Isnin, 29 November 2010

Masalah sekolah-sekolah tahfiz persendirian

Kenapa pengurusan sekolah-sekolah agama persendirian amat bercelaru dan lintang pukang?


kebajikan guru kurang diambil perhatian

kerja bagai separah nak mati, gaji teramat kecil, malahan tiada ucapan terima kasih kerana menghargai, tetapi hanya kutukan dan makian

kenapa mudir sekolah-sekolah jenis ini amat kedekut?(tak semua) padahal, setiap hari ada sumbangan, boleh dikatakan paling kurang pun ada rm1000 orang bagi pada sekolah, kenapa ye?

kenapa gaji mudir sekolah-sekolah ini amat besar, tulis atas kertas gaji mereka rm 4000, kenapa ya? tapi guru-guru walaupun berijazah, hanya rm900, malahan tiada ditulis gaji guru ini berapa dalam maklumat sekolah!

Kenapa banyak sekolah-sekolah tahfiz ini yang menggunakan jenama 'tahfiz' untuk cari dana yang kebanyakkanya hanya untuk kepentingan diri sendiri, yang ok tu tak di nafikan la

kenapa mudir sekolah tahfiz kadang-kadang berkira dengan pelajar-pelajar dalam solat duit?kadang-kadang tu sampai ambil hak budak!

kenapa mereka suka mempergunakan nama agama untuk dapat duit? contohnya.."sedekah sekian2..akan dapat sekian2 akhirat nanti..." penipu!


Jumaat, 19 November 2010

Soal Cinta

anak murid saya


"kenapa kadang-kadang orang yang kita suka tu,tak suka kat kita, dan yang kita tak suka tulah suka kat kita?cinta ni kadang-kadang leh wat saya giler!" ujar anak murid saya.

saya senyum..

"Mungkin belum masa lagi untuk puteri jumpa orang yang betul-betul sesuai dengan puteri" balas saya

"........lagipun, puteri baru tingkatan 1, belum masa yang sesuai untuk fikir pasal ini, kalau betul puteri suka kat 'dia', puteri ada tak fikir macam mana nak kahwin, macam mana kalau ada anak, macam mana nak jaga hati suami..?" tanya saya lagi

"errkk....takdelah sampai macam tu cikgu.." jawab anak murid saya ini malu-malu

"kalau macam tu, cinta kamu tu bukan cinta sejati lagi..cinta main-main, cinta monyet, kalau betul cinta sejati, kamu betul-betul dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri, sebagai ibu, dalam masa yang sama diri kamu juga nanti, lepas tu perancangan masa depan bila dah berkeluarga" jelas saya

"ouh..susah juga cinta sejati ni ek.." jawab anak murid saya lagi

"tak susah kalau segala-galanya kita buat dengan rasa bahagia..apa yang penting, cinta ALLAH dulu, nanti ALLAH akan 'hadiah' kan rasa cinta yang sejati pada lelaki yang betul-betul sesuai dengan puteri.."


Memabukkan

Setiap yang enak, sedap, dan indah biasanya sangat mengasyikkan, dan adalakalanya ianya 'memabukkan'. Apalagi jika diteguk tanpa berperaturan. Gula yang manis itu pun jangan diambil berlebihan. Begitulah dengan cinta. Bila mabuk, kita tidak sedar, tidak nampak dan tidak pasti. Yang dilihat hanya indah-indah belaka.

Teringat apa yang di tulis oleh Ustaz Pahrol Juoi,
"Jangan di bawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar, kedua yang sedang sakit, ketiga orang yang sedang mabuk cinta."
Kenapa? Orang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang sakit, sedang menanggung derita sakitnya. Orang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintainya. Dia seolah-olah 'mabuk' dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tetapi dia tidak nampak orang.....Pernah terserempak dengan pasangan kekasih di stesen komuter? Semua orang malu dan meluat dengan gelagat 'panas' mereka, tetapi mereka tidak sedar diri.


Salahkah bercinta?

Ramai sekali yang bertanya soalan ini. Sudah tentu tidak, bercinta tidak salah, kerana ia adalah fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap insan. Jiwa manusia perlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Jika salah, masakan Allah mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA menciptakan peraturan cinta demi menjaga maruah kemurnian cinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia. Rasa cinta tak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.

Tapi perlu di ingat, jika kita belum bersedia dengan soal cinta dan tanggungjawab, jangan sesekali untuk 'tenggelam' dalam dunia cinta. Cinta tanpa tanggungjawab adalah nafsu!



Peraturan bercinta

Mengapa ada peraturan bercinta? Sebab ALLAH mencintai manusia. ALLAH inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabi'enya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan 'cinta terlarang'. Cinta jenis ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan, lebih tinggi risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.

