Sabtu, 20 Jun 2009

Renungan buat pemburu Bahagia,Bahagia vs Seronok


tidur lena sangat




nak balik kandang da..



“akak betul-betul sedih sekarang ini”, luah seorang kakak senior saya sambil teresak-esak menangis

“sabar akak,kenapa sedih-sedih begini?” tanya saya cuba untuk memujuk

“sebenarnya..akak baru lepas putus cinta,akak bercinta dengan suami orang!” matanya semakin berkaca

“lahawla wa laquwwata illa billah….payah juga saya nak cakap macam tu” balas saya terkejut

“sebenarnya akak dah 2 tahun bercinta dengan dia,tapi dalam diam-diam,rupanya dia dah berkahwin,akak tak tahu pun,kenapa dia buat akak macam ini?”

“hmm..sabarlah akak,banyakkan berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah”, saya cuba memujuk

“akak tak boleh lupakan dia,akak sayangkan dia,kalau diberi peluang,akak sanggup jadi isteri kedua dia!” luahnya.


saya terkesima! sungguh cinta dia membutakan akal!



sejak dua tiga bulan ini,terlalu banyak kisah cinta kawan-kawan saya yang berakhir di tengah jalan saya dengar,bercinta bagai nak gila,tapi putus di tengah jalan,apa punca?macam-macam..salah pihak sana,salah pihak sini,salah sendiri. Kenapa jadi macam itu?bagi saya ia sangat berkait rapat dengan soal berkat dalam hubungan tersebut

bahagia vs seronok





“akak bahagia dengan dia dulu,selalu keluar makan,jalan-jalan,dia suka bagi akak kata-kata pujian dan pandai ambil hati akak” dia memulakan bicara selepas pertemuan semula dari pertemuan sebelum ini.

“itu sebenarnya akak masih belum bahagia” balas saya berhati-hati

“memanglah,sebab akak tak dapat kahwin dengan dia”, jawabnya dengan penuh yakin..sah dia salah faham!

“err..bukan macam itu maksud saya,maksud saya ialah..masa akak bercinta dengan dia dulu,akak sebenarnya tak bahagia” saya pula membalas dengan penuh yakin

“tak bahagia?apa pula..akak bahagia lah,dia tak pernah buat akak sakit hati,baik saja..bahagia sangat-sangat” balasnya pula

“maaf kalau saya menyinggung hati akak,tapi ada beza antara bahagia dan seronok” tegas saya perlahan.

“seronok?akak tak faham falsafah awak,apa beza antara bahagia dan seronok?”soalnya kehairanan

“bahagia ialah satu perasaan yang didasari oleh iman,rasa yang puas dan cukup dengan apa yang ada,serta syukur dengan pasangan yang dimiliki,sentiasa baik sangka,berpisahnya tidak gelisah,hati kedua-duanya di jaga oleh Allah,cinta mereka cinta yang punya keberkatan,cinta mereka membawa kepada lebih banyak amalan-amalan ibadah kepada Allah,cinta mereka ikhlas..suci,tidak ada yang menyalahi syariat,cinta suami isteri yang beriman….manakala seronok pula ialah cinta yang bertunjangkan nafsu,sentiasa rasa mahu berjumpa,rindu yang keterlampauan sehingga banyak termenung,tidak membawa kepada bertambahnya iman,semakin leka dalam melakukan amal ibadah yang wajib..jiwa tidak tenang jika tidak ada khabar darinya,cepat bosan apabila sudah memiliki” jelas saya panjang lebar,saya sebenarnya tidak pandai menyusun bahasa,namun harapnya dia faham..

bahagia dengan seronok sangat berbeza sifatnya..bahagia adalah bertunjangkan iman,tapi seronok bertunjangkan nafsu,ramai yang menyangka mereka bahagia,tapi hakikatnya mereka tidak bahagia,sebenarnya mereka hanya seronok.





dan jika seronok itu adalah dasar cinta mereka,bagaimana Allah mahu menjaga cinta yang bertunjangkan nafsu??sebab itu jika kita lihat artis-artis ramai yang berkahwin kemudian bercerai,kerana apa?kerana apabila manisnya telah dimiliki..mereka mudah berasa bosan,kerana sifat nafsu itu sendiri sentiasa tidak pernah merasa puas,mereka yang bertunjangkan cinta nafsu ini tidak mampu untuk memberi lebih banyak kasih sayang dengan ikhlas,kerana mereka lebih banyak menuntut hak mereka untuk di sayangi.

