Isnin, 5 April 2010

Kolej Perubatan Jawi HPA di hatiku selamanya


kenal tak siapa ini?haha..diorang pun bakal jadi pelajar kat KPJ



sesi kuliah sedang bermula..



salah seorang pensyarah saya, muda lagi, lebih muda dari saya!



ini juga pensyarah saya di KPJ..Dr. Zaidul Akhbar, seorang salafi..haha



buku photostat..haha



webcam diri sendiri..haha, ni pun pensyarah aku juga, pakar dalam akupuntur



kenapa kabur?

yang ini ok pula, cuba teka..ni guna DSLR ke atau kamera biasa?haha



malu-malu pula pensyarah muda ini



umur dia baru 21! sangat muda..huhu


masa dia ajar, pelajar laki yang mengantuk terus segar, sebab dia ini ajar comel sangat..hihi
Syifa' nama dia..sangat baik hati, tapi panggil dia Dr. Syifa' eh


wajah klasik pensyarah kami..hihi



Subhanallah..masa itu sangat pantas berlalu
kenangan lalu terasa di cengkam rindu
rindu kepada pensyarah-pensyrah yang baik-baik
walaupun pernah kena marah sebab tak hafal nota..hihi
jasa kalian sangat saya hargai
kerana kalian saya sudah bisa merawat pesakit pula
yang menyembuh hanya Allah..
itu pesanan kalian yang takkan pernah saya lupa
saya sayang semua pensyarah-pensyarah saya
terutama Dr-Dr yang mengajar tentang fisiolagi dan anatomi
kalian sangat sabar melayan saya yang nakal ini
maafkan saya jika dahulu pernah membuat hati kalian terluka..
kepada Dr. Abdul Rahman,
jasa Dr takkan saya lupa sampai bila-bila,
saya menulis ini dengan linangan air mata Dr..
saya sangat rindukan Dr..
semoga Allah merahmati Dr.
Ameeen..

Selasa, 30 Mac 2010

Muhaddith Mee Segera..hehe


Mee Segera perencah Ayam..ohoo..dah lama tak makan!



kawan-kawan saya selalu sebut tentang jangan jadi pendakwah mee segera, jangan jadi murabbi mee segera..dan di al-ahkam juga ada disebut tentang mujtahid mee segera..mengapa istilah itu muncul?

istilah ini muncul selepas melihat kepada situasi orang moden hari ini, semuanya mahukan segera, sehingga dalam berbicara tentang agama, juga mahukan ianya sepantas mee segera masaknya, 2 minit, haha

dalam masalah fiqh, biasanya tergesa-gesa dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, ditambah dengan kritikan-kritikan yang tak sewajarnya terhadap 'ulama silam, sedangkan imam-imam dulu berijtihad mengikut kesesuaian keadaan mereka ketika itu..

Dalam ilmu hadis

dalam ilmu hadis pula, ramai pelajar-pelajar hadis moden hari ini sangat mudah mencela 'ulama-'ulama hadis terdahulu, contohnya imam tirmizi, kata sebahagian mereka, imam tirmizi mensahihkan hadis yang daif! huhu..agak melampau di situ..mereka sepatutnya memahami bilakah bermula sejarah ilmu mustalah hadis ini, sedangkan di zaman imam tirmizi dulu maksud hadis hasan bagi beliau tidaklah total seperti zaman kita, malah sebelum zaman imam tirmizi sendiri, belum ada lagi istilah hadis hasan!

Cara-cara menjadi muhaddith mee segera

1) sila baca kitab mustalah hadis, macam-macam ada, biasanya kitab ibn Solah

2) kenali 'ulama-'ulama hadis dan buku-buku karangan mereka.

3) buku al-Albani wajib ada..haha

4) maktabah syamilah versi 3.0 16gb punya..

kalau anda dah ada ni..ok, ada boleh mentakhrij hadis-hadis dan memberi statusnya seumpama anda muhaddith..haha, muhaddith mee segera!

