Rabu, 30 Jun 2010

Murabbi ku...





Berita kemasukkan Ustaz Fadlan Othman ke dalam parti melayu UMNO amat memeranjatkan saya, walaupun saya tidak mengenali beliau dengan rapat, namun kami pernah betukar-tukar email dalam pelbagai isu yang di bincangkan, sehinggalah kepada pertemuan saya bersama beliau di UKM, mengeratkan lagi ukhwah antara kami, saya amat mengkagumi beliau,banyak manhaj sunnah yang saya pelajari dari beliau, memahami erti manhaj salaf, dan juga khalaf, tapi penyertaan beliau kedalam UMNO, buatkan saya terkedu dalam banyak waktu, hinggakan manisnya kek yang di makan bagai tak terasa nikmatnya, betapa tika itu saya amat berduka, namun jawapan sms beliau

"...dakwah, harap memahami..."

serta penjelasan beliau di blognya sedikit sebanyak mengurangkan duka saya, cumanya..saya pasti sahaja akan berbeza ijtihad dengan ustaz dalam hal ini, tapi saya tetap akan mendoakan ustaz agar tidak takut dalam menegur pemerintah, Amiiin.


Ahad, 13 Jun 2010

من المؤمن؟



المؤمن أخو المؤمن لا يدع نصيحته على كل حال

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً

المؤمن مرآة المؤمن

المؤمن من أمنته الناس على دمائهم وأموالهم

المؤمن ولي الله وفي ستر الله

المؤمن يألف ويؤلف، ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف

المؤمن يغار والله أشد غيرة منه

المؤمن لا يزيده طول العمر إلا خيراً

المؤمن هين لين جواد سمح

المؤمن لا ينجس

المؤمن كيس فطن حَذر

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف

المؤمن أكرم على الله من بعض ملائكته

معلمنا الشيخ سيد عبدالماجد الغوري

جامعة ندوة العلماء لكهنؤ الهند


Sabtu, 12 Jun 2010

Hatiku..Allah yang tahu


tak ramai yang memandang bunga ini, bunga tepi jalan, manusia oh manusia..jarang menghargai


bunga depan rumah


kucing saya, rika sumanto nama dia




Cinta itu ramai yang menyangka ia indah

hakikatnya ia sebuah rasa yang mungkin sahaja boleh berubah

cinta itu tidak bermakna kita memiliki

tidak bermakna juga akan dihargai

tapi itulah cinta

walaupun pahit

manusia tetap mencarinya

kerana fitrahnya kita perlukan cinta

kata orang cinta ilahi itu sebaik-baik cinta

tapi mengapa ramai yang tidak merasainya?

ada juga cintakan seseorang kerana Allah

tapi perpisahan tanpa pertemuan yang berlaku

susah untuk di ulas jika hati telah jatuh cinta

jatuh cinta dan menjaga cinta

tersangatlah susah

terkadang cinta perlukan kita berkorban

itu juga sangat menyakitkan

demi sahabat

terkadang demi keluarga

juga terkadang demi cita-cita..

tak semua cinta indah belaka



Sistem Pendidikan Yang Perlu Berubah

"saya tidak menganggap sistem pendidikan yang ada pada hari merupakan sistem yang terbaik" ujar pensyarah saya di sebuah kafe.

"hakikatnya kita gagal melahirkan golongan profesional agama, kewujudan sekolah agama sains masih di tahap yang sangat kritikal walaupun negara kita mengangkat Islam sebagai sebuah agama rasmi" tambah beliau lagi, ada nada emosi, luahan hati.

"agak-agak kamu, apakah mungkin negara kita punya alim-ulamak seperti al-Qardhawi?punya intelek profesional sehebat Harun Yahya?" soal pensyarah ini.

"insyallah ada.." jawab saya

"tak mungkin ada.." jawabnya pantas sambil menghirup teh arab panas itu, teh yang bercampur daun pudina itu terasa menyegarkan suasana.

