghiburkan pandangan ini..
mari kita saksikan aksi anak2 kite.... hihi
Salam......
Hari ni 29.6.08 = ade kenduri kawen jiran selang 2 buah rumah,
jadinyee sempatla tangkap gmbr2 yg agak comel2 = budak2 yg comel...
sy akn bw anda melihat imej2 yg menghiburkan pandangan ini..
mari kita saksikan aksi anak2 kite.... hihi
Posted by ..::بشرى::.. at 10:27 PTG 0 comments
Posted by ..::بشرى::.. at 11:44 PG 0 comments
Rakyat sedang betul-betul bengang dengan harga minyak naik. Harga barang pula melambung-lambung. Jika pergi ke kedai dengan wang RM 50 seperti tidak dapat membeli apa-apa pun.
Bukan dengan harga minyak dan harga barang sahaja rakyat bengang. Rakyat juga bengang dengan kepimpinan PM. Pak Lah.
Tambah bengang bila disuruh berhemat. Berjimat cermat. Entah apa lagi yang hendak dijimatkan oleh rakyat.
Sedang riuh rendah maraknya api kemarahan rakyat, bagaimana kalau tiba-tiba ada yang mencadangkan usul agar subsidi kepada rakyat dihapuskan? Agar dengan penghapusan ini mereka dapat berdikari. Kononnya mereka akan terus lemah jika terus diberikan subsidi.
Aduuh! Apakah ada manusia yang sanggup bercakap tentang perkara itu pada waktu ini?
Kita tidak pernah akan percaya. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Apa tidaknya, ia ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang menyala-nyala.
Namun, itulah yang dikhabarkan telah diusulkan oleh Prof Dato' Dr Abdul Shukor Hj Husin kepada Perdana Menteri. Beliau adalah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Menurut khabar berita yang disampaikan, pada 20 Jun yang lalu beliau mengetuai mufti-mufti mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri. Katanya, kami ingin menyatakan sokongan 100% kepada Perdana Menteri.
Apa yang disampaikan kepada Perdana Menteri di atas sebenarnya tidak pernah dirujuk atau dirunding terlebih dahulu dengan para mufti.
Bagaimana dengan reaksi para mufti semua?
Seperti biasa... Khabarnya hanya Mufti Perak dan Mufti Perlis sahaja yang menyatakan pendapat yang berbeza.
Apa lagi mahu dikata...
Dalam isu yang sama, Ustaz Azizi Abdullah memberi tajuk kepada artikelnya 'Antara Pengampu Dan Pembodek'.
Ustaz Azizi lebih masak dengan sepak terajang semua ini. Mungkin beliau ada perkiraannya sendiri mengapa beliau memberi tajuk itu.
berikut artikel Ust Azizi:
Lebih memusykilkan, beliau juga mencadangkan kepada Perdana Menteri agar semua subsidi yang diberikan kepada rakyat dihapuskan untuk melahirkan umat berdikari kononnya yang tidak bergantung kepada kerajaan.
Apa motif tujuan usul ini dipanjangkan kepada memanda menteri saya kurang jelas. Di saat rakyat menderita dan menanggung beban kenaikan harga minyak dan barangan yang bukan sedikit, beliau tergamak membawa usul ini. Saya jadi keliru kenapa dan mengapa tidak ada siapapun yang berani bersuara membantah usul yang tidak masuk akal ini.
Tidak silap saya hanya Mufti Perak dan Perlis sahaja yang berani memberi pandangan yang berbeza dengan dasar kerajaan. Itupun suara mereka seperti tenggelam dan tidak begitu diberi perhatian oleh yang Mufti yang lain.
Seperti biasa suara ramai mendahului dan mempengaruhi majlis. Maka usul supaya subsidi rakyat ditarik balik mendapat tempat. Saya kurang faham di mana letaknya fungsi Mufti-mufti yang cerdik pandai, sepatutnya mereka menggunakan pengaruh mereka untuk memberi pandangan yang baik pada Pak Lah bukannya menyokong membabi buta tanpa memikirkan akibat dari usul yang akan mendatangkan lebih mudarat dari faedah.