sangat berbeza dengan bahagia,rasa bahagia ini anugerah Allah,jika suami isteri orang yang beriman,sudah tentu mereka punya banyak kasih sayang,dan kasih sayang itu boleh diberi dengan ikhlas kepada orang yang mereka sayang tanpa rasa terkurang dengan banyaknya kasih sayang yang diberi,semakin banyak pula mereka memberi dengan ikhlas kerana Allah,semakin pula mereka ini disayangi oleh orang sekeliling mereka,dan juga oleh Allah..


saya berdoa semoga saya diampunkan oleh Allah kerana pernah mengejar seronok yang di sangka mengejar bahagia…astaghfirullah…

Jumaat, 19 Jun 2009

M.U.H.A.S.A.B.A.H


demam.........




budak nakal tengah tidur......




pemandangan tepi pantai depan rumah tokki....




rumah tokki....


suatu petang di tepi pantai.....



“nak jadi baik perlu solat,tapi kenapa orang yang masih bersolat hatinya masih belum baik?” Tanya sahabat saya.


“hati yang belum baik?maksudnya?” balas saya pula.


”ialah..sekarang kan ada saja yang solat penuh 5 waktu sehari semalam,tapi masih lagi hatinya tak baik,suka mengumpatlah,tak jaga pandangan mata lah,dan kadang-kadang boleh bat benda-benda pelik,tapi dia tau salah”, jawab sahabat saya.


”saya ada baca buku tarbiah hati,mungkin dia masih tak jaga solatnya” jawab saya pendek,sengaja mahu merancakkan lagi rasa ingin tahu hatinya.


”tak jaga solat?macam mana tu?” sah umpan saya mengena!


”kadang-kadang kita solat 5 waktu sehari semalam,tak pernah tinggal,solat pun kadang-kadang berjemaah,tapi soalnya adakah solat kita benar-benar berkualiti?atau dengan kata lain,adakah hati kita turut serta dalam solat?” jawab saya.


”solat yang berkualiti?hati yang turut solat?maksudnya khusyuk?”, tanyanya lagi bertalu-talu,saya suka perbincangan perkongsian seperti ini.


”ya,soal khusyuk,apakah pergerakkan solat kita itu hati kita turut serta?atau hanya sekadar pergerakkan sekadar pergerakkan saja,tapi hati berangan entah kemana dan banyak memikirkan soal lain........ada seorang ustaz sebut kalau solat tapi tak dapat rasa seolah-olah Allah melihat kita,solat kita itu umpama mempersembahkan bangkai! ” tegas saya.


sepi seketika


”macam mana mahu khusyuk?” soal sahabat saya ini tadi,soalnya memcahkan kesunyian sebentar tadi


”ini soalan yang memerlukan kepada ilmu dan latihan yang berterusan..” balas saya


”aii...sampai macam itu sekali?macam susah saja”, jawabnya


”apa rahsia utama untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan?” balas saya

menduga.


”kesungguhan,istiqomah,dan perancangan yang betul,oh...saya sudah faham” jawab sahabat saya..alhamdulillah dia sudah faham.


”iman ini benda yang berharga,mahal,sesuatu yang berharga tentulah agak sukar untuk diperolehi,umpama emas,mahal dan bukan mudah di jumpai,begitu juga iman,untuk dapat iman,perlu berusaha untuk mendapatkannya, membina itu memakan masa,tetapi meruntuhkan itu hanya sekelip mata” jawab saya


alhamdulillah..perbincangan kami petang itu sambil menikmati pemandangan petang di tepi pandai membawa erti kepada kami berdua..Ya Allah..tetapkanlah hati ini dalam iman..doa saya ketika itu.

Rabu, 17 Jun 2009

T.E.S.T.I.N.G.


