Rabu, 30 September 2009

kena rembat!


saya sangat meminati fotografi..

sedih....kenapa?

sebab DSLR yang saya idam-idamkan d90 di rembat dengan kejam oleh abah mertua saya

ooohh tidak........!

BELIAU sangat dengki dengan saya

nanti saya cerita lagi ya

Dugaan...huhu

Semalam lepas maghrib aku hantar adik aku pergi tuisyen,jauh jgk la,dalam 2 kilo meter...hehe,tetiba tgh syok merempit(padahal 60km/j je) motor EX5 turbo abah aku semput..aisey..apehal nih,malam-malam plak tu,tengok kt papan meter,laaa...minyak habis! aku punya la cuak,dah la terlambat hantar adik aku gi tuisyen,aku doa sambil bertakbir,mintak sempat la sampai,dalam keadaan termengah-mengah motor turbo abah aku tu,sempat juga dia betul-betul 'padam' depan rumah tuisyen adik aku! haha...alhamdulillah.. ucap kami berdua.

adik aku tnya "awok nok balik cmne tu?" aah kan?aku nak balik cmne?haha...sengal betul,aku nak call abah aku,hp plak tak bawak,nak taknak aku terpaksa tolak motor racing abah aku ni gi stesen minyak,tak silap aku dalam 500meter je dari rumah tuisyen adik aku,siap aku bersalam dengan adik aku,aku terus tolak moto racing abh aku,mula-mula berlari,lepas tu semput,tolak plak sambil jalan kaki,terseksanya masa tu ya Rabbi..dah la pakai kain,tolak motor,terseksanya...nak cover kain lagi,kang terselak,ada plak yang accident kete,maklumlah..jalan kat bandar..hahaa

sambil duk tolak-tolak tu,aku zikir banyak kali,agak lama jugak la...tapi aku terfikir,apesal tak sampai2 lagi ni...ape hal jauh sangat stesen minyak nih?ya Allah..semput aku,rehat kejap,bdn aku dah berpeluh sakan dah..(jangan ingat tolak moto senang,cuba try,tolok sejauh 500 meter,nak plak yang jenis tak biasa bersenam dan pakai kain!...haha)

setelah lama menolak,akhirnya sampai jua di stesen minyak,masa sampai kat stesen minyak kan banyak lampu,mase aku turun dari moto racing abah aku yang laju giler ni,aku nampak macam ade benda terpenyek kat atas tempat duduk moto,korang tau ape??tahi ayam! ayam abah aku..memang nak kena sembelih nih,dah la aku pakai kain,warna cerah plak tu...geramnyaaa! masa nak naik moto tadi tak perasan,maklumlah...dalam gelap.

siap isi,aku terus rempit,pulas sampai moto tu jerit kuat-kuat,lepas geram! huhu,sampai kat rumah aku terus park moto abah dalam garaj,tetiba aku dengar ayam abah aku bersuara perlahan,semua ada kat situ..aku rasa diorang macam tengah gelakkan aku je,takpe-takpe,nanti raya tahun dpn aku gelakkan ko puas2 ayam! (tiap2 tahun abah sembelih ayam dia buat rendang)

masuk rumah aku buat la apa yang patut,itulah dugaan yang aku hadapi semalam,pagi ni aku nak upload gambar hari bahgia aku,tapi kemera aku tak tau letak kat mana,puas cari,huhu,kalau sape2 ade jumpa kamera aku tu,aku akan belanja dia makan roti arab kat rumah aku...hahaha,ok pe..hehe

Isnin, 28 September 2009

Kisah Mereka yang berjaya buktikan mereka tidak munafiq!

Nak tahu?

ini kisah benar-benar berlaku

sungguh, kisah mereka ini telah membuatkan hati saya cemburu!

dalam satu kisah di dalam Muwattho' karangan Imam Malik,suatu malam Umar al-Khattab r.a terkena tikaman pedang yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Beliau mengalami luka parah dan mengerang kesakitan. Beliau telah dibangunkan ketika waktu Subuh,dengan penuh semangat beliau segera bangun dan menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Subhanallah!!! padahal lukanya masih mengalir darah kesan dari tikaman tersebut!


