Rabu, 18 Ogos 2010

Pengalaman bersahur di asrama

mahal kan?huhu


Bazar di Jerantut


Murtabak Saufi, RM4 sekeping!


semua gambar ini saya copy dari En. Google yang kiut tu..ngee


Bismillah,

Saya dulu kat sekolah taklah nakal sangat..haha(ayat berlakon ke apa ni busyro?wakaka) tapi saya pernah kena kejar dengan warden, ahaa..sangat nakal bukan? bila warden dapat tangkap, saya pura-pura sakit perut..haha, jadi saya sentiasa bebas dari tuduhan yang tidak baik..memang baik apa..ekekeke

kenangan paling manis semasa di asrama ialah bila bersahur kat asrama, sekolah saya ini memang semua pelajar wajib duduk asrama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. panjang kan nama sekolah saya? jadi semua orang memanggilnya sekolah TAHAP.

Bila bangun sahur, pukul 4 pagi siren penjara dah berbunyi(a.k.a siren asrama la..haha) bunyi yang sekarang saya sangat rindu..huhu, dulu menyampah sangat..haha..

bangun je sahur, basuh muka, sarung jubah tidur..terus ke dewan makan, pelajar laki dan perempuan memang ramai muka comel..haha, bau pun macam-macam..uhuu

biasanya lauk sahur sangat sedap..ayam masak kicap, ikan gorgon masak kari(saya pun tak pernah rasa kari cam kat asrama sekolah saya, sebab kari dia punya lah sedap sampai tak rasa macam kari..hahaha, cair betul), tapi sahur dan puasa di sekolah sangat best, ada ramai kawan-kawan, bila petang je, naik bas ramai-ramai..bas sekolah hantar pergi bazar ramadhan kat bandar Jerantut. Saya kalau kat sekolah ini, selalu je sahur, tapi bila masuk IPT, dah malas nak sahur, tak tau kenapa, tapi sekarang tak pernah tak sahur..penting weih sahur ini. ;)

Saya paling suka murtabak saufi, dah lah besar, sedap pula..tak tahu nak cakap apa, sangat sedap! tapi dalam duk layan sedap-sedap tu, ada adengan yang paling bengang sekali, iaitu ada peraba dekat bazar ini dulu, sungguh memalukan! kawan-kawan saya dulu alhamdulillah takde yang kena tapi ada pelajar sekolah lain kena, peliknya polis tak tangkap pula. Padahal semua orang dah kenal peraba tu.

Sekarang dah masuk asar, saya nak gi solat dulu..sekian untuk cerita kali ini ;)

Selasa, 17 Ogos 2010

Dunia moden, alat untuk memudahkan kita membaca sambil baring ;P




Bismillah,

Hari ini saya nak kongsi tentang satu alat teknologi yang bagus iaitu cermin mata khas untuk memudahkan anda membaca sambil baring. (memang la saya suka, sebab baca sambil baring memang best, pastu tido..haha)

Biasanya kalau kita baca sambil baring ni, selalunya agak susah, lenguh tengkuk, lengun lengan yang pegang buku, bila dah susah, terus je nak tidur, haha..

Oleh itu terciptalah satu cermin mata yang memudahkan anda nak baca sambil baring, terutama untuk saya yang suka baca novel sambil baring..haha, agaknya orang yang buat cermin ni pun suka baca sambil baring, sebab dia sangat memahami :P

The Supine Reading Glasses, nama cermin mata ni. Terdiri dari dua kaca prisma dengan sudut 90º, membuat membaca menjadi lebih ringan dengan posisi berbaring.

Saya harap lepas ni ada pula orang yang akan cipta tempat letak buku kat depan, dan alat yang boleh selak buka secara automatik, senang, tak payah nak pegang buku, rileks sahaja, sedar-sedar je buku baca saya..haha :P


Isnin, 16 Ogos 2010

Kesan kemalangan dan waktu terbaik jika kemalangan ;P

Binatang apa didalam gambar ini..hoho


Bismillah,

kita biasa dengar kemalangan jalan raya kat negara malizi terchenta ni kan?(mestilah kita kena sayang negara sendiri, betul tak?haha) lebih-lebih lagi di musim perayaan ini. Kalau lihat pada statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mendapati, tahun 2007 mencatatkan 363,314 kemalanagan jalan raya di Malaysia! Masyallah!

Kecederaan dalaman dan luaran

Ada 2 kecederaan utama secara umumnya.

Pertama:

kecederaan akibat tertikam(penetrating Injury)-kes macam ini berlaku pada kadar 30%, tertikam objek tajam seperti lampu atau benteng jalan raya, serpihan objek kenderaan lain, objek di dalam kereta pemandu dan lain-lain. Kecederaan seperti ini melibatkan pendarahan luaran dan boleh membawa maut sekiranya berlaku berterusan tanpa rawatan.