Ahad, 21 Mac 2010

Berangan nak jadi Pro ilmu hadith??haha


ini Canon 5D, sangat hebat, tapi hati saya lebih cintakan Nikon! haha
ini Nikon D3, pernah mengigau ada orang bagi percuma...haha




pertandingan NIKON vs CANON
Kalaulah gambar Syeikh al-Albani ini di tangkap menggunakan DSLR..mungkin lagi cantik gambarnya..huhu



Jika anda seorang yang Pro, atau Semi-Pro, atau apa sahajalah istilahnya(haha) dalam ilmu hadith, anda pasti faham tajuk ini.(bukan cerita tentang kamera ye)

kenapa saya pilih tajuk ini untuk ditulis? sebab suka hati saya lah nak tulis tajuk apa kat blog saya, haha..

ok,sila serius sedikit ye

Dalam menilai menyemak status sesuatu hadith, (biasanya untuk proses takhrij), kita akan bertemu dengan kata-kata 'ulama bahawa sanad hadis ini Hasan, atau Sahih, atau Da'if, setelah sanad sesuatu hadis ini di semak, matan(teks) hadis itu juga akan disemak, ilmu ini dinamakan sebagai mengkritik matan(teks) atau orang kampung saya sebut, Naqd al-Mutuun.

'Ulama hadith bukan sahaja mengambil berat kajian sanad sesuatu hadis, tetapi juga matan sesuatu hadis tersebut..(fahamkah?haha)..maksudnya begini, 'ulama-'ulama hadis ini kaji sanad sesuatu hadis, bila mereka telah dapat menilai status sanad sesuatu hadis itu, mereka akan kaji pula matan sesuatu hadis itu, sebab..tidak semestinya sesuatu sanad itu sahih bermakna matannya sahih..(faham tak?huhu)..ini semua kerja-kerja 'ulama-'ulama hadis, mereka yang pakar dalam ilmu 'Ilal.

'ulama hadith akan menilai matan sesuatu hadis ini sahih atau tidak, meneliti adakah ada kecacatan yang tersembunyi dalam sesuatu hadis yang mana pada zahirnya nampak sahih, pada pandangan kita tapi sebenarnya tidak, Inilah satu ilmu yang sangat hebat dalam ilmu hadith..(susahkan?haha..saya hanya mampu bertaqlid sahaja, di Malaysia, belum ada lagi ahli hadith yang pakar dalam ilmu 'Ilal ini..huhu)maksudnya, 'ulama hadith ini boleh tahu hadith itu ada kecacatan yang tersembunyi walaupun pada zahirnya hadis ini kita rasa ok sahaja..(hebat kan mereka??inilah namanya pakar hadith)

kata Dr. Hammam Sa'id(pakar hadith dari Jordan) dalam kitab beliau al-Tamhid fi 'Ulum al-Hadith:

"inilah ilmu yang sangat-sangat hebat dalam ilmu hadith. Jika musuh-musuh Islam tahu nescaya mereka akan rasa terpukau dengan kehebatarn para 'ulama hadith.."



anda pula?mahu cuba menjadi ahli hadith?boleh-boleh..sangat-sangat dialu-alukan..hehe

Isnin, 8 Mac 2010

Messy..messy..messy...

pertama-tamanya jutaan terima kasih kerana terus melayari dan mengunjungi blog yang comel ini,haha

sebenarnya saya mahu menulis sesuatu yang agak berat, tetapi kesibukkan bab 4 thesis saya agak membataskan..

loading....

haha...otak saya tengah meloading hasil penulisan saya nanti...

saya suka jika anda suka...haha...(inilah yang dinamakan 'messy' hahaha)

Selasa, 23 Februari 2010

Masuk Galeri dan tercabar


Tengah belek-belek akhbar KOSMO! tiba-tiba hati saya terasa di cabar!

kenapa?

tengok gambar seorang adik kecil tengah pegang D200, umur 7tahun,gambar-gambar dia masuk pameran kat geleri Shah Alam. Umur saya pula?tapi masih belum pernah masuk galeri..hahaha

Isnin, 22 Februari 2010

Soalan pelik di zaman yang tak pelik..soal hati




soalan pelik..

