Selasa, 30 Mac 2010

Muhaddith Mee Segera..hehe


Mee Segera perencah Ayam..ohoo..dah lama tak makan!



kawan-kawan saya selalu sebut tentang jangan jadi pendakwah mee segera, jangan jadi murabbi mee segera..dan di al-ahkam juga ada disebut tentang mujtahid mee segera..mengapa istilah itu muncul?

istilah ini muncul selepas melihat kepada situasi orang moden hari ini, semuanya mahukan segera, sehingga dalam berbicara tentang agama, juga mahukan ianya sepantas mee segera masaknya, 2 minit, haha

dalam masalah fiqh, biasanya tergesa-gesa dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, ditambah dengan kritikan-kritikan yang tak sewajarnya terhadap 'ulama silam, sedangkan imam-imam dulu berijtihad mengikut kesesuaian keadaan mereka ketika itu..

Dalam ilmu hadis

dalam ilmu hadis pula, ramai pelajar-pelajar hadis moden hari ini sangat mudah mencela 'ulama-'ulama hadis terdahulu, contohnya imam tirmizi, kata sebahagian mereka, imam tirmizi mensahihkan hadis yang daif! huhu..agak melampau di situ..mereka sepatutnya memahami bilakah bermula sejarah ilmu mustalah hadis ini, sedangkan di zaman imam tirmizi dulu maksud hadis hasan bagi beliau tidaklah total seperti zaman kita, malah sebelum zaman imam tirmizi sendiri, belum ada lagi istilah hadis hasan!

Cara-cara menjadi muhaddith mee segera

1) sila baca kitab mustalah hadis, macam-macam ada, biasanya kitab ibn Solah

2) kenali 'ulama-'ulama hadis dan buku-buku karangan mereka.

3) buku al-Albani wajib ada..haha

4) maktabah syamilah versi 3.0 16gb punya..

kalau anda dah ada ni..ok, ada boleh mentakhrij hadis-hadis dan memberi statusnya seumpama anda muhaddith..haha, muhaddith mee segera!

Ahad, 21 Mac 2010

Berangan nak jadi Pro ilmu hadith??haha


ini Canon 5D, sangat hebat, tapi hati saya lebih cintakan Nikon! haha
ini Nikon D3, pernah mengigau ada orang bagi percuma...haha




pertandingan NIKON vs CANON
Kalaulah gambar Syeikh al-Albani ini di tangkap menggunakan DSLR..mungkin lagi cantik gambarnya..huhu



Jika anda seorang yang Pro, atau Semi-Pro, atau apa sahajalah istilahnya(haha) dalam ilmu hadith, anda pasti faham tajuk ini.(bukan cerita tentang kamera ye)

kenapa saya pilih tajuk ini untuk ditulis? sebab suka hati saya lah nak tulis tajuk apa kat blog saya, haha..

ok,sila serius sedikit ye

Dalam menilai menyemak status sesuatu hadith, (biasanya untuk proses takhrij), kita akan bertemu dengan kata-kata 'ulama bahawa sanad hadis ini Hasan, atau Sahih, atau Da'if, setelah sanad sesuatu hadis ini di semak, matan(teks) hadis itu juga akan disemak, ilmu ini dinamakan sebagai mengkritik matan(teks) atau orang kampung saya sebut, Naqd al-Mutuun.

'Ulama hadith bukan sahaja mengambil berat kajian sanad sesuatu hadis, tetapi juga matan sesuatu hadis tersebut..(fahamkah?haha)..maksudnya begini, 'ulama-'ulama hadis ini kaji sanad sesuatu hadis, bila mereka telah dapat menilai status sanad sesuatu hadis itu, mereka akan kaji pula matan sesuatu hadis itu, sebab..tidak semestinya sesuatu sanad itu sahih bermakna matannya sahih..(faham tak?huhu)..ini semua kerja-kerja 'ulama-'ulama hadis, mereka yang pakar dalam ilmu 'Ilal.

'ulama hadith akan menilai matan sesuatu hadis ini sahih atau tidak, meneliti adakah ada kecacatan yang tersembunyi dalam sesuatu hadis yang mana pada zahirnya nampak sahih, pada pandangan kita tapi sebenarnya tidak, Inilah satu ilmu yang sangat hebat dalam ilmu hadith..(susahkan?haha..saya hanya mampu bertaqlid sahaja, di Malaysia, belum ada lagi ahli hadith yang pakar dalam ilmu 'Ilal ini..huhu)maksudnya, 'ulama hadith ini boleh tahu hadith itu ada kecacatan yang tersembunyi walaupun pada zahirnya hadis ini kita rasa ok sahaja..(hebat kan mereka??inilah namanya pakar hadith)

kata Dr. Hammam Sa'id(pakar hadith dari Jordan) dalam kitab beliau al-Tamhid fi 'Ulum al-Hadith:

"inilah ilmu yang sangat-sangat hebat dalam ilmu hadith. Jika musuh-musuh Islam tahu nescaya mereka akan rasa terpukau dengan kehebatarn para 'ulama hadith.."



anda pula?mahu cuba menjadi ahli hadith?boleh-boleh..sangat-sangat dialu-alukan..hehe

Isnin, 8 Mac 2010

Messy..messy..messy...

pertama-tamanya jutaan terima kasih kerana terus melayari dan mengunjungi blog yang comel ini,haha

sebenarnya saya mahu menulis sesuatu yang agak berat, tetapi kesibukkan bab 4 thesis saya agak membataskan..

loading....

haha...otak saya tengah meloading hasil penulisan saya nanti...

saya suka jika anda suka...haha...(inilah yang dinamakan 'messy' hahaha)