Rabu, 27 Julai 2011

Penjawat awam suka bertangguh!

"Ana sakit hati betul kalau buat urusan dengan pejabat agama ni" Luah seorang ustaz adik saya, beliau juga adalah sahabat saya ketika bertandang ke rumah saya tempoh hari

"Mungkin mereka sibuk dan tak cukup kakitangan kot" balas saya, walaupun hakikatnya saya cukup mengerti dengan sikap pekerja-pekerja di jabatan agama.

"tak cukup hape! tak mesra pelanggan, ana hantar borang mohon daftar surau sekolah ana awal tahun ni, sampai sekarang tak ada jawapan, baru-baru ni bila tanya orang pejabat jawab borang hilang! sakit betul hati!" marah beliau.

Itu antara dilema pengurusan pejabat agama, lembab dan sangat mengecewakan walaupun tidak semuanya begitu.

Di Pejabat saya

"Fail ni minggu depan boleh buat, sebab banyak lagi masa" ujar seorang pekerja bahagian pengurusan di pejabat saya.

saya sudah malas lagi mahu memaksa, paksa atau tak, tekan atau tak, mentalitinya masih tetap begitu, tidak berubah, suka bertangguh, usahkan fail, ketika saya baru mula-mula masuk pejabat untuk mula bertugas, kerusi dan meja saya tiada, bila di minta kepada bahagian yang berkenaan, 2 minggu masih belum ada apa tindakan, sudahnya saya terpaksa mengangkat kerusi dan meja sendiri bila orang bawah tidak endah peduli apa yang kita minta.
Bold
Sikap suka bertangguh

saya tak tahu di mana silapnya, tapi sikap ini sering di praktikkan oleh ramai orang di jabatan kerajaan, entah kerana apa, mungkin tak cukup iman barangkali! penjawat awam saya kira ramai juga yang begini.

berbeza dengan tugas seorang guru di sekolah. Saya pernah menjadi guru sebentar, dan saya rasa guru lebih berdisplin dalam hal ini berbanding dengan penjawat awam di pejabat tanah, atau pejabat agama! Sebab itu jika seorang guru, apabila anda jalan keluar, orang boleh menilai dan membezakan bahawa anda seorang guru atau tidak, sampai ke tahap itu sekali! umpama orang boleh menilai anda seorang askar atau tidak hanya dengan melihat fizikal tubuh anda!

sampai hari ini saya masih tidak faham kenapa ramai yang suka monteng kerja, buat kerja lembab, sambil lewa atau suka menangguh kerja di pejabat? ada solusi terbaik? anda tentukan!