Cinta yang suci mesti depelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara cinta dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya. Maksudnya, cinta yang tidak setia, cinta bersalut nafsu, cinta yang tidak ada matlamat dan tujuan yang suci dan tinggi. Habis manis sepah dibuang. Ketika itu cinta sudah tidak suci lagi.

Hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan pasti buruk akibatnya, betapa ramai remaja yang jadi korban cinta, cinta tak setia, cinta palsu dan macam-macam lagi. Ingat kata lagu
" Jangan main api nanti membakar diri, jangan main cinta nanti badan merana"
ketika itu hati tak nampak apa selain apa yang dicintai. Lupa pada Pencipta cinta. Ketika itu cinta dikatakan buta, buta mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa dan apa yang dicintainya. Benarlah kata pepatah Arab:

"manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"

Sabtu, 13 November 2010

Doa agar suami dan isteri saling mengasihi

Bismillah,

Di suatu malam yang tenang

Umi: Abang cari apa tu?

Kelihatan Abi sedang membelek-belek buku di koleksi perpustakaan mininya.

Abi: (berpaling tengok muka umi dan tersenyum) Tengah basuh baju

Umi : Abang niiii! dah lah! majuk! (Umi pusing belakang)

Abi: aloololoooo...majuk plak cumey abang ni ye...(abi pengang tangan umi, dan terus peluk umi..huhu)

Abi: Abang tengah cari doa untuk suami isteri supaya sentiasa saling menyayangi

Umi: Abang...(Umi terharu)...

Ini dia doanya dari abi dan umi



اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)


Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Rabu, 10 November 2010

Kisah Anak Murid Saya

Ainon sedang mamam sudu..:P


Adilah, Comel dan pandai

"Siapa tak siap kerja cikgu bagi minggu lepas sila ke depan!" tegas saya di dalam kelas

"Kerja mana cikguuuu!" laung Naufal, berumur 3tahun, dengan sebutan yang merangkak-rangkak.

"Kerja jawi minggu lepas" jawab saya.

dan akhirnya hanya 2 pelajar sahaja yang tinggal kerana berjaya menyiapkan tugasan, Ainon dan Adilah, masing-masing 3 tahun, comel dan rajin!

mereka ke semua ke depan, sambil tergelak-gelak dan masih sempat bergurau dan mengusik-usik sesama mereka, saya perlu bertegas agar mereka serius menyiapkan tugasan, bermain juga ada hadnya!

"Tadah tangan cepat..."

akhirnya seorang demi seorang saya rotan tangan mereka. Tiap kali rotan itu di hayunkan, saya seperti tidak punya kekuatan.

Habis sesi mengajar kelas kanak-kanak riang itu, saya berbual-bual dengan pengetua mengenai pelajar-pelajar kelas saya.

"Sangat nakal Iqbal itu kan ustazah" saya memberi komen

"Ainon dan Adilah saya tengok diorang memang rajin dan bagus" tambah saya lagi

"ouh..kelas itu memanglah, saya pun mengajar memang kena tunjuk muka garang" jawab Puan Pengetua, muka garang....saya tak mahu dianggap sebagai Dinasour atau Singa oleh mereka, kerana takut dengan guru.

Saya masih ingat dulu, semasa saya kecil, saya amat takut dengan seorang guru tadika saya, sangat garang, apa memang guru tadika begitu, ketakutan itu hingga membawa kepada peristiwa yang menyayat hati, hingga kini saya masih terkenangkan peristiwa itu. Kanak-kanak berumur 4tahun dilayan seperti seorang dewasa yang punya aqal dan boleh berfikir dengan matang, amat tidak wajar sekali!

"Abdul Rahman tu mak dia tak mau bela dia, lani mak manakan dia dok pi jaga dia..." beritahu Puan pengetua.

"Eh, kenapa?" tanya saya kehairanan, bukan darah daging kah sampai begitu sekali, payah melahirkan seolah-olah tidak wujud.

"tak tau nak kata lah, hak yang tu..Tasya dengan Linda, Pak depa tu dalam penjara" Cerita Puan pengetua lagi.

"Pulak, kenapa pula sampai macam tu?" Soal saya lagi, masih banyak yang saya tak tahu tentang mereka, anak-anak murid saya

"tak tau la, tapi hak yang tau, Pak dia memang ada buat salah lah, mak depa ni masuk Islam, orang sabah, Isteri nombor dua, Mak dia pun banyak tak faham agama lagih, mujur ada mak cik depan tu dok tulong depa, bayaq rumah sewa depa, api, air, yuran budak-budak nih..kesian depa ni.." jelas Puan pengetua.

sayu saya mendengar kisah mereka, mereka sangat comel,sangat bersih hati mereka, tapi kerana kurang kasih sayang, mereka menjadi sangat nakal.

