Isnin, 7 Disember 2009

luahan hati seorang guru...hahaha

"along rindu kat budak-budak tu" luah hatiku sambil memandang le luar jendela dapur,ibuku yang sedang duduk di meja makan sambil mengunyah pisang gorengnya berpaling ke arahku

"bukan ke budak-budak tu along cakap nakal sangat sampai dah tak larat dah nak ngajarnya?" soal ibu ku sambil meniup-niup goreng pisang yang masih panas itu untuk di makan

"mak ni..kalau panas,ambil la kipas...lambat buat camtu" pintasku pula,ibuku sekadar tersenyum dengan telatahku

"tolangla kipaskan untuk mak..." senyum ibuku semakin melebar

aku angkat pinggan yang berisi penuh goreng pisang yang masih panas itu tadi lalu ku letakkan betul-betul hadapan kipas meja di dapur rumah,sambil menekan suis kelajuan paling maksimum.

ibuku tersenyum memerhatikan gelagatku,sambil mengusikku lagi "jangan sampai terpelanting goreng pisang mak tu dah la" ketawa ibuku,aku turut tersenyum,namun ingatanku pada anak-anak muridku kembali mengendurkan senyuman di bibir

"budak-budak tu tak mesej atau call along?" ibuku cuba memberikan perhatian tentang perasaanku ketika ini,ibuku sangat memahami,aku menyelak-nyelak rambut di kepala ku,sambil duduk di kerusi meja makan menghadap ibuku,kali ini pendanganku terlontar semuala keluar jendela.

"ada...budak-budak ni sebenarnya baik-baik je mak,cuma diorang perlukan perhatian je,kalau tak diorg mula la buat nakal" balas ku sambil tersenyum bahagia,ya..hati seorang guru pasti bahagia bila teringat si anak muridnya yang pernah di ajarnya dulu,ingatan tentang kenakalan mereka satu persatu menerjah di kotak fikiranku,kenakalan mereka walaupun terkadang menyebabkan anginku naik,namun mereka adalah permata bagiku.

ada sekali ketika aku sedang mengajar,ada salah anak muridku sering menganggu kawan-kawan di sebelahnya,sehingga ada yang menangis dengan usikannya itu,bukan sekali aku memarahinya,malah hampir setiap kali kelas aku mengajar dia,pasti aku akan memarahinya kerana kenalannya,suatu hari aku memanggilnya ke bilik guru,rupanya-rupanya pelajar ku ini terlalu kurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya,sejak hari itu perhatian aku kepadanya telah membuatkan sebahgian anak muridku lain menjadi cemburu! aku masih tersenyum mengingatkan kenangan ini

"dah sejuk ke belum goreng pisang mak tu..." tegur ibu ku memecahkan lamunanku tadi seperti kaca yang berderai,aku bingkas bangun mendapatkan goreng pisang tadi sambil menyentuhnya,sudah agak suam-suam kepanasannya gumam hatiku,aku terus meletakkan di hadapan ibu ku goreng pisang tadi.

ibuku makan dengan begitu selera sekali,aku bahagia melihat ibu begitu..

"kriiiiing...kriiiiiiing...!" telefon bimbitku berbunyi

aku cepat-cepat bingkas mendapatkan telefon bimbitku yang sedang di caj di ruang tamu.

bersambung.............................hehehehe

Jumaat, 4 Disember 2009

Bila diri tak di hargai

"bercinta dengan berkahwin ni tak sama" tiba-tiba dia meluahkan rasa,saya mendengar dengan teliti.

"seronok bercinta dengan seronok kahwin tak sama" bicaranya lagi,saya masih seperti itu,mendengar dengan penuh tanda tanya di hati

"bercinta ni seronok,tapi bila dah kahwin...dah tak ada pape dah" ujarnya lagi,saya tersenyum.

"mungkin masing-masing tak cuba untuk jadi 'pemberi'" kata saya pula memberi kesimpulan.

"erti bahagia itu dengan membahagiakan" kata saya lagi

"tak cukup ke dengan tugas seorang isteri?" jawab dia,

"apa yang akak faham dengan memberi bahagia?" tanya saya semula

"buat tugas-tugas sebagai seorang isteri lah,apa yang suami nak akak buat.." katanya seperti mengeluh panjang

"akak rasa sudah cukup?" tanya saya lagi

"maksud along?" tanya dia seperti kebingungan

"apa yang akak rasa sekarang?" tanya saya kembali

"rasa tak di hargai,rasa marah,geram,terseksa!" bentaknya,saya hanya memerhati,memberi ruang untuk dia berkata-kata.

"terseksa dengan perkahwinan?" kata saya seakan terkejut.

beliau mengangguk perlahan

kisah dia ini sama seperti apa yang saya baca dalam buku tulisan ustaz Pahrol Juoi,detik hati saya

"belajarlah menghargai" jawab saya ringkas

"hargai?hargai apa lagi?akak sendiri tak di hargai,nak hargai dia pulak!" marahnya pula

"akak,yang paling teruk bukan bila tak di hargai,tetapi ialah bila kita tidak menghargai apa yang ada" jawab saya,takut-takut juga ayat saya ini menyulitkan lagi dia

"akak hargailah apa yang ada kak,buatlah dengan penuh kasih sayang,walaupun akak rasa tak di hargai,tapi buatlah dengan kasih sayang,saya yakin akak akan gembira" jawab saya berhati-hati

"walaupun suami tak reti nak hargai?" balasnya pula

"memberi bukan untuk menerima,itulah keikhlasan sekalipun kita suami isteri,usahakanlah satu perubahan dari diri kita yang boleh merubahnya,perubahan dia dari ok kepada tak ok tu,jangan sampai merubah kita sama kepada tak ok" kata saya dengan bersemangat

tika itu saya berdoa agar dia dan suaminya akan kembali 'bercinta' dalam berkahwin,insyallah!

buat para suam,layanlah isteri anda dengan baik,jangan sampai perkara tak sepatutnya berlaku hanya keran kita tidak menghargai isteri sendiri,ingatlah sabda nabi

"sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinyaa dan aku adalah yang paling terbaik antara kamu semua terhadap isteriku"
hadis riwayat Tirmizi dalam kitab manaqib,no 3830

Rabu, 18 November 2009

Mencari kejujuran Suami disebalik erti poligami



Saya bukan seorang yang anti poligami,tapi kerana ramai yang nampaknya sedang merosakkan nama baik poligami ini,poligami bukan kerja kotor,bukan ibadah yang direka untuk nafsu,atau untuk memihak kepada kaum lelaki,tetapi ia ibadah yang hanya untuk membantu wanita,ya membantu kaum hawa yang kekuatannya,keperluan dan fitrah kejadiannya sudah tentu tidak sama sekali dengan tujuan,kekuatan dan fitrah kejadian lelaki, kerana apa? Kerana Allah sangat adil!

jika di soroti sejarah kembali,Nabi kita Muhammad S.A.W mencatatkan bahawa baginda bermonogami selama 25tahun dengan Khadijah,sedangkan kehidupan berpoligami dijalankan selama 10tahun, sebagaimana yang diriwayatkan dari Aisyah r.a "Nabi tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (H.R. Muslim)

terasa sangat janggal jika masalah poligami ini di bicarakan di khalayak yang mana akan membuatkan hati lelaki berbunga-bunga,hati perempuan menjadi kecut dan skeptikal terhadap isu poligami. Dan para pendakwah pula sibuk mempertahankan syariat ini. jujur sahaja,di alam realiti,amalan syar'i yang satu ini memang tidak mudah diwujudkan kerana banyak faktor yang mempengaruhinya.

Kenapa poligami seperti mempermainkan wanita?

