Selasa, 10 Mac 2009

Sanggupkah PAS berubah? melahirkan pemuda yang punya pemikiran!

“saya rasakan pemikir dikalangan pemuda di dalam PAS masih lagi ditahap yang sangat kurang,ada itu ada,tapi tidak menonjol,apakah suara mereka tidak didengari?” ujar sahabat saya.




Ya,itulah antara hakikat yang terpaksa kita telan, teringat saya ketika muktamar pemuda Pas di Perak,ucapan pemuda PAS, saudara Salahuddin Ayub, ”kita sudah berupaya melahirkan murabithun di semua peringkat,tetapi malangnya kebolehan mereka untuk menjadi pemikir masih di tahap rendah.” ujar beliau.

”kita tertunggu-tunggu pemimpin baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar,berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan,kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja,sebaliknya kita mesti berfikir mengenai rakyat seluruhnya,”ujar beliau lagi.

Nampaknya saudara Salahuddin begitu jelas dengan halatuju pemuda sesuai dengan keadaan ketika ini. Kita tidak boleh berfikiran seperti PAS ketika zaman kemerdekaan dahulu,kerana suasananya sangat berbeza. Pada hari ini,kegagalan kita melahirkan pemikir atau bahasa arabnya qiyadah-mufakkir sebenarnya telah mengakibatkan kelesuan yang amat dalam perjungan pemuda hari ini.

Pemuda yang punya al-quwwah dan al-amanah

“Apa cara kita untuk melahirkan pemikir?” soal sahabat saya ini,soalan yang menarik saya kira dan perlu menjadi perhatian pemuda umumnya dan juga jemaah kampus khususnya. Teringat saya akan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah yang di nurkilkan oleh Dr Asri:

"Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.

Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya):

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s.(maksudnya) :”Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54).

Firman Allah dalam menyifatkan Jibril (maksudnya): (Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21)


Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan...al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir) (Surah al-Maidah: ayat 44)”.

Saya membayangkan al-Quwwah pada zaman ini ialah mereka yang mempunyai ketajaman aqalnya dalam berfikir,kreatif dalam membuat perubahan yang sesuai,penuh idea,berilmu dan berkualiti yang tidak hanya bergantung kepada sijil lulusan gama yang mereka ada sahaja!

Kata Abdul Syukri Harun,penulis dalam akhbar fikrah,untuk melahirkan pemimpin yang berilmu,yang mampu mencetuskan pemikiran besar,keluar dari kepompong tradisional yang konvesional,ia perlu bersedia mendedahkan diri kepada pelbagai situasi di tengah masyarakat. Ertinya bukan berlegar dikalangan warga PAS sahaja, atau dari markas ke markas, dari kuliah ke kuliah sahaja.



Ya. Mereka juga mesti menyediakan waktu secukupnya untuk membaca pelbagai bahan bacaan. Tidak sekadar membaca dan mentelaah tafsir-tafsir al-Quran,dan kitab syarah hadis-hadis,fiqh dan usul fiqh,dan aqidah sebagai bacaan yang wajib, tetapi bacaan tambahan yang lain,seperti buku dan majalah dari timur dan barat dan juga yang berkaitan dengan pemikiran dan motivasi. Tidak itu sahaja,mereka juga tidak ketinggalan dengan arus perkembangan sains dan teknologi.

Pemuda juga perlu menyediakan dan memulakan penyelidikan melalui institusi persendirian. Kerana kita sangat memerlukan mereka yang berwiba serta bersedia menganjak paradigmanya. Kerana pemuda bakal mewarisi sesebuah kepimpinan.


Kenyataan yang menyakitkan

Bayangkan sudah begitu lama PAS ini wujud,namun masyarakat tidak sepenuhnya faham tentang Islam,,jangan lihat di kelantan,atau kedah,tetapi lihatlah pahang,johor dan lain-lain negeri yang punya umat islam melayu yang majoriti, mengapa mereka masih tidak mahu menyokong menegakkan daulah ketika pilihanraya? Apakah gerak kerja kita hanya bercakap soal politik semata-mata?

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah lebih dari sepuluh tahun di makkah berkenaan aqidah,dengan aqidahlah manusia akan lebih mudah di tarbiah jika soal aqidah telah selesai,namun hari ini,tidak hairan jika terdapat sebahagian ahli yang begitu bersemngat,namun berseluar pendek ketika memanjat pokok bagi menyebarkan bendera parti. Atau dengan keadaan tidak berbaju dalam kempen mengibarkan berdera parti? kalaulah Nabi melihatnya,apakah nabi akan bersetuju?




Lihat sahaja apa yang terjadi kepada PAS,dimana di awal tampuk pemerintahan Pak Lah dengan kempen Islam Hadharinya hampir sahaja PAS kehilangan kubu kuatnya iaitu Kelantan. Rakyat seolah-olah keliru dengan Islam hadhari bawaan Pak Lah dengan Islam yang didokong oleh PAS. Walhal jika rakyat faham tentang Islam yang sebenarnya,tentu sahaja mereka tidak memihak kepada BN,kerana rakyat tahu betapa mereka ini hanyalah bersifat sekular semata.