Dalam satu kisah yang lain pula.....

kisah Anas bin Malik. Beliau akan menangis dengan penuh kesal setiap kali mengenangkan peristiwa penaklukan kota Tustar. Tahukah anda mengapa beliau menangis???

kerana penaklukan benteng Tustar itu dilakukan sesaat setelah terbitnya fajar. Tustar adalah sebuah kota di Persia. Benteng tersebut telah dikepung oleh kaum Muslimin selama satu setengah tahun. Pasukan Islam berjaya menembusi masuk ke dalam benteng dan terjadilah pertempuran yang dahsyat antara 30,000 pasukan Islam dan 150,000 pasukan Persia. Pertempuran sangat sengit,berkat kurniaan Allah kemenangan berada di pihak kaum Muslimin. Lantas Anas bin Malik tiba-tiba menangis setelah sedar bahawa dia telah melalaikan solat subuh,sekali dalam hidupnya!

kata Anas,
"Apalah ertinya Tustar?jika aku telah melalaikan solat subuh dan aku tidak akan senang seandainya semua di dunia ini diberikan kepadaku sebagai ganti dari solat Subuh yang telah terlambat ini"

seterusnya..Kisah Yahya bin Abdurrahman Mahdi.

Dikisahkan dari ayahandanya,bahawa di suatu ketika beliau bangun untuk menghidupkan malamnya dengan solat tahajjud dan ibadah lain. Tatkala menjelang fajar, dia merebahkan dirinya di atas katil hingga terbit matahari. Ini menyebabkan beliau terlewat mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Sebenarnya dia hanya ingin tidur sebentar untuk berehat setelah mengerjakan tahajjud,namun azan subuh sama sekali tidak didengarinya pada pagi itu. dia berjanji tidak akan tidur di atas katil sehingga kedua pahanya ditumbuhi bisul semata-mata agar tidak kehilangan solat Subuh berjemaah sekali lagi. Subhanallah!





Solat Subuh adalah ibadah terberat bagi orang munafiq

Di zaman Nabi,mengerjakan solat Subuh dilihat sebagai alat pengukur kemunafikan seseorang. jika ada seseorang yang tidak pernah kelihatan dalam solat subuh berjemaah,maka dia boleh dituduh sebagai orang munafiq. Sabda nabi S.A.W yang bermaksud:

"pembatas antara kita dengan orang-orang munafiq adalah menghadiri solat isyak dan subuh, kerana orang-orang munafiq tidak sanggup menghadiri kedua solat tersebut" - Riwayat muwaththa' Imam Malik

pengukur tahap keimanan kita

Kita patut merenung diri kita jika masih merasa berat dalam hati dan diri untuk bangun solat subuh secara berjemaah. Cuba kita bayangkan jika pemimpin negara kita yang akan memberikan hadiah ribuan ringgit hanya kerana kita mendirikan solat subuh secara berjemaah,sudah tentu kita akan bersiap awal-awal lagi ke masjid sebelum masuk waktu subuh lagi,tapi kenapa kita tidak merasa rugi?

bukankah nabi telah bersabda bahawa ganjaran sangat besar
"solat terberat bagi orang-orang munafiq adalah solat subuh dan isyak. Jika mereka mengetahui pahala yang ada dalam kedua-dua solat tersebut sudah tentu mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak" riwayat Ahmad dalam musnadnya
buktikan kita tidak munafiq!

mari bersama-sama saya merenung...merenung sedalam-dalamnya..di manakah hati kita ini? cuba kita sama-sama hayati ucapan Ibnu mas'ud ini:

"Kami selalu melaksanakan solat Subuh secara berjemaah bersama Nabi dan tidak ada seseorang yang tidak menghadirinya kecuali dia adalah orang munafiq,yang jelas kemunafiqannya" riwayat Muslim dam kitab masajid







WaTiKaH rAJa SeHaRi...:P

saksikan { sebuah } kisah cin(T)a.."Bila diri sudah [menikah]"

arahan/pengarah: Ustaz Ahmed



Pada

26/9/2009 (AHAD)

Ulu Tiram,Johor



karya asal: Ustazah husna


Tayangan ulangan pada


26/12/2009(Ahad)

DJ 48,kampung sepat,kuantan.

sahabat-sahabat semua di jemput hadir menyaksikannya!







