“sabar akak,kenapa sedih-sedih begini?” tanya saya cuba untuk memujuk
“sebenarnya..akak baru lepas putus cinta,akak bercinta dengan suami orang!” matanya semakin berkaca
“lahawla wa laquwwata illa billah….payah juga saya nak cakap macam tu” balas saya terkejut
“sebenarnya akak dah 2 tahun bercinta dengan dia,tapi dalam diam-diam,rupanya dia dah berkahwin,akak tak tahu pun,kenapa dia buat akak macam ini?”
“hmm..sabarlah akak,banyakkan berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah”, saya cuba memujuk
“akak tak boleh lupakan dia,akak sayangkan dia,kalau diberi peluang,akak sanggup jadi isteri kedua dia!” luahnya.
saya terkesima! sungguh cinta dia membutakan akal!
sejak dua tiga bulan ini,terlalu banyak kisah cinta kawan-kawan saya yang berakhir di tengah jalan saya dengar,bercinta bagai nak gila,tapi putus di tengah jalan,apa punca?macam-macam..salah pihak sana,salah pihak sini,salah sendiri. Kenapa jadi macam itu?bagi saya ia sangat berkait rapat dengan soal berkat dalam hubungan tersebut
bahagia vs seronok
“akak bahagia dengan dia dulu,selalu keluar makan,jalan-jalan,dia suka bagi akak kata-kata pujian dan pandai ambil hati akak” dia memulakan bicara selepas pertemuan semula dari pertemuan sebelum ini.
“itu sebenarnya akak masih belum bahagia” balas saya berhati-hati
“memanglah,sebab akak tak dapat kahwin dengan dia”, jawabnya dengan penuh yakin..sah dia salah faham!
“err..bukan macam itu maksud saya,maksud saya ialah..masa akak bercinta dengan dia dulu,akak sebenarnya tak bahagia” saya pula membalas dengan penuh yakin
“tak bahagia?apa pula..akak bahagia lah,dia tak pernah buat akak sakit hati,baik saja..bahagia sangat-sangat” balasnya pula
“maaf kalau saya menyinggung hati akak,tapi ada beza antara bahagia dan seronok” tegas saya perlahan.
“seronok?akak tak faham falsafah awak,apa beza antara bahagia dan seronok?”soalnya kehairanan
“bahagia ialah satu perasaan yang didasari oleh iman,rasa yang puas dan cukup dengan apa yang ada,serta syukur dengan pasangan yang dimiliki,sentiasa baik sangka,berpisahnya tidak gelisah,hati kedua-duanya di jaga oleh Allah,cinta mereka cinta yang punya keberkatan,cinta mereka membawa kepada lebih banyak amalan-amalan ibadah kepada Allah,cinta mereka ikhlas..suci,tidak ada yang menyalahi syariat,cinta suami isteri yang beriman….manakala seronok pula ialah cinta yang bertunjangkan nafsu,sentiasa rasa mahu berjumpa,rindu yang keterlampauan sehingga banyak termenung,tidak membawa kepada bertambahnya iman,semakin leka dalam melakukan amal ibadah yang wajib..jiwa tidak tenang jika tidak ada khabar darinya,cepat bosan apabila sudah memiliki” jelas saya panjang lebar,saya sebenarnya tidak pandai menyusun bahasa,namun harapnya dia faham..
bahagia dengan seronok sangat berbeza sifatnya..bahagia adalah bertunjangkan iman,tapi seronok bertunjangkan nafsu,ramai yang menyangka mereka bahagia,tapi hakikatnya mereka tidak bahagia,sebenarnya mereka hanya seronok.
dan jika seronok itu adalah dasar cinta mereka,bagaimana Allah mahu menjaga cinta yang bertunjangkan nafsu??sebab itu jika kita lihat artis-artis ramai yang berkahwin kemudian bercerai,kerana apa?kerana apabila manisnya telah dimiliki..mereka mudah berasa bosan,kerana sifat nafsu itu sendiri sentiasa tidak pernah merasa puas,mereka yang bertunjangkan cinta nafsu ini tidak mampu untuk memberi lebih banyak kasih sayang dengan ikhlas,kerana mereka lebih banyak menuntut hak mereka untuk di sayangi.
sangat berbeza dengan bahagia,rasa bahagia ini anugerah Allah,jika suami isteri orang yang beriman,sudah tentu mereka punya banyak kasih sayang,dan kasih sayang itu boleh diberi dengan ikhlas kepada orang yang mereka sayang tanpa rasa terkurang dengan banyaknya kasih sayang yang diberi,semakin banyak pula mereka memberi dengan ikhlas kerana Allah,semakin pula mereka ini disayangi oleh orang sekeliling mereka,dan juga oleh Allah..
saya berdoa semoga saya diampunkan oleh Allah kerana pernah mengejar seronok yang di sangka mengejar bahagia…astaghfirullah…