Tengah belek-belek akhbar KOSMO! tiba-tiba hati saya terasa di cabar!
kenapa?
tengok gambar seorang adik kecil tengah pegang D200, umur 7tahun,gambar-gambar dia masuk pameran kat geleri Shah Alam. Umur saya pula?tapi masih belum pernah masuk galeri..hahaha
Selasa, 23 Februari 2010
Masuk Galeri dan tercabar
Posted by ..::بشرى::.. at 1:28 PTG 2 comments
Isnin, 22 Februari 2010
Soalan pelik di zaman yang tak pelik..soal hati
soalan pelik..
Suatu hari,seorang pelajar lelaki berjumpa dengan seorang pensyarah,pensyarah ini sangat saya kenal,soalan yang ditanya kepada pensyarah itu adalah seperti berikut:
ustazah,
Sejak saya dari kecil,saya telah di secara tidak rasmi khitbah oleh keluarga saya dengan seorang wanita yang sama-sama masih kecil ketika itu,kerana keluarga saya banyak bergantung pertolongan pada keluarga wanita tersebut kerana kami orang susah,keluarga saya terhutang budi, saat saya telah membesar dan kian semakin matang,saya telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang cantik,solehah,mulia pekertinya,baik akhlaqnya,pandai menjaga maruahnya,dan saya telah menyatakan isi hati saya ini kepadanya,dan dia juga punya hati pada saya,tapi ustazah,segala-galanya menjadi berubah bila teringatkan tentang khitbah keluarga saya itu,tentang wanita yang telah di khitbah itu,wanita itu juga seorang yang solehah,tinggi akhlaqnya,cuma bagi saya,wanita yang saya cintai sekarang ini lebih bermakna dari saya,jadi bagaimana saya ini sekarang ustazah,apa bisa saya lakukan? saya buntu..saya sendiri tidak pernah rela dan setuju tentang hal ini,lagi pula saya lelaki,wajarkah saya bertegas?kerana saya bukan gadis yang boleh di paksa mengikut pandangan setengah ulama'
ustazah saya terdiam..saya lagi lah diam,bisu terus
kami tiada jawapan yang baik,
anda sebagai pembaca?ada jawapan yang baik?
mohon di berikan cadangan dan solusi kepada lelaki ini
terima kasih...Allahu 'alam
Posted by ..::بشرى::.. at 6:15 PTG 3 comments
Rabu, 17 Februari 2010
Kaedah-Kaedah Takhrij Hadith secara Umum
Baiklah,untuk anda yang baru hendak membiasakan diri untuk menjadi orang yang pro,atau semi-pro atau sekurang-kurangnya tahu lah juga tentang Ilmu takhrij,anda perlu mengetahui keenam-enam cara ini,berikut adalah kaedah-kaedahnya secara umum:
Metode mentakhrij mempunyai enam teknik atau kaedah yang digunakan secara asas seperti berikut:[1]
1. Takhrij hadis dengan teknik mengenalpasti perawi yang tertinggi di kalangan sahabat Nabi s.a.w.
2. Takhrij hadis melalui teknik mengetahui awal lafaz matn hadis.
3. Takhrij hadis dengan teknik memilih satu perkataan daripada matn hadis.
4. Takhrij hadis dengan teknik mengenalpasti tajuk atau kandungan hadis.
5. Takhrij hadis dengan teknik melihat kepada sifat yang terdapat pada matn hadis atau sanadnya.
6. Takhrij hadis dengan teknik menggunakan kemudahan ICT,melalui komputer.[2]
[1] Lihat: Dr. Mahmud al-Tahhan . 1990. Usul al-Takhrij wa Dirasatu al-Asanid. Riyadh. Maktabah al-Ma’arif. Hlm. 35.
[2] Lihat: Mohd Khafidz b. Soroni. 2009. Kaedah-kaedah takhrij al-Hadith. Negeri Sembilan. Al-Azhar Media. Hlm: 26.
Posted by ..::بشرى::.. at 11:42 PTG 0 comments
Selasa, 16 Februari 2010
Ilmu Mustalah al-Hadith
Jika anda seorang yang amatur,atau semi-pro,atau pro,atau begining,(atau apa-apa gelaran istilah yang sesuai) dalam ilmu takhrij al-hadith,anda pasti akan berjumpa dengan hadith-hadith yang berstatus 'Laa Asla Lah'
Apa itu Laa Asla Lah?
terdapat pelbagai ta'rifan berkenaan dengan makna 'La Asla Lah',
1)bermaksud hadith-hadith yang bertaraf La Asla Lah ini bertaraf Mawdu'
2)ada pula yang berkata maksudnya "tiada padanya sanad"(Ibn Taimiyyah).
3)dalam al-Tadrib Imam al-Suyuti pula mengatakan "tiada asal padanya"
4)Syeikh Abu Fattah pula cakap " jika sesuatu hadis tiada sanad padanya, maka tiada harga padanya,dan tidak menaruh perhatian padanya"
kesimpulannya?
Anda nilailah sendiri...hahaha
contoh hadis yang berstatus 'La Asla Lah'
قال النبي صلى الله عليه وسلم لابن مسعود رضى الله عنه يا ابن مسعود جلوسك في حلقة العلم ولا تمس قلما ولا تكتب حرفا خيرا لك من اعتاق ألف رقبة ونظرك إلى وجه العالم خير لك من اعطاء ألف فرس في سبيل الله وسلامك على العالم خير لك من عبادة ألف سنة.
Status hadis : La Asla Lah.
Ulasan :
Tidak ditemukan di dalam mana-mana sumber oleh pengkaji. Maka hadis ini berstatus La asla lah. Begitu juga tiada hadis sahih yang menyokong mafhum hadis di atas. Bagaimanapun terdapat hadis yang mempunyai mafhum sebahagian dari mafhum hadis seperti hadis diatas yang dijumpai pengkaji di dalam kitab yang mengumpulkan hadis-hadis mawdu’ tetapi mempunyai matn yang berbeza dari hadis diatas dalam kitab Tadhkirah al-Mawdu’at,[1] matn nya adalah seperti berikut:
كلمة يسمعها الرجل خير له من عبادة سنة وجلوس ساعة عند مذاكرة العلم خير من عتق رقبة.
Allahu ‘Alam.
[1] Muhammad Tahir bin ‘Ali al-Hindi al-Futtani, Tadhkirah al-Mawdu’at, Beirut, Cet: Dar al-Turath al-‘Arabi, Hlm: 20
Posted by ..::بشرى::.. at 3:15 PTG 1 comments