Sabtu, 29 Mei 2010

Belajar menghargai

saya suka gambar yang punya elemen air





kedai buku syabab


hanya dua keping dapat di upload, sangat berat saiz gambar ini, ada cerita dan pengajaran yang mahu saya sampaikan, nanti ye.. sebelum itu, saya mahu ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki peperiksaan, semoga di permudahkan segala urusan, dan paling tak lupa buat sahabat di mu'tah jordan, anda pasti akan lebih di hargai, sebab anda telah menghargai orang di sekeliling anda, saya doakan anda bahagia dan mudah menjawab periksa akhir..insyallah

suri rumah oh suri rumah

"Adik ambil 20 bungkus, akak ambil 18 bungkus" arah saya kepada adik-adik saya seawal jam 6.00 pagi.


Seawal subuh, saya telah pun bertungkus lumus setiap hari untuk memasak daging burger dan roti. Ianya untuk di jual kepada pelajar-pelajar sekolah. Begitulah rutin harian saya seawal pagi, usai solat subuh, bergegas ke dapur untuk menyiapkan bekalan makanan untuk adik-adik ke sekolah, saya dan ibu bertungkus lumus di dapur.

Tugas sebagai suri rumah seperti yang sedia maklum, bukan semudah yang di sangka..hehe, minggu ini saya masak istimewa, kerana orang istimewa mahu pulang..(sila jangan garu kepala ye).

Penat tapi bahagia

"Tak penat ke busyro?" tanya seorang sahabat

saya tersenyum sendiri, tiada istilah keluhan penat sepatutnya bagi anda sebagai suri rumah dan juga dalam masa yang sama sebagai seorang peniaga.

"ana bahagia.." balas saya

ya, bahagia itu dengan memberi, kita tidak akan bahagia jika kita terlalu asyik memikirkan untuk di bahagiakan, liku-liku perjalanan hidup banyak mematangkan saya dalam hal ini..alhamdulillah.


Ilmu pengurusan rumah tangga

"mengapa hari ini orang seolah-olah suka menswastakan kerja-kerja rumah?" tanya sahabat saya di kedai makan baru-baru ini,

"maksudnya?" kali pertama saya mendengar istilah begini, mungkin maksudnya orang gaji.

"upah orang gaji lah..semua nak di swastakan, sampaikan basuh baju, gosok baju, malah basuh berak anak-anak pun nak suruh orang gaji juga yang buat" keluh sahabat saya ini.

"orang gaji, mungkin jika terlalu sibuk, kerana suami isteri agak sibuk bekerja, mereka mengambil altenatif untuk menguruskan rumah mereka, tak sempat kalau nak buat semua tu" celah adik saya.

bagi saya, dalam menilai hal sebegini, bukanlah sesuatu yang mudah, terkadang sesuatu itu bergantung kepada situasi suami isteri tersebut. Tapi bagi saya, biarlah seboleh-bolehnya tugas pengurusan rumah tangga ini di lakukan sendiri, berbincanglah dengan pasangan, pastikan ada sikap saling membantu, memahami, bukan main lepas tangan sahaja, saya tahu tugas suri rumah sangat penat, namun jika ada yang membantu, itu sangat mengembirakan, boleh menghilangkan kepenatan yang amat tadi hanya dengan melihat pasangan kita turut membantu mengurus tugas-tugas di rumah. Itu sudah cukup membahagiakan, menyejukkan mata, dan yang paling penting, menguatkan lagi rasa cinta..betul tak?huhu

sebenarnya nak cerita panjang, tapi masa tak cukup, nanti saya sambung ya! hehe




Selasa, 27 April 2010

Di mana..kan ku cari ganti..serupa denganmu...sedihnya..:(

semenjak saya tamat pengajian saya, saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja di rumah, jadi suri rumah bukan perkara mudah..jadi, jika anda ada ibu yang bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa, hargailah mereka, jangan buat tak tahu kalau mereka terkial-kial di dapur memasak, ringankan tulang untuk tolong apa yang patut, sekarang saya adalah suri rumah sepenuh masa jika tiada kerja..memang penat, tapi bahagia,kenapa? bila kita masak, orang suka masakan kita, bila kita kemas rumah, orang jadi lapang bila pulang rumah..bahagia! erti bahagia dengan membahagiakan

buat masa ini, saya hanya memenuhi masa lapang saya yang terbatas dengan membaca buku-buku dan kitab yang saya beli di PESTA BUKU ANTARABANGSA baru-baru ini, tapi,kalau dah agak tepu kepala itu masa baca buku, sesekali melayari internet, dan terjumpa satu ling menarik untuk di kongsi,berkenaan satu video yang menyentuh hati saya, sila baca basmallah sebelum menonton..hehe

