Selasa, 21 Oktober 2008

Saya masih lagi belum sihat........................................................................

-busyro-

Sabtu, 18 Oktober 2008

Saya kena tahan Wad

Muntah,pening kepala,sakit perut & cirit-birit. Itulah yang saya alami sejak kelmarin,sehingga terpaksa di tahan wad ICU di hospital Raub.

Saya jarang sakit seperti ini,muntah-muntah sehingga dah tak ada lagi apa-apa isi dalam perut saya ini,kosong....tapi mntah lagi,yang hanya keluar adalah air,air....dan air,saya betul-betul lembik.
Tidak bertenaga,sebaik minum sahaja sedikit air.....tidak sampai beberapa minit,muntah lagi...dan air yang saya minum tadi keluar semula....sudahnya badan saya benar-benar tidak bermaya.

Saya langsung tak boleh bangun. Umi sangat bimbang dengan keadaan saya,akhirnya saya dihantar ke unit kecemasan.

"adik sakit apa?" tanya seorang MA yang bertugas sejurus saya diusung dengan kerusi roda.
"dia muntah-muntah dgn cirit-birit". jawab adik bongsu saya tenang.

saat saya di rebahkan di katil pesakit, badan saya teramat lemah...juga terlalu lemah utk berkata-kata!

"Ya ALLAH....ampuni dosa-dosaku...." inilah apa yang terluah di hati tika itu.


Dan akhir sebotol air terpaksa disalurkan ke badan saya kerana keadaan tubuh saya yang terlalu lemah,ALLAH sahaja yang tahu betapa saya sangat tidak selesa dengan bila badan saya terpaksa dimasukkan air,mana tidaknya tangan saya tidak boleh terlalu bengkok,tak boleh tersalah letak dan segala macam tak boleh kerana jika saya nak juga buat apa yang tak boleh tadi,pastinya air sukar di masukkan atau lambat dan juga tangan saya sendiri yang akan sakit..ALLAH AKBAR!

Satu jarum suntikan diberikan kepada saya..mata saya semakin kuyu...semakin layu..dan saya tertidur kerana terlalu mengantuk,mungkin itu suntikan ubat tidur,fikir saya tika ini. Tapi saya masih ingat sebelah katil kecemasan ialah seorang makcik tua. (saya harap dapat menegurnya bila dah sedar nanti,pastinya bosan duduk di wad ini.)

Saat terjaga,saya tidak tahu jam berapa,tidak tahu siang atau malam,ahli keluarga juga tiada di sisi,tambah membingungkan saya,seorang ibu muda dengan seorang bayi kecil di katil sebelah saya,di mana mak cik sebelum saya tidur tadi,kepala yang masing pening semakin menyukarkan saya memikirkan keadaan.

Saya cuba bangun untuk duduk,tapi rebah semula menghempas diri diatas katil,terlalu pening......

"Kak Jacklyn........tlg saya,kepala saya sangat sakit" rayu saya saat seorang nurse bernama Jacklyn datang ketika mahu memeriksa tekanan darah saya. Bagaimana saya tahu namanya?laaa....nurse kan pakai name tag...hehe


"bila saya boleh keluar?" tanya saya pada Dr yang merawat.
"bila keadaan awak sudah betul-betul stabil,berdoala banyak-banyak"...kata-kata itu mulanya kurang menyenangkan tp di akhirnya menenangkan!


alhamdulillah......saya sudah keluar dari hospital saat ini,tu pasal blh tulih blog +_-
ngeh3!

doakan saya semoga cepat sembuh,berjalan pun masih xok

salam sayang dari saya utk sume



Rabu, 15 Oktober 2008

Alhamdulillah...Ibu saya sudah keluar wad






"Mak dah boleh keluar hospital!" kata adik naqiah kepada saya separuh menjerit.

Alhamdulillah...=,=syukur tak terhingga kepada Allah kerana telah menyembuhkan ibu saya,walau bagaimanapun,sehingga ke hari ini,punca sakit sebenar ibu saya masih belum diketahui....Terima kasih tak terhingga kepada staff jururawat dan para doktor yang merawat ibu saya sepanjang berada di hospital.


tak kurang juga kepada makcik sebelah katil ibu saya yang tersangatlah peramah sehingga wad tempat ibu saya ini tidak sunyi dengan celotehnya.(tudung coklat berbaju kuning)



Dan kakak-kakak jururawat yang saya dah tak ingat nama kalian>,<




gambar ibu saya yang sedang melangkah keluar dari hospital....tanda da makin baik la tu...alhamdulillah...=,=



terima kasih tak terhingga pada yang mendoakan ibu saya agar segera sembuh...^_^


salam sayang dariku
busyro

Ahad, 12 Oktober 2008

Sungguh Bangang!