KELUARGA BAHAGIA...semua nak tido dengan mak,2 ekor kat atas tu cucu dia



tidur kekenyangan



nama dia batman! haha




nama dia pula rika sumanto..dia ni comel,tapi bising,malam-malam suka membebel suruh tidur dengan dia




penat sangat




rika masa kecil lagi




apa cerita kali ini?tak sempat nak taip..maklumlah,ini kat CC..nanti saya update..jadi,tengak lah gambar kucing saya ini puas-puas...haha(sebenarnya nak test kamera saja)

Selasa, 16 Jun 2009

pergi pasar raya













lajunya mak jalan




buah-buahan import..hehe




sekali beli kicap,tak main la botol kecil..maklum jela,kat rumah saya ramai yang hantu kicap




mengiurkan bukan?tapi awas! ini produk nestle yang di boikot!..huhu,tapi kalau korang dapat aiskrim ni percuma berkotak-kotak..nak ambil ke tak?saya pernah dapat percuma..hehe




selalunya beli ikan kat pasar raya saja




mahal kan?tapi orang kat pasar raya tu kata muroh,geram saya




boleh tahan la segarnya..





casher yang tengah tension..siap cakap lagi,"bila la nak balik ni"..hehe




takde kerja tangkap gambar kereta sendiri(baru siap di baiki lepas kemalangan ngeri hari tu..haha)


ibu

semua orang sayangkan ibu masing-masing,tapi tak ramai yang betul-betul boleh berbakti pada ibu masing-masing,paling malang,ada yang sayang,tapi kurang menghargai,ini betul-betul sayang ke?

tugas berbakti kepada ibu-bapa sangat penting dalam agama kita..sebab itu bila Abdullah bin masoud datang berjumpa nabi Muhammad s.a.w dan bertanya..

"apa amalan yang paling afdhal?" ibnu masoud

"solat pada waktunya" jawab baginda

"kemudian apa lagi?" tanya ibnu masoud

"berbuat baik kepada ibu -bapa",jawab nabi

"kemudian apa lagi?" tanya ibnu masoud lagi

"jihad di jalan Allah" jawab baginda..

al-Tobari ketika mesyarahkan hadis ini berkata,perkara yang paling utama di lakukan oleh seorang muslim ialah solat di awal waktu,dan kenapa berbuat baik kepada ibu-bapa lebih utama dari berjihad,kerana berbuat baik pada ibu bapa itu lebih afdhal dari berjihad,setelah yang kedua boleh dilakukan dengan baik,barulah melaksanakan keutamaan yang ketiga,iaitu berjihad di jalan Allah.


Isnin, 15 Jun 2009

macam-macam part 1 (jemur televisyen)

Jemur televisyen


"tokki wat mende tow?" (atok buat apa) tanya saya,

"jemur tb" (jemur televisyen),jawab dia selamba.

"jemur tb?guane pulok gitu"?(jemur tv..macam mana jadi macam itu),tanya saya terkejut,tapi dalam hati duk mengumpat,wat lawak ke tokki ni

"tb ni bukang buleh,ia kene panah lu,kalu dok,dok leh buke tb,bab ia dok panah agi" jawab tokki dengan jujurnya...hahaha (tv ni bukan boleh,kena panas dulu,baru boleh buka)

dengan gagah perkasanya tokki agkat tv itu sebelah tangan dan jemur depan tingkat yang menghadap pantai...hehehe(sayang tokki sangat3...muuuaaaah!)












Bayi baru lahir..comel kan?

"mu nok tengok cicit baru tokki?",tanya tokwan pada saya..(kamu nak tengok cicit baru atok)

"cicit?hok mane pulok tokwang?" jawab saya (cicit mana pula nenek?)

"nim,hok natang kuning dengang hok hitang nim,ni r cicit baru ia...malah base aku.." bebel tokwan (ini,yang binatang warna kuning dengan hitam,ini lah cicit baru atok,malas nak ambil tahu)

saya pula gelak sahaja..haha








Khamis, 11 Jun 2009

Lakonan Bahasa Arab yang hampir menjadi!

video ini di buat oleh adik-adik semester 3,eh 2 kot,lupa pula tadi(dah tua memang cepat lupa)
apa yang menariknya,mereka berjaya membuatnya dengan sebaik mungkin,sehingga menarik beberapa mahasiswi yang lain untuk turuk cuba menghasilkan filem! ahahaha

sama-sama anda saksikan! jangan gelak ea