Rabu, 14 April 2010

Hiburan Abi dan Umi saat pulang ke rumah

Sedang berehat-rehatkan badan selepas penat memasak, membungkus, menimbang kerepek-kerepek untuk di jual, saya melayari internet, membaca mengenai politik semasa, isu APCO..(dahsyat isu ini) dan lain-lain lagi, dalam duk layari youtube.com..

saya terjumpa klik video yang sudah lama saya tak menontonnya, saya sangat terhibur..jika anda sudah menontonnya, anda pasti terhibur menonton sekali lagi..bagi yang belum, tonton elok-elok ya..selamat menonton, jangan lupa baca Basmallah..=P




dan satu lagi yang menarik sangat saya kira




teringat akan satu riwayat daripada Ibn Abbas:


رِيحُ الوَلَدِ مِنْ رِيحِ الجَنَّةِ

maksudnya: "Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga"
(Hadis ini adalah da'if menurut al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir, al-Albani juga menganggapnya sebagai da'if..WA)



Saya menunggu rezeki untuk punya anak! Huhu..Allah...

Rabu, 7 April 2010

Kesungguhan membawa kepada kemanisan dalam kejayaan


sengal dia ni, mula-mula dok pening nak pilih botal besar ke kecik, bila orang cakap nestle boikot, terus tak jadi beli..haha


bawang merah, kepala botak belakang tu model sambilan kita pada kali ini..haha




I like yogurt


pilih buah, nak buat 'Asiir (jus)..model kali ini agak besar dan serius..(>,<)

langgar! cepat langgar troli depan tu!


Epal dan limau


lagu buah-buahan untuk buat jus



milik siapakah hati ini..hihi


Bismillah

Kisah kali ini tentang kesungguhan dalam kita mendapatkan apa yang kita mahu, contohnya kita mahu berjaya dalam SPM, mahu berjaya dalam Final Exam, mahu beli kereta, mahu jadi hamba Allah yang sejati dan apa-apa sahaja yang anda mahu asalkan ianya berkat

tetapi kemahuan anda itu haruslah di sertai dengan kesungguhan dan ketekunan, besungguh untuk berjaya dalam SPM, bersungguh dalam menyiapkan thesis sehingga mendapat darajah mumtaz, kesemuanya perlukan kesungguhan..kerana kejayaan itu tiada yang datang bergolek, hendak makan juga anda perlu bersungguh, besungguh untuk masak, masak sambil lewa akan jadi nasi tak masak betul, atau nasi hangus, atau apa-apa sahaja

Islam menggalakkan kita bersungguh

قَالَ أَبُو يَعْلَى الْمُوصِلِيُّ : حَدَّثَنَا مُصْعَبٌ ، حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ ثَابِتٍ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ الله عَنْهَا : أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم قَالَ : إِنَّ الله يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ


daripada 'Aisyah r.h.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

" Bahawa Allah mencintai seorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang"


(hadis riwayat Abu Ya'la al-Musili, hadis ini dianggap daif oleh al-Suyuti dalam jami' saghir, begitu juga dengan al-Busiri yang menganggap sanad hadis ini da'if kerana padanya terdapat Mus'ab yang di hukum lemah, tetapi Ibn Hibban men-thiqqah-kannya-lihat dalam kitabnya Ithaf al-Khairah, manakala al-Albani pula menganggapnya sebagai Hasan)



Islam tidak akan menang jika penganutnya malas, lemah, jahil dan mundur. Apabila penyakit-penyakit ini menguasai ummah, Islam hilang kedaulatannya, nilai-nilai Islam pudar dan hukum-hukum Islam disingkir walaupun jumlah penduduk Islam ramai. Manusia muslim ramai, tapi kualitinya yang merosot tidak mungkin menegakkan kembali kedaulatan Islam.