Petang selepas asar, saya termenung memikirkan tentang mereka, hati saya rindukan mereka, wajah-wajah comel yang tiada dosa, tugas guru pula yang akan mencorakkan mereka semampu yang mungkin.

Saya ambil rotan dan cuba merotan tangan sendiri, aduuuuh! sangat pedih rupanya, hingga kini kesakitan itu masih terasa, saya terasa bersalah, maafkan cikgu..cikgu hanya mahu mendidik, cikgu sangat sayang kamu semua, sayang sangat-sangat!

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”

Isnin, 8 November 2010

Kritikan dari si kecil untuk gurunya


Bismillah,

"Ok semua, nak dengar cikgu cerita taaaak??! " laung saya di dalam kelas.

"Naaaaaaaaaaaaaak!" jawab anak-anak murid saya.

"Ok kalau nak, kena duduk depan, rapat-rapat dengan cikgu" arah saya

semua pelajar-pelajar saya yang comel tu duduk rapat-rapat, ambil kerusi, riuh rendah sekejap, hingar-bingar.

"Sape nak dengar cikgu cerita kena diam" saya cuba memberi tawaran, saya memang tak suka nak marah-marah..cikgu yang baik lah katakan :P

semua diam.......

"jangan bising, aku nak dengar cikgu cerita" jerit Dina darjah 3 bila mendengar dua orang rakan di sebelahnya berbisik-bisik

saya tersenyum.......

"Ok, cerita arini cikgu nak cerita pasal.............." sengaja saya diam, agar suasana dalam kelas benar-benar diam dan semua pelajar memberi tumpuan

"..............kisah ashabul Kahfi" sambung saya lagi.

"Apa tu cikgu?" Tanya Aqilah

"Tunggu lah cikgu habis cerita dulu...ok cerita dia macam ni.." jawab saya

Tiba-tiba telefon bimbit di tangan saya berbunyi, isyarat SMS.

saya pun membuka pesanan SMS tersebut.......saya tidak perasan semua pelajar sedang memerhatikan saya

tiba-tiba Adrina yang baru darjah 3 tu bersuara

"Cikgu nak baca SMS ke cikgu nak cerita, kalau cikgu nak baca SMS, baik tak payah suruh kami duduk depan sini" bersuara comel, kritik Adrina jujur! ya..anak itu tidak pernah berdusta, hati mereka jujur.

Makan dalam kan?huhu

Adrina itu saya pandang wajahnya, dia tunduk, takut barangkali, saya usap kepalanya, dan saya rangkul dia..

"Kita sambung cerita ye sayang!" ucap saya dalam nada sebak dan gembira


Ahad, 7 November 2010

Miss Wurud



Bismillah,

"Busyro, ko nak tak amik jubah ni?" tanya kak T

"boleh je..barapa kalau jual balik ni?" tanya saya semula

"yang ni paling murah, ko letak je rm190" terang kak T..

"amik ni berapa?" tanya saya lagi

"haaa...arini akk nak jadi baik dengan ko...akak bagi free je...hahaha" jawab kak T sambil gelak-gelak.

"Siyes r kak?haha" jawab saya pula sambil ketawa, mak saya yang ada di situ turut tersenyum dengan gelagat kami

ada yang berminat nak juga?hehe

Miss Wurud(nama jubah)
S-M-L-XL (Saiz Jubah)
rm190(harga mati! hahaha)

Sabtu, 6 November 2010

Ujian (Part 1)








Bismillah,

"Ustaaaaaz" Jerit seorang pelajar bernama Azlan kepada Ustaz Nasir, salah seorang pengajar disini.

"Hah kamu ni! cuba keras sikit! macam sotong, lembut semacam!" Jerkah Ustaz Nasir, saya tersenyum dari jauh, geli hati mendengar telatah mereka berdua, si Azlan memang 'lembut' orangnya. Mulut becok mengalahkan mak nenek! hahaha

pagi-pagi lagi si comel-si comel saya telah datang ke sekolah, hari ini hari sabtu, tapi hari ini ada sukan di sekolah, sukaneka biasa sahaja, tapi kami seronok! juga penat....huhu

Di uji

Saya hari ini menjadi juru foto yang amatur :P, oleh kerana terlalu banyak gambar yang diambil, memori kad kamera saya telah penuh, jadi saya segera memindahkan memori yang ada ke fail lain, selepas pindah fail......

.....entah macam mana kad memori telah terjatuh dan patah (saya macam tak percaya boleh patah, padahal ringan je) dan akhirnya kad itu gagal untuk dibaca terus! huhu

saya juga telah terlepas untuk mengambil gambar pertandingan busana muslimah oleh anak-anak murid saya, serta acara belon berisi air...sedih..ALLAH......