Kelesuan jemaah kampus

Isu ini sangat mencabar pemuda dan pemudi gerakan Islam di kampus-kampus,sangat kurang daripada mereka adalah dikalangan pemikir,gerak kerja mereka banyak bertaqlid kepada generasi sebelum mereka. Dunia kampus semakin mencabar,dan menuntut pemuda dan pemudi ini berubah, gerak kerja juga mestilah sesuai dengan dunia kampus pada hari ini. Namun apa yang menyedihkan, mereka lebih banyak mengkritik sesuatu perkara daripada bangun mencadangkan altenatif,sebagai contoh, remaja hari ini amat sukakan hiburan,rancangan-rancangan realiti,apakah ada sebahagian jemaah kampus ini bangun menyediakan altenatif kepada hiburan-hiburan Islam? Jangan pula di jumudkan bahawa hiburan itu hanya nasyid semata!

Buya HAMKA berdakwah dengan sastera,lihat sahaja filem-filem Islam Iran,mungkin kita sebagai sunni tidak menyokong syiah,namun hakikatnya syiah lebih terkehadapan dalam menyediakan altenatif hiburan kepada masyarakatnya.

Apakah jemaah kampus sedia untuk menyediakan platforn kepada warga kampus dengan teater-teater kesenian Islam,pentomen,puisis-puisi Islam,novel-novel Islam dan sebagainya?? Sekaligus lebih mendekatkan lagi golongan-golongan ”kurang agama” ini kepada kefahaman Islam yang sebenar?

Atau kita hanya sekadar klon politik semata di kampus ini,tidak lebih dari semangat tetapi agak kurang dari sudut idea-idea,wibawa dan ilmunya. Sepatutnya di hidupkan budaya Ilmu di kalangan kita,saya tidak nafikan ada yang bagus serta punya kualiti. Namun hakikatnya,memang kita sangat kurang budaya ilmu,kurang kelihatan mereka ini memperbanyakkan bacaan melainkan buku haraki semata-mata! Saya tidak katakan buku-buku itu salah,tapi janganlah di sempitkan bahan bacaan wajib kita itu,sudahnya kita yang rugi



Pemuda yang bersedia di kritik


Semua gerakan jemaah kampus sekalipun dikritik oleh yang berkepentingan, namun kita mesti melihat positifnya terhadap umat secara menyeluruh dan jangka masa panjang. Bukan untuk menjaga keselesaan segelintir manusia sahaja.


Kepimpanan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama. Walauapa pun hakikatnya,ini hanyalah sekadar pandangan saya,terpulanglah kepada anda menilainya.

Oleh Busyro
10 mac 2009
www.drbusyro.blogspot.com

Isnin, 9 Mac 2009

Lagi alasan tidak memboikot

Tak mahu boikot

“ada bukti ke produk Amerika ini menyumbang kepada ketenteraan Yahudi?” tanya seorang rakan saya yang tidak menyertai serta menyokong kempen boikot anti yahudi.


Saya terdiam,ya….sangat terdiam!


Entah mengapa saya rasa sebak dengan hujah sebegini untuk tidak memboikot. Artikel lepas saya ada menulis tentang boikot ini. Secara jelasnya,memang keuntungan dari hasil jualan syarikat-syarikat besar milik Amerika ini pastinya akan di kenakan cukai,cukai-cukai ini bukan sedikit jumlahnya,dan Amerika memang sedia maklum,setiap tahun menyalurkan bantuan kewangan kepada negara haram Israel itu!

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,

حدثنا ‏ ‏أبو النعمان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏معتمر بن سليمان ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏أبي عثمان ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الرحمن بن أبي بكر ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏
‏كنا مع النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثم جاء رجل مشرك ‏ ‏مشعان ‏ ‏طويل بغنم يسوقها فقال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بيعا أم عطية أو قال أم هبة قال لا بل بيع فاشترى منه شاة

Yang bermaksud : sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w kemudian dating seorang lelaki musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing gembalanya. Maka nabi bertanya: “(adakah kambing ini) dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “ tidak, bahkan dijual.” Maka Nabi pun membeliknya daripada seekor kambing.” (riwayat al-Bukhari dalam Sahih Bukhari,Jld. 8,hlm. 196, No. 2216)


Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah berjual beli dengan mereka yang memerangi Islam, telah menyatakan:


Telah sepakat umat Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang kafir,selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk orang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)


Perlu difahami bahawa, hukum asal berurus niaga dengan orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat daripada transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada Negara Yahudi,ISRAEL! Ia sesuatu yang tidak boleh dis

angkal lagi!!



Memboikot tidak memberi kesan kepada Zionis

“boikot-boikot ini dah tak praktikal,boleh bagi kesan ke kat Yahudi?,ibarat mencuarah air ke daun keladi” luahnya lagi.


Teringat saya akan kisah yang di tulis oleh Pahrol Juoi,katanya kisah ini di ambil semasa beliau menonton satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri ”Mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api Besar.


Melihat api besar itu,seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecillalu dititiskan ke atas nyalaan api besar itu.


Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.


“apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.


“untuk memadamkan api yang akan membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.


“ha..ha..usaha yang sia-sia. Adakah api sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.


Jawab burung kecil itu, ”Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan,tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...”


Mendengar jawapan burung kecil,sekalian burung yang besar terdiam.


Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi….siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.



oleh busyro
www.drbusyro.blogspot.com