Begitu banyak berita yang kita dengar tentang kisah mereka yang hidup bermadu,secara jujur,saya akui,hamper 90% mereka yang berpoligami semuanya punya cerita yang negatif! Lantas di mana jujurnya poligami ini?dimana baiknya poligami ini? Di mana adilnya poligami ini? Kita mungkin dapat membalas hujah-hujah SIS dengan mengatakan betapa di zaman nabi dahulu poligami sangat membantu wanita,para isteri,tapi sedarkah kita,sirah itu kenapa hanya gemilang ketika itu? Mengapa kisah poligami yang hebat-hebat ini hanya di zaman itu? Tapi di zaman ini kisah hebat ini seakan pupus tetapi hanya banyak kisah-kisah sial yang hanya mengotorkan wajah suci agama mulia ini! Mengapa??!

Mungkin ada yang akan menjawab,kerana lelaki tidak jujur,dan macam-macam lagi,tetapi 90% kesalahan pasti menyalahkan lelaki itu sendiri,kerana memang benar kebanyakkannya berpunca daripada kelemahan lelaki sendiri dalam memimpin rumah tangga,rumah tangga ibarat sebuah kapal yang punya seorang ketua nakhoda yang bertanggung jawab dengan baik dan kreatif agar kapalnya tidak musnah di pukul badai juga sentiasa pandai mengambil hati dan menjaga kebajikan anak kapalnya iaitu ahli keluarganya sendiri supaya tidak berlaku perpecahan yang boleh mengakibatkan bencana besar bila pepecahan berlaku.


Mencari sunnah pada erti poligami

Saya sering terfikir,dimanakah sunnahnya poligami ini,pada ramainya bilangan isteri atau pada adilnya seorang suami?adakah pada jujurnya si suami terhadap isterinya atau pada diamnya si suami ketika mahu beristeri lagi?tidak guna beristeri ramai jika tidak mampu bersikap adil,tetapi lebih baik beristeri yang seorang tetapi sentiasa adil,jujur dan amanah. Malah lebih malang lagi ada segelintir lelaki sial yang menggunakan nama agama untuk mengejar cita-cita poligaminya padahal yang di kejar adalah kecantikan menurut hawa nafsu si lelaki semata-mata!


Matlamat yang menghalalkan cara

Saya pernah mendengar satu kes dimana si suami berbohong dengan si isteri berkenaan dengan poligami,ketika si suami berhubung dengan si perempuan kedua melalui telefon atau sms,si suami telah menukarkan nama si perempuan kedua ini tadi kepada nama orang lelaki,seolah-olah apabila si perempuan ini menelefon si suami ini,si isteri di rumah jika terlihat nama yang keluar pada telefon bimbit si suami akan menyangka ini adalah sahabat lelaki suaminya,namun hakikatnya pendustaan telah berlaku,lebih malang lagi apabila perkara ini di ketahui si isteri,si suami menjawab dengan alasan mudah bahawa beliau tak mahu melukakan hati isterinya,saya terasa ini satu alas an yang sangat tidak wajar bagi si suami yang mahu berpoligami,anda bayangkan jika sebelum berkahwin lagi sudah tidak jujur,bagaimana jika sudah berkahwin?? Ingat ini kisah Madu Tiga yang seharusnya syarat seorang suami yang mahu berpoligami itu mesti pandai berbohong???!! Wajah Islamkah ini??


Ini baru kes kecil,banyak lagi kes-kes yang lagi besar seperti suami menampar terus muka isterinya bila si isteri merajuk bila si suami menyatakan hasratnya mahu berpoligami,ada juga si suami yang berkahwin secara rahsia ,demi nama baik semua pihak,namun yang merana pula isteri muda yang mana seringkali terpaksa mengalah dalam banyak hal padahal beliau berhak mendapat keadilan yang sewajarnya! ini kisah benar yang sangat mendukacitakan bagi saya,musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencemarkan imej Islam itu sendiri,dan kita umat Islam sudahlah tidak membantu mengindahkan Islam di depan mata musuh,tapi menambah burukkan lagi wajah Islam itu sendiri!


Birokrasi bukan membebankan!

Hari ini jika di Wilayah,kalau mahu berpoligami,mestilah mendapat persetujuan isteri pertama,kemudian pihak mahkamah pula akan memutuskan permohonan berpoligami ini boleh atau tidak setelah mendengar maklum balas dari pihak suami dan isteri termasuklah hal yang berkaitan nafkah bagi suami kepada si isteri,cukup atau tidak sebelum ini. Namun undang-undang ini tidak sekata bagi seluruh negeri,ini lah yang menjadi permasalahan sekarang,birokrasi ini di gubal bukan mahu membebankan,tetapi hanya mahukan sebuah keadilan dan kejujuran itu tertegak bagi kedua-dua belah pihak.

Kedengaran juga suara-suara yang lantang menghentam undang-undang yang di gubal ini,mereka berhujjahkan bahawa di zaman nabi undang-undang ini tidak ada,tak wajib mohon kebenaran isteri pertama dan sebagainya. Baik,saya nak bertanya kembali kepada pihak-pihak ini,adakah lelaki di zaman kita hari ini jujur,berkata benar,tidak menyembunyikan kebenaran,warak, mampu menjadi pemimpin yang baik serta tinggi kasih sayangnya dan adil kepada isterinya seperti lelaki di zaman nabi dulu??! Saya rasa jawapan yang palin tepat tentu sekali tidak! Jadi bagaimana boleh kita samakan zaman ini sama seperti zaman dahulu??


Pesanan buat wanita

Jika sudah di madukan,apa lagi mahu di kata,bersabarlah adalah lebih baik daripada keluarga hancur teruk dan anak-anak kurang perhatian kita hanya semata-mata akibat dari marahnya kita terhadap suami,terimah madu dengan sebaiknya,apakah tidak ada bahagia langsung jika sudah di madukan?? Jangan sempitkan fikiran,positiflah.

Jika anda masih belum mendirikan rumah tangga,pelajarilah hukam hakam pernikahan dengan baik,sebenarnya anda boleh mengenakan syarat ketika mahu akad nikah,iaitu si suami tak boleh berpoligami selagi mana isteri masih hidup,jika suami tak mahu,boleh lah di batalkan akad nikah itu,saya yakin,suami yang baik akan menyetujui perjanjian anda itu,jika perjanjian di langgar,maka akan jatuh talaklah suami isteri itu.


Pesanan buat lelaki

Sila jujur dengan isteri anda,ingatlah bahawa,isteri bukan sekadar untuk seks semata-mata,tetapi isteri adalah satu tanggungjawab,dan si suami perlu mentarbiah isterinya menjadi wanita solehah,oleh itu,si suami perlu soleh dahulu untuk suruh orang lain jadi solehah!

Ahad, 8 November 2009

SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA REALITI DAN KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT ISLAM


PENGENALAN

Hadith merupakan sumber primer selain al-Quran. Berbeza dengan al-Quran, hadith sering terdedah dengan isu-isu keautoritiannya. Kelahiran karya seperti al-Mawdu’at oleh Ibn al-Jawzi, al-Lali al-Masnu’ah ‘ala Ahadith al-Mawdu’ah oleh al-Suyuti dan Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani jelas menunjukkan keprihatinan para ulama mempastikan ketulinan dan kesahihan hadith.

Masyarakat Islam di Nusantara juga tidak terlepas dari terpengaruh dengan hadith-hadith tidak sahih. Kajian-kajian yang dilakukan di pusat-pusat pengajian tinggi sedikit sebanyak telah membongkar gejala ini. Seminar ini antara lain cuba mendedahkan realiti penggunaan hadith di kalangan masyarakat Islam di Nusantara di samping mengenalpasti cabaran dan keperluan yang boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Anjuran:
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Dengan Kerjasama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, UM

Pada:
30 & 31 Disember 2009 (Rabu – Khamis)

Objektif
Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau.