Kedua:

Kecederaan tertutup( blunt Injury)- jenis ini lebih kerap berlaku dan berbahaya kerana sering dikaitkan dengan pendarahan dalaman yang sukar dilihat dengan mata kasar. Biasanya disebabkan oleh organ dalaman tertekan atau tertindih hasil dari impak kemalangan. Ia juga disebabkan oleh kecederaan apabila kenderaan mengalami nyahpecutan( Deceleration Injury).

'Pilih' waktu terbaik untuk kemalangan?

Sungguh aneh bunyinya, macam nak suruh bunuh diri sahaja bunyinya..haha, sebenarnya tidak! (sila bersikap serius ya).

Berdasarkan satu kajian di United Kingdom, kejayaan para doktor merawat pesakit kemalangan jalan raya adalah LEBIH BAIK bagi kemalangan yang berlaku semasa waktu pejabat. (Ya Allah..apakah ini..?) ini disebabkan lebih ramai Doktor pakar serta kakitangan hospital berada di hospital pada waktu pejabat.(hmm..Dr pun nak rehat juga, semua orang ada kehidupan masing-masing)

Kajian itu juga menyebut sekiranya pesakit kemalangan jalan raya itu dikejarkan ke hospital yang tidak dilengkapi dengan kepakran trauma pembedahan otak(neuron), pembedahan jantung/paru-paru(kardiotorastik), pembedahan tulang(ortopedik) dan pembedahan am (general), kadar kematian adalah lebih tinggi.

Hospital Ampang Puteri antara hospital swasta yang dilengkapi kepakaran pembedahan trauma seperti yang dimaksudkan. (mahal sungguh hospital ni..huhu)

Kajian juga menunjukkan impak kemalangan jalan raya kepada ekonomi sesebuah negara itu adalah amat tinggi. Sebagai contoh kos kemalangan di AS setiap tahun misalnya memakan belanja lebih kurang RM6.9billion..Masyallah, kalau lah duit sebanyak ini dapat digunakan kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pengajian di luar negara, kan bagus, oleh itu..adalah berdosa jika anda tidak berhati-hati memandu di jalan raya!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Terima Kasih Semua!






Terima kasih kepada yang bersusah payah buat kek ini untuk saya
sangat sedap tau!
Pada semua ahli yang tersayang,
saya sayang kalian
tetap di hati sepanjang zaman(zaman apa plak lepas ni?)wakaka

Khamis, 12 Ogos 2010

Hati-hati memilih Suami

"Aku tetap aku, insan lemah, hina, dan sentiasa berdoa moga aku selamat di bawah pimpinan Putra Bani Tamim" kata seorang kawanku di laman sosialnya.

saya terkejut, terkejut juga dengan pengakuannya bahawa dia pengikut kuat Abuya Ashaari, Masyallah!

tamat pengajian di matrikulasi gambang pahang, dia terus berkahwin atas pilihan keluarga kalau tak silap, tak sangka pula suami dia tu yang di katakan alim beragama itu rupanya pengikut Abuya, Allah!


Beragama bukan dinilai dari sudut zuhud dan penampilan sahaja

saya kira memang ramai diluar sana yang mahukan suami yang soleh, berkopiah putih, jalan tunduk tak pandang perempuan, cakapnya lembut dan bila perlu sahaja, tentu sekali ini ciri-ciri pilihan hati kan?

tapi dalam keghairahan kita mahu bersuamikan ustaz, atau lelaki alim, tidak pernah pula terfikir untuk kita nilai dari sudut ilmunya, aliran agama yang di pegangnya, manhaj pemikiran agamanya, sungguh ramai yang tidak memikirkan hal ini, padahal dalam agama kita ini sendiri terdapat pelbagai aliran.

berapa banyak di luar sana berserban besar diatas kepala tapi aliran agamanya adalah dari kumpulan tarikat yang sesat?? juga mereka yang memakai jubah tapi menjadi pengikut ajaran Ayah pin! itu belum di sentuh isu Syiah lagi.