Suatu hari,seorang pelajar lelaki berjumpa dengan seorang pensyarah,pensyarah ini sangat saya kenal,soalan yang ditanya kepada pensyarah itu adalah seperti berikut:

ustazah,

Sejak saya dari kecil,saya telah di secara tidak rasmi khitbah oleh keluarga saya dengan seorang wanita yang sama-sama masih kecil ketika itu,kerana keluarga saya banyak bergantung pertolongan pada keluarga wanita tersebut kerana kami orang susah,keluarga saya terhutang budi, saat saya telah membesar dan kian semakin matang,saya telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang cantik,solehah,mulia pekertinya,baik akhlaqnya,pandai menjaga maruahnya,dan saya telah menyatakan isi hati saya ini kepadanya,dan dia juga punya hati pada saya,tapi ustazah,segala-galanya menjadi berubah bila teringatkan tentang khitbah keluarga saya itu,tentang wanita yang telah di khitbah itu,wanita itu juga seorang yang solehah,tinggi akhlaqnya,cuma bagi saya,wanita yang saya cintai sekarang ini lebih bermakna dari saya,jadi bagaimana saya ini sekarang ustazah,apa bisa saya lakukan? saya buntu..saya sendiri tidak pernah rela dan setuju tentang hal ini,lagi pula saya lelaki,wajarkah saya bertegas?kerana saya bukan gadis yang boleh di paksa mengikut pandangan setengah ulama'

ustazah saya terdiam..saya lagi lah diam,bisu terus

kami tiada jawapan yang baik,

anda sebagai pembaca?ada jawapan yang baik?

mohon di berikan cadangan dan solusi kepada lelaki ini

terima kasih...Allahu 'alam

Rabu, 17 Februari 2010

Kaedah-Kaedah Takhrij Hadith secara Umum


Baiklah,untuk anda yang baru hendak membiasakan diri untuk menjadi orang yang pro,atau semi-pro atau sekurang-kurangnya tahu lah juga tentang Ilmu takhrij,anda perlu mengetahui keenam-enam cara ini,berikut adalah kaedah-kaedahnya secara umum:

Metode mentakhrij mempunyai enam teknik atau kaedah yang digunakan secara asas seperti berikut:[1]

1. Takhrij hadis dengan teknik mengenalpasti perawi yang tertinggi di kalangan sahabat Nabi s.a.w.

2. Takhrij hadis melalui teknik mengetahui awal lafaz matn hadis.

3. Takhrij hadis dengan teknik memilih satu perkataan daripada matn hadis.

4. Takhrij hadis dengan teknik mengenalpasti tajuk atau kandungan hadis.

5. Takhrij hadis dengan teknik melihat kepada sifat yang terdapat pada matn hadis atau sanadnya.

6. Takhrij hadis dengan teknik menggunakan kemudahan ICT,melalui komputer.[2]


[1] Lihat: Dr. Mahmud al-Tahhan . 1990. Usul al-Takhrij wa Dirasatu al-Asanid. Riyadh. Maktabah al-Ma’arif. Hlm. 35.

[2] Lihat: Mohd Khafidz b. Soroni. 2009. Kaedah-kaedah takhrij al-Hadith. Negeri Sembilan. Al-Azhar Media. Hlm: 26.





tapi untuk kaedah pantas sepantas Mee Segera,anda boleh gunakan kaedah yang keenam,iaitu takhrij guna perisian Maktabah Syamilah versi 3.0..(ni pun dah 16gb),sangat-sangat membantu,selamat mencuba!