2.
Memastikan ketelusan dan kesahihan fakta yang dijadikan dalil daripada hadith Nabi SAW sebagai sumber hujah.

3.
Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat awam serantau.

4.
Ke arah penubuhan Darul Hadith sebagai pusat penyelidikan hadith serantau.


Tema:
“Ilmu Takhrij Pemangkin Keutuhan Maklumat”

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut:

• Cabaran dan Isu-Isu Takhrij di Nusantara

• Takhrij di Institusi Pendidikan dan Institusi Agama

• Takhrij Dalam ICT dan Teknologi Moden

• Takhrij Dalam Pengajaran Umum, Bahan-Bahan Bacaan Umum dan Media Massa

• Darul Hadith


Perasmi, Ucap Utama Dan Pembentang Utama:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir B. Hj. Baharom

Pembentang kertas kerja utama terdiri daripada:

Dalam Negara
1. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj Mohd Yusoff (UM)
2. Prof Dr. Mohammed Abul Lais Khairabadi (UIAM)
3. Prof Dr. Jawiah Dakir (UKM)
4. Prof Madya Dr. Fauzi Deraman (UM)
5. Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi bin Othman (USM)
6. Prof. Madya Dr. Ishak Hj Suliaman (UM)

Luar Negara
1. Prof. KH Dr. Ali Mustafa Yaqub (Institut Ilmu Al-Qur'an (HQ) Jakarta, Indonesia)
2. Dr Lutfi Fathullah (UIN Jakarta,Indonesia)
3. Prof. Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University)
4. Dr. Haji. Muhammad Nur Lubis Bin Abd Razak Nur al-Hafiz (Tim. Mufti, Kerajaan Brunei Darul Salam)
5. Muhammad Fartis Bakaram (Timb. Mufti Majlis Ugama Islam Singapura)

Bahasa Pengantar:
Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimana pun, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diterima untuk pembentangan dan kertas kerja sisipan.

Yuran Pendataran:
Setiap penyertaan perlu mengemukakan yuran penyertaan mengikut klasifikasi berikut:

Institusi : RM 380.00
Pembentang : RM 300.00
Individu : RM 180.00
Kertas Kerja Sisipan : RM 180.00
Pelajar (Ada Kad Matrik) : RM 80.00

Tarikh-Tarikh Penting:
Tarikh mengemukakan abstrak: 30 Oktober 2009. Tarikh kelulusan abstrak: selewat-lewatnya pada 7 November 2009. Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap: 30 November 2009.


Sasaran Peserta Dan Jumlah:

300 orang peserta yang terdiri daripada :

1. Pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan majlis-majlis agama
2. Ahli Akademik
3. Guru-guru Takmir Masjid
4. Mahasiswa
5. Individu
6. Wartawan dan Penulis


maklumat lanjut sila klik disini

Nilai sebuah lampu


"ini ada hadiah untuk adik akak" kata seorang senior dengan wajahnya tersenyum sambil menghulurkan sekotak hadiah yang besar

"eh,hadiah apa pula ini kak ?" tanya aku, wajah turut merona kemerahan,tanda malu dan gembira,tika itu seperti tidak mempedulikan lagi kewujudan Amal di sebelah,Amal tersenyum menumpang gembira.

"alah kamu ni,ambil saje lah kalau dah kakak yang bagi,kalau taknak..Amal nak!" usik Amal gadis manis ini,Amal seorang gadis yang sangat periang dan peramah,terkadang agak kebudak-budakkan sedikit.

"akak ni bagi hadiah macam dah nak tinggalkan saya jauh-jauh aje" soal saya menduga,keadaan sekeliling agak hening,pertemuan di tepi jalan berhadapan dengan KFC Nilai,ramai yang berpusu-pusu ke KFC,terutamanya pelajar-pelajar Kolej Nilai Antarabangsa dan pelajar-pelajar USIM. Di sinilah tempat mereka berjalan sambil menikmati makan-makan santai setelah penat memerah otak untuk sebuah kejayaan.

"ish kamu ni,ada pula cakap macam tu,sekeh kang budak neh" gurau kakak sambil memperlihatkan senyuman bahagianya itu,gadis berusia 23tahun ini seorang yang cepat terasa,namun amat mudah untuk di bawa berbincang,seorang yang aktif,tapi disebabkan kesihatan yang sering menganggu,kakak sering menghabiskan banyak masanya di bilik kediamannya.

"terima kasih kak" balasku dengan penuh kegembiraan..

"kak,nak cium boleh?" pintaku kerana terlalu gembira

"eh,cium apa plak neh??tak boleh-tak boleh..!" ucap kakak sambil ketawa

aku tak peduli,dan akhirnya aksi itu di jeling oleh Amal!

_______________________________________________________________

3 bulan kemudian...


"astaghfirullah..." terkejut aku,bunyi nada dering di telefon bimbitku menyebabkan lamunanku berselerak dan hilang seperti angin yang bertiup.

"assalamualaikum sayang" terdengar di hujung talian memberi salam,aku baru 3 bulan berkahwin,perkahwinan muda yang cukup membahagiakan,walaupun kami sering terpisah kerana kami masing-masing menuntut di universiti yang berbeza,namun dengan kemudahan telefon bimbit pada hati ini,menyebabkan hubungan kami tidak terlalu terasa berjauhan

"walaikumussalam sayang" jawabku dengan sopan

"aik,kenapa suaranya cam tak ceria je..fikir apa tu?" aku tersentak,hebat sungguh kuasa cintanya,sehingga dengan suaraku sahaja dapat dia menyelami kegusaran di hati ini..

"hmm..tak ade pape sayang" balasku cuba mengelak,aku sebenarnya mahu buktikan aku seorang yang matang,taidak terusik dek masalah yang kecil seperti ini

"sayang betul tak mahu cerita...ceritalah sayang...k,telinga ni dah besar sangat-sangat ni,semata-mata nak memberi sepnuh perhatian dan nak jadi pendengar yang baik" usik dia lagi,kali ini si dia cuba bergurau untuk membuatkan hatiku bahagia tetapi dalam masa yang sama,cuba mengorek rahsia di hatiku,sungguh pandai dia!

"teringatkan kakak senior yang bagi lampu tu" hubungan kami dah terputus bila kita kahwin,tak tahulah kenapa" luah hatiku sambil merenung di luar jendela menikmati pemandangan sungai di sebelah asrama kediaman,namun pandanganku itu kosong tidak membawa apa-apa makna

"laa..itu jeke sayang?hmm..tapi nape ek?mungkin dia fikir sayang sibuk kot,takpelah...kita doa sama-sama,nanti kita cari kakak tu ye,ni kakak senior yang kat USIM tu kan?yang sayang cerita dulu tu kan? soalnya si dia untuk kepastian,yang pasti kata-katanya itu memberi aku harapan untuk menghubungi semula kakak.......