Sabtu, 26 September 2009

Buktikan anda tidak munafiq!


"saya rasa lemahnya umat Islam hari ini kerana terlalu ramai yang munafiq!" luah jiran di kampung saya.

"hmm..orang munafiq memang banyak,kita pun tau.." jawab makcik saya

"kita munafiq tak?" pintas sepupu saya,pertanyaannya itu mengejutkan saya dan jiran di kampung saya.

"tak kot.." jawab makcik saya

"kalau tak,apakah kita punya tanda-tanda atau ciri-ciri orang munafiq? walaupun satu ciri?" balas jiran saya tadi,sekali lagi pertanyaannya itu mengejutkan kami,sah dia bukan sebarangan orang,mata hatinya tajam

"mungkin ada,tapi kita tetap perlu berusaha untuk membuang semua sifat-sifat munafiq yang ada.." balas makcik saya perlahan

saya hanya mendengar dan diam...kelu untuk berbicara

"dalam 1 hadis yang bermaksud ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas,hadis riwayat muslim.." ujar jiran atok saya ini sambil membaca kertas yang ada di tangannya,begitu bersemangat sekali beliau berhujjah.

"Pernahkah kita dituduh munafiq?atau kita pernah menuduh orang lain munafiq?atau kita sendiri pernah mendengar kawan-kawan kita menuduh kawan-kawan yang lain munafiq?apapun yang kita kata,paling penting sekali,apakah kita tahu makna munafiq itu dan benar-benar memahami dan sedar ciri-ciri munafiq?mengerti ciri-ciri nifaq sebagaimana yang di sampaikan al-Quran?" pertanyaan yang bertalu-talu itu membuatkan hati saya benar-benar tersentap.

"kalau kita ada 1,2,atau tiga,atau semuanya sekali ciri-ciri munafiq,segera mohon pada Allah agar ciri-ciri itu dapat dibuang jau-jauh dari diri kita.." sambungnya lagi,beliau bukan sebarangan orang,orang biasa tapi punya hati yang luar biasa!


makcik saya terdiam,saya juga merenung jauh ke dalam diri,perbualan sebegini di tepi pantai di kampung atok saya ini sering saya nantikan,anda pula bagaimana?buktikan anda tidak munafiq!

GERAM!!!

Sejak beberapa hari kebelakangan ini,penghantaran sms,calling sering terganggu,paling yang buatkan aku rasa nak je bakar pejabat Celcom ni masa aku tak boleh nak buat panggilan keluar,kalau sekejap tu tak pe lagi,ni 24 jam!

dah la saat genting plak tu,sakit benor ati aku,terpaksa la aku pergi public phone call orang yang aku nak call..5thn aku dah tak pakai public phone tau..sabor jela

sekarang ni pun Celcom masih ade masalah lagi,kalau hantar mesej,selalu lambat sampai,sampai terpaksa aku call n marah2 org yang tak balas msj aku,tapi aku jugak yang terkena,pasal diorg tak salah,Celcom yang salah..huhu(termasukla sorang staff HPA..)

jadi..aku nak minta maaf pada sapa2 yang terkena marah dengan aku tu,sesungguhnya aku tak berniat pun nak marah2...tapi geram dan salah sangka ingat tak nak jawab,ni semua salah celcom...aku tak salah,celcom yang salah! hahaha(ayat cover)

pape pun,jangan kecik2 ati dengan aku,aku taut ati korang dah besar,so tak payah kecik lagi..haha

jemputla dtg ke rumah aku,aku betul minta maaf apa yang berlaku..(ayat sedih)

jom boikot celcom! (nak wat ke taknak ah?huhuhu)

Khamis, 24 September 2009

Ragam manusia di 'Eidul Fitri

mendedah aurat

"along,tengok tu!" jerit adik lelaki saya yang paling bongsu.