"kenapa pula?" soal saya pula, pandangan masih samar tentang kenyataan pensyarah saya ini.

"al-Qardhawi telah hafaz al-Qur'an sejak umur 7 tahun, org sekarang 7 tahun buat apa?" jawabnya tegas.

perbualan saya bersama pensyarah saya ini telah membuatkan saya berfikir sesuatu. Fikir dan Zikir.

saya mungkin saja tidak bersetuju seratus peratus dengan kenyataan pensyarah tersebut, namun ada perkara yang lebih merungsingkan saya.


Ilmu Agama vs Ilmu Sains

"jika di beri pilihan, kamu mahu belajar sains atau belajar agama?" tanya seorang makcik kepada remaja yang ia temui

"kedua-duanya sekali tak boleh kah?" tanya remaja itu kembali

"mungkin boleh, mungkin juga tak boleh, tapi soalan makcik, yang mana satu?" tanyanya lagi

"belajar ilmu sains.." jawab remaja tersebut.

dan anda di luar pula, jika anak anda pandai, SPM nya 11 A1, apakah mahu menghantar anak anda belajar agama atau mahu anak anda belajar dalam bidang perubatan atau kejuruteraan?

inilah masalah yang berlaku hari ini, orang seolah-olah telah memisahkan ilmu agama dengan ilmu sains, padahal ilmu ini mesti selari, wajib selari, tak boleh di pisahkan, orang selalu menyangka, ilmu sains itu ilmu dunia, dan ilmu agama ini ilmu Allah, ilmu akhirat, betulkah begitu? bagi saya, ilmu sains itu juga ilmu Allah, cuma di pecahkan, sehingga kita tidak merasakan bahawa ilmu sains itu juga ilmu Allah.

sains yang kosong, agama yang lesu

ini bukan perkara yang direka-reka, lihat sahaja disekolah-sekolah, hatta di sekolah yang berjenamakan "maahad sains' atau 'sekolah sains agama' atau apa sahaja namanya, pembelajaran masih di tahap yang sama, cuma ditambah subjek sahaja.

Di sekolah-sekolah, ustaz-ustazah yang mengajar ilmu tauhid atau ilmu agama, tidak mengaitkannya dengan asas-asas sains sedangkan al-Qur'an kaya dengan dasar-dasar sains. Ini jelas apabila Allah mendorong manusia melihat dan merenung bagaimana bumi, langit, gunung-ganang dan haiwan diciptakan.

Begitu juga sebaliknya, guru-guru sains pula tidak langsung menyelitkan unsur-unsur tauhid sewaktu mengajar tentang kejadian hujan, kitaran pemakanan, pembiakan haiwan, proses kejadian tumbuhan, cara sel-sel dalam tubuh yang berkerja secara sistematik tanpa ada cacat cela dan sebagainya.

Hasilnya agama diajar tanpa fikir. Sains diajar tanpa zikir. Lalu bagaimana nanti para pelajar hendak mengaitkan agama dengan kehidupan dan menyusun kehidupan dengan agama??

Solusi yang mencabar

hal ini bukan semudah 1+1 untuk diselesaikan, tapi memerlukan komitmen pelbagai pihak, kesedaran dikalangan guru-guru agama dan sains, bagi saya kemelut di bidang pendidikan ini mesti diatasi dengan segera. Walaupun kita telah punya golongan agama yang mampu berhujjah dengan fakta sains, matematik, falsafah dan ekonomi dan juga sebaliknya, tapi itu belum memadai, namun setidak-tidaknya langkah telah pun bermula. Dan saya mengharapkan agar dapatlah di bentuk satu sistem pendidikan baru yang dapat membentuk satu kurikulum pelajaran dan pendidikan yang meletakkan input tauhid dan sains dalam satu bekas yang sama, agar lahirnya golongan yang benar-benar berilmu seperti zaman kegemilangan Islam dahulu, Ilmu itu kunci kejayaan, membaca pula kunci Ilmu.