___________________________________________________

kami di sini sentiasa mendoakan akak,lampu ini kami akan jaga sebaik-baiknya..terima kasih

Khamis, 5 November 2009

Syeikh Dr 'Aidh Abdullah Qarni dan Syeikh Habib Ali Jufri


Jika anda sering ke kedai buku,anda mungkin pernah terdengar nama Syeikh Dr 'Aidh Abdullah Qarni,penulis buku terlaris yang bertajuk "La Tahzan(jangan bersedih)"..tapi ramai yang hanya tahu bukunya sahaja,tentang biodata Dr 'Aidh,mungkin ramai yang belum tahu,apatah lagi mengenali wajahnya.

jika anda seorang pengkaji ilmu,anda pasti mengenali apa manhaj Dr 'Aidh dalam aqidah dan fiqh,saya juga sering membaca buku-buku beliau yang lain berkenaan Dakwah dan Tarbiah,sangat mengesankan!

jika anda seorang pengikut sufi,anda pasti mengenali syeikh Habib Ali Jufri,tokoh besar dalam aliran ini,saya juga ada membaca tentang tokoh sufi ini.

tapi gambar ini memberi makna yang sangat besar,saya kenal Dr 'Aidh melalui penulisan-penulisannya,syeikh seorang yang sangat lunak bahasanya dalam mengkritik,tapi sampai pada maksudnya,sering memikirkan tentang permasalahan ummah islam yang lemah dan perlbagai lagi ragam yang hanya melemahkan ummah islam itu sendiri. Menasihati pelbagai golongan hatta menulis surat kepada pemain bola sepak agar mereka berfikir untuk apa mereka bermain,dunia atau akhirat? jadi gambar ini menunjukkan yang syeikh walaupun berbeza aliran dengan Syeikh Habib Ali Jufri,tapi mereka berdua tetap saudara muslim,ya...saudara muslim! masih lagi Ahli Sunnah wa Jamaah,dan bukan syiah!

untuk anda di luar sana,perbalahan tidak menyumbang apa-apa kepada ummah,tapi persaudaraan boleh mengundang rahmah,percayalah

Rabu, 4 November 2009

Lemas di Dayang Bunting

pulau dayang bunting,Langkawi,Kedah...dimana saya telah lemas!

lemas di dalam tasiknya...

saya bukanlah orang yang tak pandai berenang,kerana saya sendiri selalu berenang pantas di laut sewaktu sekolah menegah dahulu,tapi kaki krem..ntahlah

Allah nak uji atau saya yang sering berdosa...mungkin ini kafarah

saya sudah terbenam dalam 1 meter ke dalam tasik..

kedalam tasik adalah 21 meter...sangat dalam,berwarna hitam

tapi Allah mengirimkan seorang penyelamat...

Dr. Abdurrahman...terima kasih ALLAH,terima kasih Dr..

saya masih terkejut...terkejut dengan apa yang berlaku..ya Allah...ampunkan dosa-dosaku

Khamis, 22 Oktober 2009

kesedihan

disini ada masalah WIFI,sudah lama mengidam nak main tenet,akhirnya dapat juga..camne?setelah pasword sitihisham berjaya dipecahkan dengan menggunakan formula
k x 2y = 3b ...korang akan dapat.cubalah! haha

ok,banyak cerita sedih aku rasa,mula2 lemas kat pulau bunting...huhu,kaki aku krem..alhamdulillah ada orang selamatkan

lepas tu,hp aku jatuh kat dalam bas,alhamdulillah setelah berdoa,jumpa balik,ada mak cik tolong simpan.

lepas tu aku......yang ni aku tak sanggup nak cerita.........................................sedih..nantilah

semoga belajar dakwah di sini memberi manfaat pada aku

sorry xde gambar..ade big prob...huhu

Sabtu, 10 Oktober 2009

el-zahraa inn......perlawanan yang membuka mata hati

saya sekarang sudah sampai di el-Zahraa inn,Stamford Bridge,Kedah

ia mengujakan saya,manyaksikan pertembungan dua pasukan yang hak dan juga yang batil

tak faham?nanti saya cerita lagi(berbulan madu disini sangat mengasyikkan! haha)


Rabu, 7 Oktober 2009

Dauroh(16-18 Okt):Keilmuwan Sblm Berdakwah (Siri 2) di IQ, Penang

Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Anda semua dijemput menghadiri daurah 'Keilmuan Sebelum Berda'wah'.

untuk pendahuluan sila klik disini

Tema: " Keilmuwan Sebelum Berda'wah (Siri 2) "

Tarikh: 16-18 Oktober 2009/ 27-29 Syawwal 1430

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada semua.

Pengisian:

1)Aqidah Shahihah wa Nawaqid al-Islam (Aqidah yang Benar & Pembatal-pembatal Keislaman) oleh [Syaikh Muhammad Sa'id ibn Abu al-Rubi'; Sijil Pengajian Islam (Univ. Riyadh, Arab Saudi), sedang menyiapkan tesis Ph.D (USM) dalam bidang Comp.Sc]

2)Fiqh al-Ibadah: Memahami Sebaik-baik Ibadah oleh [Ustadz Abdul Kadir bin Sahak; pelajar sepenuh masa B.A (MEDIU) dalam bidang Fiqh & Ushul Fiqh, bekas pegawai penyelidik IQ]

3)Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah berdasarkan Kefahaman Salaf) oleh [Ustadz Abu Hafiz bin Salehuddin; pelajar sepenuh masa B.A (UIA) dalam bidang Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah]

4)Pengenalan Terhadap Asas Mu'malat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam oleh [Saudara Ezry Fahmy bin Edry Yusof; B.Econs (UIA) dan sedang menyiapkan CIFP (INCEIF)]

5)Manajemen Akhlak Salaf oleh [Ustadz Abdul Razak bin Muthalib; Diploma Pengajian Islam & Dakwah (Rabithah 'Alam Islami, Mekah), B.A Hons (UIA) Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah, dan sedang menyiapkan M.A (UIA) dalam bidang Pengajian Hadits]

Yuran Penyertaan: RM 20 (Pelajar yang menghadapi masalah kewangan boleh memohon bantuan penganjur, insha Allah)

Anjuran: GMT, USM dan UiTM (Penang) dengan kerjasama IQ.


Tarikh akhir pendaftaran adalah 13 Oktober 2009 ini, sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran SMSkan nama beserta IPT anda kepada Abu Nashiruddin 019-5144029 atau Abdullah 0194782307 bagi peserta lelaki, dan Ummu Muhaymin 0134036368 atau Ummu Sofiyyah 013-9604922 bagi peserta perempuan.

Penginapan adalah di IQ. Sila sebarkan mesej ini.

Tentatif:

Jumaat (16 Oktober 2009)Perkara
08.30 pm Ketibaan Peserta
09.00 pm Makan dan Minum Malam
09.30 pm Sesi Ta'aruf dan Taklimat Program
11.00 pm Khidmat Diri dan Tidur

Sabtu (17 Oktober 2009)Perkara
05.00 am Bangun & Persiapan Diri
05.20 am Qiyam al-Lail
05.50 am Solat Subuh Berjama'ah
06.30 am Tadzkirah
07.10 am Khidmat Diri
07.45 am Sarapan Pagi
08.15 am Solat Sunat Dhuha & Khidmat Diri
09.00 am Pengisian 1 [Aqidah Shahihah (Akidah yang Benar]
11.00 am Kudapan
11.15 am Pengisian 2 [Nawaqid al-Islam (Pembatal-pembatal Keislaman)]
12.45 pm Short Nap
01.00 pm Makan Tengahari
01.15 pm Solat Zuhur
02.15 pm Pengisian 3 [Manajemen Akhlak Salaf]
04.15 pm Solat 'Asar
05.00 pm Pengisian 4 [Pengenalan Terhadap Asas Mu'amalat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam]
06.30 pm Persiapan & Khidmat Diri
07.15 pm Solat Maghrib & Tadzkirah
07.50 pm Makan Malam
08.30 pm Solat 'Isya'
09.15 pm Pengisian 5 [Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah Berdasarkan Kefahaman Salaf)]
11.30 pm Kudapan & Khidmat Diri
11.45 pm Tidur

Ahad (18 Oktober 2009) Perkara
05.00 am Bangun & Persiapan Diri
05.20 am Qiyam al-Lail
05.50 am Solat Subuh
06.30 am Tadzkirah Subuh oleh Ustadz Abu Hafiz Salehuddin
07.15 am Riadhah di Empangan Tasik Mengkuang
08.00 am Sarapan pagi & Khidmat Diri
08.40 am Solat Sunat Dhuha
09.15 am Pengisian 6 [Fiqh al-'Ibadah: Memahami Sebaik-Baik Ibadah]
11.30 am Kudapan
11.45 am Slot Khas
01.15 pm Makan Tengahari
01.30 pm Solat Zuhur
02.15 pm Resolusi
02.45 pm Bersurai