Mengapa bukan Islam lebih berjaya?

kita sering melihat kejayaan demi kejayaan bukan Islam dalam sesuatu bidang, malah akhir zaman ini, barat biasanay yang kita tahu telah mencapai tahap kemajuan ilmu yang cukup tinggi, formulamnya? kerana mereka bersungguh dalam sesuatu pekerjaan, kita? usah kata bersungguh, dapat thesis tajuk susah pun kita merungut..hihi..

itu saja coretan hari ini..doakan saya, saya sakit, saya tak mahu kena bedah, tapi Dr suruh..:(

Selasa, 6 April 2010

Berniaga...~lalalala~

keropok sayur, tapi kami menggelarkannya ceriping pedas..atau pak cik ripin pedas..hak3



model kita hari ini, seorang jururawat lelaki, bakal menjadi pembantu di pusat rawatan saya nanti..insyallah


Bismillah..

alhamdulillah saya telah tamat belajar satu lagi bidang iaitu al-Quran dan al-Hadith..saya sangat berminat dengan bidang ini walaupun susah.

saya juga minat DSLR walaupun ianya mahal.

buat masa sekarang, saya kepingan nak berniaga, alhamdulillah, untuk permulaan, 100 bungkus kerepek di hantar ke sebuah sekolah, saya di hubungi oleh peniaga (saya pembekal sahaja) kerepek saya telah habis dalam tempoh 2 jam sahaja..alhamdulillah.

kata mereka kerepek saya sedap, kerepek apa? itu lah yang kat atas itu, keropok sayur..saya rasa sama sahaja macam orang lain..hihi

kalau mahu makanan yang kita masak itu sedap, resepi utama ialah, masak dengan penuh kasih sayang, umpamakan anda mahu memasak kepada ibu anda, kepada suami, kepada isteri dan kepada sesiapa sahajalah yang anda sayang, pasti anda akan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, minyak masak yang baru (bukan recycle sampai naik hitam, ini banyak toksid dan boleh jadi racun dalam badan) dan sebagainya.

anda minat berniaga? tak semua orang minat, tapi tak salah anda mencuba..cubalah berniaga!


Isnin, 5 April 2010

Kolej Perubatan Jawi HPA di hatiku selamanya


kenal tak siapa ini?haha..diorang pun bakal jadi pelajar kat KPJ



sesi kuliah sedang bermula..



salah seorang pensyarah saya, muda lagi, lebih muda dari saya!



ini juga pensyarah saya di KPJ..Dr. Zaidul Akhbar, seorang salafi..haha



buku photostat..haha



webcam diri sendiri..haha, ni pun pensyarah aku juga, pakar dalam akupuntur



kenapa kabur?

yang ini ok pula, cuba teka..ni guna DSLR ke atau kamera biasa?haha



malu-malu pula pensyarah muda ini



umur dia baru 21! sangat muda..huhu


masa dia ajar, pelajar laki yang mengantuk terus segar, sebab dia ini ajar comel sangat..hihi
Syifa' nama dia..sangat baik hati, tapi panggil dia Dr. Syifa' eh


wajah klasik pensyarah kami..hihi



Subhanallah..masa itu sangat pantas berlalu
kenangan lalu terasa di cengkam rindu
rindu kepada pensyarah-pensyrah yang baik-baik
walaupun pernah kena marah sebab tak hafal nota..hihi
jasa kalian sangat saya hargai
kerana kalian saya sudah bisa merawat pesakit pula
yang menyembuh hanya Allah..
itu pesanan kalian yang takkan pernah saya lupa
saya sayang semua pensyarah-pensyarah saya
terutama Dr-Dr yang mengajar tentang fisiolagi dan anatomi
kalian sangat sabar melayan saya yang nakal ini
maafkan saya jika dahulu pernah membuat hati kalian terluka..
kepada Dr. Abdul Rahman,
jasa Dr takkan saya lupa sampai bila-bila,
saya menulis ini dengan linangan air mata Dr..
saya sangat rindukan Dr..
semoga Allah merahmati Dr.
Ameeen..