Perlu belajar

mahu atau tidak, sebagai seorang wanita yang bakal menjadi isteri juga ibu kepada anak-anak nanti, kita mesti belajar, jangan bagi alasan lagi untuk tidak mahu belajar ilmu agama ini, ilmu fardhu 'ain masih ramai yang belum 'berjaya', apatah lagi mahu di soal ilmu aqidah. Kita mesti sedar akan kelemahan ini. Dunia hari ini terlalu banyak kemudahan, jika penat untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu di masjid, di internet sudah banyak di tulis artikel-artikel keagamaan, juga sudah ada forum-forum yang bagus untuk di ikuti diskusi mereka. Jangan banyak buang masa dengan bermain 'facebook' semata. Takkan setiap hari mahu mencari kawan-kawan lama. Jangan ditambah lagi dosa yang sedia ada. Mungkin ramai yang tak tahu laman-laman islam juga forum-forum yang baik untuk di ikuti, saya cadangkan untuk melayari laman-laman seperti www.islamtoday.com, www.islam-qa.com, atau yang berbahasa melayu boleh ke laman seperti iluvislam.com atau www.al-ahkam.net, www.zaharuddin.net, www.drmaza.com.www.al-fikrah.net...kita boleh tanya apa sahaja yang kita musykilkan, insyallah ada yang boleh bantu, nak tanya pasal nak mula ngaji dari yang mana dulu pun boleh..boleh di bincangkan, sekurang-kurangnya kita rasa ada sahabat yang boleh bantu.


Kesilapan Ibu Bapa

Ibu bapa hari ini kena ubah pemikiran, jangan fikir lebai je..semua ok, mana boleh macam tu..kopiah, atau tak, tak melambangkan apa-apa, zaman sekarang ramai juga yang berpakaian sopan dan alim, tapi menipu, mencuri..kalau kat KL tu..banyak je yang macam ni..pertahankan aqidah anak anda! kelak nanti di soal di akhirat.

Khamis, 15 Julai 2010

Arnab atau Abi?


kenapa kabur ye?emm


ni pun sama


ini jugak

masih kabur..:(

dimanakah masalahnya?

apa tengok-tengok?

ahaa..patutla, saya lupa nak setkan kasi lens auto focus..huhu

comel kan?


speechless..wakakaaka


Bismillah..

Di Suatu tengah hari yang panas..panas lagi hati abi..wakakakaka

Abi: sreet..sreet..sreeet..(asah mata pisau)

tiba-tiba umi datang selepas dari melawat arnabnya

Umi: Abang buat ape?

Abi: tanam pokok..(jawab dengan takde perasaan)

Umi: tanam pokok cmtu ye bang(umi sindir balik)

Abi: aah!

Umi: aii..marah nampak, nape bang

Abi: mana ade marah, tegas!

Umi: ohoo..maco la?~~(gaya tarzan)

tetibe abi kuar rumah, pergi ke reban arnab. Umi ikut belakang

Umi: eh, abang nak buat ape bawak pisau tu?(umi tak sedap ati)

abi: die! die! die!(muke rakus sekali)

dengan selumber badaknya abi pegang arnab umi.

Abi: arini aku nak makan ko!

umi: abg! mana boleh! jgn!

Abi: sejak ko ade, nampaknya bini aku asyik menghabiskan masa dgn ko je..klu ko mati, aku mkn, musti bini aku byk masa dgn aku balik

Umi: alaa..abang ni, orang sayang abang la, xkan nak jeles kot..abang encem, xmo la sembelih arnab, ayam kan ada..(pujuk umi)

Abi: makan arnab sedap

Umi: abang! (hentak-hentak kaki)

Abi: sekarang ayang pilih, abang ke arnab?(muke xboleh blah)

Umi: arnab!

Abi: ohooo..baeklah!

Umi: ok2..silap2, abang, ayang pilih abang

Abi: betul pilih abang?

Umi: iye..ayang sayang abang, xkan la nk jeles dgn arnab

Abi: klu cmtu..kne sembelih jgk la..sebab ayang dah pilih abang..hahaha

Umi: Abang ni nape? saje tau nk usik ayang cmtu..

Abi: wakakakakaka

pesanan: layan suami anda sebaiknya..wakakaka


Sabtu, 10 Julai 2010

Luka itu berdarah kembali

"ada student buat sebuah buku, tajuk 'dari hati kecil kita'..seronoknya dapat terbitkan buku sendiri. Suatu hari nanti ana nak terbitkan pula :)" sms seorang sahabat jauh.

saya terdiam, sangat terkedu
bukan kerana sahabat saya ini yang mahu buat buku, tapi kerana saya pernah di tipu ketika mahu membuat buku, buku berkenaan ilmu-ilmu hadis, lebih perit jika yang menipu itu adalah sahabat kita sendiri, mahu tidak mahu, pahit itu kutelan semuanya, semoga ujian ini hanya akan menguatkan keimanan saya kepada ALLAH, Insyallah..ameen




Persahabatan itu umpama mentari yang menyinari hari
hangat lagi membahagiakan
umpama ombak kecil yang menghempas pantai
terkadang membuatkan ku ketawa ria
namun tak selamanya bahagia itu kekal di hati
ia kan pergi berganti sepi
ibarat langit yang mendung berbunyi
menanti hujan mencurah ke bumi
biarkan aku begini
mahu bergantung pada ILAHI