Ahad, 4 Oktober 2009

Yahoo Mail buat pasal

hari saya tak dapat buka email

email tentang jawapan bagi kemusykilan jarh wa ta'dil bagi seorang perawi

tapi saya tak dapat buka

macam mana saya nak tahu?

terima kasih kepada pengkaji-pengkaji hadith yang berusaha menjawab soalan susah saya itu(tersenyum.....)

tapi yahoo mail telah membuatkan saya geram

YM pun tak boleh buka..katanya kena locked!

terlupa pula saya,semalam saya YM dengan Pentagon!(marah)

Hello,Nikon!


lihat iklan ini..mengujakan saya,bukan kerana gambar perempuan yang pandai bergaya dan berlesung pipit itu,tetapi kerana nikon D3000! ahaaa...(dah lama ngidam DSLR nikon neh) semenjak nikon D80 dahulu telah dirembat oleh abah mertua saya,maka kali ini saya takkan mengalah! (abah tengok la nanti..haha) tengok harganya..dah standard macam D60 kan? tapi tetap berbeza!nak tahu apa yang berbeza,klik kat sini


D3000


pandangan seksi...eh silap,sisi



dari depan


pandangan dari kerajaan langit..haha


orang cakap Canon punya function lagi simple dari nikon,ape2 pun,cintaku pada nikon tak pudar..haha

Sabtu, 3 Oktober 2009

Demam


Cuba perhatikan ayat ini

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud
“Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.

Menurut Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (671H) menceritakan daripada Ibnu Abbas ra “yang dimaksudkan dengan manusia di dalam ayat tersebut adalah orang-orang Islam di Mekkah yang telah disiksa oleh kaum musyrikin seperti Salmah bin Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah, ‘Ammar bin Yasir dan sebagainya”. Maka dengan turunnya ayat ini mengajarkan bahawa telah menjadi sunnatullah yang akan menguji keimanan hamba-hambanya. Nabi Muhammad SAW juga pernah ditanya berkenaan dengan ujian Allah ini kepada hamba-hambaNya, maka baginda menjawab “Golongan yang paling banyak menerima ujian adalah daripada kalangan para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh sehingga mereka diuji dengan kemiskinan dan kemelaratan sehingga tidak ada yang dapat dijadikan pakaian melainkan kain yang telah usang” Imam al-Qurtubi juga menegaskan lagi, “walaupun ayat ini turun khusus kepada umat di zaman Nabi, tetapi pengajaran dan aplikasinya berkekalan sehingga ke hari kiamat” iaitu Allah akan tetap menguji keimanan hamba-hambaNya. (Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran 7/29. saya demam hari ini,doakan saya,ayat Quran diatas menguatkan hati saya,mungkin saya demam rindu...huhu

rujukan: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7996.0

Jumaat, 2 Oktober 2009

Entah.....


Saya rasa lesu dan tak bermaya otak saya ini.....

saya suka melayari al-ahkam.net,tapi sampai hari ini web ini masih belum boleh dibuka..saya doa pada Allah supaya web ini boleh dicapai semula,saya banyak pelajari manhaj sebenar seorang muslim dari web ini

berikut adalah kenyataan rasmi dari salah seorang panel di al-ahkam.net(AAN)
Syeikh Kamin (sila klik)

Teknik High speed photography

Hari ini saya nak berkongsi berkenaan salah satu teknik dalam fotografi...iaitu

High speed photography


anda tahu apa itu? sila klik pada perkataan tersebut,kerana saya agak malas untuk mensyarahkannya,lagipun En.Wikipedia kan ada..haha

lihat gambar ini,ini gambar yang diambil oleh seorang yang dah mahir En. Lotpi a.k.a Kamitaken)
















smart kan?saya sangat teruja..tunggulah D90 saya tu sampai,sampai dari langit,dan jatuh ke riba..haha,tapi saya yakin akan buat lebih baik! (ayat skema lah pulok)

p/s: hari ini lebih baik dari semalam,kan ada dalam agama kita :)

Khamis, 1 Oktober 2009

Test power

saja nak test power..asyik tengok orang tangkap aje,saya pun try la...nah amik korang!



keletihan.....setelah penat main bola dengan kawan2nya...Real Cat vs Cat United



test power...ade kritikan..sila2



ni pun sama...ada kritikan?



kaki kat belakang tu kaki raja..hehe,sori abah...tak perasan ade gambar abah..haha



lepas subuh.....

Kerja Seni!

inilah yang dikatakan seni,smart kan?saya sangat suka..kredit to abangah











tak boleh upload gambar

kenapa saya tak boleh upload picture kat blog ni?kenapa blogspot pun dengki kat saya jugak ke?kenapa tak boleh?kenapa...bla...bla...bla..bla...geram!

TERKEJUT



hari ni saya ke kuantan..

kenapa?

nak bertemu dengan seorang syeikh yang hebat

ilmunya tinggi..

paling menkjubkan

beliau ada nikon FM2..

TERKEJUT!

siapakah beliau ini..

haha

nanti saya cerita ya

Rabu, 30 September 2009

kena rembat!


saya sangat meminati fotografi..

sedih....kenapa?

sebab DSLR yang saya idam-idamkan d90 di rembat dengan kejam oleh abah mertua saya

ooohh tidak........!

BELIAU sangat dengki dengan saya

nanti saya cerita lagi ya

Dugaan...huhu

Semalam lepas maghrib aku hantar adik aku pergi tuisyen,jauh jgk la,dalam 2 kilo meter...hehe,tetiba tgh syok merempit(padahal 60km/j je) motor EX5 turbo abah aku semput..aisey..apehal nih,malam-malam plak tu,tengok kt papan meter,laaa...minyak habis! aku punya la cuak,dah la terlambat hantar adik aku gi tuisyen,aku doa sambil bertakbir,mintak sempat la sampai,dalam keadaan termengah-mengah motor turbo abah aku tu,sempat juga dia betul-betul 'padam' depan rumah tuisyen adik aku! haha...alhamdulillah.. ucap kami berdua.

adik aku tnya "awok nok balik cmne tu?" aah kan?aku nak balik cmne?haha...sengal betul,aku nak call abah aku,hp plak tak bawak,nak taknak aku terpaksa tolak motor racing abah aku ni gi stesen minyak,tak silap aku dalam 500meter je dari rumah tuisyen adik aku,siap aku bersalam dengan adik aku,aku terus tolak moto racing abh aku,mula-mula berlari,lepas tu semput,tolak plak sambil jalan kaki,terseksanya masa tu ya Rabbi..dah la pakai kain,tolak motor,terseksanya...nak cover kain lagi,kang terselak,ada plak yang accident kete,maklumlah..jalan kat bandar..hahaa

sambil duk tolak-tolak tu,aku zikir banyak kali,agak lama jugak la...tapi aku terfikir,apesal tak sampai2 lagi ni...ape hal jauh sangat stesen minyak nih?ya Allah..semput aku,rehat kejap,bdn aku dah berpeluh sakan dah..(jangan ingat tolak moto senang,cuba try,tolok sejauh 500 meter,nak plak yang jenis tak biasa bersenam dan pakai kain!...haha)

setelah lama menolak,akhirnya sampai jua di stesen minyak,masa sampai kat stesen minyak kan banyak lampu,mase aku turun dari moto racing abah aku yang laju giler ni,aku nampak macam ade benda terpenyek kat atas tempat duduk moto,korang tau ape??tahi ayam! ayam abah aku..memang nak kena sembelih nih,dah la aku pakai kain,warna cerah plak tu...geramnyaaa! masa nak naik moto tadi tak perasan,maklumlah...dalam gelap.

siap isi,aku terus rempit,pulas sampai moto tu jerit kuat-kuat,lepas geram! huhu,sampai kat rumah aku terus park moto abah dalam garaj,tetiba aku dengar ayam abah aku bersuara perlahan,semua ada kat situ..aku rasa diorang macam tengah gelakkan aku je,takpe-takpe,nanti raya tahun dpn aku gelakkan ko puas2 ayam! (tiap2 tahun abah sembelih ayam dia buat rendang)

masuk rumah aku buat la apa yang patut,itulah dugaan yang aku hadapi semalam,pagi ni aku nak upload gambar hari bahgia aku,tapi kemera aku tak tau letak kat mana,puas cari,huhu,kalau sape2 ade jumpa kamera aku tu,aku akan belanja dia makan roti arab kat rumah aku...hahaha,ok pe..hehe

Isnin, 28 September 2009

Kisah Mereka yang berjaya buktikan mereka tidak munafiq!

