Sabtu, 26 Mei 2012

Rasa terlalu naif dengan ilmu yang ada

"Busyro, kenapa lama tak update blog?" sapa seorang sahabat maya,

"kenapa along lama tak update blog?" ibu saudara di Pahang meyapa,

"Kenapa blog tak update?"

semua pertanyaan berakhir dengan jawapan,

"Saya sibuk..."

Bukan mudah mahu menulis sesuatu, apatah lagi mahu berkongsi sesuatu, kadang-kadang kita tak sedar dalam tulisan kita banyak menguris hati dan perasaan orang lain, apakah itu yang kita mahu? jika halnya berkaitan antara halal dan haram, itu sudah lain babnya.

Saya gagal untuk menulis dalam banyak hal, cerpen(kisah abi dan umi) yang di karang tak berkesudahan, dan banyak lagi. Semuanya disebabkan saya yang merasa masih kurang ilmu, atau lebih tepat lagi, terlalu naif ilmu saya, jika anda mahu menulis sesuatu untuk menyumbang kepada masyarakat, anda perlu ada ilmu, kerana bukan mudah mahu di olah apa yang di baca dalam sebuah artikel ringkas lagi santai.

"Busyro..buku kat rumah awok kan banyak, selalunya je tengok awok  membaca, masih takde ilmu lagi.." tegur bapa saudara saya dalam loghat pahang percakapannya

"lagi saya membaca, lagi saya rasa takde ilmu" jawab saya

"memangla..tapi sampai bila? langsung tak tulis, tak mengajar..tu namanya kedekut ilmu!" hujah beliau pula,

saya hanya senyum, tak mahu menjawab apa-apa

Saya tak tahu nak kongsi bagaimana, tapi setiap kali saya membaca, saya rasa saya makin tak berilmu, bukan maksudnya sata tak tahu, tapi saya rasakan terlalu banyak lagi yang perlu saya baca, baca dan baca sebelum saya boleh berkongsi dengan orang lain, hari ini saya telah batalkan semua kuliah hadis yang saya sampaikan di masjid-masjid, atas faktor saya sendiri merasakan saya tiada ilmu untuk di kongsi dengan orang ramai.

Sesungguhnya ia krisis yang saya sendiri tidak tahu adakah perasaan ini bagus atau tindakan saya bagus atau apa..saya berdoa agar ALLAH sentiasa membantu saya dalam menjalani hidup yang serba dahsyat dugaan hidupnya. amin

Saya juga rindukan sahabat saya

"Sahabat ni bukan mudah untuk dicari, kawan ni banyak..tengok abah, sahabat dia yang orang Lipis tu.." cerita emak pada saya

saya mengangguk mendengar kata-kata emak, faham sangat saya akan sahabat abah yang emak maksudkan, Pak Tengku namanya,banyak menolong abah.

hari ini saya masuk blog kak Sakinah Saptu, akak phD Singapore Quran Sunnah, kisah puisi luahan tentang rindunya terhadap sahabat yang telah melukakan hatinya, walaupun saya tak faham sangat apa yang beliau karang dalam puisi tersebut, tapi saya amat mengerti jika kehilangan sahabat.

Saya pernah belajar di Bangi, sebuah bandar yang banyak institusi ilmu di sana, walaupun ada yang mengatakan ia bandar ilmu, tapi saya tidaklah mahu melebel bandar itu bandar ilmu, jika anda tidak setuju dengan saya, cuba bandingkan bandar ilmu di Oxford dengan Bangi, sangat berbeza bukan? aspek penjagaan kebersihan pun sudah gagal, bagaimana mahu di panggil bandar ilmu?orang berilmu takkan buang sampah merata-rata.

Ketika saya belajar di sini, saya punya 2 orang yang dianggap sahabat, namun kedua-dua telah menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, seorang ke UNISZA, manakala seorang lagi ke Jordan, saya gagal untk berhubung dengan sahabat di UNISZA ini, pelbagai cara saya cuba untuk berhubung dengan beliau, tapi jawapan hanya bisu, telefon tidak diangkat, mesej tidak berjawab, akhirnya saya pergi sendiri ke Unisza, tapi hampa, sukar mencari seorang sahabat dalam kampus sebesar Unisza. Ketika saya sakit dahulu, beliaulah yang menyapu ubat di badan saya, dengan begitu ikhlas dan cermat, tanpa rasa geli kerana saya di timpa penyakit kulit misteri.

saya tak tahu bagaimana mahu menghubungi beliau, ikhlas saya katakan, saya menanti dia menyapa saya, tapi hakikatnya harapan itu hanya tinggal harapan yang tak berkesudahan. Saya tidak atas apa tiba-tiba beliau menjauhkan diri dari saya, saya memohon maaf pada beliau jika apa yang saya buat pernah buatkan hatinya terguris, jika kamu membaca tulisan saya ini, tolonglah..jangan di putuskan ukhwah ini, saya tak kisah apa yang telah berlaku, saya hanya mahu, kita sahabat seperti dulu.

kadang-kadang sesuatu ujian adalah untuk menguatkan kita, semakin kita tabah, semakin kita matang dalam mengerti sebuah kehidupan