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ

Maksudnya, "Tidaklah seseorang mukmin itu apabila tertimpa rasa lelah, sakit, sedih, derita atau kegelisahan yang ALLAH timpakan keatasnya kecuali akan dihapuskan dosa-dosa darinya" Riwayat Muslim(Maktabah syamilah)

Jumaat, 5 November 2010

Cabaran Sekolah Tahfiz (ringkas)

Bismillah,


Hari gumbira pelajar-pelajar..lalalala

Pelajar ini orang Aceh..



comel kan tengok diorang main? 7tahun - 11tahun..:)

"Masuk kelas sat gi..jangan senyum, kena buat muka garang sikit, depa ni tak buleh bagi muka, sat gi depa naik kepala" Pesan Mudirah (Mudir perempuan) di tempat saya mengajar.

"ouh gitu ye ustazah..." saya menyambut kata-katanya dengan hambar

Bukan mudah sebenarnya tugas sebagai seorang guru dalam mendidik anak-anak yang berusia lingkungan 7-15 tahun, ada yang suka mengusik, ada yang malas, ada yang mulutnya terlalu banyak bercakap, ada yang pendiam sangat, ada yang suka termenung, ada yang suka di beri perhatian dan segala macam lagi kerenah anak-anak yang tak mudah untuk di tangani jika tidak mempunyai perasaan sabar.

Bagi saya, muka yang garang, sentiasa membawa rotan, bukanlah cara yang terbaik.

Cabaran Terbesar Maahad Tahfiz

"Budak tiga orang tu memang tak boleh nak kata apa dah, cakap bagi nasihat pun depa berlakon ja, lepaih habis kelas, depa buat perangai balik..." komen seorang guru

saya hanya diam, saya juga mengakui kenakalan 3 anak murid yang saya maksudkan, tapi saya tetap optimis yang mereka boleh menjadi insan yang berguna.

Saya melihat permasalahan ini berlaku, kenakalan yang kadang-kadang di anggap melampau lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar tahfiz perempuan adalah suatu perkara yang serius, tapi untuk menyalahkan pelajar 100% dan guru terus berhenti berharap adalah satu pemikiran yang tidak dapat saya terima.

Bagi saya, untuk menghasilkan para huffaz yang bagus, bukan sekadar di ajar menghafaz al-Quran dan tahap mengingatnya sahaja yang perlu di tekankan, tetapi juga dari sudut tarbiah yang bersifat ilmu-ilmu tarbiah dan pengisian yang banyak dan juga bermanfaat, sehingga ilmu itu menyebabkan mereka merasa 'puas' dapat mempelajari sesuatu, bukan sekadar tahu akhlaq dan sirah secara ringkas, tetapi dapat menghuraikannya dengan lebih baik, jitu dan kemas.

Ini menuntut setiap sekolah tahfiz perlu mewujudkan sistem pengajian ad-Deeniah secara teratur, kemas, silibus dan juga mengisian yang mantap. Saya melihat kelompangan dari sudut pengisian ini berlaku di mana-mana madrasah tahfiz di Malaysia ini secara umumnya, saya tidak katakan semua, tapi secara umumnya, jangan terkejut jika ada sekolah tahfiz hanya mengajar tahfiz semata-mata tanpa ada pengisian tarbiah atau ilmu-ilmu islam yang lain!

Sekolah-sekolah tahfiz juga saya kira perlu mempunyai kemudahan bacaan yang bagus kepada pelajar-pelajarnya, ini boleh mengembangkan minda-minda pelajarnya, sebab pelajar-pelajar ini bila sudah selesai menghafal hafalan baru, masa ketika itu agak kosong dan kebanyakkan tidak tahu membuat apa, jadilah mereka berbual dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya sehingga kita sebagai guru tiba-tiba merasa marah bila mereka naik nakal, padahal kita tidak menyediakan apa-apa altenatif untuk mereka apabila selesai kelas menghafal.

Guru juga saya kira perlu meningkatkan kualiti ilmu mereka, di samping men 'Tasmi' ' pelajar-pelajar, mereka juga perlu menyelitkan ilmu-ilmu semasa, ilmu-ilmu yang sesuai denga apa yg mereka hafal, agar mereka bukan sekadar hafal semata, tetapi juga mampu faham tentang apa yang mereka hafalkan. Ilmu juga mestilah tidak bersifat kaku mengikut teks semata, tetapi kaitkan lah dengan isu semasa. Membuat usrah juga perkara yang penting perlu guru-guru tahfiz wujudkan. Pelajar-pelajar perlu di isi minda mereka, jika tidak, akan di isi dengan perkara negatif, maka jangan hairan jika budak tahfiz perangai macam setan!

Akhir sekali, saya bersedia untuk mengisi kekurangan ini semampu mungkin, Doakan saya..:)