Nak tahu?

ini kisah benar-benar berlaku

sungguh, kisah mereka ini telah membuatkan hati saya cemburu!

dalam satu kisah di dalam Muwattho' karangan Imam Malik,suatu malam Umar al-Khattab r.a terkena tikaman pedang yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Beliau mengalami luka parah dan mengerang kesakitan. Beliau telah dibangunkan ketika waktu Subuh,dengan penuh semangat beliau segera bangun dan menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Subhanallah!!! padahal lukanya masih mengalir darah kesan dari tikaman tersebut!


Dalam satu kisah yang lain pula.....

kisah Anas bin Malik. Beliau akan menangis dengan penuh kesal setiap kali mengenangkan peristiwa penaklukan kota Tustar. Tahukah anda mengapa beliau menangis???

kerana penaklukan benteng Tustar itu dilakukan sesaat setelah terbitnya fajar. Tustar adalah sebuah kota di Persia. Benteng tersebut telah dikepung oleh kaum Muslimin selama satu setengah tahun. Pasukan Islam berjaya menembusi masuk ke dalam benteng dan terjadilah pertempuran yang dahsyat antara 30,000 pasukan Islam dan 150,000 pasukan Persia. Pertempuran sangat sengit,berkat kurniaan Allah kemenangan berada di pihak kaum Muslimin. Lantas Anas bin Malik tiba-tiba menangis setelah sedar bahawa dia telah melalaikan solat subuh,sekali dalam hidupnya!

kata Anas,
"Apalah ertinya Tustar?jika aku telah melalaikan solat subuh dan aku tidak akan senang seandainya semua di dunia ini diberikan kepadaku sebagai ganti dari solat Subuh yang telah terlambat ini"

seterusnya..Kisah Yahya bin Abdurrahman Mahdi.

Dikisahkan dari ayahandanya,bahawa di suatu ketika beliau bangun untuk menghidupkan malamnya dengan solat tahajjud dan ibadah lain. Tatkala menjelang fajar, dia merebahkan dirinya di atas katil hingga terbit matahari. Ini menyebabkan beliau terlewat mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Sebenarnya dia hanya ingin tidur sebentar untuk berehat setelah mengerjakan tahajjud,namun azan subuh sama sekali tidak didengarinya pada pagi itu. dia berjanji tidak akan tidur di atas katil sehingga kedua pahanya ditumbuhi bisul semata-mata agar tidak kehilangan solat Subuh berjemaah sekali lagi. Subhanallah!





Solat Subuh adalah ibadah terberat bagi orang munafiq

Di zaman Nabi,mengerjakan solat Subuh dilihat sebagai alat pengukur kemunafikan seseorang. jika ada seseorang yang tidak pernah kelihatan dalam solat subuh berjemaah,maka dia boleh dituduh sebagai orang munafiq. Sabda nabi S.A.W yang bermaksud:

"pembatas antara kita dengan orang-orang munafiq adalah menghadiri solat isyak dan subuh, kerana orang-orang munafiq tidak sanggup menghadiri kedua solat tersebut" - Riwayat muwaththa' Imam Malik

pengukur tahap keimanan kita

Kita patut merenung diri kita jika masih merasa berat dalam hati dan diri untuk bangun solat subuh secara berjemaah. Cuba kita bayangkan jika pemimpin negara kita yang akan memberikan hadiah ribuan ringgit hanya kerana kita mendirikan solat subuh secara berjemaah,sudah tentu kita akan bersiap awal-awal lagi ke masjid sebelum masuk waktu subuh lagi,tapi kenapa kita tidak merasa rugi?

bukankah nabi telah bersabda bahawa ganjaran sangat besar
"solat terberat bagi orang-orang munafiq adalah solat subuh dan isyak. Jika mereka mengetahui pahala yang ada dalam kedua-dua solat tersebut sudah tentu mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak" riwayat Ahmad dalam musnadnya
buktikan kita tidak munafiq!

mari bersama-sama saya merenung...merenung sedalam-dalamnya..di manakah hati kita ini? cuba kita sama-sama hayati ucapan Ibnu mas'ud ini:

"Kami selalu melaksanakan solat Subuh secara berjemaah bersama Nabi dan tidak ada seseorang yang tidak menghadirinya kecuali dia adalah orang munafiq,yang jelas kemunafiqannya" riwayat Muslim dam kitab masajid







WaTiKaH rAJa SeHaRi...:P

saksikan { sebuah } kisah cin(T)a.."Bila diri sudah [menikah]"

arahan/pengarah: Ustaz Ahmed



Pada

26/9/2009 (AHAD)

Ulu Tiram,Johor



karya asal: Ustazah husna


Tayangan ulangan pada


26/12/2009(Ahad)

DJ 48,kampung sepat,kuantan.

sahabat-sahabat semua di jemput hadir menyaksikannya!







Sabtu, 26 September 2009

Buktikan anda tidak munafiq!


"saya rasa lemahnya umat Islam hari ini kerana terlalu ramai yang munafiq!" luah jiran di kampung saya.

"hmm..orang munafiq memang banyak,kita pun tau.." jawab makcik saya

"kita munafiq tak?" pintas sepupu saya,pertanyaannya itu mengejutkan saya dan jiran di kampung saya.

"tak kot.." jawab makcik saya

"kalau tak,apakah kita punya tanda-tanda atau ciri-ciri orang munafiq? walaupun satu ciri?" balas jiran saya tadi,sekali lagi pertanyaannya itu mengejutkan kami,sah dia bukan sebarangan orang,mata hatinya tajam

"mungkin ada,tapi kita tetap perlu berusaha untuk membuang semua sifat-sifat munafiq yang ada.." balas makcik saya perlahan

saya hanya mendengar dan diam...kelu untuk berbicara

"dalam 1 hadis yang bermaksud ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas,hadis riwayat muslim.." ujar jiran atok saya ini sambil membaca kertas yang ada di tangannya,begitu bersemangat sekali beliau berhujjah.

"Pernahkah kita dituduh munafiq?atau kita pernah menuduh orang lain munafiq?atau kita sendiri pernah mendengar kawan-kawan kita menuduh kawan-kawan yang lain munafiq?apapun yang kita kata,paling penting sekali,apakah kita tahu makna munafiq itu dan benar-benar memahami dan sedar ciri-ciri munafiq?mengerti ciri-ciri nifaq sebagaimana yang di sampaikan al-Quran?" pertanyaan yang bertalu-talu itu membuatkan hati saya benar-benar tersentap.

"kalau kita ada 1,2,atau tiga,atau semuanya sekali ciri-ciri munafiq,segera mohon pada Allah agar ciri-ciri itu dapat dibuang jau-jauh dari diri kita.." sambungnya lagi,beliau bukan sebarangan orang,orang biasa tapi punya hati yang luar biasa!


makcik saya terdiam,saya juga merenung jauh ke dalam diri,perbualan sebegini di tepi pantai di kampung atok saya ini sering saya nantikan,anda pula bagaimana?buktikan anda tidak munafiq!