Atau adakah mereka takut dilihat sebagai pembangkang, maka apa saja yang Pak Lah fikir betul, mereka akan jadi Pak Turut saja. Budaya 'ikut saja' tanpa ada 'check and balance' inilah yang telah banyak membantu melemahkan lagi jentera kerajaan Pak Lah.
Sepatutnya Majlis Fatwa berani menegur, membetulkan keadaan yang tidak sihat, membantah usul yang akan menyusahkan rakyat. Bukannya sama-sama bersekongkol dan turut serta dalam budaya mengampu dan membodek seperti yang sedang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional sekarang
Bangunlah wahai Mufti-mufti sekelian. Jangan takut menegur sesuatu kemungkaran. Sekarang ini masa rakyat bangun memberontak. Jangan sampai rakyat bersuara meminta Mufti pula ditukar kerana gagal menjalankan tanggungjawab!.
Posted by ..::بشرى::.. at 2:15 PTG 0 comments
menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -
a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)
b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.
c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.
Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.
Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat. Namun jika pelajar telah mempunyai budget yang cukup tetapi di bazirkan dengan membeli perkara-perkara yg bukan bersifat hajiat seperti minyak wngi dan lain-lain aksoseri yang mahal-mahal...tika itu pelajar telah menyalah gunakan duit yang ada utk digunakan kepada perkara-perkara hajiat..Wallahu'alam
rujukan : www.zaharuddin.net
di olah oleh: team www.drbusyro.blogspot.com
Posted by ..::بشرى::.. at 10:23 PTG 0 comments
‘bau apa ini,macam bau terbakar aje’, monolog saya di dalam hati saat kaki semakin hampir melangkah pulang ke bilik asrama pagi tadi. Saat sampai di hadapan pintu bilik,saya menoleh ke arah lorong kanan di hadapan pintu bilik.
‘banyaknya kesan hitam kelabu,macam
“Ya ALLAH,kesan terbakar!!” ucapan spontan dari mulut saya. Saat itu juga saya teringat tentang beberapa helai pakaian saya yang saya gantung di dalam bilik usrah untuk menjemur pakaian. Kaki pantas bergerak menuju ke tempat kebakaran walaupun ada pihak bomba sedang memeriksa dan garisan keselamatan telah pun di pasang. Saya hanya berselawat beberapa kali. Otak saya ligat memikirkan tentang berapa helai baju yang telah saya jemur di situ petang semalam sebelum saya berangkat ke rumah sahabat untuk tidur di rumahnya yang terletak di luar kampus.
Separuh pakaian saya terbakar,saya bersyukur. kerana masih ada lagi pakaian untuk di kenakan ke tubuh saya ini untuk menutup aurat dengan sempurna. Buat masa ini saya masih belum terfikir mahu ke kedai pakaian membeli pakaian yang baru di saat segala-galanya harga barang tengah naik dengan rakus. Semoga ALLAH membantu saya…ni terdapat beberapa gambar kesan kebakaran yang sempat saya ambil
Dari sudut depan bilik saya
Dari sudut aras bawah
Gambar depan bilik usrah yang terbakar
Beberapa pakaian saya yang masih “berbaki”
Tilam juga turut terbakar
Posted by ..::بشرى::.. at 2:27 PTG
Posted by ..::بشرى::.. at 12:46 PG
"Sampai tak terucap dengan kata-kata apabila harga minyak naik lagi. 40%! Hanya ucapan terimakasih yang tidak terhingga atas kenaikan harga berkenaan. Terimakasih Pak Lah! Terimakasih! Apa lagi selain dari ucapan itu.."-kata-kata ust zain-ys,tentu kalian faham makna kata-kata di sebalik ucapan terima kasihnya itu...hehe,anda peduli?..hu..hu..hu
Posted by ..::بشرى::.. at 1:01 PG
SS Dr Asri: "Faisal menyebarkan fahaman Syiah!" Faisal: "Jika berlaku sekali lagi hal ini, saya tak akan teragak-agak heret dia ke mahkamah." Gang Sunnah: "Ke mahkamah?! Wah! Tembelang Syiah akan terbongkar..!"
Posted by ..::بشرى::.. at 8:42 PTG