"Datuk Shah Rukh Khan!" terkejut saya saat membaca berita penganugerahan Datuk kepada artis dari India ini.


“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. (Baca disini untuk berita penuh)


Itulah sebahagian kata-kata Menteri meLAYU di negeri berdaulat MELAKA! Satu anugerah 'Datuk' buat Shah Rukh Khan,hanya kerana terdapat pengambaran yang dibuat di negeri tersebut sehingga berjuta orang mengenali Melaka.

Pengaruh Hendonisma

Lebih parah lagi bila kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.

Sesungguhnya masyarakat kita dibius oleh pembodohan terancang. Bahan gunanya adalah sejenis dadah bernama HEDONISMA. Tahniah Shah Rukh Khan kerana menjadi bahan buktinya.

Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh lagi hina). Maka sebaik-baik manusia pada hari seperti itu adalah mukmin yang diapit oleh dua orang mulia” [Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Ausath dengan dua sanad dan perawi-perawi salah satu sanadnya adalah perawi-perawi kepercayaan Majma'uz Zawaaid 7: 325]

Sesungguhnya saya teramat malu dengan Menteri ini,kaedah apa yang di gunakan untuk memberi gelaran darjah jasa itu yang membawa gelaran Datuk? Dahulu Melaka adalah negeri yang sangat di banggakan kerana sebagai pusat pelabuhan dan penyebaran yang terkenal suatu masa dahulu,tapi hari ini negeri ini berbangga dengan kemaksiatan. Bab kata ustaz Hasrizal,'Kemuncak Dogol!'...seperti juga saya akhirnya terkeluarlah dari hati yang sangat marah ini, iaitu "Sungguh Bangang!"


Jumaat, 10 Oktober 2008

Harus Solat Jamak ketika Sakit


"Boleh tak jamak masa sakit?" tanya seorang teman kepada saya ketika dia menghubungi saya melalui telefon mengenai ibunya yang sakit sehingga menyukarkannya untuk bangun bersolat dengan baik pada waktunya.

Sebetulnya saya sendiri sudah lupa akan hukum ini. Tapi ia memang ada, dan ulama' berbeza pendapat mengenainya.

"Sakit bagaimana itu?" tanya saya kembali kepada wanita tersebut.

"Sakit orang-orang tua,sukar nak bergerak....." jawab teman saya itu

Sebenarnya ulama' telah khilaf mengenai jamak ketika sakit,dan tidak sedikit dari masyarakat kita yang merasa janggal tentang keharusan solat jamak ketika sakit.



Boleh Solat Jamak sebab Sakit

Imam Ahmad berpendapat harus menjamakkan solat sebab sakit atas alasan sakit yang berat itu adalah lebih payah bagi Muslim menunaikan solat berbanding alasan hujan (jamak sebab hujan adalah harus dan ulama' mazhab syafie paling kuat berpegang pada pendapat ini). oleh itu dalam kes ini Imam Ahmad menharuskan bagi individu yang sakit tenat dan berat bagi menjamakkan solat mereka. Supaya tidak terbeban dengan menanti-nanti waktu solat dan dapat mereka ini berehat menunggu penyakit sembuh.

Ibn Muflih dalam Kitabnya al-Raudhul Murbi' yang bermazhab hanbali mengatakan, "Diharuskan jamak sebab sakit itu kerana dikhuatiri akan menyusahkan kalau dia meninggalkan jamak." Kerana Nabi pernah melakukan jamak tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak semasa hujan. Dalam riwayat lain, "Tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak sebab bermusafir." hadis ini riwayat Muslim daripada Ibn Abbas, "tidak berkecuali selepas yang demikian itu kecuali sakit."

Pendapat dari mazhab Syafie

Pendapat tadi di sokong oleh beberapa ulama mazhab Syafie seperti Muzani,Imam al-Nawawi,Qadhi Hussin,Mutawalli,Rawayani,Khattabi dan lain-lain. Imam al-Nawawi pula mengatakan, "pendapat ini kuat!"

Amalan ini bagi saya boleh menggalakkan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia yang dengan mudah meninggalkan kewajipan solat dengan alasan sakit ketika terlantar di hospital atau dalam keadaan kritikal yang memerlukan banyak berehat. Wallahu'alam

Rabu, 1 Oktober 2008

>> Salam Lebaran tuk sume ... <<



Salam eid fitr tuk sume pengunjung blog kami...
semoga dengan perginya Ramadhan yg bru sja meninggalkan kita semalam...dapatlah ia memberikan satu nilai yg berharga malah yg paling berharga buat kita...
semoga dapat lagi kite bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...

Sambutlah Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran...
Kesyukuran yang hanya dipanjatkan kepada Allah SWT...

Barakallahufikum... :)