GERAM!!!

Sejak beberapa hari kebelakangan ini,penghantaran sms,calling sering terganggu,paling yang buatkan aku rasa nak je bakar pejabat Celcom ni masa aku tak boleh nak buat panggilan keluar,kalau sekejap tu tak pe lagi,ni 24 jam!

dah la saat genting plak tu,sakit benor ati aku,terpaksa la aku pergi public phone call orang yang aku nak call..5thn aku dah tak pakai public phone tau..sabor jela

sekarang ni pun Celcom masih ade masalah lagi,kalau hantar mesej,selalu lambat sampai,sampai terpaksa aku call n marah2 org yang tak balas msj aku,tapi aku jugak yang terkena,pasal diorg tak salah,Celcom yang salah..huhu(termasukla sorang staff HPA..)

jadi..aku nak minta maaf pada sapa2 yang terkena marah dengan aku tu,sesungguhnya aku tak berniat pun nak marah2...tapi geram dan salah sangka ingat tak nak jawab,ni semua salah celcom...aku tak salah,celcom yang salah! hahaha(ayat cover)

pape pun,jangan kecik2 ati dengan aku,aku taut ati korang dah besar,so tak payah kecik lagi..haha

jemputla dtg ke rumah aku,aku betul minta maaf apa yang berlaku..(ayat sedih)

jom boikot celcom! (nak wat ke taknak ah?huhuhu)

Khamis, 24 September 2009

Ragam manusia di 'Eidul Fitri

mendedah aurat

"along,tengok tu!" jerit adik lelaki saya yang paling bongsu.

"apa manje?" jawab saya sambil memandang kearah tumpuan pandangannya

"perempuan tu datang solat raya tapi pakai kain belah" balas adik saya

"ish..jangan tengok! berdosa nanti" pintas saya

pagi raya baru-baru ini jiwa saya agak ligat berfikir,apakah alasannya mereka berpakaian tidak menutup aurat?apakah puasa mereka tidak dapat mentarbiah hati mereka?saya merenung...juga merenung pada diri sendiri.

*****

Hiburan

"ya Allah dunia sekarang ni..banyak sangat hiburan..pening kepala,mana lah umat islam tak rosak sekarang ni" leter ibu saya ketika sedang menonton televisyen di rumah kawan ayah...sudah menjadi tradisi raya dalam masyarakat kita,amalan kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan di hari raya.

"raya mereka seolah-olah bebas! bebas buat apa sahaja" kata ayah

"biasala artis-artis" jawab tuan rumah

"nanti datang bala,jawabla 'biasalah kalau bala datang'.." pintas ibu dengan sinis

suasana agak tegang..huhu..tapi alhamdulillah semuanya ok,tuan rumah menukar siaran yang lebih bermanfaat.

*****

Ikhtilat

"kenapa mak lapik tangan dengan sapu tangan adik?" tanya adik bongsu saya

"lelaki dengan perempuan sebenarnya tak boleh bersalam...berdosa!" pintas adik perempuan bongsu saya

"tapi kenapa ramai yang salam juga?" tanya adik bongsu saya lagi

"ramai yang tak faham dan buat0buat tak faham" jawab ibu perlahan

ibu saya kalau beraya memang dah macam tu...kadang-kadang orang-orang kampung ni diorang bukan kira,habis semua dia salam,pak cik-pak cik..mak cik-mak cik...hmm

*****

Mengumpat

"chek..dah dua tahun Ilah tu tak balik sini!" luah seorang wanita kepada ibu,ibu diam..

"semenjak duduk dengah si Melah tu,terus buang adik-beradik,dah kena guna-guna la tu,aku ni nak cari jalan nak bawak si Ilah tu berubat dengan bomoh indon kampung sebelah" katanya dengan penuh emosi

"bayangkanla...ade ke patutnya tak bagi kat adik-adik dia ni duit??aku akak dia,aku tak kisah duit dia,tapi dia buang aku yang aku marah sangat ni chek" tambahnya lagi..(chek ni panggilan nama timangan ibu)

"mungkin tengah sesak kot" balas ibu perlahan

"sesak apanya chek! aritu aku nampak 1 troli dia tlg bayarkan untuk belanja dapur si Melah tak guna tu,kikis duit Ilah je dia tu! jawab wanita tadi separuh menjerit

saya geleng kepala...mengumpat sangat menjadi-jadi pada bulan syawal ni,kata ibu..jangan layan sangat diorang mengumpat ni,biarlah orang cakap kita tak peramah,asalkan kita tak buat perkara yang Allah larang.


banyak lagi perkara-perkara negatif yang di sambung semula selepas habisnya ramadhan...solusinya?sama-sama kta renungkan...tapi ada 1 lagi yang patut kita renung,berapakah nilai puasa kita selama sebulan baru-baru ini di sisi Allah?apakah di terima?atau di tolak? na'uzubillah

Jumaat, 18 September 2009

Pelbagai ragam semasa bersolat terawih berjamaah

1) Tak nak rapatkan saf,kaki bersentuh kaki,bahu bertemu bahu,bila aku rapatkan kaki..dia tarik kaki dia...cam nak bagitau,jangan sentuh kaki aku...geram betul!

2) bacaan dalam solat di kuatkan sehingga menganggu makmum sebelah,ni masalah bila makmum perasan dia imam

3) was-was dalam solat,contohnya angkat takbir banyak kali sampai menganggu makmum lain

Khamis, 6 Ogos 2009

H1N1 dan rawatan penyembuhannya...cubalah



"sakit apa ye? tanya doktor

"demam" jawab saya lemah

"sakit tekak ada?" tanya doktor lagi

"ada..." jawab saya singkat

"nganga mulut ye.." pinta doktor smbil tersenyum

"tekak awak merah..." ujarnya lagi

"ada sakit di bahagian sendi-sendi tak,letih ke?" tanya doktor lagi kepada saya


"ada juga sikit-sikit" jawab saya

"selsema?" tanya doktor lagi

"ada" jawab saya

banyak betul soalan doktor ni....getus saya dalam hati

"saya ni demam biasa je kan?" tanya saya untuk kepastian

"suspek H1N1...kita wat ujian darah nanti" kata doktor dengan slumber badak


ujian...


itulah perbualan antara saya dengan seorang doktor beberapa hari lepas,sebetulnya saya sendiri tak tahu berkenaan virus selsema babi ni apa tanda-tanda gejalanya,tapi bila dengar doktor cakap,risau pula,tapi saya langsung tidak menyentuh antibiotik yang diberikan oleh doktor tersebut,entah mengapa hati saya tidak terlintas nak makan ubat tadi. ZAMAN SEKARANG NI BAHAYA SUNGGUH...(sebab banyak sangat maksiat ni,tu Allah turunkan bala..huhu,ampun kan aku ya Allah)


habbatussauda'


saya teringat akan hadis yang menyebut bahawa pada habbatussauda' itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati,sata bertawakal,kalau sudah ajal,pasrah sahaja walaupun takut jugak sebab amal bukan banyak sangat pun lagi.







ke kedai membeli habbatussauda' jenama HPA..huhu(bukan nak promote ea),12 biji softgel saya telan,lepas dua hari saya makan habbatussauda',alhamdulillah..semua gejala H1N1 tu dah tak ada..alhamdulillah..

kesimpulannya,korang semua yakinlah dengan petunjuk nabi ini,tapi jangan kutuk ubat-ubat moden ni kaw2,apa-apa pun,kita ikhtiar,Allah jua yang menyembuhkan..(lama tak update...hehe)

Sabtu, 20 Jun 2009

Renungan buat pemburu Bahagia,Bahagia vs Seronok


tidur lena sangat




nak balik kandang da..