"apa manje?" jawab saya sambil memandang kearah tumpuan pandangannya

"perempuan tu datang solat raya tapi pakai kain belah" balas adik saya

"ish..jangan tengok! berdosa nanti" pintas saya

pagi raya baru-baru ini jiwa saya agak ligat berfikir,apakah alasannya mereka berpakaian tidak menutup aurat?apakah puasa mereka tidak dapat mentarbiah hati mereka?saya merenung...juga merenung pada diri sendiri.

*****

Hiburan

"ya Allah dunia sekarang ni..banyak sangat hiburan..pening kepala,mana lah umat islam tak rosak sekarang ni" leter ibu saya ketika sedang menonton televisyen di rumah kawan ayah...sudah menjadi tradisi raya dalam masyarakat kita,amalan kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan di hari raya.

"raya mereka seolah-olah bebas! bebas buat apa sahaja" kata ayah

"biasala artis-artis" jawab tuan rumah

"nanti datang bala,jawabla 'biasalah kalau bala datang'.." pintas ibu dengan sinis

suasana agak tegang..huhu..tapi alhamdulillah semuanya ok,tuan rumah menukar siaran yang lebih bermanfaat.

*****

Ikhtilat

"kenapa mak lapik tangan dengan sapu tangan adik?" tanya adik bongsu saya

"lelaki dengan perempuan sebenarnya tak boleh bersalam...berdosa!" pintas adik perempuan bongsu saya

"tapi kenapa ramai yang salam juga?" tanya adik bongsu saya lagi

"ramai yang tak faham dan buat0buat tak faham" jawab ibu perlahan

ibu saya kalau beraya memang dah macam tu...kadang-kadang orang-orang kampung ni diorang bukan kira,habis semua dia salam,pak cik-pak cik..mak cik-mak cik...hmm

*****

Mengumpat

"chek..dah dua tahun Ilah tu tak balik sini!" luah seorang wanita kepada ibu,ibu diam..

"semenjak duduk dengah si Melah tu,terus buang adik-beradik,dah kena guna-guna la tu,aku ni nak cari jalan nak bawak si Ilah tu berubat dengan bomoh indon kampung sebelah" katanya dengan penuh emosi

"bayangkanla...ade ke patutnya tak bagi kat adik-adik dia ni duit??aku akak dia,aku tak kisah duit dia,tapi dia buang aku yang aku marah sangat ni chek" tambahnya lagi..(chek ni panggilan nama timangan ibu)

"mungkin tengah sesak kot" balas ibu perlahan

"sesak apanya chek! aritu aku nampak 1 troli dia tlg bayarkan untuk belanja dapur si Melah tak guna tu,kikis duit Ilah je dia tu! jawab wanita tadi separuh menjerit

saya geleng kepala...mengumpat sangat menjadi-jadi pada bulan syawal ni,kata ibu..jangan layan sangat diorang mengumpat ni,biarlah orang cakap kita tak peramah,asalkan kita tak buat perkara yang Allah larang.


banyak lagi perkara-perkara negatif yang di sambung semula selepas habisnya ramadhan...solusinya?sama-sama kta renungkan...tapi ada 1 lagi yang patut kita renung,berapakah nilai puasa kita selama sebulan baru-baru ini di sisi Allah?apakah di terima?atau di tolak? na'uzubillah

Jumaat, 18 September 2009

Pelbagai ragam semasa bersolat terawih berjamaah

1) Tak nak rapatkan saf,kaki bersentuh kaki,bahu bertemu bahu,bila aku rapatkan kaki..dia tarik kaki dia...cam nak bagitau,jangan sentuh kaki aku...geram betul!

2) bacaan dalam solat di kuatkan sehingga menganggu makmum sebelah,ni masalah bila makmum perasan dia imam

3) was-was dalam solat,contohnya angkat takbir banyak kali sampai menganggu makmum lain