“akak betul-betul sedih sekarang ini”, luah seorang kakak senior saya sambil teresak-esak menangis

“sabar akak,kenapa sedih-sedih begini?” tanya saya cuba untuk memujuk

“sebenarnya..akak baru lepas putus cinta,akak bercinta dengan suami orang!” matanya semakin berkaca

“lahawla wa laquwwata illa billah….payah juga saya nak cakap macam tu” balas saya terkejut

“sebenarnya akak dah 2 tahun bercinta dengan dia,tapi dalam diam-diam,rupanya dia dah berkahwin,akak tak tahu pun,kenapa dia buat akak macam ini?”

“hmm..sabarlah akak,banyakkan berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah”, saya cuba memujuk

“akak tak boleh lupakan dia,akak sayangkan dia,kalau diberi peluang,akak sanggup jadi isteri kedua dia!” luahnya.


saya terkesima! sungguh cinta dia membutakan akal!



sejak dua tiga bulan ini,terlalu banyak kisah cinta kawan-kawan saya yang berakhir di tengah jalan saya dengar,bercinta bagai nak gila,tapi putus di tengah jalan,apa punca?macam-macam..salah pihak sana,salah pihak sini,salah sendiri. Kenapa jadi macam itu?bagi saya ia sangat berkait rapat dengan soal berkat dalam hubungan tersebut

bahagia vs seronok





“akak bahagia dengan dia dulu,selalu keluar makan,jalan-jalan,dia suka bagi akak kata-kata pujian dan pandai ambil hati akak” dia memulakan bicara selepas pertemuan semula dari pertemuan sebelum ini.

“itu sebenarnya akak masih belum bahagia” balas saya berhati-hati

“memanglah,sebab akak tak dapat kahwin dengan dia”, jawabnya dengan penuh yakin..sah dia salah faham!

“err..bukan macam itu maksud saya,maksud saya ialah..masa akak bercinta dengan dia dulu,akak sebenarnya tak bahagia” saya pula membalas dengan penuh yakin

“tak bahagia?apa pula..akak bahagia lah,dia tak pernah buat akak sakit hati,baik saja..bahagia sangat-sangat” balasnya pula

“maaf kalau saya menyinggung hati akak,tapi ada beza antara bahagia dan seronok” tegas saya perlahan.

“seronok?akak tak faham falsafah awak,apa beza antara bahagia dan seronok?”soalnya kehairanan

“bahagia ialah satu perasaan yang didasari oleh iman,rasa yang puas dan cukup dengan apa yang ada,serta syukur dengan pasangan yang dimiliki,sentiasa baik sangka,berpisahnya tidak gelisah,hati kedua-duanya di jaga oleh Allah,cinta mereka cinta yang punya keberkatan,cinta mereka membawa kepada lebih banyak amalan-amalan ibadah kepada Allah,cinta mereka ikhlas..suci,tidak ada yang menyalahi syariat,cinta suami isteri yang beriman….manakala seronok pula ialah cinta yang bertunjangkan nafsu,sentiasa rasa mahu berjumpa,rindu yang keterlampauan sehingga banyak termenung,tidak membawa kepada bertambahnya iman,semakin leka dalam melakukan amal ibadah yang wajib..jiwa tidak tenang jika tidak ada khabar darinya,cepat bosan apabila sudah memiliki” jelas saya panjang lebar,saya sebenarnya tidak pandai menyusun bahasa,namun harapnya dia faham..

bahagia dengan seronok sangat berbeza sifatnya..bahagia adalah bertunjangkan iman,tapi seronok bertunjangkan nafsu,ramai yang menyangka mereka bahagia,tapi hakikatnya mereka tidak bahagia,sebenarnya mereka hanya seronok.





dan jika seronok itu adalah dasar cinta mereka,bagaimana Allah mahu menjaga cinta yang bertunjangkan nafsu??sebab itu jika kita lihat artis-artis ramai yang berkahwin kemudian bercerai,kerana apa?kerana apabila manisnya telah dimiliki..mereka mudah berasa bosan,kerana sifat nafsu itu sendiri sentiasa tidak pernah merasa puas,mereka yang bertunjangkan cinta nafsu ini tidak mampu untuk memberi lebih banyak kasih sayang dengan ikhlas,kerana mereka lebih banyak menuntut hak mereka untuk di sayangi.

sangat berbeza dengan bahagia,rasa bahagia ini anugerah Allah,jika suami isteri orang yang beriman,sudah tentu mereka punya banyak kasih sayang,dan kasih sayang itu boleh diberi dengan ikhlas kepada orang yang mereka sayang tanpa rasa terkurang dengan banyaknya kasih sayang yang diberi,semakin banyak pula mereka memberi dengan ikhlas kerana Allah,semakin pula mereka ini disayangi oleh orang sekeliling mereka,dan juga oleh Allah..


saya berdoa semoga saya diampunkan oleh Allah kerana pernah mengejar seronok yang di sangka mengejar bahagia…astaghfirullah…

Jumaat, 19 Jun 2009

M.U.H.A.S.A.B.A.H


demam.........




budak nakal tengah tidur......




pemandangan tepi pantai depan rumah tokki....




rumah tokki....


suatu petang di tepi pantai.....



“nak jadi baik perlu solat,tapi kenapa orang yang masih bersolat hatinya masih belum baik?” Tanya sahabat saya.


“hati yang belum baik?maksudnya?” balas saya pula.


”ialah..sekarang kan ada saja yang solat penuh 5 waktu sehari semalam,tapi masih lagi hatinya tak baik,suka mengumpatlah,tak jaga pandangan mata lah,dan kadang-kadang boleh bat benda-benda pelik,tapi dia tau salah”, jawab sahabat saya.


”saya ada baca buku tarbiah hati,mungkin dia masih tak jaga solatnya” jawab saya pendek,sengaja mahu merancakkan lagi rasa ingin tahu hatinya.


”tak jaga solat?macam mana tu?” sah umpan saya mengena!


”kadang-kadang kita solat 5 waktu sehari semalam,tak pernah tinggal,solat pun kadang-kadang berjemaah,tapi soalnya adakah solat kita benar-benar berkualiti?atau dengan kata lain,adakah hati kita turut serta dalam solat?” jawab saya.


”solat yang berkualiti?hati yang turut solat?maksudnya khusyuk?”, tanyanya lagi bertalu-talu,saya suka perbincangan perkongsian seperti ini.


”ya,soal khusyuk,apakah pergerakkan solat kita itu hati kita turut serta?atau hanya sekadar pergerakkan sekadar pergerakkan saja,tapi hati berangan entah kemana dan banyak memikirkan soal lain........ada seorang ustaz sebut kalau solat tapi tak dapat rasa seolah-olah Allah melihat kita,solat kita itu umpama mempersembahkan bangkai! ” tegas saya.


sepi seketika


”macam mana mahu khusyuk?” soal sahabat saya ini tadi,soalnya memcahkan kesunyian sebentar tadi


”ini soalan yang memerlukan kepada ilmu dan latihan yang berterusan..” balas saya


”aii...sampai macam itu sekali?macam susah saja”, jawabnya


”apa rahsia utama untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan?” balas saya

menduga.


”kesungguhan,istiqomah,dan perancangan yang betul,oh...saya sudah faham” jawab sahabat saya..alhamdulillah dia sudah faham.


”iman ini benda yang berharga,mahal,sesuatu yang berharga tentulah agak sukar untuk diperolehi,umpama emas,mahal dan bukan mudah di jumpai,begitu juga iman,untuk dapat iman,perlu berusaha untuk mendapatkannya, membina itu memakan masa,tetapi meruntuhkan itu hanya sekelip mata” jawab saya


alhamdulillah..perbincangan kami petang itu sambil menikmati pemandangan petang di tepi pandai membawa erti kepada kami berdua..Ya Allah..tetapkanlah hati ini dalam iman..doa saya ketika itu.